Tuesday, June 10, 2014

TURKI: Menaiki Belon Panas di Cappadokia



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Ahad,1 Jun 2014 hari ke 6 perjalanan kami di Turki ini. Kami menginap di Hotel Avrasya, Cappadokia yang merupakan sudah hotel ke 5  penginapan kami.

Jam 3.30 pagi kami diarah berkumpul di lobi hotel. Kenderaan dari wakil pengendali Belon Panas iaitu Sky Way Ballons akan datang menjemput kami ke Gerome. Hanya 20 orang daripada 40 orang ahli kumpulan kami yang sanggup menaiki belon panas. Mereka tidak mahu sama ada faktor harga yang mahal atau faktor kesihatan. Harganya mahal weirrr...RM760.00 atau TL380. Hampir menyamai belanja dapur dua bulan makngah. Namun demi merasai pengalaman unik ini, duit boleh dicari tetapi kunjungan ke Cappadocia mungkin sekali seumur hidup. Tanpa berfikir panjang, maknagh membayar harga ditetapkan kepada pemandu pelancong sehari sebelum itu melalui ketua kumpulan kami. Menurutnya orang sangat ramai jadi perlu ditempah sehari awal.

Kami diberi tag nombor untuk dipakai bagi menentukan bilangan kami cukup dengan tempat di dalam van dan belon nanti. Makngah dan rakan-rakan dah siap bersolat Subuh sebelum berangkat dalam kegelapan dan kedinginan suhu 9 darjah celsius. Kami sampai di tempat pengumpulan. Cuaca gelap semakin terang. Kami dibenarkan masuk ke sebuah gua yang dijadikan bilik untuk minum kopi dan teh serta makan roti sebagai sarapan. Orang pelbagai bangsa sudah penuh di dalamnya.

Sebagai pengetahuan, belon panas ini hanya diterbangkan pada waktu pagi sahaja. Ia tidak sesuai untuk waktu lain kerana boleh membahayakan dari segi kestabilannya.
Ketika sampai, pagi masih gelap.
Minum dulu
Tempat minum dalam gua
Di luar gua
Suasana sekeliling yang masih kelam
Bergambar dahulu sambil menanti dibawa ke tempat berlepas
Adik Wan sedang beraksi
Adik Wan sedang didorong masuk melalui tingkap van
Ahli kumpulan kami terdiri daripada pelbagai peringkat umur. Paling muda Adik Fayyad yang berumur 5 tahun dan paling tua warga pencen berusia 62 tahun. Adik Wan (14 tahun) amat berjasa pada pagi itu kerana khidmatnya mengambil kunci van yang tertinggal di tempat duduk depan van. Badannya yang kecil dapat lolos cermin sebuah van bagi mengambil kuncinya. Tepukan gemuruh daripada para pengunjung sebaik sahaja adik wan berjaya melepasinya. Bravo untuk Muhamad Izwan Aziz di Cappadocia.....

Kami terus dibawa ke tempat belon berlepas. Dari jauh sudah dapat dilihat belon-belon gergasi sedang terbaring. Gas helium sedang dimasukkan. Makngah dan rakan-rakan makin teruja. Sampai sahaja kami terus bergambar sambil menanti belon itu cukup kembang. Semua orang ada kamera, sekurang-kurangnya kamera telefon bimbit. Raut wajah mereka masing-masing amat gembira. Kejap lagi kami akan diiktiraf sebagai pilot belon panas..........hahaha.
Bersedia untuk berlepas
Krew belon sedang menyelenggara pergerakan belon.
Pilot belon kami bernama Ibrahim. Dia berperanan melaras kekuatan nyalaan gas dari beberapa buah tong. Bakul yang makngah naiki semua grup kami kecuali seorang wanita Inggeris separuh umur dari Australia.Ketinggian berada di langit biru seperti burung bebas berterbangan bukan untuk kami takuti sebaliknya perlu ditawan. Keriuhan kami bercakap dan bergilir-gilir merakam gambar dan video sesama sendiri tidak sedikitpun mengganggunya. Malahan turut rancak berbual dengan kami.

Aras paling tinggi kami dibawa ialah 1000 meter. Ia diturun dan dinaikkan semula untuk memberi peluang kepada kami menikmati pemadangan alam sekeliling secara dekat. Dari aras itu pemandangan yang dapat kami nikmati amat menakjubkan. Muka bumi Cappadocia kelihatan sungguh anih. Batuan yang berceracak berbentuk ada yang macam cendawan ,Subhanallah, Maha Suci Allah cukup mengujakan dibantu oleh cuaca awal pagi yang amat baik. Pemandangan di situ cukup indah dengan muka buminya berbukit-bukau. Ada kawasan yang dijadikan kawasan pertanian.

Ibrahim menunjukkan lubang-lubang yang ada di puncak batu-batu itu dihuni oleh burung-burung merpati. Manakala yang berbentuk gua dahulunya dihuni oleh manusia. Landskap indah itu bukan buatan manusia sebaliknya ciptaan Ilahi yang terhasil daripada ledakan gunung berapi satu ketika dulu.
Bersedia......
Ketika mula berlepas
Berpuluh-puluh belon panas sedang berterbangan
Pemandangan dari atas belon
Pemandangan ketika matahari sedang naik
Landsap Cappadocia dari dekat
Asyik.......
Hampir satu jam di udara, krew belon mula membawa kami turun perlahan-lahan dan mendaratkannya di atas sebuah lori. Terkejut juga kami. Bijak betul mereka melakukannya. Bakul belon kami selamat mendarat dan belonnya direbahkan.
Wajah kacak Ibrahim....baru lepas bermain dengan anjingnya
Selamat mendarat kami diraikan dalam satu majlis ringkas. Pelancong bukan Islam dirai dengan minuman champagne, pelancong Muslim disediakan jus oren. Makngah tak minum jus yang disediakan kerana makngah melihat sendiri pilot kami Ibrahim tadinya pergi menggosok anjing peliharaannya sebelum menuangkan jus itu ke dalam gelas untuk kami.
Sebagai pelengkap pengalaman itu, kami dianugerahkan sijil penerbangan untuk setiap seorang sebagai bukti pernah menaiki belon udara panas di Cappadocia. 
Adik Fayyadpun dapat sijil...

Pengalaman ini sangat indah, hingga kini masih bermain-main di fikiran makngah dan rakan-rakan. Alhamdulillah.
Sijil yang kami dapatI


No comments:

Post a Comment