Saturday, November 9, 2013

Solat Aidil Adha 1434H di Kundasang



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"

Jam 12 tengah hari  Isnin 14 Oktober 2013  tiba di KKIA Terminal 1. Puteriku Ena dan anakanda Fiza dah sedia menunggu. Hebat lapangan terbang KK ini. Jauh berbeza dengan lapangan terbang PC....nak buat macam mana, huhuhu...

Dua orang siswi UMS itu segera membawa Makngah pergi makan. Makngah dan anakanda Lil dah makan nasi lemak dalam pesawat MAS tadi jadi tidaklah lapar sangat. Yang lapar kerana belum makan sejak pagi ialah dua orang siswi tu. Fiza membawa kami ke sebuah restoran orang Kelantan yang sudah lama menetap di Sabah. Ramai betul orang kat situ maklumlah masa makan tengah hari. terjumpa juga dengan bekas anak murid yang sudah menetap di Sabah dan belajar di UiTM KK. Kebanyakan yang makan di restoran itu kedengaran bercakap Kelantan termasuk tokenya yang siap memakai jersi TRW lagi......heyheyyy.

Seleranya Ena makan....
Rehat dan solat di bilik Fiza dulu
Selesai solat dan Fiza menyimpan sambal daging kiriman mamanya, kami segera bergerak ke Kundasang.
Berbelok-belok jalannya berpemandangankan lereng banjaran dan puncak Gunung Kinabalu yang sentiasa berkabus. Cuaca baik.

Oh Kinabalu....tinggi menjulang dilitupi awan
Cekap juga Lil memandu di jalan yang bersimpang siur itu.

Berhenti di persimpangan pekan Kundasang untuk menikmati pemandangan indah kaki Pergunungan Kinabalu. Juga untuk memastikan kedudukan Masjid Kundasang yang kami akan bersolat sunat Aidil Adha esok.
Hip hip riang ria
Ena menapak ke masjid
Esoknya selepas mandi sunat Aidil Adha kami segera.Masjid Kundasang sedang dalam pembaikian. Bahan-bahan binaan berselerak. Walaibagaimanapun solat sunat itu tetap dijalankan. Suara takbir bersahutan dari kejauhan lagi. Masjid sudah penuh. Jemaah wanita sudah melimpah sampai ke luar kaki lima masjid. Kamipun mengambil tempatlah di situ. Tiba-tiba Makngah terpandangkan seorang lelaki yang sedang duduk di barisan tangga masjid bersama-sama dengan budak-budak lelaki tempatan. Ohhhhh baru cam. Aziz Desa rupanya.
Masjid Kundasang di atas bukit sedang dibaiki
Masyarakat di situ bergaya pada pagi Aidil Adha
Naik van ya bah....
Sebaik habis solat dan khutbah, kami beriringan hendak beredar dari masjid. Sekali lagi terserempak dengan Aziz Desa, isteri dan anak-anak beliau. Rupa-rupanya diapun sedang bercuti di KK.

Terjumpa dengan pengacara terkenal TV-Encik Aziz Desa dan isteri