Saturday, November 20, 2010

Poskad Dan Nostalgianya



Poskad Terbaru Daripada Kaherah
Lebih kurang 10 hari lepas Makngah terseronok sangat kerana telah menerima sekeping poskad. Dua keseronokan yang Makngah rasa kerana pertamanya ia dikirim oleh anak saudara tersayang yang sedang belajar di Al Azhar Universiti. Mesej melalui fb tidak diresponnya alih-alih sampai pula poskad dia kerana bertanya khabar.



Poskad Klasik - Masih Disimpan Daripada Seorang Kawan Yang Sedang Belajar Di Kanada

Keseronokan kedua kerana sudah berdekad Makngah tidak menerima poskad. Poskad selalu menjadi media berkirim berita dalam hidup Makngah sekitar 80-an. Masuk sahaja abad telefon di tangan maka peranan poskad sudah semakin suram. Malahan peranan surat-menyurat juga mengalami nasib yang sama. Begitu juga dengan penggunaan kad ucapan hari raya yang mengalami penyusutan jumlah penghantaran amat ketara berdasarkan laporan pihak Pos Malaysia.

Kemunculan media baru banyak membantutkan peranan poskad, kad ucapan dan surat-menyurat. Malahan pihak Pos Malaysia terpaksa memikirkan cara baru bagi meningkatkan pendapatan jabatan mereka berbanding dengan fungsi awal mereka iaitu penjualan setem.

Tanyalah kepada pelajar-pelajar dan remaja pada hari ini, berapa ramai yang tidak pernah pun mengarang surat atau menulis nota di poskad dan mengirimkannya kepada saudara- mara mereka. Malahan kemahiran mengarang surat itu juga sudah semakin terhakis. Berbeza betul dengan generasi Makngah dahulu iaitu hanya surat dan poskad sahajalah pengganti diri. Pada hari ini ia sudah menjadi nostalgia.

Poskad Daripada Kakak Di UM



Poskad Daripada Kawan Di Pahang


Poskad Daripada Kawan di Terengganu
Gambar-gambar di atas ialah koleksi poskad lama yang masih ada Makngah simpan (banyak yang hilang). Apabila melihatnya teringatlah kawan-kawan lama yang kebanyakannya sudah lama tidak kedengaran khabar berita mereka.

Apabila berbicara tentang media baru yang sedang memuncak pada hari ini, Makngah terfikirkan kesan peninggalannya nanti dapat diwarisi atau tidak?  Maksudnya jika surat, kad ucapan atau poskad ia terus dapat disimpan sebagai koleksi berbanding dengan ucapan atau surat melalui emel dan mesej yang pastinya berlalu di alam maya sahaja. Lihatlah betapa pentingnya batu-batu bersurat (prasasti) yang menjadi bahan kajian generasi kini bagi mengetahui keadaan masyarakat zaman dahulu.

Jadi, sesuatu perlu difikirkan agar media baru tidak melenyapkan terus media lama. Oleh hal yang demikian, sesiapa yang sudi dan rajin itu, kirim-kirimlah poskad kepada Makngah kerana akan menimbulkan keseronokan dan disimpan sebagai prasasti............heheheheh.

2 comments:

  1. Salam Mak Ngah, buat pengetahuan Mak Ngah saya ini peminat tegar poskad.Dalam simpanan saya kini ada hampir seribu keping poskad, baik dalam negeri mahupun luar negara. Rakan rakan dan sanak sedara memang sudah maklum hobi saya justeru mereka akan cuba mengirimkan jika ada kelapangan waktu.
    Dan saya juga sering mengirim poskad pada diri sendiri......

    ReplyDelete
  2. Wow..tak sangka ya........makngah dah kirim poskad kpd chik inn masa di Agra, dah terima belum?

    ReplyDelete