Thursday, April 26, 2012

Tok Tok Tok...........Bertukang


Assalamualaikum kepada yang masih sudi berbahasa dengan Makngah.

Kali ini Makngah ingin berkongsi kisah yang berlaku sebelum Subuh semalam dan pagi selepas Subuh tadi dalam suasana hari sudah semakin cerah. Ketika membersihkan diri lebih kurang jam 4.30 pagi semalam itu, Makngah tiba-tiba terdengar satu bunyi yang sudah terlalu lama tidak Makngah dengar. Ya........suara itu ialah suara ketukan si burung tukang. Suara yang sudah bertahun-tahun tidak Makngah dengari di kawasan perumahan Makngah.

Maka teringatlah Makngah akan senikata lagu kanak-kanak ini yang dahulunya sering didendangkan ketika waktu malam ketika mendengar suaranya.

Si Burung Tukang 

Suatu malam bulan terang,

Terdengar bunyi burung tukang,

Di atas pokok berbunyi riang,

Macam orang bertukang.



Tok tok tok....................rajinnya,

Apa yang diketuknya,

Tok tok tok.................bertukang,

Kerja sepanjang malam.



Ketukannya tak jemu-jemu,

Apa yang diketuknya ku tak tahu,

Hatiku hairan kutanya ibu,

Bunyinya yang begitu.

Mungkin disebabkan banyaknya pencemaran alam menjadikan spesis burung tukang ini semakin pupus. Sama juga kunang-kunang yang sudah bertahun-tahun tidak dapat Makngah lihat. Ketika mula-mula bertempat tinggal di kawasan ini sepuluh tahun dahulu Makngah masih sesekali dapat melihat kunang-kunang berterbangan waktu malam. Kini ia hanya menjadi serangga rinduan.

Makngah sendiri tidak pernah kenal akan wajah burung ini. Hasil pertanyaan dengan Encik Google maka inilah fotonya yang dapat disalin. Anda kenal?

burung tukang




3 comments:

  1. rindunya dgn ketukan itu. Kalau dl2 sll sgt kita dgr...skrg ni meme payah. Terimbas kenangan lama kt kg...zaman kanak2 dl. Dulu...pagi2 nk g sekolah sll sgt tgk burung tukang ni duk ketuk pokok durian tepi jalan dekat "rok buluh" sblh rumah k.moh tu.

    ReplyDelete
  2. Na, org kg.panggil burung 'mmalah'. na kenal ko burung tu? rajin tengok?

    ReplyDelete
  3. dulu sll tgk sgt k.dah. tp rasanya muncung dia panjang lg dr gmbar kt ats tu. xtau la kl salah. yg pti mmg tgk time burung tu tgh btukang..;)

    ReplyDelete