Thursday, December 20, 2012

Musim Luruh Di Seoul - Siri 4

13 November 2012 - Selasa

Sudah hari keempat kami di Seoul ini. Jam empat pagi waktu Seoul kami sebilik sudah bangun. Subuh di sini pada pagi ini ialah 5.39. Alat hawa dingin memang tidak difungsikan di dalam semua kawasan hotel. Jika bilik terasa sedikit hangat, kami hanya membuka sedikit tingkap bilik. Serbuan udara sejuk dan bunyi angin seperti peluit keretapi sudah lebih dari cukup mengerikan kami.

Kami bersiap diri dan beg kerana kena berpindah hotel ketiga di Seoul pula. Sementara menunggu rakan-rakan lain untuk ke kafe bersarapan Makngah meninjau sekeliling kawasan Hanhwa Resort ini.
Pemandangan dari anjung bilik hotel
Keluar asap.....kata Anis
Kimchi tetap ada untuk sarapan
Sebuah rancangan bual bicara di tv Korea, mantap wanitanya
Hari ini merupakan "Seoul City Tour". Dua jam perjalanan, kami dibawa ke kedai / kilang pembuatan ginseng, kilang batu permata (amethyst), kedai bebas cukai kosmetik Korea dan membeli-belah di Pasar Namdaemun. Pada Makngah perjalanan hari ini kurang menyengat. Situasinya macam di Chinalah iaitu tempat-tempat yang pelancong "wajib kunjungi".

Hanya teksi berwarna oren, kereta biasa hanya putih, kelabu dan hitam sahaja- dasar kerajaan Korea
Sup daging Korea, ok juga, agak manis
Beli roti di Salam Bakery
Selesai makan tengah hari di Foreign Restaurant kami sekali lagi ke Masjid Seoul untuk solat. Makngah bercuti pada masa itu maka sempatlah meninjau sekeliling masjid. Ketika itu ada ramai pengunjung di kawasan masjid. Ada sebuah sekolah Islam di situ bernama Prince Sultan Islamic School Seoul. Gurunya berasal daripada Indonesia. Bahasa perantaraan yang digunakan ialah bahasa Inggeris.

Satu keluarga bersama anak kecil mereka yang Makngah sapa

Anak-anak sekolah Islam
Apa yang menarik, kami tumpang bersolat Zohor Asar di kelas belajar anak-anak ini. Kami minta mereka tunggu sebentar. Mereka kata okey. Namun mereka datang semula memberitahu masa penting bagi mereka. Terpaksalah kami bergegas menghabiskan solat.
Sedia menanti kelas mereka bermula
Sesi berjalan di pasarlah pula petang ini. Makngah sudah berniat untuk "window shopping" aje.
Kedai cenderamata yang diserbu ramai pelancong Malaysia
Makngah menyaksikan sebuah kedai cenderamata Arirang Shop penuh sesak gegak gempita diserbu pengunjung terutama orang Malaysia. Boleh jumpa orang Malaysia dari semua negeri Melayu, Cina dan India. Hal ini mungkin disebabkan harga barangannya yang agak murah atau memang sudah ada 'mou' dengan agen pelancongan. Hari sudah gelap baru kami bergerak keluar daripada pusat membeli belah itu. Makan malam lagi. Kami kembali ke ...   
Tidur pula di Theme Park Hotel.
Nampaknya esok baru akan ke Menara Seoul. Jadual asal dah berubah, sabar 'oppa' ya.....
Jumpa di siri ke lima ya......

No comments:

Post a Comment