Sunday, December 23, 2012

Musim Luruh di Seoul - Siri 5 (Kisah Nick)

Kunci Cinta

14 November 2012 - Rabu 

Hari kelima di Seoul sebelum bergerak pulang esok. Seperti biasa jam 4.00 kami dah bangun. Malam tadi tak sempatpun menggunakan wifi yang ada di dalam bilik itu kerana terlalu penat dan mengantuk Makngah terus tertidur. Pagi inilah baru nak meronda apa yang ada di dalam bilik ini. Komputer ada disediakan tetapi tak reti nak guna kerana dalam bahasa Korea. Nak tukar kepada bahasa Inggerispun tak tahu. Akhirnya gunakanlah android telefon sahaja.

Dalam perjalanan ke Seoul Tower, pemandangan yang terhidang di depan mata amat menarik.


Tiba di situ kami hanya berkesempatan melihat-lihat dan menikmati pemandangan di persekitarannya sahaja. Dari situ sebahagian bandaraya Seoul dapat dilihat. Kami tidak naikpun menara itu kerana kata Gina pemandangan dari ataspun lebih kurang sahaja.

Bandaraya Seoul dari menara
Raihan sedang menulis pada kunci untuk oppanya
Perut dah lapar lagi. Dalam perjalanan turun ke tempat pas parkir, inilah aktiviti Makngah.
Pokok ini namanya 'acer'
Ada teman kirim daun ini. Pengumpul daun rupanya kawanku itu. Perut dah lapar. Makan lagi di sebuah restoran Korea. Hidangan istimewa di restoran itu yang diuar-uarkan oleh Gina ialah piza Korea. Pada Makngah macam lempeng kita je cuma ditaruk makanan laut iaitu udang dan sawi.

Yang 'besau' tu 'piza stail Korea'
Sup ikan Korea
Lihatlah hidangan orang Korea, simple aje, kimchi mesti ada.
Selepas makan Gina membawa kami ke Muzium Piala Dunia Fifa 2002. Ramai yang teruja untuk melihat stadium bersejarah itu. Kami dibawa sehingga ke bilik persalinan pemain dan bilik-bilik eksklusif lain. Kami juga dibenarkan bersolat di situ.
Bilik persalinan menjadi tempat solat kami
Bermain dengan budak-budak di bilik 'warm up' pemain
Keluar daripada stadium itu, acara seterusnya ialah membeli-belah.Kami ke gedung bebas cukai Lotte kepunyaan kerajaan Korea. Pelancong dari seluruh dunia beratur panjang untuk melepasi lif utama naik ke gedung itu. Makngah tukang sibuk je.........hahaha.
Bayangkan harga barangan yang dipamerkan ditanda dengan berjuta-juta won, jika dikira dengan duit Malaysia masih berbelas ribu, mana kami mampu? Pertukaran duit won ke ringgit 1.00 MYR = 360 KRW. Hakikatnya tiada satu barangpun di Korea ini yang berharga bawah daripada 1000 KRW. Seribu won tu......maknanya lebih kurang tiga ringgit Malaysia. Sebab itu dihakikatkan bahawa barangan di Korea ini mahal, lebih kurang dengan barangan di Jepun juga seperti yang kita sedia tahu. Makngah yang berderak dengan kos rendah ini maka 'window shopping' aja ler..
Benda ini je mampu dibeli
Hiasan yang menarik di dinding gedung
Baju T yang menjadi pilihan ramai
Dalam perjalanan pulang ke hotel, ada cerita gempar telah berlaku di dalam bas.....jeng jeng..... Biar Makngah jelaskan dahulu duduk perkara.

Sejak hari pertama kami di Seoul lagi Gina mempunyai seorang pembantu yang diberi nama Nick. Nick merupakan seorang pelajar IT sebuah universiti di Korea. Perwatakannya jujur, ikhlas, rajin tambah lagi dengan wajah kacaknya (diminati Raihan...haha). Kata Gina lagi Nick dari keluarga kurang berada. Kamera Nikon selalu ada bersama dia. Kami nampak dia selalu mensnap gambar kami. Makngah sendiri dan beberapa orang rakan lain dah dapat teka, 'budak ni nak jual gambar kepada kami ke?" Kami acap mengajukan soalan itu terutama tentang harga kepada Nick dan Gina tetapi tidak dijawab dengan jelas. Nick sendiri tidak menjawab langsung terutama dia tidak tahu berbahasa Inggeris. Yang sering diucapnya hanya "terima kasih, baik-baik, satuk, duwak, tigak" dan beberapa patah perkataan Melayu lagi.

Tidak dinafikan Nick sangat rajin membantu Gina dan kami sepanjang perjalanan kami di sini.
Sejak pagi lagi Nick tidak kelihatan. Kata Gina dia sedang uruskan gambar kami. Kami dah bising kerana ini mesti akan jadi kes 'potong kepala' ni.

Dalam perjalanan pulang ke hotel Nick menaiki bas kami di satu perhentian. Apa yang disangka sudah menjelma. Nick mengedarkan satu sampul berupa berpuluh-puluh gambar kami. Siap dicatatkan harganya dalam ringgit, won atau dolar. Wowwwww.... terdiam kami semua.
 Ada sampul berharga RM1000.00, RM500.00 dsbnya dikira atas jumlah gambarlah. Bising ler kami memprotes. Gina hanya diam tak berkata apa-apa. Nick lagi ler tak reti nak menjawab. Dia dengan muka kasihannyalah. Geram betul kami dibuatnya.

Nick yang kacak
Kerana kasihankan Nick akhirnya Makngah hanya mengambil  enam keping daripada 28 keping yang diletak di dalam sampul tu. 6 x RM15 = RM90.00. Inilah barang/gambar paling mahal yang Makngah beli di Korea....hehehe. Ramai yang ambil malahan ada yang tanpa berkira terus membayar harga RM1000 yang diletak, kasihan katanya. Itulah sifat orang kita. Mudah kasihan. Sedangkan ia satu contoh peras ugut. Ada yang mengadu dengan wakil al Quds agar memberhentikan perbuatan macam itu. Kebanyakan kami membawa kamera. Paling kurangpun kamera telefon. Makngah sendiri tak pernah lekang dengan kamera tersangkut di leher. Jadi apa perlu dengan gambar-gambar yang siap dicuci itu, dengan kos duit Korea lagi. Tambahan lagi mutu gambar yang diproses biasa-biasa aja. Kalau teristimewa itu lainlah juga. MEMANG TAK PATUT.

Kesimpulan selama di Korea, semuanya terbaik kecuali kes gambar inilah sedikit yang tidak menyenangkan. Malahan ketika makan malam Gina mengedarkan hadiah untuk setiap orang. Hadiah daripada badan pelancongan Korea sebagai tanda terima kasih atas kehadiran kami ke Korea. Apa-apapun "ghamsahamnida" (terima kasih) Seoul......

Esok balik........... .Jumpa lagi di Guilin Januari 2013.

1 comment:

  1. sedaknyo berderak m.ngah...melihat keindahan ciptaan Ilahi...;)

    ReplyDelete