Saturday, March 26, 2011

Teratai, Telipuk, Lotus

Kembang yang sedang mewangi

Kali ini Makngah ingin bercakap mengenai bunga teratai atau dipanggil juga telipuk dan dalam bahasa Inggerisnya lotus. Nama Latin (saintifik) nya "Nelumbium Nelumbo Druce". Ia sejenis tanaman air yang hanya ada di kawasan Asia. Entah mengapa Makngah gemar sangat dengan rupa paras pokok ini. Saiz daunnya bulat lebar yang megah menjulang serta bunganya kelihatan begitu anggun dan meyakinkan. Patutlah ada sebahagian sekte agama Buddha menjadikan teratai sebagai lambang agama mereka. Pemeluk agama Buddha menganggap bunga ini sebagai lambang kesucian, tercermin dalam pelbagai lukisan dan patung yang menggambarkan Sang Buddha sedang duduk bersemadi di atas bunga teratai

Jika ada kawasan yang sesuai teringin benar Makngah membina kolam teratai dengan pelbagai jenis...impian tu..heheh. Setakat ini ditanam dalam pasu dan kolam kecil ikan 'peacok' sahaja.

Setelah lebih kurang dua tahun menanam teratai ini dan menikmati bunganya yang berkembang megah, barulah Makngah perasan bahawasanya bunga teratai ini rupa- rupanya ada baunya yang tersendiri. Baunya semerbak ketika ia baru nak berkembang atau sebelum kelopaknya pecah dan gugur. Apabila sudah pecah dan gugur, baunya sudah amat kurang dan tiada lagi.

apabila kelopak mula gugur, bau dah kurang

Tahukah tuan puan bagaimana bau bunga teratai? Hah...........macam bau gula-gula jenama 'hacks'. Semasa menciumnya fuh.....tenang setenang tenangnya fikiran kita. Seluruh bahagian teratai daripada akar, batang, kelopak, biji dan daunnya mempunyai khasiatnya yang tersendiri.

Makngah menyimpan semua tangkai bunganya yang sudah kering untuk hiasan.

Jika kreatif boleh menjadi bunga hiasan

Wednesday, March 23, 2011

Gemuk Bukan Berpunca Dari Banyak Makan


Makanan yang disaran untuk banyak diambil
Makan tetap makan.....    
Kulit yang tinggal selepas lemak dibuang.

Makngah selalu terperasankan saiz badan kawan-kawan yang lama tidak ditemui semakin berubah, walaupun baru sebulan. Apabila ditanya masing-masing mengaku "makan sedap dan makan sokmo" hehehe..... . Tetapi ada juga yang "makan sedap dan makan sokmo" tetapi badannya 'steady' sahaja. Kenapa hah? Ada yang kehairanan penyebabnya......beruntung........ kata mereka.

Nampaklah kepada kita bahawa faktor makan bukannya sebab yang tepat mengapa seseorang menjadi gemuk. Seseorang menjadi gemuk disebabkan tubuhnya tidak mampu menukar makanan kepada tenaga untuk digunakan. Sebaliknya makanan disimpan menjadi lemak. Orang yang mengalami masalah ini tentu akan berasa letih dan kekurangan tenaga. 

Apabila kita makan lebih banyak untuk meningkatkan tenaganya, makanan tersebut terus menjadi lemak pada badan dan  akan menambah kegemukan. 

Adakah berat badan satu masalah bagi kita? Adakah kita sedang mencari-cari panduan yang berkesan untuk menurunkan berat badan? Adakah kita sering mencuba untuk kurus tetapi gagal? Adakah kita berasa kecewa apabila doktor dan para pakar tidak mampu membantu kita menurunkan berat badan?
Sebenarnya kita tidak bersendirian dalam menghadapi masalah ini.

Ramai yang bermasalah dan mencari-cari jalan jalan keluar masalah berat badan. Kerana itulah wujudnya pelbagai perniagaan pelangsingan yang rata rata mengambil peluang ke atas kita. Apabila kita mengunjungi pusat-pusat sebegini dan gagal, maka mereka mempersalahkan kita pula. Kitaa akan dituduh makan banyak dan tidak berdisiplin, atau mereka sekali lagi cuba mengosongkan kocek kita dengan menawarkan sesuatu program yang lebih mahal. 

Hakikatnya, kita tidak perlu berbelanja mahal untuk kurus. Kita hanya memerlukan pengetahuan yang baik mengenai jenis makanan yang mampu meningkatkan kadar metabolik dan senaman yang berkesan untuk mencapai berat badan idaman kita. 

Apabila enzim dan hormon pembakar lemak tidak ada dalam badan kita, sudah tentu badan tidak mampu membakar lemak. Akibatnya berat badan tidak berganjak meskipun berpuasa dan berdiet dengan bersungguh-sungguh. Jadi diet dan kaedah meningkatkan enzim dan hormon badan perlulah seiring.

Kita ialah apa yang kita makan. Makan ialah satu daripada nikmat anugerah Tuhan dalam hidup kita. Makanan yang sedap mengghairahkan selera sehingga apabila kenyang kita masih mahu makan. Oleh kerana makanan kita mengandungi banyak lemak dan gula, kita berhadapan dengan masalah pengambilan lebihan gula dan lemak. Kesilapan memilih makanan menjadikan ramai rakyat Malaysia menjadi gemuk. Keadaan ini disebut sebagai klinikal obesiti. 

Di negara kita terdapat beraneka jenis makanan hasil integrasi budaya antara penduduk berbilang bangsa. Tidak kurang juga makanan segera dari negara luar. Hampir semua jenis makanan menggoda selera makan kita.


Mengikut istilah ada perbezaan di antara overweight dan obesiti. Overweight ialah lebihan berat badan daripada yang sepatutnya dari segi saiz kerangka badan. Misalnya seorang ahli bina badan atau ahli sukan tertentu mungkin mempunyai berat badan yang lebih. Hal ini kerana kelebihan pada otot berat tulang badan dan kandungan air berbanding orang biasa namun dia tidak mengalami obesiti. Jadi yang dimaksudkan dengan obesiti ialah kelebihan lemak badan. Jelaslah bagi kita bahawa menimbang berat sahaja bukan satu ukuran yang tepat bagi mengukur tahap obesiti.

Cara yang tepat ialah mengukur ketebalan lemak. Anda boleh mengambil ukur lilit lengan paha dan perut sebelum memulakan program melangsingkan badan. Jadikan ukuran sebagai rujukan anda menentukan keberkesanan program BMI yang sering dijadikan rujukan ukuran berat adalah tidak tepat dijadikan takat rujukan kerana ia mengambil kira keseluruhan berat kita (berat tulang, otot dan lemak) tanpa mengambil kira jumlah lemak dalam badan. 

Jadi, apabila kita bersedia untuk memulakan program menurunkan berat badan maka kita perlu mengambil ukuran lilitan pinggang, lengan, dada dan leher. Hal ini lebih tepat berbanding berat semata- mata.

Sunday, March 20, 2011

Bahasa Anak Mata

Mata sedang teghiok....

Ilmu ini Makngah kutip daripada tazkirah yang disampaikan oleh seorang jemputan di radio IKIM. Jadi, Makngah kongsilah di sini setakat yang difahami dan sempat dicatat daripada apa yang disampaikan.

Kita melihat dengan mata hitam bukan dengan mata putih. Mata hitam juga dikenali sebagai anak mata. Bahasa anak mata ini amat penting diketahui dan diamalkan termasuk bagi membantu anak-anak kita dan anak-anak murid seorang guru untuk mencari ilmu.

Bahasa anak mata ini boleh dibahagikan kepada enam jenis atau keadaan.

1. Jika anak mata dilirikkan ke kanan atas  bermakna seseorang itu sedang mencipta visual atau gambaran baru  ke dalam mindanya kerana maklumat itu tidak pernah ada di dalam pengetahuannya. Contohnya apabila seseorang menyatakan "rumah bertayar". Visual atau gambaran baru terpaksa dicipta kerana sebelum ini 'rumah bertayar" tidak ada dalam minda kita.

2. Jika anak mata dilirikkan ke kiri atas  bermakna seseorang itu sedang mengingati atau memanggil semula visual atau maklumat yang dia pernah tahu.

3. Jika anak mata dilirikkan ke telinga ke kanan    bermakna seseorang itu sedang mencipta pendengaran yang dia tak pernah dengar dan sedang mencipta bunyi baru.

4. Jika anak mata dilirikkan ke telinga ke kiri   bermakna seseorang itu sedang mengingat apa yang dia pernah dengar.

5. Jika anak mata melihat ke kanan bawah  bermakna seseorang itu sedang mencari rasa atau menghayati rasa. 

6. Jika anak mata melihat ke kiri bawah  bermakna seseorang itu sedang berdialog dalaman. 

Pengajaran yang boleh diambil daripada bahasa anak mata ini antaranya ialah jika mahu membaca, letaklah buku selari dengan dada. Jika anak mata asyik dilirikkan ke bawah, bermakna seseorang itu sedang bermonolog atau bercakap dalam hatinya sendiri.

Maka buku yang diletak di sebelah kanan atas, menunjukkan ia sedang merakan visual baru ke dalam mindanya. Apa yang dibaca akan dirakam terus ke minda bawah sedarnya. Sebaliknya jika anak mata asyik ke kiri atas, maka visual yang telah dirakam sedang dikeluarkan. Itulah aksi sepatutnya untuk seorang pelajar yang sedang menjawab soalan jika mahu mengeluarkan semula apa yang telah disimpan di minda mereka.

Mulai sekarang, ubahlah cara kita menggunakan bahasa anak mata kita.

* KANAN ATAS  = CIPTA / RAKAM VISUAL BARU
   KIRI ATAS = MENGINGAT APA YANG TELAH DIRAKAM

Thursday, March 17, 2011

Balasan Atau Kebetulan - Satu Kisah Benar

Chimpanzeepun tahu berfikir buruk baik sebelum bertindak..heheh
Blog Entry
Makngah ada menerima satu emel yang dikirim oleh seorang rakan. Sekali baca ia hanya satu kisah biasa tentang kebejatan hidup masyarakat kita pada hari ini. Tetapi setelah berfikir sejenak, ada baiknya kisah benar ini dikongsikan dengan rakan-rakan sebagai satu pengajaran iaitu APA YANG KITA LAKUKAN PADA HARI INI KESAN LANGSUNGNYA KEPADA KITA DAN KETURUNAN KITA PADA HARI ESOK. JIKA KEJAHATAN DAN KEMAKSIATAN YANG KITA LAKUKAN PADA HARI INI, MAKA KEJAHATAN DAN KEBURUKANLAH YANG KITA AKAN PEROLEHI DAN SEBALIKNYA. Oleh sebab itu berfikirlah sebelum melakukan segala perkara. Selamat membaca dan ambillah ikhtibar daripadanya.

Assalamualaikum wrbth...

Saya harapkan anda semua dalam peliharaan ALLAH selalu hendaknya..Amiiinnn..kali ni sy x nk ulas pnjang lebar isu yang akan saya tulis dan paparkan disini..cuma saya minta jasa baik dr anda semua baca dan fahami kemudian sama2 kita ambil iktibar dari kesah ini..
Kali ni saya nak mengajak anda semua mendengar luahan hati seorang bapa yang sangat menyesali dosa2 yg telah dilakukan satu masa dulu..mungkin ini adalah pembalasan dr ALLAH yg di tunjukkan di dunia atau pun secara kebetulan ianya berlaku..tp kesah ini memang satu kesah benar..jom sama2 kita dgr luahannya melalui satu kiriman email yg di hantar..

Hari ini aku terpanggil nak meluahkan ape yang terbuku dlm hati aku..
Minggu lepas , anak dara kesayangan aku telah dicabul..aku tak nak cerita secara detail,kerana terlalu perit untuk aku harungi. Anak aku baru berusia 12 thn, tapi kena cabul dengan orang yang sangat aku percaya,iaitu guru mengajinya.
Hati bapa mana tak gusar, sekarang selepas buat report pada polis dan medical checkup, anak aku dah macam orang hilang ingatan, hysteria.Aku sedih sangat, setiap malam aku berdoa agar pulihkan semangat anak aku dan semoga Allah mengampunkan dosa2 ku yang lalu.Sekarang aku sedar, apa yang terjadi pada anak aku, mungkin adalah dari kesilapan lampau aku.

Dulu aku ada affair dengan seorang gadis berumur 22 thn, 2 tahun dahulu. Pada awalnyer hanya sebagai kawan dikala aku kesepian. Masa tu aku ada masalah rumahtangga dgn isteri aku. Nak dijadikan cerita aku ada buat benda tak elok pada this girl. Aku namakan die Ayu.


Setiap kali dating dengan Ayu, nafsu sentiasa meluap2..tau2 la suami yang dah lama tak diberi makan isteri. Masa tu aku berniat nak tut2 dengan Ayu. Tapi Ayu ni gadis yang baik, even aku nak pegang pun die tak bagi,cium apetah lagi.Aku juga menipu ayu aku adalah duda. Hubungan aku dengan die berjalan lancar selama 5 bulan.

Oleh kerana tak tahan nafsu ku ini, satu hari aku ajak ayu pergi karaoke.Di situ aku dah plan sesuatu. Aku ada memasukkan pil khayal dlm minuman ayu. Lepas aku tengok die high, aku cepat2 bawa die check in di hotel berdekatan. Dek dihasut nafsu yang meluap2, aku bersetubuh dengan ayu tanpa ayu sedari. Nikmatnyer tak terkata..namun selepas menyedari keesokkan paginyer, aku menyesal, ayu pulak menangis sekuat hati..


Dalam keadaan huru hara tu, aku berjanji pada ayu aku akan bertanggungjawab di atas segala kesalahan aku. Masa tu aku piker nak nikah dengan ayu,memandangkan hubungan aku dengan isteri dah di ambang maut.Selepas berjanji dengan ayu, aku pun menghantar pulang ayu kerumah sewanya.Sambil ayu menangis teresak2,ayu merayu jangan tinggalkan die dalam keadaan mcm ni.Aku berjanji dan bertekad akan tebus kesalahan aku..nak nikah jugak dalam masa terdekat.


Nak dijadikan cerita, balik saja kerumah,tiba2 isteriku melayan aku dengan baik sekali, kemudian aku rasa bersalah yang amat sangat pada isteri, sambil melihat wajah anak2 ku yg masih kecil, aku tak sanggup nak menduakan isteriku..aku masih sayang pada isteriku..


Bile terfikir tentang ayu, aku rase bersalah yg amat sgt pada isteriku..sejak itu isteriku melayan aku dengan baik, seperti kami bercinta balik. Ingatan aku pada ayu makin pudar.Ayu pula semakin paranoid, pabila aku bersikap acuh tak acuh, kerana aku masih sayang pada keluarga aku.

Janji yg aku tabor pada ayu, hanya janji manis saja.Aku cuba jauhkan diri aku pada ayu, supaya aku setia pada keluarga aku.Ayu pula makin menekan aku supaya menikah dengan dia walau apa yang terjadi.Satu hari yang tak disangka, apabila aku pulang kerumah,aku nampak kereta ayu didepan rumah aku, aku tercari2 ayu dimana die. Dlm perjalanan menuju kerumah aku terdengar riuh rendah suara perempuan bergaduh..aku panic, tapi ape yang terjadi aku akan hadapi.

Bila melangkah masuk kerumah, aku lihat ayu merayu2 melutut depan isteriku,dengan muka
bengis isteriku, isteriku ceritakan segalanya. Isteri aku memberitahu perempuan gila ini, mendakwa telah menjalin hubungan dengan aku dan die mau aku bertanggungjawab. Ya Allah, aku hampir pitam. Namun isteriku tak marahkan aku, sebaliknyer menendang dan menampar ayu sepuas-puasnye. Aku pula bingung. Dengan lantas aku buat cerita ayu ni perempuan murahan, sudah pasti selalu main dengan jantan lain,anpa rase bersalah aku menarik ayu dan menghalau die keluar dari rumah.Menangis ayu melihat tingkah laku aku, tapi apakan daya, aku tak mau rahsia aku pecah.Ayu siap bersumpah dgn nama Allah, anak yang dikandung ini adalah hasil kerja keji aku dulu. Ayu pregnant?aku hamper pengsan lagi..dan ayu juga melafazkan'aku benci kau, aku benci kau dan keturunan kau, aku doakan agar semua keturuanan kau mati dirogol'..setelah itu ayu terus menghilangkan diri.

Selepas kekecohan itu, isteriku face to face dengan aku, siapa ayu?aku dengan tenang mengatakan ayu ni bekas pekerja aku, pernah sakit mental selepas ditinggalkan kekasih lama..oleh kerana aku selalu mendengar keluhan hati die, die naik syok dengan aku..
Isteriku tak puas hati tapi die siap warning jika benar aku takde ape2 affair dengan ayu, die maafkan aku, kalau tak die akan minta cerai.

Kerana sayangkan isteri aku bersumpah mmg aku tiada affair dengan ayu.Keesokkan harinyer, aku cube call ayu untuk memutuskan hubungan dengan ayu.. Sebaik ayu mengangkat telefon terus die hysteria dan menyumpah2 aku.. sumpah yang aku masih teringat2.. 'aku doakan keturunan kau semua mati kena rogol'..

Semenjak itu, ayu hilang, dan berita terakhir aku dengar ayu sudah meningal dunia tahun lepas.

Sekarang bila aku terfikir balik, adakah ini balasan tuhan kepada aku? Aku menangisi nasib
aku, anak2 aku.. Apa harus aku buat, perlukah aku meminta maaf dari ayu,tapi ayu sudah tiada.

Aku bingung,..setiap malam aku buat sembahyang sunat,taubat...tapi bayangan ayu selalu
hadir dlm minda ku....

Dan paling sedih, perkara sama berlaku pada anak gadisku...perit..sungguh perit.. ya, kisah
aku lebih kurang dlm cerita2 rekaan yg selama ni kite tonton di tv, tapi tak ku sangka ia benar2 berlaku, hingga aku terkelu sendirian.. terima kasih pada yang memberi nasihat tak kurang juga yg menyindir..tapi mmg aku akui aku telah melakukan kesilapan besar dalam hidup..hidup aku,hidup family aku dan hidup insan lain..

Tat kala menulis ini, dari memandu kereta tadi, fikiran aku bercelaru..memikirkan hal anak
aku,aku hampir kemalangan kerana tak concentrate langsung semasa memandu.. anak aku sekarang semakin histeria,die tak boleh langsung melihat kelibat lelaki dewasa, takut, bingung, menangis.. aku dan isteri sangat sedih.anak aku suka sendirian dalam bilik, pernah die berada dalam tandas begitu lama, sampai kami terpaksa menendang pintu.

Kami takut die bunuh diri atau mencederakan diri..setiap malam, aku dan isteri bersolat hajat agar Allah memulihkan semangat anak ku,minggu lepas kami ada bawa die berjumpe kaunselor, tapi nampaknye anak ku hanya menyembunyikan diri dibelakang kerusi.. isteriku menangis dan aku menahan sebak..kaunselor kata bawa bila keadaan anakku reda sikit nnt..sekarang mungkin die rase tak selamat nak berjumpe org asing..


Anak ku juga tak berapa nak makan,kami risau die akan sakit.. aku pun tak tau nak buat apa, anak ku hanya suke bersendiri, kadang2 terdengar die menyanyi seorang2, risau juga takut die alami gangguan emosi. Die terlalu naif dan muda untuk memahami semua ini, tapi tak mustahil die tau ape yang bakal die alami bila dewasa kelak..

Jadi, setiap hari aku berdoa ke hadrat Ilahi, agar dosa ku di ampunkan..berbalik pada kisah ayu, sebelum aku mengetahui arwah sudah tiada, aku ada menghubungi sepupu die Kay..kay yang memberitahu aku yang ayu sudah meninggal dunia..kes nya terkena buatan orang..yang aku tak berapa pasti, kay memberitahu ayu telah keguguran bayi akibat tekanan perasaan selepas bertengkar dengar isteri aku.

Selepas itu, ayu kuatkan semangat, pindah kerja dan hidup seperti normal kembali walaupun disudut hatinya masih tertinggal derita yang die tanggung, kay beritahu mujur ayu keguguran bayi, kalau tidak macamana die nak hadapi familynya dan masyarakat..hmmm aku mengucap panjang tanda keinsafan.

Selepas beberapa bulan berlalu, ada jejaka di kampungnya meminang ayu, tapi ayu menolak, ayu jelaskan pada kay, die tak layak menerima pinangan dari jejaka itu kerana kisah hitamnya... aku terkedu bila mendengar, menitis juga air mata aku kerana aku merasakan akulah manusia paling kejam.Jejaka tu berang bile ayu menolak pinangannya ..lepas tu hidup ayu terus porak peranda..puas dibawa berubat, akhirnya ayu menghembuskan nafas terakhir.. kay kata ayu terkena santau dari siam..siapa yang buat wallahualam..selepas kay bagitau semua ini, hidup aku makin tertekan..sampaikan aku terfikir aku ni adalah pembunuh dalam senyap, menghancurkan hidup org lain sekaligus..
Mengenai anak ku ini, kejadian hitam yang berlaku keatasnya mungkin kerana kecuaian aku dan isteri juga.Sebelum ni kami hantar anak ke rumah orang untuk mengaji..tetapi selepas hari raya lepas, aku menghantar anak ku pergi mengaji ke rumah org ni lagi.Pada malam tu hanya anak ku sorang saja yang hadir pada kelas mengaji. Pelajar lain tidak hadir lagi kerana masih ada yang belum pulang dari kampung beraya. Masa kejadian itu isterinya kerumah org untuk beraya..kalau aku periksa dulu dan tau hanya anak ku saja yang hadir sudah pasti aku tak benarkan die pergi mengaji malam tu..tapi kerana nak cepat aku tak sempat nak check .

Aku pun hairan, dalam banyak2 perempuan kenapalah budak sekecil anak ku yang menjadi
mangsa? aku pun tak sanggup nak cerita secara detail lagi, sedih yang teramat..kes ni masih
bawah siasatan, oleh kerana ia melibatkan org berpengaruh dan melibatkan kanak2 bawah
umur, maka kes ni tidak didedahkan atas permintaan isteriku dan pihak yang dituduh.. kadang2 aku geram sangat..geram pada lelaki tu..nak saja aku kerjakan die cukup2.. aku ingat nak bertukar kerja dan berpindah ke tempat lain,kerana lambat laun kes ni pasti terbongkar..kalau penduduk area rumah aku tau..aku tak mau anak ku alami tekanan perasaan sebegitu juga isteri dan anak2 yang lain..

Akhir2 ni aku dan keluarga tidak banyak keluar rumah..hidup kami tidak lagi ceria..tapi alhamdullilah kami suami isteri saling memahami, sentiasa bersolat jemaah sama2, berdoa untuk kesejahteraan hidup kami sekeluarga.. aku masih sebak..malam ni aku dan isteri akan buat solat hajat agar semangat anak ku pulih, aku sedih karena anak ku masih kecil.
Nasihat aku pada ibu bapa, kalau boleh pantau anak2 anda dimana berada,pastikan mereka
selamat, aku maksudkan jangan biarkan anak gadis bersendirian dengan mana2 lelaki, walau sealim mana pun..ya kadang2 sebagai ibu bapa kite hanya menyerahkan anak kite pada guru sekolah,guru tuisyen, mengaji, tukang gaji, driver,guard...tapi kite tak pernah pun amik tau siapa mereka..ada yang ikhlas dan ada juga yang mengambil kesempatan.

Salam..
Harap sama2 kita ambil iktibar dr kesah ini..Menyesal kemudian tak berguna dah..
Wallahualam..

# Makngah siarkan dalam bentuk penulisan asal, harap maaf di atas banyaknya kesalahan ejaan dan ayat.

Tuesday, March 15, 2011

Bahasa Benteng Bangsa



Bahasa mengenal bangsa. Bangsa Melayu merupakan antara beratus-ratus jenis  bangsa yang Allah SWT jadikan di atas muka bumi dengan tanah airnya tersendiri. Peredaran masa, banyak bangsa yang pupus, ada  yang tercatat dan banyak juga yang tiada dalam mana-mana catatan sejarah. Ada di kalangan bangsa itu bertukar daripada  nama asalnya demi meneruskan survival mereka.

Mengapa pupus?.  Pertama, kerana mereka tidak terfikir bahawa bangsa mereka  yang kuat boleh pupus. Kedua, kerana ketololan bangsanya sendiri. Ketiga, lahirnya golongan pengkhianat, penderhaka bangsa, diperalat pihak luar, kerakusan, ketamakhalobaan, kepentingan diri sendiri yang berleluasa, dan tidak mengakui kehebatan bangsanya sendiri. Bagi bangsa Melayu, Melaka adalah singkapannya.

Bangsa Melayu dapat dikatakan sebagai satu bangsa kerana ada bahasanya tersendiri. Budayanya tersendiri serta kepercayaan kepada tuhannya tersendiri.  Seorang yang beragama Islam, bertutur dalam bahasa Melayu dan mengamal  adat istiadat Melayu diklasifikasikan sebagai bangsa Melayu. Ingat,  tiga komponen mudah iaitu  Islam, Bahasa dan Adat (IBA).

Sesuatu bangsa yang  bertamadun akan membangunkan bahasanya sendiri mengikut persekitaran yang dinamik.Walaupun demikian mereka tidak pula etnosentrik malah terbuka. Bahasa yang dapat bertahan lama ialah bahasa yang dapat mengasimilasikan bahasa lain yang bertamadun mengikut persekitaran yang berubah.

Adat Istiadat lebih mendekati makna budaya atau cara hidup yang membezakan ciri-cirinya dengan etnik lain. Suatu ciri Melayu ialah mempunyai ciri yang halus, tersusun, tersurat dan tersirat. Sopan ialah intisarinya. Kaya bahasa bukanlah memaknakan tutur kata sahaja tetapi ia bersalut keluhuran, keikhlasan, kesucian, akhlak dan moral serta akal budi. Pancaran dari itulah lahirnya kebudayaan.

Namun demikian sedang bangsa Melayu hangat membina tamadun, terpaksa berhempas pulas menghadapi ancaman dari luar dan dalam. Dari luar menerjah masuk berniat jahat melenyapkan keperibadian Melayu. Sentiasa ada penjuru cuba dibolosi.

Memusingkan kepada dari dalam lahirnya pengkhianat dari kepelbagaian faktor sosial  namun dapat dirumuskan sebagai faktor memburu kuasa. Hambatan itu menghalalkan semua cara sama ada bermoral atau tidak bermoral. Meminggirkan nilai agama, injeksi budaya haiwan yang tidak masuk akal, xenosentrik iaitu memuja budaya luar dan merendahkan budaya sendiri.  Jika dibiar ia akan terus menular menyelimuti bangsa Melayu.

Ada dua keadaan untuk mempertahankan kukuhan  bangsa. Pertama secara berhemah dan bermoral. Kedua cara kebinatangan jika keadaan sudah kritikal. Manifestasi dari sifat kehaiwanan untuk membolos masuk merentap kekuatan bangsa itulah maka lahir golongan yang  bersifat agresif  ala 'Rambo' untuk mempertahankannya bermati-matian.

Golongan Rambo Melayu ini tidak mengira apa cara jika mereka berpendapat bahawa sifat kebinatangan tidak boleh dihadapi dengan cara adab bermoral kemanusiaan. Cara berhemah akan menjadi 'lauk' mereka. Sifat tunggu dan lihat tidak lagi mengizinkan apa lagi ia berhemah dengan kehaiwanan dalam memperkecilkan bangsa Melayu.

Apabila peperangan sudah bermula, tiada suatu yang dapat menghalang cara. Sempadan harus dijaga dengan benteng tubuh. Terserahlah kepada Allah SWT Sebab itu niat kita mempertahankan agama, bangsa dan negara kena betul. Niat tidak menghalalkan cara. Jangan jadi seperti sebuah parti politik Melayu  yang sanggup menjual apa sahaja demi secebis kuasa, masyaAllah...berserahlah kita kepada-Nya.

Dalam peperangan bahasa, budaya menjadi kecil. Budaya, bahasa dan agama dapat hidup dalam keadaan aman makmur. Sejauh ini, bahawa, agama, budaya bangsa itu dapat berkembang kerana hasil kemakmuran pejuang terdahulu. Tetapi sekarang tidak dihargai. Dalam kondisi kecamuk anda tidak dapat bertahan soal bahasa, agama dan budaya, maka janganlah bercakap soal itu lagi, jika kita sendiri  memihak  kepada yang mana?. Kerana apa?. Mengapa?.

Rumusnya, sekali lagi saya tekankan bahawa bahasa, agama dan budaya Melayu itu dapat berkembang dan menunjangi tamadun Melayu dalam suasana aman damai. Dalam mengejar aman damai kadang kala semua dijadikan peluru dan benteng. Tidak hairan jika Rambo Melayu menjadikan bahasa kesat, kasar, ganas  dan tidak bermoral dalam menghadapi suasana melawan amalan hukum rimba. Bahasa digunakan sebagai peluru.  Mengeluarkan air dari telinga seharusnya air juga.

Selagi ia berperinsip kebenaran dan keadilan ayuh teruskan serangan, jangan ragu. Kita tawakkal.

* Entri di atas diambil daripada penulisan seseorang yang Makngah lupa daripada mana dan harap diizinkan. Rambo Melayu di sini dimaksudkan kepada sesiapa sahaja yang dituduh berkasaran dalam menuntut hak Melayu Islam kerana dikatakan Melayu itu sifatnya lembut dan beradab sopan.

Friday, March 11, 2011

PCB Dulu Dan Kini

Beberapa hari lepas Makngah singgah di PCB. Masih ingat maksud PCB? Pantai Cinta Berahi dan ditukar kepada Pantai Cahaya Bulan bagi memberi akronim PCB juga. Nama asalnya yang disebut orang kampung ialah Pantai Semut Api bersamaan dengan nama kampung tempat terletaknya pantai yang indah suatu masa dahulu itu. Makngah menyebut suatu masa dahulu kerana sekarang ini PCB sudah tinggal nyawa-nyawa ikan kerana hampir tidak kelihatan lagi.

Gambar pada 1 Mac 2011

Kemudahan yang baru 2 tahun juga sudah mengalami nasib sama


Pantainya sudah terhakis teruk. Tambakan dengan bongkah-bongkah batu bagai tiada kesan kerana setiap tahun ia memakan korban. Sudah banyak km pantai dan daratannya ditelan ombak. Sekarang  ia sudah terlalu hampir dengan resort terdekat iaitu PCB Resort dan Perdana Resort. Tahun-tahun sebelumnya beberapa buah chalet penginapan mereka dibadai ombak bulan Disember. Begitu juga dengan gerai-gerai peniaga  yang juga menjadi mangsa ombak ganas tidak berperasaan belas itu.


Awal 90-an Makngah sempat berkursus selama seminggu di sebuah motel bernama Long House Beach Resort yang terletak di pantai itu. Ketika itupun sudah banyak bilik penginapannya menjadi korban. Pantainya sudah terlalu hampir dengan bilik penginapan kami. Terasa seperti tidur betul-betul di pantai kerana hempasan ombak dan tiupan anginnya sangat kuat. Kalau tidak silap Makngah 4 tahun selepas itu, motel tersebut telah berkubur di laut PCB tanpa ada sebarang kesan batu nisan lagi. Tuan punya LHBR seorang keturunan India dan kini hanya kekal di ingatan Makngah.


PCB sebenarnya amat sentimental kepada Makngah kerana itulah tempat Makngah mula-mula merasa masinnya air laut dan lembutnya belaian bayu pantai. Awal 70-an mengikut rombongan sekolah ke PCB. Seronoknya bukan main, maklumlah sebelum ini tidak pernah mendengar ngauman hempasan ombak pantai. Al maklumlah kami pelajar-pelajar SKBS anak-anak baruh. Masih segar dalam ingatan, perasaan Makngah ketika mula-mula melihat ombak. Ajaibnya.............. takjub sungguh. Takutpun ada untuk mendekatinya...heheh nak tergelak apabila mengingatinya. Namun ketika itu pantainya luas terbentang. Banyak gerai jualan, pondok-pondok berihat beratap nipah dan pohon nyiur berderetan memagari pantai. Anak-anak muda rancak berhibur sambil menyanyi dan bergitar. Kenderaan pengunjung juga berderetan berbanding dengan sekarang yang sepi, sesepi sepinya............

Ombak PCB yang banyak memakan korban

 

Thursday, March 3, 2011

OKU yang Kukenali

Orang Kurang Upaya atau lebih tepat Orang Kelainan Upaya (OKU) mempunyai kedudukan mereka yang tersendiri di sisi masyarakat kita. Kekurangan mereka itu sama ada dari segi tahap pemikiran ataupun fizikal. Kerajaan Malaysia sendiri memberi elaun khas kepada pelajar-pelajar OKU ini. Sebenarnya dalam beberapa keadaan golongan OKU ini mempunyai tahap pemikiran atau kesungguhan yang lebih hebat berbanding dengan orang biasa yang kelihatan sempurna luarannya. Hal ini banyak dibuktikan dengan berita-berita kejayaan golongan ini walaupun mereka seorang yang hilang penglihatan, cacat kaki, cacat tangan dsb.

Mohd Qhobir bin Azizan seorang pelajar tingkatan empat. Dalam peperiksaan PMR 2010 beliau lulus sederhana kerana walaupun tidak mendapat gred A dalam lapan subjek yang diambil tetapi tidak ada gred D dan E. Kira sangat baiklah keputusan peperiksaan dia sebagai seorang pelajar istimewa yang menerima elaun RM150.00 sebulan daripada kerajaan berdasarkan pekeliling yang disertakan di bawah.

SURAT PEKELILING KEWANGAN BIL.3 TAHUN 2009 ELAUN MURID BERKEPERLUAN KHAS
(KATEGORI ORANG KURANG UPAYA)

> Syarat-syarat Kelayakan menerima Elaun Murid Khas (EMK)

I. Warganegara Malaysia
Ii. Sekolah Kerajaan Dan Sekolah Bantuan Kerajaan
Iii. Murid Berkeperluan Khas Di Bawah Kementerian Pelajaran Malaysia Merangkumi Sekolah-sekolah Berikut :
a. Prasekolah
b. Sekolah-sekolah Rendah Dan Menengah
c. Sekolah Agama Dan
d. Kolej Matrikulasi
Iv. Memiliki Kad OKU Yang Dikeluarkan Oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM); Dan
V. Tidak / Belum Menerima Elaun OKU Daripada Mana-mana Agensi Kerajaan Atau Pertubuhan Bukan Kerajaan.


Berdasarkan gambar Mohd Qhobir di bawah tentu pembaca dapat meneka apa kecacatan Mohd Qhobir. Matanya juga agak kurang jelas; untuk membaca terpaksa ditatap secara dekat. Apa yang ingin Makngah ketengahkan ialah sikap istimewa Mohd Qhobir. Dia seorang yang peramah, mempunyai keyakinan diri yang tinggi dan tidak mudah berputus asa, walaupun sering disindir dan diejek oleh kawan-kawannya di atas kekurangan fizikal yang dia alami. Dia belajar sekelas dengan pelajar-pelajar sempurna walaupun sekolah itu mempunyai Kelas Pendidikan Khas. Jika disebut nama Mohd Qhobir, maka satu sekolah itu akan mengenali siapa Moh Qhobir.

Mohd Qhobir berjuang untuk meletakkan dirinya setaraf dengan pelajar-pelajar lain yang sekelas dan sesekolah dengannya. Dia ada cita-cita menjadi pemimpin dan pernah dilantik menjadi ketua tingkatan.

Renungan hensom Qhobir atau Amir Ekuin
Dia juga aktif menyertai aktiviti kokurikulum dengan menyertai Pasukan Bulan Sabit Merah dan Kelab Program Usahawan Muda (PUM). Pada tahun lepas dia menyertai unit redaksi majalah sekolah bahagian iklan. Sikap peramah dan berhemahnya memberi kepercayaan kepada beberapa orang penaja lalu menjadikan Mohd Qhobir antara ajk yang berjaya mencari penaja kepada majalah sekolah kami. Hal ini menunjukkan kebolehan berkomunikasi Mohd Qhobir berbanding dengan ramai pelajar lain yang hanya 'tahu menyebut malu' sahaja apabila disuruh membuat tugasan sedemikian. 

Pada tahun ini Mohd Qhobir aktif membuat jualan di dalam Kelab PUM dan dilantik sebagai admin mengurus facebook syarikat PUM sekolah. Dia juga aktif bersosial di dalam facebook dengan menggunakan nama Amir Ekuin. Makngah pernah bertanya kenapa ada 'ekuin"? Dia menjawab kerana dia suka menunggang kuda.








   
 







Amir Ekuin sedang mengira bungkusan kerepek untuk jualan.
Pada suatu hari kami pernah berbual-bual. Mohd Qhobir menyatakan keinginannya memiliki komputer riba sendiri kerana yang digunakannya sekarang kepunyaan abangnya. Makngah bertanya kenapa tidak digunakan duit elaun bulanan yang kerajaan beri itu? Jawabnya duit itu disimpan untuk mengerjakan umrah apabila cukup nanti. Terkedu Makngah mendengar jawapan Mohd Qhobir. Inilah kebesaran Allah Yang Maha Pencipta, diciptakan seorang insan yang kurang fizikalnya tetapi tidak kurang sedikitpun daya juang dan pengesaannya kepada Tuhan Pencipta malahan jauh lebih hebat daripada sesetengah insan yang diciptakan sempurna fizikal dan mental.

Selamat maju jaya untuk Amir Ekuin.