Friday, September 3, 2010

KELEBIHAN RAMADAN



Kelebihan bulan Ramadan dan keagungannya ialah adanya malam Lailatul Qadar yang dirahsiakan  hari, masa dan ketikanya. Keampunan dan pahala serta darjat dan darjah tertinggi bagi orang-orang yang berjaya mendapatkan malam Lailatul Qadar dengan dipenuhi amal ibadah dan bertaqwa kepada Allah, di samping sembahyangnya yang sunat , istiqfar, tasbih dan berzikir sepenuhnya.

        Pada malam Lailatul Qadar menyuruh Allah Ta'ala akan Jibrail Alaihisalam turun ke bumi, lalu turunlah Jibrail ke dalam perhimpunan malaikat ke bumi. Bersamanya bendera hijau lalu dipacakkan ke atas Kaabah, dengan 600 sayapnya. Setengahnya tiada dibuka keduanya, melainkan pada malam Lailatul Qadar baharulah dibukakan keduanya, hingga sampai dari timur ke barat untuk menyelamatkan umat Muhammad. Para malaikat lalu memberi salam kepada setiap orang yang berjaga pada malam Lailatul Qadar sambil beribadah kerana mencari keredaan Allah, orang-orang yang duduk beribadah, orang yang sembahyang dan berzikir dan berjabat tangan sesama  mukmin dan mengucap amin doa orang-orang mukmin hingga terbit fajar subuh.

        Berkata para malaikat kepada Jibrail , apakah Allah berikan hajat orang mukmin dari umat Muhammad (s.a.w) pada bulan Ramadan ini? Berkata Jibrail bahawasanya Allah menilik kepada umat Muhammad yang berpuasa dan beribadah padanya dan dimaafkan mereka, diampunkan dosa-dosa mereka, melainkan empat orang yang tiada diampunkan dosanya: iaitu orang yang kekal minum arak, orang yang derhakakan ibu bapanya, orang yang memutuskan sillaturrahim dan orang yang tidak bercakap dengan saudaranya lebih dari 3 hari.

Sama-samalah kita mencarinya.....ameen.

No comments:

Post a Comment