Sunday, September 26, 2010

SIAPA MUSTAFA KAMAL ATTARTUK?


 
Kematian Kamal Atartuk yang menyeksakan di saat kematiannya, telah didatangkan beberapa penyakit oleh Allah SWT kepadanya sehingga dia rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia. Antaranya ialah:

1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki menjadikannya merasa gatal-gatal seluruh badan.
2. Sakit jantung.
3. Sakit darah tinggi.
4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24 jam. Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkannya. Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang. Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, dia menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, merekalah yang bertanggung jawab  menghantarnya  ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan Kamal akan merasa sejuk. Allah itu Maha Besar, panasnya tak jugak hilang!

Pada 26 September 1938, dia pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu tetapi dia telah hilang ingatan. Pada 9 November 1938, Kamal pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu  meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat Kamal.

Mayatnya diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuannya datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya. Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya dibawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya (tak dapat nak bayangkan bagaimana tanah tidak menerimanya). Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke dalam muzium yang diberi nama EtnaGrafi (kalau tak silap catatan) selama 15 tahun sehingga tahun 1953.

Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Setelah habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit dan ditanam dalam satu binaan marmar yang beratnya 44 tan.

Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar. Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa, "jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!"
Apa yang telah dia lakukan hingga sedemikian azab dunia yang diterimanya?
1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt.
2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi (sesuai dengan kehendak Barat).
3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Dia sendiri pernah menari dengan seorang wanita di dalam satu parti umum yang pertama di Ankara.
4. Dia pernah menegaskan bahawa "negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden."
5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.
6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki.
7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.
8. Mengambil arkitek- arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh bandar Turki.
9. Satu ucapannya di bandar Belikesir iaitu dia dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dalam urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.
10. Agama Islam juga dibuang sebagai agama rasmi negara Turki.
11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan.
12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang Barat.
13. Menukarkan Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.
14. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.
15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin tanpa pembelaan.
16. Membatalkan undang-undang waris dan faraid secara Islam.
17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.
18. Mengganggap dirinya tuhan sama seperti Firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya "siapa tuhan dan di mana tuhan tinggal?" oleh kerana takut, askar tersebut menjawab 'Kamal Atartuk adalah tuhan" beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.
نعوذ بالله من ذلك
والله اعلم

Monday, September 20, 2010

BARANG BURUK....BARANG KLASIK....

Ketika berhari raya di kampung, sempatlah menyelusuri kawasan sekeliling rumah ibu dan arwah ayah di kampung. Mataku tertarik dengan satu sudut bangsal yang boleh dinamakan stor menyimpan barang-barang lama ibu dan arwah ayah.

       Warnanya yang sudah kusam dan lusuh menarik perhatianku. Maka mulalah kamera di tanganku berkelip-kelip merakam apa yang dirasakan menarik. Menarik yang kumaksudkan kerana ada cerita dan peristiwa yang masih kuingat di sebalik.

Saturday, September 11, 2010

RAYA, BERAYA, MERAYA, PERAYAAN.............

Ramai orang tidak perasan apa maksud raya kerana ia sering dirangkaikan dengan perkataan lain dan yang paling kerap ialah hari iaitu "hari raya".

Raya menurut Kamus Dewan bermaksud "besar".
Beraya bermaksud perbuatan " berhari raya /besar"
Meraya / merayakan pula bermaksud " memuliakan / memperingati / meramaikan hari besar"
Perayaan seterusnya dimaksudkan kepada pesta untuk memuliakan sesuatu peristiwa /keramaian / perjamuan.

Hari ini umat Islam di seluruh dunia amnya dan di Malaysia khasnya sudah menyambut Aidil Fitri untuk hari kedua. Acara kunjung mengunjung terus berjalan hingga semua jalan raya mengalami kesesakan trafik termasuk jalan-jalan kecil di kampung-kampung dengan pelbagai jenis kenderaan. Semuanya menggambarkan kemewahan rakyat Malaysia yang tiada tolok bandingnya berbanding dengan negara-negara lain di dunia ini. Walaupun usia kemerdekaan mereka ada yang lebih awal daripada Malaysia tetapi tahap perkembangan ekonomi mereka jauh lebih rendah berbanding Malaysia.

Semoga kemewahan yang dikecapi ini akan terus berkekalan dengan syarat semua pihak bersatu padu memeliharanya daripada anasir jahat yang sentiasa berdengki hati dan sentiasa cuba meruntuhkannya.

SEDARLAH WAHAI SAUDARA- SAUDARAKU SEKALIAN AKAN ANCAMAN BERTERUSAN YANG CUBA MENGGANGGU GUGAT KESTABILAN DAN KEHARMONIAN NEGARA KITA...


Thursday, September 9, 2010

   SAMA-SAMALAH KITA MERAIKAN AIDIL FITRI 1431 HIJRAH SECARA SUNNAH RASULLULLAH IAITU DENGAN TIDAK MELAKUKAN SEBARANG AMALAN BIDAAH AGAR AMALAN SEBULAN DI BULAN RAMADAN TIDAK DIROSAKKAN OLEH PERAYAAN ITU....AMEEEEN.

Friday, September 3, 2010

KELEBIHAN RAMADAN



Kelebihan bulan Ramadan dan keagungannya ialah adanya malam Lailatul Qadar yang dirahsiakan  hari, masa dan ketikanya. Keampunan dan pahala serta darjat dan darjah tertinggi bagi orang-orang yang berjaya mendapatkan malam Lailatul Qadar dengan dipenuhi amal ibadah dan bertaqwa kepada Allah, di samping sembahyangnya yang sunat , istiqfar, tasbih dan berzikir sepenuhnya.

        Pada malam Lailatul Qadar menyuruh Allah Ta'ala akan Jibrail Alaihisalam turun ke bumi, lalu turunlah Jibrail ke dalam perhimpunan malaikat ke bumi. Bersamanya bendera hijau lalu dipacakkan ke atas Kaabah, dengan 600 sayapnya. Setengahnya tiada dibuka keduanya, melainkan pada malam Lailatul Qadar baharulah dibukakan keduanya, hingga sampai dari timur ke barat untuk menyelamatkan umat Muhammad. Para malaikat lalu memberi salam kepada setiap orang yang berjaga pada malam Lailatul Qadar sambil beribadah kerana mencari keredaan Allah, orang-orang yang duduk beribadah, orang yang sembahyang dan berzikir dan berjabat tangan sesama  mukmin dan mengucap amin doa orang-orang mukmin hingga terbit fajar subuh.

        Berkata para malaikat kepada Jibrail , apakah Allah berikan hajat orang mukmin dari umat Muhammad (s.a.w) pada bulan Ramadan ini? Berkata Jibrail bahawasanya Allah menilik kepada umat Muhammad yang berpuasa dan beribadah padanya dan dimaafkan mereka, diampunkan dosa-dosa mereka, melainkan empat orang yang tiada diampunkan dosanya: iaitu orang yang kekal minum arak, orang yang derhakakan ibu bapanya, orang yang memutuskan sillaturrahim dan orang yang tidak bercakap dengan saudaranya lebih dari 3 hari.

Sama-samalah kita mencarinya.....ameen.