Friday, December 3, 2010

Seburuk-buruk Tempat Sendiri, Terburuk Lagi Tempat Orang

Tajuk di atas keluar atas sebab betapa kita patut bersyukur dengan apa yang kita ada. Jangan menafikan kelebihan yang Dia berikan kepada kita dan cuba merosakkannya atau membantu menghancurkannya. Makngah bercakap demikian kerana golongan yang cuba menjatuhkan imej negara ini sebenarnya hendak menghancurkannya.

Perasaan bersyukur itu semakin mendalam di dalam hati ini apabila keluar berjalan melihat negara orang yang bernama India. Tiga buah bandar yang berada di dalam tiga wilayah pentadbiran berbeza memperlihatkan rupa urus tadbir yang lebih kurang sahaja celaru tidak terurusnya. Jam 11 malam waktu Delhi, 26 November 2010 rombongan kami tiba di Lapangan Terbang Indira Ghandi New Delhi. Selepas selesai urusan imigresen kami disambut oleh pemandu pelancong kami bernama Rakesh dengan kalungan bunga.

Suasana di luar lapangan terbang amat berbeza sudah dirasai. Bising, sesak, serabut dan berdebu walaupun suhunya 18 darjah celsius. Hotel Vivek tidak dapat dimasuki oleh bas kami kerana terletak di lorong sempit. Kami terpaksa berjalan kaki. Beg kami diangkut oleh kenderaan yang dinamakan tut-tut yang beroda tiga. Jam 11.30 malam suasana lorong  itu masih sibuk dengan pejalan kami, beca, basikal, motosikal (skuter), kereta dll. Anjing, kambing dll binatang berkeliaran dengan najis dan sampah bersepahan. Langkahan terpaksa diatur cermat takut terpijak 'benda' itu. Hidung juga terpaksa ditutup kerana bau persekitarannya yang semacam begitu kuat tusukannya. Reaksi kurang menyenangkan sudah dapat dilihat daripada rakan-rakan serombongan.
Rakesh mengalungkan bunga ke leher Pn Mariani

Kesibukan di depan hotel dengan penjual minuman
Ketua rombongan Pn Nik Hamidah membuat urusan daftar masuk di kaunter. Air muka beliau berubah kerana tuan punya hotel tidak mahu mengembalikan semula bayaran tempahan 10% yang dibuat secara talian terus. "Belitan india" sudah bermula. Sebelum datangpun belitan sudah kami terima apabila visa tiga  daripada 25 orang ahli kami tidak diluluskan. Pasport kami disimpan oleh pihak hotel.

Kami perlu mandi membersihkan diri. Air panas di dalam bilik mandi penginapan saya tidak berfungsi. Tiga kali aduan dibuat. Penyambutnya menyuruh tunggu 10 minit. 10 minit yang tidak datang-datang. Belitan lagi india ini........... Terpaksalah mandi dengan air sejuk dalam suhu 18 darjah.

Tut-tut untuk angkut orang dan barang

Kaunter hotel

Kesibukan dan kesesakan kenderaan di jalan raya New Delhi

Jalan raya yang tiada sistem menambahkan kesesakan

Restoran Taj Mahal tempat makan tengah hari dalam perjalanan ke Agra

Hotel Mandakini tempat penginapan di Agra
Kami hanya berihat tidur di hotel itu lebih kurang tujuh jam sahaja kerana jam tujuh pagi 27 November ahli-ahli kami sudah berkumpul di lobi hotel dengan beg masing-masing untuk daftar keluar. Perjalanan seterusnya ialah ke bandar Agra tempat terletaknya Taj Mahal yang merupakan destinasi utama kami ke India ini. Agra terletak dalam wilayah Uttar Pradesh. Perjalanan dianggarkan memakan masa lima jam dengan jarak lebih kurang 270 km.

Pemandangan sepanjang perjalanan ke Agra mendedahkan rupa sebenar negara India ini. Apa yang diperkatakan oleh orang-orang yang lebih dahulu berkunjung ke sini sememangnaya benar dan membenarkan. Jalan rayanya tiada sistem. Pengguna jalan raya main redah ikut suka hati dan berani sendiri sahaja. Pejalan kaki, berbasikal, berbeca, berkereta kuda, berkereta lembu, berunta, berkeldai, bermotosikal, berkereta sorong, bertut-tut, berkereta, berlori dll berlumba-lumba ke destinasi sendiri.

Segala jenis binatang dapat dilihat berkeliaran di sepanjang jalan menyelonggar sampah-sarap yang dibuang berlonggok-longgok bersepahan di tepi jalan. Lembu, kerbau, keldai, kuda, unta, babi dll bebas bergerak tanpa diusik oleh sesiapa. Hairannya, tiada yang kena langgar walaupun menjadi penyebab kepada kesesakan jalan. Binatang-binatang ini berlumba-lumba dengan masyarakatnya meneruskan survival kehidupan di Benua Kecil ini. Pelbagai gaya dan reaksi spontan dapat didengar daripada ahli-ahli kami dengan apa yang kami lihat. Rasa terkejut paling menonjol kerana wajah kehidupan sepanjang jalan yang disaksikan begitu menyedihkan. Tempat tinggal mereka hanya berupa bangsal-bangsal kecil buruk dengan sampah-sarap dan habuk debu berterbangan.


Kereta kuda yang dihias masih menjadi kenderaan pengangkutan

Lembu binatang mulia yang bebas bergerak ke mana sahaja di dalam bandar










Kenderaan lain terpaksa memberi laluan kepada satu puak kerbau 

Gambar di jalan raya ini dapat menjelaskan corak kehidupan masyarakatnya
Kemudahan asas untuk orang awam iaitu tandas tiada langsung. Maka, dapatlah kami menyaksikan gaya penduduk mereka kencing di tembuk-tembuk jalan tanpa rasa segan. Itulah yang menyebabkan bau yang amat teruk di persekitaran kawasan ditambah lagi dengan bau najis binatang dan sampah sarap. Apakah pentadbir kerajaan negara itu tiada rasa bersalah membiarkan masyarakat mereka hidup dalam keadaan sedemikian? Tiada yang dapat menjawabnya.

Selepas menjamu selera dengan nasi beriani di Restoran Taj Mahal, kami meneruskan perjalanan yang berbaki dua jam lagi. Restoran itu menyajikan menu dengan harga yang mahal, namun kami tiada pilihan kerana kedai makan halal amat sedikit. Tambahan lagi kami memerlukan tandas yang sememangnya disediakan di restoran mewah sebegitu.


Di hadapan hotel untuk ke bas

Kami menginap di Hotel Mandakini di Agra. Ia terletak di tepi jalan besar jadi kami tidak perlu menapak jauh mengheret beg untuk sampai ke hotel.  Pada malamnya kami dibawa ke tempat memproses batu permata dan produk daripadanya. Mahal harga barang-barangnya tetapi ada ahli kami yang membelinya.


Berdiri di hadapan kilang
      Gambar Taj Mahal hasil tenunan produk kilang tersebut 



Pagi jam 7, 28 November 2010 kami sedia berkumpul di lobi hotel untuk ke Taj Mahal. Tempat istimewa yang dinantikan untuk dikunjungi. Pemandu pelancong kami bernama Viney seorang Hindu yang telah memeluk Islam. Dia bersama dengan kami di dalam bas.

Orang sudah agak ramai walaupun masa masih awal pagi kerana menurut ceritanya Taj Mahal akan memaparkan warna yang berlainan mengikut keadaaan masa. Rugilah kami tidak dapat melihatnya ketika matahari terbit. Agaknya inilah kubur yang termasyhur di dunia. Pemandu kami membeli tiket. Kami perlu melalui pemeriksaan rapi oleh kumpulan pengawal sebelum dapat masuk.

Masing-masing bersemangat untuk sampai, perlu berhati-hati, najis berselerak.
Satu kumpulan orang sedang melagukan ayat-ayat kepercayaan mereka
Masih menggunakan kereta sorong untuk mengangkut tanah




Sarung kasut perlu dipakai sebelum memasuki Taj Mahal


Bagi menjaga kebersihan Taj Mahal, kami perlu memakai sarung kasut yang diberi ketika di pintu masuk tadi. Sebaik melihat menara Taj Mahal, reaksi kagum spontan kedengaran daripada ahli-ahli kami. Pengunjung sudah ramai yang datang daripada seluruh dunia berdasarkan wajah mereka. Kami juga berjumpa dengan ramai pengunjung dari Malaysia keturunan Melayu seperti kami, India dan China. Mereka menegur kami dahulu apabila mendengar kami "geger" bercakap sesama sendiri.

Masing-masing sibuk bergambar dengan pelbagai gaya. Jurugambar persendirian juga sibuk menawarkan khidmat mereka dengan harga 150 rupee. Kami bergambar ramai berlatarkan Taj Mahal. Di dalamnya bersemadi dua buah kubur Shah Jahan dan isteri tercintanya Mumtaz. Suasananya gelap. Tukang tunjuk juga ramai yang selepas itu mereka tanpa malu meminta tip daripada kami. Mereka menunjukkan kehebatan ukiran bangunan tersebut yang dibuat daripada batu marmar dan diukir batu-batu permata. Ia dibuktikan dengan biasan cahaya cantik apabila dipancarkan suluhan lampu picit .



Kami didekati seorang budak lelaki berbadan kecil tetapi berpakaian kemas menawarkan khidmat menunjukkan sudut menarik untuk mengambil gambar Taj Mahal. Kami mengikut sahaja walaupun dalam hati yakin benar akhirnya nanti budak itu pasti meminta duit. Umurnya sudah 12 tahun yang kelihatan tidak padan dengan fizikalnya. Budak itu juga meminta kamera kami untuk tolong merakamkan gambar kami berempat. Lagaknya macam jurugambar profesional. Dia masih mahu menunjukkan sudut yang lebih menarik walaupun kami sudah lewat daripada janji masa berkumpul dengan pemandu. Seorang lelaki berbadan seperti budak itu menegur kami. Rupanya bapa budak itu. Dia mengakui bahawa dialah yang mengajar anaknya itu mengambil gambar dan turut sama mengajar kami beraksi begitu begini bagi menghasilkan gambar yang menarik katanya.



Akhirnya budak itu serta bapanya tanpa silu meminta 50 rupee seorang daripada kami. Sedangkan tak ada apapun yang dibuatnya. Dia tolong tunjukkan tempat sahaja dan tiga kali tolong ambilkan gambar menggunakan kamera kami...........kasihan mereka ini. Itulah cara mereka cari makan.


Itulah perjalanan kami di Taj Mahal dan tiga hari lagi di negara ini diteruskan dengan pelbagai rencah perjalanan. Makngah akan menulisnya apabila ada kesempatan nanti dari sudut berlainan, insyaallah.

5 comments:

  1. salam m.ngah...

    mencabar juga ye pi negara org nie...laen yg diharap, laen pula yg dpt...huhu..(",)

    best baca coretan m.ngah yg sudah pun jejakkn kaki ke India nie...berfikir dua kali nak pi ke tak ble baca coretan nie..hehe...

    cpt smbng ye m.ngah, x sabar nak baca yg seterusnya...(^________^)

    ReplyDelete
  2. ingatkan bilik kita jer xder air panas kat Vivek tu.. : )

    ReplyDelete
  3. Kngah.......jom ikut mngah ke tembuk besar china tahun depan deh.....
    Hilal......ituler namenyer belitan india kedekut...............heheehheh

    ReplyDelete
  4. Salam Mak Ngah. Semasa saya ingin ke India untuk tugasan di sana beberapa tahun lalu, turut menghadapi pelbagai masalah dan memang "belit" betul. InsyaAllah saya akan kongsikan dalam entri akan datang.
    Poskad belum terima lagi lah mak ngah.....

    ReplyDelete
  5. Tak terima lagi? Sebenarnya makngah minta tolong guide kami bangsa india itu tolong poskan berbekalkan wang 100 rupee, apakah diapun belit juga? india..india........

    ReplyDelete