Sunday, April 29, 2012

Dua Tanah Suci - Bahagian 5


Assalamualaikum kepada yang terus setia mengunjungi laman tak seindah mana ini. Terima kasih berbanyak kasih daripada Makngah.

Pada 27 Okbtober 2011 Makngah ada membeli dua buah buku karangan Dr. Abdul Basit Abd.Rahman dari Pondok Sungai Durian, Kuala Krai. Buku beliau itu ialah:

1. Makkah al. Mukarramah, Kelebihan dan Sejarah
2. Madinah Munawwarah, Kelebihan dan Sejarah.

Membaca kedua-dua buku itu menambahkan lagi rindu Makngah kepada dua tempat suci itu. Pada tahun ini genaplah sepuluh tahun daripada kunjungan haji Makngah dahulu.

Banyak-banyak makluman yang terdapat di dalam buku itu, yang amat menarik perhatian Makngah ialah untuk buku Makkah. Pada muka surat 88 Dr. Abdul Basit mencatatkan, 'Kemusnahan Kaabah pada akhir zaman'. Woww.......terpukau pandangan mata hati Makngah membacanya.

Dr.Abdul Basit mencatatkan empat buah hadis yang membuktikan kejadian itu akan berlaku. Antaranya hadis yang diriwayatkan oleh al Bukhari yang bermaksud:


 "Kaabah akan dimusnahkan oleh 
Zu al-Suwaiqatain 
(lelaki yang berkaki kurus) 
dari Habsyah (Ethiopia)"

Makngah ada berkongsi hal itu dengan ustaz di sekolah bernama Muhamad Zaki yang akan menjadi mutawif kumpulan umrah Makngah musim cuti Mei nanti. Beliau berkata tak pernah jumpa lagi hadis itu kerana dalam buku mengenai Mekah dalam bahasa Arab yang beliau baca dan rujuk tiada menyebutnya.

Itulah istimewanya dua buah buku karangan Dr.Abdul Basit dalam bahasa Melayu itu kerana ia merupakan kumpulan fakta yang terkini dikumpulkan oleh beliau sebagai orang yang berpuluh tahun bermastautin di dua Tanah Suci itu.

Jadi pesanan peribadi Makngah, selagi ada waktu dan keamanan, cepat-cepatlah berziarah ke Kaabah yang merupakan pusat planet Bumi ini sebelum ia dimusnahkan sebagai tanda akhirnya hayat Bumi dalam dunia ini.

Wallahhua'lam.........



Thursday, April 26, 2012

Tok Tok Tok...........Bertukang


Assalamualaikum kepada yang masih sudi berbahasa dengan Makngah.

Kali ini Makngah ingin berkongsi kisah yang berlaku sebelum Subuh semalam dan pagi selepas Subuh tadi dalam suasana hari sudah semakin cerah. Ketika membersihkan diri lebih kurang jam 4.30 pagi semalam itu, Makngah tiba-tiba terdengar satu bunyi yang sudah terlalu lama tidak Makngah dengar. Ya........suara itu ialah suara ketukan si burung tukang. Suara yang sudah bertahun-tahun tidak Makngah dengari di kawasan perumahan Makngah.

Maka teringatlah Makngah akan senikata lagu kanak-kanak ini yang dahulunya sering didendangkan ketika waktu malam ketika mendengar suaranya.

Si Burung Tukang 

Suatu malam bulan terang,

Terdengar bunyi burung tukang,

Di atas pokok berbunyi riang,

Macam orang bertukang.



Tok tok tok....................rajinnya,

Apa yang diketuknya,

Tok tok tok.................bertukang,

Kerja sepanjang malam.



Ketukannya tak jemu-jemu,

Apa yang diketuknya ku tak tahu,

Hatiku hairan kutanya ibu,

Bunyinya yang begitu.

Mungkin disebabkan banyaknya pencemaran alam menjadikan spesis burung tukang ini semakin pupus. Sama juga kunang-kunang yang sudah bertahun-tahun tidak dapat Makngah lihat. Ketika mula-mula bertempat tinggal di kawasan ini sepuluh tahun dahulu Makngah masih sesekali dapat melihat kunang-kunang berterbangan waktu malam. Kini ia hanya menjadi serangga rinduan.

Makngah sendiri tidak pernah kenal akan wajah burung ini. Hasil pertanyaan dengan Encik Google maka inilah fotonya yang dapat disalin. Anda kenal?

burung tukang




Thursday, April 19, 2012

Dua Tanah Suci - Bahagian 4



Rindu serindu rindunya,
Sepuluh tahun ia ditanggung;
Kini menjadi debaran rasa,
Menunggu akhir Mei tiba berkunjung.


Misteri Hajarul Aswad

Neil Amstrong telah membuktikan bahawa kota Mekah ialah pusat dari planet Bumi. Fakta ini telah  diteliti melalui sebuah penelitian ilmiah.

Ketika Neil Amstrong untuk pertama kalinya melakukan perjalanan ke luar angkasa dan mengambil gambar planet Bumi, dia berkata : “Planet Bumi ternyata tergantung di kawasan yang sangat gelap, siapa yang menggantungnya ?.”

Para ahli astronomi telah menemui bahawa planet Bumi mengeluarkan seakan  radiasi. Mereka mengumumkannya melalui internet, tetapi sayangnya 21 hari kemudian website tersebut hilang seperti ada yang tersembunyi di sebalik penghapusan website tersebut.


Setelah melakukan penelitian dengan lebih lanjut, ternyata radiasi tersebut berpusat di kota Mekah, tepatnya berasal dari Kaabah. Yang mengejutkan ialah radiasi tersebut bersifat infinite ( tidak ada penghujung ). Hal ini terbukti  semasa mereka mengambil gambar  planet Mars, radiasi tersebut masih terus berlanjutan. Para peneliti muslim mempercayai bahawa radiasi ini menghubungkan antara Kaabah di planet Bumi dengan Kaabah di alam akhirat.

Di tengah-tengah antara kutub utara dan kutub selatan, ada satu kawasan  yang bernama ‘Zero Magnetism Area’. Apabila kita mengeluarkan kompas di kawasan tersebut, maka jarum kompas tersebut tidak akan bergerak sama sekali kerana daya tarikan yang sama besarnya antara kedua-dua kutub.

Itulah sebabnya jika seseorang tinggal di Mekah, maka ia akan hidup lebih lama, lebih sehat, dan tidak banyak dipengaruhi oleh kekuatan gravitii. Oleh sebab itu ketika kita mengelilingi Kaabah, maka seakan-akan diri kita dicas semula  oleh satu tenaga  misteri dan ini ialah fakta yang telah dibuktikan secara ilmiah.


Penelitian lain mengungkap bahawa batu Hajaril Aswad merupakan batu tertua di dunia dan juga boleh mengembang di dalam air. Di sebuah muzium di negara Inggeris, ada tiga ketul potongan batu tersebut (dari Kaabah ) dan pihak muzium juga mengatakan bahawa bongkahan batu-batu tersebut bukan berasal dari sistem solar kita.


Dalam salah satu sabda, Rasulullah SAW baginda bersabda, “Hajar Aswad itu diturunkan dari syurga, warnanya lebih putih daripada susu, dan dosa-dosa anak cucu Adamlah yang menjadikannya hitam. ( Jami al-Tirmidzi al-Hajj (877) ).




Sunday, April 15, 2012

Dua Tanah Suci - Bahagian 2



Rindukan Kaabah tiada ubatnya
Hanya terubat setelah melihatnya
Mengapa sedemikian kiranya manusia
Disebabkan makbulnya doa nabi kita.


Kisah Ka'abah yang tidak diketahui ramai

1. Mekah adalah kawasan yang

mempunyai graviti paling stabil.

2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di

situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang
membina yang tidak boleh didengar oleh
telinga.

3. Tekanan graviti yang tinggi memberi

kesan langsung kepada sistem imun
badan untuk bertindak sebagai
pertahanan daripada segala serangan
penyakit.

4. graviti tinggi = elektron ion negatif

yang berkumpul di situ tinggi=doa akan
termakbul kerana di situ adalah tempat
gema atau ruang dan masa serentak.

5. Apa yang diniatkan di hati adalah

gema yang tidak boleh didengar tetapi
boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh
elektron menyebabkan kekuatan dalaman
kembali tinggi, penuh bersemangat untuk
melakukan ibadat, tidak ada sifat putus
asa, mahu terus hidup, penyerahan diri
sepenuhnya kepada Allah.

6. Gelombang radio tidak boleh

mengesan kedudukan Kaabah.

7. Malah teknologi satelit pun tidak boleh

meneropong apa yang ada di dalam
Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin
dapat membaca apa-apa yang ada di
dalam Kaabah kerana tekanan graviti
yang tinggi.

8. Tempat yang paling tinggi tekanan

gravitinya, mempunyai kandungan
garam dan aliran anak sungai di bawah
tanah yang banyak. Sebab itu lah jika
bersembahyang di Masjidilharam
walaupun di tempat yang terbuka tanpa
bumbung masih terasa sejuk.

9. Kaabah bukan sekadar bangunan

hitam empat persegi tetapi satu tempat
yang ajaib kerana di situ pemusatan
tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan
tempat yang paling dirahmati.

10. Tidur dengan posisi menghadap

Kaabah secara automatik otak tengah
akan terangsang sangat aktif hingga
tulang belakang dan menghasilkan sel
darah.

11. Pergerakan mengelilingi Kaabah arah

lawan jam memberikan tenaga hayat
secara semula jadi daripada alam
semesta. semua yang ada di alam ini
bergerak mengikut lawan jam, Allah
telah tentukan hukumnya begitu.

12. Peredaran darah atau apa saja di

dalam tubuh manusia mengikut lawan
jam. Justeru dengan mengelilingi Ka abah
mengikut lawan jam, bermakna
peredaran darah di dalam badan
meningkat dan sudah tentunya akan
menambahkan tenaga. Sebab itulah
orang yang berada di Mekah sentiasa
bertenaga, sihat dan panjang umur.

13. Manakala bilangan tujuh itu adalah

simbolik kepada tidak terhingga
banyaknya. Angka tujuh itu membawa
maksud tidak terhad atau terlalu
banyak. Dengan melakukan tujuh kali
pusingan sebenarnya kita mendapat
ibadat yang tidak terhad jumlahnya.

14. Larangan memakai topi, songkok

atau menutup kepala kerana rambut dan
bulu roma(lelaki) adalah ibarat antena
untuk menerima gelombang yang baik
yang dipancarkan terus dari Kaabah.
Sebab itu lah selepas melakukan haji kita
seperti dilahirkan semula sebagai manusia
baru kerana segala yang buruk telah
ditarik keluar dan digantikan dengan nur
atau cahaya yang baru.

15. Selepas selesai semua itu baru lah

bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk
melepaskan diri daripada pantang larang
dalam ihram. Namun rahsia di
sebaliknya adalah untuk membersihkan
antena atau reseptor kita dari segala
kekotoran supaya hanya gelombang yang
baik saja akan diterima oleh tubuh.


Tuesday, April 10, 2012

Dua Tanah Suci - Bahagian 1

Gambar lama Kaabah

2002 tahun minda dan hati,
dua tanah suci menjejak kaki
untuk amalan rukun umrah haji.
.

Melihat Kaabah pertama kali
jiwa dan nadi macam terhenti
rasa takjub menguasai diri
kelu kata untuk diperi.

 http://bahasajiwabangsaku.blogspot.com/2010/11/masjid-nabi-dan-kenanganku_08.html

Tuesday, April 3, 2012

Makan Untuk Hidup, Hidup Untuk Makan: Pilih Pilih Piliiiiiih



Allah mencipta manusia sebagai satu organisma hidup yang berupaya untuk membesar, memperbaiki, mengawal dan mempertahankan diri. Semuanya itu dapat dilakukan jika kita mengamalkan pengambilan makanan yang seimbang, bermutu tiinggi dan semula jadi. 

Makanan yang dimakan itu bukan untuk tumbesaran fizikal sahaja malahan yang paling penting untuk perkembangan minda / otak ( makanan yang berkualiti) dan akhlak / emosi (makanan yang halal).

 Di dalam memilih makanan, sebab itu agama Islam sangat menekankan agar umatnya mencari yang halal serta baik. Hal ini kerana kefahaman halalan tayyiban yang dianjurkan dalam Al Quran mencerminkan kepada kita bahawa Islam itu syumul hatta di dalam bab pemilihan makananpun diperincikan dan lengkap panduannya. 
Intipatinya mudah,
  • pilih makanan yang halal (tidak yang Islam haramkan)
  • sumber rezeki yang halal
  • menekankan unsur mutu makanan iaitu pemakanan yang sihat serta makanan yang baik dan bersih untuk kesihatan. 
  • cara / teknik makan yang memudahkan penghadaman
Jika sebelum ini kita hanya terus menyuapkan apa yang kita mahu makan ke dalam mulut kita, maka kini ubahlah pemikiran kita kepada berfikir sejenak sama ada makanan yang kita makan itu halal ataupun tidak. Hal ini penting untuk kebaikan diri kita sendiri dan juga generasi kita.

Monday, April 2, 2012

Bertemu Rakan Maya

Petang 17 Mac, telefon Makngah menerima suara kiriman mesej. Setelah diperiksa, nama seseorang yang sudah hampir 2 tahun tidak kedengaran terpapar di situ. Kirimannya menyatakan sekarang dia berada di KB dan ingin berjumpa. Wow........masih ingat dia rupanya kepadaku. janjinya padaku hampir 2 tahun dahulu masih diingati dan ingin ditunaikan.

Paling istimewa, orang ini banyak berkongsi minat dengan Makngah. Cumanya peluang untuk beliau lebih terbuka. Maklumlah sekarang sudah menjadi 'otai' dalam bidang kewartawanan media elektronik di Media Prima, itulah MAZLIN NORDIN ( CHIK INN).

GAYA SEORANG 'OTAI'
 Makngah terus menelefonnya bagi memastikan di mana beliau menginap. Di hujung talian kedengaran suara ketegasan Chik Inn. Mengesahkan beliau menginap di Hotel New Pasifik. Makngah berinsyaallah akan ke KB malam esok dan berjanji akan mengunjunginya.

Bertemankan si gadis ayu Ann, jam 8.30 Makngah sudah berada di lobi hotel. Belum sempat duduk, Chik Inn keluar daripada lif hotel sambil tersenyum kerana nampak kami. Kami terus bersalaman dan berpelukan. Gambar dan realiti Chik Inn menunjukkan imej yang sama. Kami terus mesra macam sudah biasa kenal. Chik Inn di Kelantan untuk tugasan rancangan Saksi Maut TV9 di Pasir Putih. Borak punya borak, Makngah menjemput Chik Inn keluar makan. Beliau terus menelefon teman sebiliknya yang merupakan wartawan pelatih untuk program itu bernama Almaz.

Ann dan Chik Inn
 Makngah memandu sambil berborak. Akibatnya ada lampu merah yang dirempuh kerana tidak sempat membrek. Terjerit Chik Inn dibuatnya......hehehe.

Ann mencadangkan kami ke warung sup belut di Kubang Krian. Malangnya warung itu ditutup. Kami akhirnya berlabuh di Warung Nasi Kerabu Golok.

Sedang nak masukkan gambar keluar pula benda ini:
Oop! Anda kehabisan ruang. Anda sedang menggunakan 100% kuota 1 GB anda untuk foto. Beli lebih banyak storan
Foto disimpan dalam akaun Album Web Picasa anda dan disertakan dalam kuota percuma 1 GB untuk foto anda. Storan tambahan yang anda beli dikongsi antara beberapa produk Google dan adalah tambahan kepada kuota percuma anda. Ketahui lebih lanjut
Malas layanlah, En.Google mahu berniaga apa pula?


Sambil-sambil makan itu macam-macamlah kami berbincang, bertukar-tukar pendapat dalam pelbagai hal.
Termasuklah hal melancong kerana pada minggu lepas aje Makngah baru balik dari Perth, berderak. Maka terkeluarlah cerita akan kekecewaan Makngah dan rakan-rakan yang tidak dapat ke Pinnacles. Menurut Chik Inn, dia dah banyak kali ke tempat itu dan tak adapun peraturan kena mohon seminggu sebelum pergi. Hal ini bertentangan dengan kenyataan pemandu pelancong kami. Hai Datuk Burn............apa cerita itu macam?

Hampir jam 10.30 malam, Chik Inn pun nampak dah penat, Makngah membawa kembali mereka berdua ke hotel dan berpisah di situ dengan janji akan jumpa lagi........bai bai Chik Inn, malam yang istimewa bertemu teman maya yang akhirnya jadi realiti.


Chik Inn dah masukkan cerita ini di blognya.

 http://mazlinnordin.blogspot.com/2012/03/gi-kelatemakan-sokmolah.html

Rombongan Cik Nikdah ke Perth- Bahagian 4 (Akhir)



Selesai di Mandurah hari sudah makin gelap dan selesailah aktiviti kami pada hari itu. Waktu malam di Perth hanya untuk berihat kerana semua kedai dan gedung perniagaan ditutup mulai jam 6 petang. Ia amat berbeza dengan negara kitakan.

Perjalanan di Mandurah itu amat menarik tetapi berdasarkan jadual aktiviti terakhir esok ialah klimaks kepada perjalanan kami di Perth ini kerana kami akan ke Lancelin Sand Dunes, Yanchep National Park dan Pinnacles Desert. Tempat-tempat itu terletak lebih kurang 94 km ke utara Perth.




Lancelin Sand Dunes dan Pinnacles Desert: tempat yang sepatutnya kami pergi pada hari ketiga
 Semasa di dalam bas itu, Datuk Burn tiba-tiba menyatakan ada permintaan daripada ahli-ahli kami yang tidak mahu ke tempat-tempat itu atas alasan cuaca panas. Ramai yang tergamam termasuk Makngah. Kami ingatkan ia sudah atas perkiraan bos kami Nikdah. Jadi Datuk Burn mengatur jadual lain kepada kami termasuk melihat matahari tenggelam dekat Pantai Cotteloe. Rupa-rupanya selepas saling bertanya-tanya di tempat penginapan, Nikdah sendiri tidak tahu menahu tentang hal itu. Malahan diapun merasa amat terkilan tidak dapat ke tempat-tempat itu. Makngah yang paling sedih kerana aktiviti esoklah yang paling menarik hati kerana keistimewaan tempat itu hanya dilihat melalui tv dan gambar sahaja. Harapan tinggi untuk melihatnya secara 'real'.

Nikdah mengambil keputusan menelefon Datuk Burn agar jadual esok berjalan seperti jadual asal. Datuk Burn berjanji untuk menguruskannya semula walaupun katanya ia sudah telefon membatalkannya di pejabat pengurusan tempat itu. Menurut Datuk Burn, untuk masuk ke situ ia perlu ada surat permohonan rasmi dibuat seminggu sebelum pergi.


Pagi-pagi esoknya kami amat gembira apabila diberitahu aktiviti hari ini akan berjalan seperti dijadulkan. Makngah gembira sampai bertepuk tangan.....hehehe.

Setelah agak lama menunggu Datuk Burn di dalam bas, akhirnya dia sampai. Jam sudah hampir pukul 9.00 pagi. Sepatutnya kami sudah lama bergerak ke utara. Dia terus mencapai mikrofon dan bercakap, bercakap yang berupa alasan dan penjelasan kepada permasalahan untuk keputusan ke Pinnacles Desert semula.

Akhirnya, jadilah pagi itu hari Corelle sahaja di sebuah Big W. Aktiviti yang tiada dalam jadual. Ramai yang rambang mata membelinya.  Juga mereka yang tidak mengambil luggage, sanggup bersusah di kastam nanti. Harganya AUD56.00 seset yang jika ditukar kepada RM bersamaan lebih kurang RM180. Harga pasaran di Malaysia lebih kurang RM 400 - 500 katanya.  Makngah tak belipun.



Pilih-pilih

Banyaknya borong corelle dalam troli tu


Rebut-merebut
Terlihat budak anak omputih pakai baju T tulis KL Malaysia

Hanya setengah jam masa diberi untuk di pasaraya itu sebab yang hendak membeli Corelle tidak sampai sesuku. Namun kami menunggu hampir dua jam. Masa sudah banyak terbuang. Maka situasi semakin nyata memihak kepada tidak ada peluang ke Pinnacles. Maka ada ahli kami yang merungut dengan ketidakpatuhan kepada jadual itu, termasuk Makngah sendiri.

Selepas itu Datuk Burn membawa kami 'entah ke mana-mana'. Malahan dia sendiripun berkata "no idea"......hmmm datuk......datuk...... Kami diberhentikan di Masjid Al Majid untuk makan tengah hari dan solat walaupun belum masuk waktu Zohor. Alang-alang dah lalu situ katanya.



Nasi ayam Perth
Buah zaitun yang baru dipetik

Pokok zaitun yang ditanam sekeliling masjid Al Majid

Lihatlah antara gambar-gambar yang Makngah rakam sepanjang perjalanan yang "tak tentu hala" itu.


Pelabuhan Sorento

Kawasan perumahan dari dalam bas

Tempat yang sepatutnya kami berada untuk 'sunset'


Dalam gedung yang banyak menjual barangan 'made in China'

Pemandangan dari tingkap bas

Laluan pantai

Bandaraya Perth
 Apa yang menggelikan hati kami, Datuk Burn membawa kami ke kawasan permuziuman Perth. Apa tergelak itu kerana hal muzium-muzium ini sudah lama ditinggalkan. Di Muzium Malaysia sendiri sudah berpuluh tahun tak dijenguk. Sejarah Australia yang ditonjolkan hanya bermula abad ke 18 iaitu selepas kedatangan orang putih ke bumi kanggaru itu. Sejarah pribumi benua kecil itu hanya diletak sepintas lalu sahaja.

Begitu juga dengan galeri seninya yang hanya suku daripada kehebatan Balai Seni Lukis Negara kita dari segi bahan pamerannya.

Muzium Perth



Di dalam galeri kraf



Perpustakaan lama Perth yang dijadikan muzium

 Ronda-ronda kotaraya Perth, itulah yang boleh dikatakan pada hari ketiga itu. Cuma, apa yang kami tidak ingin berlaku telah berlaku akibat arahan yang tidak tetap. Insiden pertamanya berlaku ialah arahan nama jalan untuk tempat menunggu bas. Makngah dan 20 orang rakan lagi mengikut tanda arah yang ada di situ tetapi sebenarnya bas berada di tempat lain. Berpusing-pusinglah kami dalam suasana kesibukan trafik warga tempatan pulang kerja bagi mencari kedudukan bas sedangkan sebahagian lagi sudah ada bersama Datuk Burn. 


Ronda-ronda kota Perth

Sempat bergambar berlatarbelakangkan Bangunan Komanwel
Insiden kedua ialah setelah kumpulan  Makngah selamat menaiki bas, barulah kami menyedari seorang lagi ahli kami tidak ada. Jam sudah menunjukkan pukul 5 petang. Matahari petang Perthpun sudah condong ke Barat. Maka bisinglah kami bertanya itu ini sesama sendiri. Datuk Burn mengarahkan pemandu berpusing-pusing menyusuri jalan raya Perth sambil mata kami melilau mencari rakan kami itu. 

Akhirnya bas berhenti di tempat kami diturunkan tadi berdekatan dengan bangunan muzium dan balai polis Perth. Memang di situlah rakan kami itu menunggu sejak jam 3 tadi lagi. Arahan yang berubah tidak dia dengar maka jadilah dia orang yang tertinggal. Kasihan dia....

Walaupun tersenyum, dalam hati "Kenapa tinggalkan aku?"

Rumusan untuk hari ketiga:

1. Jadual asal jangan diubah sesukanya, jika diubah maka kita yang rugi.
2. Pengurus rombongan (pemandu pelancong) tidak boleh memberi arahan yang berubah-ubahsesuka rasa pada saat akhir tanpa semua orang mendengarnya.
3. Amalan mengira ahli cukup atau tidak sebelum bergerak wajib diteruskan.

Bengkak perasaan juga rakan kami itu diperlakukan begitu. Namun Datuk Burn buat rileks aja.

Selesailah corat-coret Makngah di Perth seadanya setakat yang teringat di kepala.......jumpa lagi dengan kisah perjalanan di lain tempat / negara pula. Bai bai kanggaru.......