Kembang yang sedang mewangi |
Kali ini Makngah ingin bercakap mengenai bunga teratai atau dipanggil juga telipuk dan dalam bahasa Inggerisnya lotus.
Jika ada kawasan yang sesuai teringin benar Makngah membina kolam teratai dengan pelbagai jenis...impian tu..heheh. Setakat ini ditanam dalam pasu dan kolam kecil ikan 'peacok' sahaja.
Setelah lebih kurang dua tahun menanam teratai ini dan menikmati bunganya yang berkembang megah, barulah Makngah perasan bahawasanya bunga teratai ini rupa- rupanya ada baunya yang tersendiri. Baunya semerbak ketika ia baru nak berkembang atau sebelum kelopaknya pecah dan gugur. Apabila sudah pecah dan gugur, baunya sudah amat kurang dan tiada lagi.
apabila kelopak mula gugur, bau dah kurang |
Tahukah tuan puan bagaimana bau bunga teratai? Hah...........macam bau gula-gula jenama 'hacks'. Semasa menciumnya fuh.....tenang setenang tenangnya fikiran kita. Seluruh bahagian teratai daripada akar, batang, kelopak, biji dan daunnya mempunyai khasiatnya yang tersendiri.
Makngah menyimpan semua tangkai bunganya yang sudah kering untuk hiasan.
Jika kreatif boleh menjadi bunga hiasan |
No comments:
Post a Comment