Saturday, June 7, 2014

Turki: Negara Darul Masjid



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah..........selamat kembali daripada pengembaraan selama 7 malam 8 hari di bumi Anatolia. Perkara pertama yang makngah nak kongsikan ialah seperti yang ditajukkan. 

Takjub dengan pemandangan menara-menara masjid yang menjulang tinggi melatari setiap pandangan kiri dan kanan jalan di seluruh bumi Turki. Khabarnya ada 80,000 buah masijid di seluruh Turki...........banyak tuuuu. Di setiap kawasan perkampungan atau penempatan penduduk, pasti akan dapat dilihat dari kejauhan lagi  menara masjid mereka. Identiti masjid di Turki sama sahaja iaitu wajib mempunyai satu atau dua menara dan satu kubah besar atau dikelilingi oleh kubah-kubah kecil sekelilingnya.

Masjid Biru yang terkenal dengan kesenian hiasannya sahaja yang ada 4 menara
Masjid dengan kubah besar dan satu menara


Dari kejauhan menjulang tinggi menara masjid di kawasan penempatan penduduk
Masjid di kawasan ladang. Nampak tak menaranya?
Menaranya melepasi ketinggian lebuh raya
Masjid dalam kawasan perumahan di bandar
Dalam menjelajah hampir separuh bumi Turki ini, mata makngah tak nampak sebuahpun menara gereja. Betapa meriahnya bumi negara Mustapha Kamal ini dengan bangunan masjid. Namun dengan anutan mazhab Hanafi penduduknya, anjing merupakan haiwan peliharaan dan mainan mereka. Hal ini pastinya bertentangan dengan fahaman makngah dan semua penduduk Malaysia yang sangat menjauhi binatang itu.

Satu peristiwa yang boleh Makngah kisahkan ialah pilot belon panas udara yang kami naiki bernama Ibrahim sempoi sahaja pergi mendapatkan anjing peliharaannya sebaik sahaja belon kami mendarat. Anjingnya itu dibuat main dan bergurau. Selepas itu dia sempoi je datang menghidangkan jus oren kepada kami sebagai tanda bersyukur kerana berjaya terbang di udara selama sejam...... Ouuhhhhh tak minum ler makngah.


No comments:

Post a Comment