Thursday, May 22, 2014

Lantai laminat "Floor Depot" Bermasalah?




بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Makngah nak kongsi sedikit perkara tentang lantai laminat yang sudah semakin banyak digunakan sebagai kemasan lantai di negara kita ini. Rumah baru makngah juga menggunakan lantai itu. 

bahagian lantai inilah yang menggelembong walaupun baru 3 minggu siap dipasang

pekerja floor depot sedang memasang papan lantai
Makngah memilih jenama Floor Depot memandangkan jenama tersebut yang sudah lama berlegar di telinga kita. Maksudnya jenama yang sudah gah di Malaysia. Tidaklah sekali-kali makngah menyangka lantai itu membuat masalah. Sebaik siap dipasang, apabila kita berjalan atau memijak di atasnya, ada keluar bunyi yang menakutkan. Juga ada banyak kawasan yang terasa macam jerlus. Mula-mula makngah tak menyangka langsung bunyi itu keluar daripada hasil pijakan lantai itu. Makngah terus mengadu dengan kedai yang makngah berurusan. Tetapi mereka menjamin hal itu sementara sahaja.

         
            Tiga minggu selepas itu, hal yang lebih teruk berlaku. Lantai di bahagian depan pintu bilik utama kelihatan menggelembung dan bila dipijak jelas terasa lompangnya. Maksudnya lantai itu ada masalah seperti tidak dipasang dengan sempurna. Lima hari lepas, bahagian lantai yang menggelembung itu sudah merebak ke ruangan sekelilingnya pula.

           
             Sekali lagi makngah menelefon taukenya. Dia datang memeriksa dan mendakwa lantai itu dicurahkan air atau dimop dengan menggunakan air yang banyak sehingga merosakkannya. Dia mahu mengenakan caj jika mahu dibaiki. Hal itu menimbulkan protes dari makngah. Makngah tetap mempertahankan lantai itu tak pernah dimoppun lagi. Macam mana nak kena air? RUMAH ITU BELUM DIDUDUKIPUN LAGI.





            Jika sesiapa ada cerita pasal floor depot ini, tolong kongsikan dengan makngah di ruangan komen ya...... terima kasih.