Selesai di Mandurah hari sudah makin gelap dan selesailah aktiviti kami pada hari itu. Waktu malam di Perth hanya untuk berihat kerana semua kedai dan gedung perniagaan ditutup mulai jam 6 petang. Ia amat berbeza dengan negara kitakan.
Perjalanan di Mandurah itu amat menarik tetapi berdasarkan jadual aktiviti terakhir esok ialah klimaks kepada perjalanan kami di Perth ini kerana kami akan ke Lancelin Sand Dunes, Yanchep National Park dan Pinnacles Desert. Tempat-tempat itu terletak lebih kurang 94 km ke utara Perth.
|
Lancelin Sand Dunes dan Pinnacles Desert: tempat yang sepatutnya kami pergi pada hari ketiga |
Semasa di dalam bas itu, Datuk Burn tiba-tiba menyatakan ada permintaan daripada ahli-ahli kami yang tidak mahu ke tempat-tempat itu atas alasan cuaca panas. Ramai yang tergamam termasuk Makngah. Kami ingatkan ia sudah atas perkiraan bos kami Nikdah. Jadi Datuk Burn mengatur jadual lain kepada kami termasuk melihat matahari tenggelam dekat Pantai Cotteloe. Rupa-rupanya selepas saling bertanya-tanya di tempat penginapan, Nikdah sendiri tidak tahu menahu tentang hal itu. Malahan diapun merasa amat terkilan tidak dapat ke tempat-tempat itu. Makngah yang paling sedih kerana aktiviti esoklah yang paling menarik hati kerana keistimewaan tempat itu hanya dilihat melalui tv dan gambar sahaja. Harapan tinggi untuk melihatnya secara 'real'.
Nikdah mengambil keputusan menelefon Datuk Burn agar jadual esok berjalan seperti jadual asal. Datuk Burn berjanji untuk menguruskannya semula walaupun katanya ia sudah telefon membatalkannya di pejabat pengurusan tempat itu. Menurut Datuk Burn, untuk masuk ke situ ia perlu ada surat permohonan rasmi dibuat seminggu sebelum pergi.
Pagi-pagi esoknya kami amat gembira apabila diberitahu aktiviti hari ini akan berjalan seperti dijadulkan. Makngah gembira sampai bertepuk tangan.....hehehe.
Setelah agak lama menunggu Datuk Burn di dalam bas, akhirnya dia sampai. Jam sudah hampir pukul 9.00 pagi. Sepatutnya kami sudah lama bergerak ke utara. Dia terus mencapai mikrofon dan bercakap, bercakap yang berupa alasan dan penjelasan kepada permasalahan untuk keputusan ke Pinnacles Desert semula.
Akhirnya, jadilah pagi itu hari Corelle sahaja di sebuah Big W. Aktiviti yang tiada dalam jadual. Ramai yang rambang mata membelinya. Juga mereka yang tidak mengambil luggage, sanggup bersusah di kastam nanti. Harganya AUD56.00 seset yang jika ditukar kepada RM bersamaan lebih kurang RM180. Harga pasaran di Malaysia lebih kurang RM 400 - 500 katanya. Makngah tak belipun.
|
Pilih-pilih |
|
Banyaknya borong corelle dalam troli tu |
|
Rebut-merebut |
|
Terlihat budak anak omputih pakai baju T tulis KL Malaysia |
Hanya setengah jam masa diberi untuk di pasaraya itu sebab yang hendak membeli Corelle tidak sampai sesuku. Namun kami menunggu hampir dua jam. Masa sudah banyak terbuang. Maka situasi semakin nyata memihak kepada tidak ada peluang ke Pinnacles. Maka ada ahli kami yang merungut dengan ketidakpatuhan kepada jadual itu, termasuk Makngah sendiri.
Selepas itu Datuk Burn membawa kami '
entah ke mana-mana'. Malahan dia sendiripun berkata "no idea"......hmmm datuk......datuk...... Kami diberhentikan di Masjid Al Majid untuk makan tengah hari dan solat walaupun belum masuk waktu Zohor. Alang-alang dah lalu situ katanya.
|
Nasi ayam Perth |
|
Buah zaitun yang baru dipetik |
|
Pokok zaitun yang ditanam sekeliling masjid Al Majid |
Lihatlah antara gambar-gambar yang Makngah rakam sepanjang perjalanan yang "tak tentu hala" itu.
|
Pelabuhan Sorento |
|
Kawasan perumahan dari dalam bas |
|
Tempat yang sepatutnya kami berada untuk 'sunset' |
|
Dalam gedung yang banyak menjual barangan 'made in China' |
|
Pemandangan dari tingkap bas |
|
Laluan pantai |
|
Bandaraya Perth |
Apa yang menggelikan hati kami, Datuk Burn membawa kami ke kawasan permuziuman Perth. Apa tergelak itu kerana hal muzium-muzium ini sudah lama ditinggalkan. Di Muzium Malaysia sendiri sudah berpuluh tahun tak dijenguk. Sejarah Australia yang ditonjolkan hanya bermula abad ke 18 iaitu selepas kedatangan orang putih ke bumi kanggaru itu. Sejarah pribumi benua kecil itu hanya diletak sepintas lalu sahaja.
Begitu juga dengan galeri seninya yang hanya suku daripada kehebatan Balai Seni Lukis Negara kita dari segi bahan pamerannya.
|
Muzium Perth |
|
Di dalam galeri kraf |
|
Perpustakaan lama Perth yang dijadikan muzium |
Ronda-ronda kotaraya Perth, itulah yang boleh dikatakan pada hari ketiga itu. Cuma, apa yang kami tidak ingin berlaku telah berlaku akibat arahan yang tidak tetap. Insiden pertamanya berlaku ialah arahan nama jalan untuk tempat menunggu bas. Makngah dan 20 orang rakan lagi mengikut tanda arah yang ada di situ tetapi sebenarnya bas berada di tempat lain. Berpusing-pusinglah kami dalam suasana kesibukan trafik warga tempatan pulang kerja bagi mencari kedudukan bas sedangkan sebahagian lagi sudah ada bersama Datuk Burn.
|
Ronda-ronda kota Perth |
|
Sempat bergambar berlatarbelakangkan Bangunan Komanwel |
Insiden kedua ialah setelah kumpulan Makngah selamat menaiki bas, barulah kami menyedari seorang lagi ahli kami tidak ada. Jam sudah menunjukkan pukul 5 petang. Matahari petang Perthpun sudah condong ke Barat. Maka bisinglah kami bertanya itu ini sesama sendiri. Datuk Burn mengarahkan pemandu berpusing-pusing menyusuri jalan raya Perth sambil mata kami melilau mencari rakan kami itu.
Akhirnya bas berhenti di tempat kami diturunkan tadi berdekatan dengan bangunan muzium dan balai polis Perth. Memang di situlah rakan kami itu menunggu sejak jam 3 tadi lagi. Arahan yang berubah tidak dia dengar maka jadilah dia orang yang tertinggal. Kasihan dia....
|
Walaupun tersenyum, dalam hati "Kenapa tinggalkan aku?" |
Rumusan untuk hari ketiga:
1. Jadual asal jangan diubah sesukanya, jika diubah maka kita yang rugi.
2. Pengurus rombongan (pemandu pelancong) tidak boleh memberi arahan yang berubah-ubahsesuka rasa pada saat akhir tanpa semua orang mendengarnya.
3. Amalan mengira ahli cukup atau tidak sebelum bergerak wajib diteruskan.
Bengkak perasaan juga rakan kami itu diperlakukan begitu. Namun Datuk Burn buat rileks aja.
Selesailah corat-coret Makngah di Perth seadanya setakat yang teringat di kepala.......jumpa lagi dengan kisah perjalanan di lain tempat / negara pula. Bai bai kanggaru.......
boring... baya mahal2 tp tmpt dan jadualnya boring...
ReplyDeletememe boring, sakit hati, sampai kami janji akan pergi lagi, bacalah apa komen mazlin nordin dlm entri terbaru saya.
ReplyDelete