Wednesday, July 20, 2011

Sihat, Cantik, Terdidik............Kenshido......HEBAT.

Bee
Apakah Score A Programme™ ?
  • Score A Programme™ adalah satu kaedah pembelajaran output yang interaktif berpandukan sukatan pelajaran kerajaan yang mana telah terbukti berkesan untuk membantu pelajar bersedia menghadapi peperiksaan dan mencapai kecemerlangan A.
Apakah Pembelajaran Output?
  • Pembelajaran Output ialah suatu kaedah pembelajaran yang melatih pelajar mengeluar dan menggunakan segala ilmu yang telah dipelajari di sekolah melalui latihan-latihan yang disediakan di Score A Programme™.
  • Kaedah Pembelajaran Output Tradisional i.e. Buku
    • Kena periksa jawapan sendiri
    • Tidak boleh mengulang soalan
    • Tiada pemantauan masa
    • Terlalu banyak buku latihan akan membebankan pelajar, dan
    • Tidak Interaktif
Apakah Pembelajaran Input?
  • Pembelajaran Input adalah proses memasukkan maklumat ke dalam sel-sel otak anda. Pembelajaran sekolah sama ada dengan menghadiri kelas di sekolah mahupun mengikuti kelas-kelas tambahan di pusat-pusat tuisyen, membaca, mengulang kaji dan menghafal merupakan Pembelajaran Input. Terlalu ramai pelajar menggunakan hanya Pembelajaran Input, dan inilah punca utama mengapa mereka hanya mendapat pencapaian yang sederhana di dalam peperiksaan mereka. Untuk menyerlah di dalam peperiksaan, pelajar perlu Pembelajaran Output.
Mengapa pelajar memerlukan Score A Programme™?
  • Score A Programme™ telah direka khas secara terperinci bagi menyediakan pelajar suatu kaedah pembelajaran yang sempurna untuk membantu mereka menghadapi peperiksaan. Dengan mengikuti Score A Programme™, pelajar boleh menilai kemajuan dan prestasi akademik mereka sendiri dengan mudah dan lebih berkesan. Dengan ini, mereka boleh menilai sendiri tahap keupayaan, kesediaan dan kefahaman mereka tentang apa yang mereka telah pelajari di sekolah. Score A Programme™ memberi peluang kepada pelajar untuk membina keyakinan diri dan sikap positif.
Adakah Score A Programme™ akan membebankan anak saya?
  • Tidak. Score A Programme™ bukan satu pengulangan kaedah Pembelajaran Input, dan dengan itu tidak akan membebankan anak anda.
Perlukah anak saya mengikuti Score A Programme™ jika sekarang ini dia juga menghadiri kelas tuisyen?
  • Perlu, kerana tuisyen adalah satu lagi kaedah Pembelajaran Input. Sebenarnya, Score A Programme™ merupakan pelengkap yang baik bagi kelas tuisyen anak anda.

Ciri-Ciri Unik Score A
Ciri


kelebihan


eTopic™
  • Pembelajaran output sebaik sahaja selesai pelajaran input tentang sesuatu topik bagi membantu pelajar lebih memahami setiap topik dalam mata pelajaran yang mereka pelajari;
  • Markah lulus 80% iaitu A;
  • Penandaan adalah serta-merta; juga
  • Keputusan adalah serta-merta dan di hantar ke e-Report Card dan sms ke telefon bimbit ibubapa.
etopic

eAssessment™
  • Latihan output secara serta merta yang tidak terhad menguatkan kemahiran pelajar dalam menghadapi peperiksaan;
  • Seperti kaedah bermain game, terdapat sistem ranking yang menggalakkan persaingan sihat;
  • Pelajar perlu lulus tahap pertama untuk pergi ke tahap seterusnya;
  • Penandaan dan keputusan adalah serta merta; juga
  • Keputusan akan dihantar ke e-Report Card dan di sms ke telefon bimbit ibubapa.

eassessment
eTrial Exam™
  • Dicipta seolah-olah peperiksaan sebenar untuk membantu pelajar bersedia dan meningkatkan keyakinan sebelum peperiksaan sebenar;
  • Melatih pelajar agar pandai mengurus masa dan terdedah dengan pelbagai bentuk soalan peperiksaan; juga
  • Keputusan adalah serta merta dan dihantar ke e-Report Card dan di sms kepada ibubapa.

etrialexam
eNational Trial Exam™
  • Peperiksaan percubaan secara online yang diadakan serentak di seluruh Negara.

enationaltrialexam

ePast Year Exam™
  • Soalan-soalan peperiksaan tahun-tahun lepas disediakan khas untuk membantu pelajar mengenal corak dan bentuk soalan sebenar supaya pelajar mencapai kecemerlangan ‘A’; juga
  • Satu-satunya e-learning yang diberikan hak untuk menerbitkan kembali kertas-kertas peperiksaan sebenar UPSR dan PMR daripada tahun 1993 sehingga sekarang daripada Lembaga Peperiksaan Malaysia.

epastyearexam
eTopic™ & eAssessment™
  • Modul soalan berkonsepkan latih tubi & pengukuhan.
  • Pemeriksaan serta-merta dan kata-kata motivasi. (buku tak boleh buat ni… ibubapa pun tak selalu dapat buat ni…)
  • Membantu pelajar menjawap soalan dalam keadaan yang menyeronokkan.

etopic-eassess

eTrial Exam™ & ePast Year Exam™
  • Modul soalan berkonsepkan peperiksaan.
  • “Coundown Timer” berdasarkan jangkamasa peperiksaan sebenar. (buku tak boleh buat ni…)
  • Pelajar akan sentiasa bersedia (exam ready) untuk menghadapi suasana peperiksaan yang sebenar.

etrial-epast
eProgress™
  • Carta pemantauan yang membolehkan ibubapa mengikuti perkembangan anak-anak melalui eTopic™. Ciri ini adalah satu kaedah pemantauan yang efektif. Ia direkabentuk untuk memastikan bahawa ibubapa sentiasa diberitahu tentang kesemua latihan-latihan eTopic™ anak-anak mereka.
  • Ibubapa juga akan dikemaskinikan tentang bilangan percubaan yang telah dilakukan oleh anak untuk setiap topik. Justeru itu menunjukkan topik-topik yang didapati sukar. Maklumat ini membolehkan ibubapa mengenal pasti topik-topik yang bermasalah dan bukan mengkategorikan kelemahan mengikut subjek.
eprogress

eNotes™
  • Nota ringkas tetapi padat
  • Disediakan dari guru-guru pakar mata pelajaran
  • Membantu pelajar untuk mengulangkaji dan membuat rujukan
  • Berkonsepkan peta minda.
enotes

eDictionary™
  • Khas untuk mata pelajaran Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik, sebagai penterjemah kepada perkataan-perkataan yang tidak difahami oleh pelajar.
edictionary

eReport Card™ (Online dan sms)
  • Memudahkan ibubapa memeriksa prestasi akademik anak;
  • Membantu ibubapa memantau kekuatan dan kelemahan anak;
  • Mendapat tahu perkembangan anak pada bila-bila masa; juga
  • Membolehkan ibubapa memberi bantuan serta-merta.
  • Tidak lagi sekadar mengharapkan report card daripada sekolah sahaja yang mana pada masa itu semuanya sudah terlambat.

TERCANGGIH, TERBAIK.....TERHEBAT.....





ereportcard

sms

Friday, July 8, 2011

Bondaku Yang Satu

Umur sudah 78. Anak ada 7 orang tetapi yang sulung lelaki sudah pergi menemui Allah. Cucu seramai 41 orang. Cucu bongsu baru berumur sebulan. Walaupun sudah berusia namun insyaallah bondaku yang satu ini yang kami panggil "mek" masih sihat walafiat tanpa ada penyakit kronik yang ditakuti ramai zaman ini. Mek setakat sakit-sakit urat dan lutut adalah sesekali.
Wajah terbaru mek
Mek pandai menggunakan hp
Setiap kali hari raya inilah kuih utama mek, ketupat pulut berkacang
Bersama sesuku daripada anak cucu mek
Tekun menjaga 'chek' selama hampir dua tahun terlantar kerana strok.

Mek masih mampu memasak, bertanam di sekeliling rumah, melayan anak cucu yang bertandang ke rumahnya dll pekerjaan yang biasa dilakukan. Maklumlah semasa muda mek seorang ibu dan isteri yang tidak pernah kenal lelah bekerja mencari duit untuk menyara anak-anak yang seramai 7 orang. Membantu ayah kami yang hanya bekerja di bendang dan mengayuh beca.

Sebab itu kami adik-beradik masih mampu ke sekolah berbanding dengan sesetengah anak-anak orang lain di kampung itu. Ramai yang  kandas separuh jalan kerana ketidakmampuan ibu ayah menyara belanja persekolahan. Cuma kakak sulung kami sahaja yang dipanggil 'Kaknik' menjadi mangsa diberhentikan kerana berkorban untuk menjaga adik-adik yang masih kecil. Kaknik, pengorbananmu juga kami sanjung tinggi.

Mek pernah menjadi peraih ke Golok, bekerja di bendang, berkedai runcit, kedai makan dan pelbagai lagi asal sahaja mendatangkan wang. Mek pandai memasak. Nasi kerabu mek amat special sebab itu Makngah hanya makan ala kadar sahaja nasi kerabu orang lain tetapi kalau nasi kerabu hasil air tangan mek, dua tiga hari masih dimakan. Nasi kerabu dan berlauk mek terkenal di kedai makan kami suatu ketika dahulu.

Tidur satu atau dua jam sahaja sehari sudah menjadi kebiasaan kepada mek. Beliau tidak akan tidur selagi bahan-bahan jualannya belum siap. Tidur jam 4 pagi dan bangun jam 5 tidak menyusahkan dirinya. Apa lagi untuk tidur di siang hari, sesuatu yang tidak pernah dilakukannya.

Mek pandai mengaji al Quran dan boleh mengajarkannya. Suara mek lunak ketika mengalunkan ayat-ayat suci itu. Mek ada ramai anak murid cuma sejak setahun ini mek berhenti mengajar al Quran kerana kerap tidak ada di rumah. Mek selalu bertandang ke rumah anak-anaknya menyebabkan jadual mengajarnya sentiasa terganggu dan dibatalkan yang pastinya menyusahkan mereka. Akhirnya keputusan diambil kelas mengaji percuma itu dihentikan.

Mek tidak pernah mengenakan bayaran kerana memang begitu stail kami di kampung. Cuma ada juga seorang dua ibu bapa anak-anak itu yang dermawan akan menghulurkan sepuluh dua rm sebagai tanda terima kasih setiap kali hari raya. Kekadang kain sepasang. Itulah sahaja habuan dunia yang mek dapat hasil mengajar al Quran. Ramai yang buat tidak tahu sahaja namun tidak menjadi hal kepada mek kerana mek ikhlas mengajar ayat-ayat suci itu kepada anak-anak mereka.

Setelah kematian ayahanda pada tahun 2000, hajat mek untuk menunaikan haji seperti ada halangan besar. Makngah berusaha mencari jalan untuk menjadi muhrim mek walaupun belum lagi mendaftar di Tabung Haji. Alhamdulillah, hajat murni kami diterima Allah kerana awal tahun 2002 berangkatlah kami berdua ke Tanah Haram itu dengan penuh kesyukuran.

Mek, tersangat banyak memori suka duka kehidupan kita yang anakmu ini ingin coretkan. Namun, tidak semua mampu dititipkan di sini. Keikhlasan, kegigihan, kesungguhan, kefokusan dalam perjuangan menjadi ibu istimewa amat kami hargai. Semoga mek terus diberi Allah dengan kesihatan dan usia yang diberkati lagi dirahmati, terus menjadi sumber inspirasi kami anak cucumu ini. Puan Hajah Som bt Haji Jusoh, dikaulah bondaku yang satu........

Tuesday, July 5, 2011

Berawaslah Kita Dengan Unsur Munafik


 Catatan di bawah Makngah ambil daripada sebuah blog (mohon izin untuk sebaran ) yang telah tidak diingati namanya. Makngah mengambilnya untuk peringatan kita bersama terutama diri Makngah sendiri kerana masyarakat Islam di Malaysia pada hari ini kian terserlah unsur kemunafikan itu. Malahan golongan yang mengaku pejuang Islam di kalangan kita sendiri yang dahulunya kelihatan begitu ikhlas sudah semakin bertukar baju perjuangan mereka. Apakah termasuk kita? Sama-samalah kita menghisabnya............nauzubillah..
 
1. Golongan munafiqin adalah musuh Islam dan musuh kepada orang - orang yang beriman . Malah ia juga musuh kepada Gerakan Islam dan ia dikenali sebagai musuh dalam selimut .

2. Ia menjadi musuh kerana sifatnya menjadi gunting dalam lipatan , api dalam sekam , duri dalam daging , talam dua muka , gergaji dua mata dan lidah bercabang dua . Sikapnya penuh kepura - puraan . Ia juga tergolong dari golongan opurtunis yang licik mengambil kesempatan untuk menikam dari arah belakang dan mencetus propaganda dari dalam .
3. Golongan ini menjadi ancaman kepada Gerakan Islam di sepanjang zaman . Nabi SAW. pernah bersabda :
"
إن أخوف ما أخاف على أمتي كل مناقق عليم اللسان


Sesungguhnya suatu yang paling ditakuti terhadap apa yang aku takut menimpa ummatku ialah semua munafiqin yang petah lidahnya .

Munafiqin petah menatah bicara dan mengemukakan alasan guna mewajarkan apa jua tindakan mereka . Sesekali mereka menampilkan diri melalui perwatakan yang meyakinkan bahawa mereka adalah pejuang yang tulen dan berhak dihormati serta disanjungi . Sedang segalanya adalah palsu dan hipokrit .

Firman Allah swt :


إن المنافقين يخادعون الله وهو خادعهم و إذا قاموا إلى الصلاة قاموا كسالى يراءون الناس و لا يذكرون الله إلا قليلا


Sesungguhnya golongan munafiqin , mereka mahu menipu Allah swt sedang Allah yang memperdayakan mereka dan apabila mereka mendirikan solat , mereka dirikan dalam keadaan malas , mereka menunjuk - nunjuk dan tidaklah mereka mengingati Allah kecuali sedikit .

4. Memang sukar untuk mengenali identiti golongan munafiq terutama mereka yang telah duduk sebaris dalam satu saff . Hanya Allah swt yang mengetahui siapakah mereka di tengah - tengah kelompok para pejuang di sebalik kibaran panji perjuangan . Secara zahir , tidak siapa yang dapat membezakannya . Bahasa harakinya sama seperti kita , mereka turut memakai uniform seorang pejuang .
Bahkan mereka jua mampu membaca kitab perjuangan kita . Tiada perbedaan antara kita dengan mereka tetapi juga tiada persamaan . Hanya Allah swt jua Tuhan yang Maha Mengetahui di manakah perkara yang tidak sama antara pejuang Ansoorullah dengan petualang Munafiqin .

5. Secara asasnya , Al Quran dan sunnah telah manggariskan ciri - ciri atau kriteria untuk mengenali golongan munafiq ini . Antaranya :

a ] Berpaling dari melaksanakan hukum Allah [ an Nisa' : 60 - 61 ]
b ] Jahat adabnya terhadap Allah dan Rasul saw [ al Munafiqun : 5 / at Taubah : 61 ]

c ] Wala' [ kesetiaan ] mereka kepada musuh Allah swt [ al Hasyar : 11 ] d ] Negatif terhadap jihad [ Aali Imran : 167 ]
e ] Melakukan Mungkar dan menghalang perkara makruf [ at Taubah 67 ]
f ] Matlamat mereka ialah kepentingan mereka bukan redha Allah swt. [ al Hajj 11 ]
g ] Buruk akhlaknya terhadap anggota Gerakan Islam . [ al Ahzab 57 - 58 ]

6. Kepura - puraan mereka telah dijelaskan oleh Al Quran  . Nyata mereka bijak bersandiwara , petah berkata - kata , tajam berhujjah dan pintar membuat helah .

a ] Mereka melafazkan 2 kalimah syahadah [ al Munafiqun 1 ]
b ] Isytihar keiltizaman mereka terhadap Quran dan sunnah [ an Nisa' 81 ]
c ] Mereka juga mengerjakan solat [ an Nisa' 142 ]
d ] Mereka membaca alQuran [ al Bukhari bab Fadhail al Quran ]
e ] Bersedekah dan memberi derma [ at Taubah 54 ]
f ] Turut menghadhiri majlis Ilmu [ Muhammad 16 ]
g ] Membina masjid [ at Taubah 107 ]

7.
Menyedari situasi ini , kita tidak boleh memandang ringan akan kehadhiran golongan munafiq . Mereka pada bila - bila masa akan memberi ancaman besar kepada perjuangan yang kita dokongan ini lantaran mereka berkeupayaan menyerang dari dalam secara halus tanpa disedari oleh sesiapa . Langkah berwaspada mesti diambil dan bertindak secara berpasukan adalah kewajipan . Pelihara segala adab berjamaah dan senantiasa bermunajat serta melazimi doa rabitah insyaallah , kita dan jamaah kita akan selamat .

8. Menghalang kewujudan golongan munafiqin ini terlalu sukar sebab terkadang ia lahir dari kalangan kita sendiri yang mewarisi sifat dan sikap mereka . Langkah yang perlu ialah mempertingkatkan proses pembinaan aqidah, fikrah dan sahsiah di samping mengawal jamaah dari anasir munafiqin ini melalui pemerkasaan amal tarbawi.

9. Perjuangan Islam ini suci dan ia tetap akan dipelihara oleh Allah SWT namun perlu ada kesungguhan dari setiap pimpinan dan anggota agar memastikan jamaah ini tidak menjadi sarang golongan munafiqin untuk mereka bermaharajalela melaksanakan agenda mereka .

10. Sudah cukup kejayaan mereka tatkala mereka berjaya menuetralkan semangat perjuangan Islam di kalangan anggotanya . Apa yang mereka mahu ialah melunturkan semangat jihad , mencetus kekeliruan dikalangan pimpinan jamaah , beriman dengan demokrasi dan membunuh konsep syura . Meleraikan roh kepimpinan ulama' dan mengadu domba agar wujud pertelingkahan dan persengketaan yang panjang dari kalangan anggota dan pimpinan jamaah .