بِسْمِ اللهِ
الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
“Dengan
menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”
Pagi tadi baru berkesempatan singgah di kawasan jualan anak-anak pokok / nurseri dan landskap di RTC Kota Bharu. Rupanya banyak buah tempat singgahan di situ kepunyaan syarikat atau individu. Seperti biasalah orang kita berniaga, pokok-pokok mereka kurang terjaga. Ia amat berbeza jika kita mengunjungi kedai sedemikian kepunyaan bangsa lain. Entah apa sebabnyapun Makngah kurang pasti. Jadi ketenangan kita untuk menghayatinyapun menurun grafnya.
Makngah hanya tertarik untuk memasuki satu kawasan pameran yang kelihatan rapi terjaga. Inilah gambarnya.
Foto diambil senget sebab ada kereta parkir di depannya |
Banyak ilmu yang Makngah dapat di sini hari ini. Antaranya daun pandan rupanya boleh dibuat ubat darah tinggi. Selama ini Makngah hanya guna pandan untuk dimasukkan dalam campuran kuih untuk baunya yang wangi.
Pokok belalai gajah ini begitu menarik ditanam di dalam bekas seperti di bawah. Makngah teruja dengan pokok ini kerana baru seminggu Makngah mendapat rantingnya daripada rakan dan disemai. Ia banyak diguna dan amat berkesan untuk penyakit kronik dalaman seperti darah tinggi dan buang kolestrol.
Belalai gajah |
Makngah nampak pula pokok pagaran yang bunganya berwarna biji kundang, cantik sekali. Penjaga itu terus beritahu anak pokoknya ada dijual, RM6.00 aja sepasu. Dia takut Makngah minta free ler tu...hahaha. Makngahpun beli je lar sebab dah berkenan.
Ruellia |
Inilah ruellia yang dibeli |
Ini pula Taman Dapur Makngah.....besar tak?
Ada pandan, serai, kesum, cili api dll |
Maka pagi tadi, beli satu barang dapat bermacam-macam barang dengan harga RM2.00 aja....rejeki jange tolok dop.....
Beli kubis seketul, dapatnya satu beg plastik.......huuuu |
No comments:
Post a Comment