Wednesday, December 19, 2012

Musim Luruh Di Seoul : Siri 2

11 November 2012 -Ahad

Bangun pagi dengan bersemangat. Di luar hotel hujan sedang turun. Selepas sarapan di dalam bilik, kami berbincang untuk membeli payung. Gina pemandu kami memberitahu hujan di Seoul ini tidak menentu dan kalau sudah hujan ia akan sampai berjam-jam. Dia nasihatkan kami membeli payung atau baju hujan untuk keselesaan berjalan di Pulau Nami nanti.
Pemandangan basah kerana hujan di hadapan pintu hotel
Keluar sahaja daripada pintu utama lobi Hotel Theme Park, angin sejuk terus menerkam kami. Bas-bas pelancongan sudah sedia menanti penumpang. Kami ke sebelah kanan hotel kerana ada kedai menjual payung.
Membayar harga payung
 Payung buatan China yang paling murah yang ada di kedai itu berharga RM26.00 yang kalau di Malaysia ia baru lebih kurang RM16.00. Hahhh....mahalnya tetapi terpaksalah membelinya juga.

Payung yang dibeli
Hujan.........
Beratur untuk ke tandas
 Lebih kurang satu jam perjalanan, kamipun sampai ke jeti feri yang akan membawa kami ke Pulau Nami. Hujan terus turun dan kami bergegas ke tandas........... Dalam cuaca sejuk begini ramai yang pundi air mereka cepat penuh.



Menunggu giliran di pusat imigresen
Rupa-rupanya Pulau Nami ini diberi pentadbiran mereka sendiri dengan nama Naminara Republic. Kami kena menunggu giliran untuk menaiki feri tambahan lagi pengunjungnya ramai walaupun hari hujan.
Feri yang dinaiki
Berdiri di dalam feri
Orang ramai di dalam feri jadi kami hanya berdiri. Perjalanan feripun hanya lebih kurang 10 minit.
Tiba di pulau itu, kami disambut oleh cuaca berjerebu dan tanah basah dan becak.

Subhanallah........cantiknya alam ciptaan-Nya ini. Seluruh pulau kelihatan terjaga walaupun dilihat dalam suasana hujan. Gambar yang Makngah ambilpun kelihatan kurang menarik. Banyak kawasan di dalam pulau itu tidak sempat dikunjungi kerana pergerakan menjadi lambat. Lihatlah gambar-gambar yang Makngah rakam ketika di sini ya.....

Daun sedang luruh
Basah dan becak
Kami hanya diberi masa selama dua jam sahaja untuk berada di situ.................ermmm memang tak cukup. Pemandangan di Pulau Winter Sonata itu memang amat memukau. Kata Gina, pemandangan lebih menarik jika datang pada musim bunga. Nasib kami ada "sedikit kureng" ler kerana daun-daun pokok sedang luruh dan hari itu pula hujan.

Jam sebelas pagi kami sudah di dalam feri meninggalkan di Winter Sonata dan hujan masih belum berhenti. Harapan kami jika ada rezeki akan ke sini lagi kerana belum puas hati wehh.

Baii baiiii Naminara....
Sebelum ke bas, Makngah pasti ke tandas dulu.....itulah antara perkara wajib...hahahah. Perut dah lapar dan kami  akan ke sebuah restoran yang menghidangkan menu tradisional Korea iaitu KIMCHI.

Raihan dengan kimchinya

Sebelum makan Gina mengajarkan cara-cara menikmati makanan Korea itu. Ada ahli rombongan kami yang tidak lalu makan tetapi pada Makngah rasa nasi, ikan masin, sayuran serta kimchinya okey sahaja. Kenyanglah perut ni. Selepas makan kami dibenarkan bersolat di situ sahaja.

Kami akan ke Mount Seorak pula iaitu taman negara yang dilindungi oleh kerajaan Korea. Sekali lagi hati kami terpukau dengan ucapan "subhanallah" kerana pemandangan di situ amat menarik. Keluar sahaja daripada bas, badan kami diserbu oleh angin sejuk yang kuat. Badan terpaksa dikuatkan jika tidak mahu tumbang. Deruan pergerakan angin seakan jeritan raksaksa kedengaran di telinga Makngah kekadang menakutkan.



Kami sepatutnya akan menaiki kereta kabel untuk menikmati pemandangan Mt.Seorak National Park dari bahagian atas namun rezeki kami sekali lagi agak "kureng" kerana perjalanan kereta kabel diberhentikan sementara waktu itu kerana cuaca (angin kuat) tidak mengizinkan. Apa-apapun, layan...........gambar-gambar rakaman Makngah ini.

Bangunan ke kereta kabel, rezeki tak ada

Hari sudah semakin petang. Kami berkumpul di bas semula. Gina akan membawa kami ke Muzium Bear. Layanlah budak-budak di situ. Wah.......banyaknya bear..





Dalam perjalanan ke tempat makan dan hotel, bas berhenti di kawasan tepian lautan tempat jualan hasil laut yang nama tempatnya Makngah dah lupa. Gerai-gerai jualan hasil laut dalam bentuk gorengan ada berderetan. Di belakangnya jeti pendaratan hasil tangkapan nelayan. Sebenarnya kawasan itu dalam pembangunan maka jika setahun lagi kita pergi maka pasti kawasan itu sudah berubah. Apa yang istimewa  penggerai hanya menggunakan minyak matahari untuk menggoreng. Rasa makanan mereka sedap kerana minyak matahari tidak mengeluarkan bau dan rasa yang menyengat berbanding minyak lain.

Di kualinya ada meter penunjuk suhu

Besau- besau sotongnya.
Selepas makan malam, sesungguhnya badan semua orang dah penat. Mata dah berat, nampak bantal aja. Malam itu kami bermalam di hotel yang berkonsepkan gaya Korea iaitu Delpino Daemyung Resort yang terletak di Mt.Seorak itu juga.
Gambar terbalik la pulak...haha

Selamat malam......jumpa esok di tempat bermain ski dan Everland Theme Park pula...... siri ketiga


No comments:

Post a Comment