Thursday, November 18, 2010

KEBAIKAN PUDINA

Salam Aidil Adha 1431 Hijrah kepada semua. Kali ini Makngah minat bercerita mengenai pudina atau sinonim dengan budak-budak sebagai 'ubat gigi'.

Pokok pudina subur di tepi kolam kecil

Rupa daun pudina
Pudina merupakan sejenis tumbuhan yang biasa digunakan dalam masakan Melayu dan Barat seperti ulaman untuk laksa, bahan pewangi untuk nasi beriani dan digunakan dalam pelbagai jenis masakan kerana baunya.Ia sejenis tumbuhan kecil  (tutup bumi) yang membiak melalui keratan batang dan anak dari akarnya.Tumbuhan ini mempunyai aroma yang kuat. Sekarang pudina banyak ditanam secara komersial di Malaysia kerana permintaan yang tinggi. Makngah ada menanam pudina ini di satu sudut kolam kecil teratai dan hidup dengan suburnya.

Daun Pudina merupakan sejenis tumbuhan herba yang banyak kegunaannya. Merupakan sejenis herba yang berasal dari keluarga Labiatae dan ia tergolong dalam spesies mentha. Terdapat berbagai jenis pudina di seluruh dunia, antaranya:
  • mentha spicata "moroc-can" yang berkesan dalam meredakan kekejangan otot
  • mentha aquatica untuk merawat cirit-birit
  • mentha arvensis yang boleh melegakan demam selesema dan menghilangkan rasa loya.
Pokok puding ini dipercayai berasal dari kepulauan Fiji, Australia dan Maluku. Pokok ini tidak berbunga, tetapi daunnya unik yang cukup sesuai untuk hiasan taman yang agak luas.Ia memang mudah diurus dan mampu menyerlahkan kecantikannya. Harganya murah dan cara menanamnya juga mudah. Ia boleh ditanam sebagai hiasan dengan menggunakan pasu tetapi agak kurang membiak untuk jangka masa lama kerana ia pokok bersifat tutup bumi yang memerlukan kawasan untuk menjalar dan meneruskan hayatnya.


Kebaikan:


Pudina telah lama digunakan di Barat sebagai penawar untuk:
1. penyakit seperti batuk. 
2.digunakan sebagai teh untuk kegunaan harian. 
3.dalam perubatan Cina pudina disifatkan sebagai tumbuhan yang mempunyai sifat sejuk. Ia biasanya digunakan untuk mengubat penyakit yang berkaitan dengan paru-paru seperti demam selesema dan permulaan demam selesema.
4.digunakan untuk membuang angin dalam badan 
5. mengubat penyakit seperti ruam kulit .
6.digunakan untuk mengurangkan tekanan diri.
7.elok untuk penghadaman - rendamkan 2-3 helai daun pudina (kalau Makngah dua tangkai) dalam teh yang baru lepas dididihkan, tunggu suam barulah diminum . InsyaAllah berkesan... Inilah selalu diamalkan Makngah dalam dua kali sehari.











Teh pudina Makngah siap untuk diminum

8.Pudina bertindak sebagai perangsang dan membantu penghadaman serta mengurangkan flatulens. Ia juga bersifat antiseptik, antiparasit dan antivirus. Pemakanannya boleh merangsang tubuh badan mengeluarkan peluh.

9.Daun pudina juga digunakan untuk membuat ubat sapu untuk merawat selsema, sakit kepala, kekejangan otot dan sakit-sakit badan. 

10.Minyak yang diperbuat daripada daun pudina boleh menghilangkan rasa loya serta kejutan dan mempertingkatkan daya tumpuan.


11.Daunnya dan sedikit perahan air limau ditumbuk lumat, dipupuk pada dahi untuk ubat sakit tekak. 

11.Minyak yang didapati daripada daunnya dikenali sebagai minyak perlu atau peppermint. Mujarab digunakan untuk sakit kerongkong dan sebagai perasa masakan atau gula-gula.





No comments:

Post a Comment