Saturday, March 26, 2011

Teratai, Telipuk, Lotus

Kembang yang sedang mewangi

Kali ini Makngah ingin bercakap mengenai bunga teratai atau dipanggil juga telipuk dan dalam bahasa Inggerisnya lotus. Nama Latin (saintifik) nya "Nelumbium Nelumbo Druce". Ia sejenis tanaman air yang hanya ada di kawasan Asia. Entah mengapa Makngah gemar sangat dengan rupa paras pokok ini. Saiz daunnya bulat lebar yang megah menjulang serta bunganya kelihatan begitu anggun dan meyakinkan. Patutlah ada sebahagian sekte agama Buddha menjadikan teratai sebagai lambang agama mereka. Pemeluk agama Buddha menganggap bunga ini sebagai lambang kesucian, tercermin dalam pelbagai lukisan dan patung yang menggambarkan Sang Buddha sedang duduk bersemadi di atas bunga teratai

Jika ada kawasan yang sesuai teringin benar Makngah membina kolam teratai dengan pelbagai jenis...impian tu..heheh. Setakat ini ditanam dalam pasu dan kolam kecil ikan 'peacok' sahaja.

Setelah lebih kurang dua tahun menanam teratai ini dan menikmati bunganya yang berkembang megah, barulah Makngah perasan bahawasanya bunga teratai ini rupa- rupanya ada baunya yang tersendiri. Baunya semerbak ketika ia baru nak berkembang atau sebelum kelopaknya pecah dan gugur. Apabila sudah pecah dan gugur, baunya sudah amat kurang dan tiada lagi.

apabila kelopak mula gugur, bau dah kurang

Tahukah tuan puan bagaimana bau bunga teratai? Hah...........macam bau gula-gula jenama 'hacks'. Semasa menciumnya fuh.....tenang setenang tenangnya fikiran kita. Seluruh bahagian teratai daripada akar, batang, kelopak, biji dan daunnya mempunyai khasiatnya yang tersendiri.

Makngah menyimpan semua tangkai bunganya yang sudah kering untuk hiasan.

Jika kreatif boleh menjadi bunga hiasan

No comments:

Post a Comment