|
Bergaya di atas sampan........... |
Makngah kena bertugas di Kem Jati Diri Pelajar STPM di Pulau Beluru pada 28 Mac lepas. Di Jeti Kok Majid pagi itu Cikgu Norhayati dan Cikgu Amanina sudah menunggu. Selepas meletak kereta di tempat yang sesuai, kami bertiga menaiki sampan injin galah dengan tambang seringgit seorang.
|
Di jeti SK P.Beluru |
Cuaca masih baik walaupun ada menunjukkan tanda awan mendung. Lebih kurang tujuh minit perjalanan kami tiba di jeti SK Pulau Beluru tempat kem berlangsung. Penempatan untuk peserta kem merupakan bangunan lama SK Beluru. Setelah mereka mendapat bangunan baru, maka bangunan lama (masih baik) itu diambil alih oleh Pusat Kokurikulum Tangok sebagai tapak kem untuk semua jenis aktiviti kokurikulum.
|
Bonsai daripada bougainvilla pelbagai warna |
Rasa kagum dengan persekitaran sekolah segera menerpa ke benak Makngah. Persekitarannya begitu bersih dan tersusun walaupun ia sebuah sekolah rendah di sebuah pulau iaitu satu satunya sekolah di Kelantan yang terletak di sebuah pulau. Pelajar-pelajar dan guru-gurunya hadir ke sekolah hanya dengan menggunakan bot kerana tiada jambatan yang menghubungkannya dengan tanah daratan. Tambahan lagi Pulau Beluru merupakan rangkaian 18 buah pulau kecil dan hanya dua buah tidak berpenghuni. Maka hanya bot atau perahu sahajalah pengangkutan yang ada untuk membawa para pelajar anak-anak pulau itu ke sekolah menimba ilmu.
|
Pondok bacaan yang kemas dan menarik.. |
Ketika sampai peserta kem sedang diberi taklimat di dewan oleh jurulatih untuk aktiviti pada pagi itu. Aktiviti lawatan berfokus ke rumah penduduk yang mengusahakan dodol dan kerepek gulung. Kami hanya berjalan kaki beramai-ramai dengan menelusuri laluan berturap simen yang ada di sepanjang pulau itu sebagai laluan.
|
Pn Zaleha dan En.Fakhrul dengan pucuk bekonya. |
Sepanjang perjalanan dapatlah kami memerhatikan corak kehidupan penduduknya. Di rumah pembuat dodol dan kerepek gulung, semua yang ada kami borong sampai ada yang tidak sempat membelinya. Dodol dan kerepeknya amat sedap tetapi harganya murah sahaja. Ia amat sedap kerana dibuat dengan bahan yang cukup terutamanya santan. Maklumlah keseluruhan Pulau Beluru dipenuhi dengan tanaman pokok kelapa.
|
Pertama kali mengacau dodol........beg tangan tuh..... |
|
Berebut beli dodol |
|
Aksi encik beruk apabila dihalakan kamera kepadanya |
|
Berehat sekejap........ |
|
Anak-anak P.Beluru |
|
Yak.....gabungan yang ekzotik |
Selepas makan tengah hari dan solat Zohor, semua peserta dan guru bersiap untuk aktiviti trekking ke Pantai Suri. Sebelum itu peserta diberi taklimat dan cara-cara menggunakan kompas atau bearing. Lebih kurang jam 3.30 petang peserta dilepaskan secara berkumpulan. Kami berjalan dengan melalui laluan berturap seperti tadi juga yang sememangnya disediakan di sekeliling pulau. Lebarnya hanya lebih kurang tiga kaki dan muat untuk dua orang sahaja. Jika berselisih dengan penduduk yang bermotosikal maka kami terpaksa menepi atau berhenti untuk memberi mereka laluan.
|
Lembu kurus dalam rumput panjang dan subur....terpelik juga. |
|
|
Sepanjang jalan ketika melalui kawasan rumah penduduk kami disapa dengan ramah. Waktu petang begitu ramai yang sedang berihat termasuk kanak-kanak yang sedang bermain. Badan sudah mulai berpeluh dan rasa penat mulai terasa. Ada arahan supaya berehat sekejap berdekatan sebuah jambatan kecil yang menghubungkan Pulau Besar dengan Pantai Suri (nama pulau dalam rangkaian Pulau Beluru).Taklimat jurulatih tadi menyatakan masa perjalanan lebih kurang satu jam.
Pantai Suri memiliki inap desa yang diurus oleh persatuan nelayan mereka dengan bantuan kementerian pelancongan. Para peserta akan menjalani aktiviti orientering dan memasak untuk makan malam berhampiran dewan dan madrasah di situ.
|
Dewan tempat berkumpul |
|
Pandai ke memasak tu. |
Ketika baru dikumpulkan untuk aktiviti memasak, hujan mulai turun. Kelam kabut juga peserta mencari tempat terlindung untuk menyudahkan masakan makan malam hari itu. Maka adalah yang berhujan dalam renyai-renyai Pantai Suri petang Isnin itu .
|
Inilah ropa ikan goreng putra dan putriku, hancur, 'heheh...boleh wak nantu..." |
Selesai makan dan bersolat Maghrib di sebuah madrasah berdekatan, kami bersedia untuk bergerak pulang ke kem. Hujan semakin lebat disertai angin pulau yang agak kuat. Masing-masing bersedia dengan lampu picit dan baju luar serta stokin yang dikemaskan di hujung kaki seluar kerana air sudah naik di sesetengah laluan mengikut khabar penduduk kampung. Pacat juga pasti banyak.
Satu jam lebih kami berjalan dalam kesukaran berbanding ketika pergi. Akhirnya selamat tiba di kem. Seorang pelajar perempuan terjerit-jerit melihatkan pacat sedang merayap di kakinya....eeeeiiiiii.
Cikgu-cikgu perempuan sudah penat dan ingin membersihkan diri. Tetapi kenalah menghormati kehadiran pihak pentadbir yang ingin menyertai malam kebudayaan dan bbq pada malam itu.
Lebih kurang jam 2 malam, Makngah tersedar kerana deruan angin dan hujan disertai tempias hingga memaksa kami berkemas barang dan berpindah tempat tidur. Seluruh penduduk pulau malam itu tidur dalam kesejukan.
macam2 dodol ado....;)
ReplyDeleteyg ori dan dijadi................heheh
ReplyDelete