Wednesday, November 24, 2010

Pengalaman Dengan Kedutaan India

Jam 7.30 pagi sudah beratur


Perancangannya 26 November 2010 rombongan kami seramai 25 orang akan menderak (melancong) ke tiga buah bandar di India. Alih-alih pada hari Sabtu 20 November berita diterima daripada agen yang mengurus visa di Kedutaan India bahawa tiga orang ahli kami tidak diluluskan visa kemasukan ke negara Benua Kecil itu. Salah seorang daripadanya ialah Makngah sendiri. Peluang merayu dikatakan masih terbuka.

Memandangkan kos tambang dan penginapan sudah dibayar maka terpaksalah kami pergi sendiri untuk proses rayuan tersebut bersama ketua rombongan kami iaitu Cikgu Nik Hamidah. Cikgu Nik cuba mendapatkan tiket bas atau kapal terbang pada 21 November tetapi sudah habis. Mujurlah dapat menumpang kereta saudara salah seorang daripada kami yang kebetulan akan pulang ke KL.

Berdasarkan prosedur biasa kedutaan, kami terpaksa berada di KL selama tiga hari. Ah............itu salah satu lagi perkara yang sangat tidak menyenangkan. Minggu pertama cuti ingatkan mahu membereskan hal-hal berbangkit sebelum ke India itu. Tergendala lagi.

Jam 7.30 pagi Isnin kami sudah terpacak di depan bangunan Kedutaan India Jalan Duta. Alamak........pejabat kedutaan akan beroperasi jam 9.30 pagi tetapi sudah ada hampir 10 orang sedang beratur. Bilangan memasuki barisan beratur semakin ramai. Semuanya keturunan India, hanya kami Minah Melayu sesat ikut memasuki barisan mereka. Kebanyakan mereka berurusan hal visa kerja kecuali kami sahaja urusan rayuan pelancong.

Ketika sedang beratur itu pelbagai ceritalah dapat kami korek hal karenah birokrasi kedutaan yang satu ini. Menurut salah seorang daripada mereka, jika dalam satu kumpulan 15 - 30 orang mesti ada 2 - 4 orang yang visa mereka tidak diluluskan tanpa memberikan sebabnya. Kata mereka ada juga kerana ada rekod jenayah. Tertanya-tanyalah kami apa jenayahnya? Wajah kami yang dah hampir separuh abad ini bersaiz teroris ke?

Kami dibenarkan merayu dengan mengisi semula borang permohonan visa, gambar ukuran pasport baru dan membuat bayaran semula sebanyak RM162.00. Daripada cara urusan mereka itu dapatlah kami simpulkan: nak duit lebih mereka ini.
Kak Moh dan Kak Nik asyik mengorek cerita

Setelah hampir dua jam beratur termasuk ketika hujan renyai-renyai, sampailah kami ke kaunter urusan visa. Staf wanitanya yang tidak mesra pelanggang langsung, melayan kami dengan wajah berkerut apabila kami menyuakan pasport kami dan bertanya kenapa visa kami tidak diluluskan. Dia menjawab angkuh, itu hak kedutaan merekalah. Wow............sombong. Keadaan agak panas apabila dia mengatakan kalau sudah ditolak maka dah tak bolehlah. Kami berkeras mahu berjumpa dengan bos mereka. Dengan muka kelat dia mengambil pasport kami dan menyuruh kami tunggu dalam tempoh satu jam.

Kami beredar ke luar kawasan pejabat untuk urusan membuat panggilan. Lebih kurang 15 minit nama saya dipanggil seseorang. Kami yang sudah jadi berempat terus masuk dan kelihatan tercegat seorang pegawai lelaki yang semestinya berbangsa India. Dia meneliti borang dan pasport kami satu-satu dengan bertanya pelbagai soalan hal diri kami. Akhirnya fahamlah kami kononnya kami ini disyakki akan ke India untuk urusan mengajar agama yang salah....heheheheheh "koya betul", orang pertama kali hendak melancong ke negara merekapun diandaikan dengan pelbagai perkara tak baik. Patutlah .............................

Kami keluar daripada kedutaan itu dengan membawa borang permohonan baru yang sudah ditandatangani. Terpaksa pula ke agen pengurusan visa India di Grandislotus Jalan Leboh Pasar Besar untuk proses seterusnya. Maknanya kami kena menunggu lagi.

2 comments:

  1. kak dah, hilal nih.. rupanya banyak btul dugaan nak ker India nih.. mohon link ke blog saya..

    ReplyDelete
  2. yer...........nak buat mcm mana, kalau tak rugi bnyk lg kan............

    ReplyDelete