Sunday, April 29, 2012

Dua Tanah Suci - Bahagian 5


Assalamualaikum kepada yang terus setia mengunjungi laman tak seindah mana ini. Terima kasih berbanyak kasih daripada Makngah.

Pada 27 Okbtober 2011 Makngah ada membeli dua buah buku karangan Dr. Abdul Basit Abd.Rahman dari Pondok Sungai Durian, Kuala Krai. Buku beliau itu ialah:

1. Makkah al. Mukarramah, Kelebihan dan Sejarah
2. Madinah Munawwarah, Kelebihan dan Sejarah.

Membaca kedua-dua buku itu menambahkan lagi rindu Makngah kepada dua tempat suci itu. Pada tahun ini genaplah sepuluh tahun daripada kunjungan haji Makngah dahulu.

Banyak-banyak makluman yang terdapat di dalam buku itu, yang amat menarik perhatian Makngah ialah untuk buku Makkah. Pada muka surat 88 Dr. Abdul Basit mencatatkan, 'Kemusnahan Kaabah pada akhir zaman'. Woww.......terpukau pandangan mata hati Makngah membacanya.

Dr.Abdul Basit mencatatkan empat buah hadis yang membuktikan kejadian itu akan berlaku. Antaranya hadis yang diriwayatkan oleh al Bukhari yang bermaksud:


 "Kaabah akan dimusnahkan oleh 
Zu al-Suwaiqatain 
(lelaki yang berkaki kurus) 
dari Habsyah (Ethiopia)"

Makngah ada berkongsi hal itu dengan ustaz di sekolah bernama Muhamad Zaki yang akan menjadi mutawif kumpulan umrah Makngah musim cuti Mei nanti. Beliau berkata tak pernah jumpa lagi hadis itu kerana dalam buku mengenai Mekah dalam bahasa Arab yang beliau baca dan rujuk tiada menyebutnya.

Itulah istimewanya dua buah buku karangan Dr.Abdul Basit dalam bahasa Melayu itu kerana ia merupakan kumpulan fakta yang terkini dikumpulkan oleh beliau sebagai orang yang berpuluh tahun bermastautin di dua Tanah Suci itu.

Jadi pesanan peribadi Makngah, selagi ada waktu dan keamanan, cepat-cepatlah berziarah ke Kaabah yang merupakan pusat planet Bumi ini sebelum ia dimusnahkan sebagai tanda akhirnya hayat Bumi dalam dunia ini.

Wallahhua'lam.........



No comments:

Post a Comment