Tuesday, August 10, 2010

KATA-KATA HIKMAT SEMPENA RAMADAN


1. Kebocoran yang kecil masih boleh menenggelamkan sebuah kapal yang besar.

2. Jika kejahatan dibalas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu ialah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu ialah zalim. Tetapi jika kejahatan dibalas kebaikan, maka
itu ialah perbuatan yang mulia dan terpuji.

3. Sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman dan mati tidak berteman.

4. Orang yang paling berkuasa ialah orang yang dapat menguasai dirinya sendiri.

5. Empat perkara yang tidak dapat diundur kembali: 


          a.kata-kata yang telah terucap,
          b.anak panah yang telah dilepaskan, 
          c.masa yang telah berlalu, 
          d.dan peluang yang diabaikan.

SELAMAT MENEMPUH BULAN RAMADAN 1431 HIJRAH-
Jangan dilepaskan peluang yang ada.

No comments:

Post a Comment