Saturday, September 11, 2010

RAYA, BERAYA, MERAYA, PERAYAAN.............

Ramai orang tidak perasan apa maksud raya kerana ia sering dirangkaikan dengan perkataan lain dan yang paling kerap ialah hari iaitu "hari raya".

Raya menurut Kamus Dewan bermaksud "besar".
Beraya bermaksud perbuatan " berhari raya /besar"
Meraya / merayakan pula bermaksud " memuliakan / memperingati / meramaikan hari besar"
Perayaan seterusnya dimaksudkan kepada pesta untuk memuliakan sesuatu peristiwa /keramaian / perjamuan.

Hari ini umat Islam di seluruh dunia amnya dan di Malaysia khasnya sudah menyambut Aidil Fitri untuk hari kedua. Acara kunjung mengunjung terus berjalan hingga semua jalan raya mengalami kesesakan trafik termasuk jalan-jalan kecil di kampung-kampung dengan pelbagai jenis kenderaan. Semuanya menggambarkan kemewahan rakyat Malaysia yang tiada tolok bandingnya berbanding dengan negara-negara lain di dunia ini. Walaupun usia kemerdekaan mereka ada yang lebih awal daripada Malaysia tetapi tahap perkembangan ekonomi mereka jauh lebih rendah berbanding Malaysia.

Semoga kemewahan yang dikecapi ini akan terus berkekalan dengan syarat semua pihak bersatu padu memeliharanya daripada anasir jahat yang sentiasa berdengki hati dan sentiasa cuba meruntuhkannya.

SEDARLAH WAHAI SAUDARA- SAUDARAKU SEKALIAN AKAN ANCAMAN BERTERUSAN YANG CUBA MENGGANGGU GUGAT KESTABILAN DAN KEHARMONIAN NEGARA KITA...


No comments:

Post a Comment