Monday, April 2, 2012

Bertemu Rakan Maya

Petang 17 Mac, telefon Makngah menerima suara kiriman mesej. Setelah diperiksa, nama seseorang yang sudah hampir 2 tahun tidak kedengaran terpapar di situ. Kirimannya menyatakan sekarang dia berada di KB dan ingin berjumpa. Wow........masih ingat dia rupanya kepadaku. janjinya padaku hampir 2 tahun dahulu masih diingati dan ingin ditunaikan.

Paling istimewa, orang ini banyak berkongsi minat dengan Makngah. Cumanya peluang untuk beliau lebih terbuka. Maklumlah sekarang sudah menjadi 'otai' dalam bidang kewartawanan media elektronik di Media Prima, itulah MAZLIN NORDIN ( CHIK INN).

GAYA SEORANG 'OTAI'
 Makngah terus menelefonnya bagi memastikan di mana beliau menginap. Di hujung talian kedengaran suara ketegasan Chik Inn. Mengesahkan beliau menginap di Hotel New Pasifik. Makngah berinsyaallah akan ke KB malam esok dan berjanji akan mengunjunginya.

Bertemankan si gadis ayu Ann, jam 8.30 Makngah sudah berada di lobi hotel. Belum sempat duduk, Chik Inn keluar daripada lif hotel sambil tersenyum kerana nampak kami. Kami terus bersalaman dan berpelukan. Gambar dan realiti Chik Inn menunjukkan imej yang sama. Kami terus mesra macam sudah biasa kenal. Chik Inn di Kelantan untuk tugasan rancangan Saksi Maut TV9 di Pasir Putih. Borak punya borak, Makngah menjemput Chik Inn keluar makan. Beliau terus menelefon teman sebiliknya yang merupakan wartawan pelatih untuk program itu bernama Almaz.

Ann dan Chik Inn
 Makngah memandu sambil berborak. Akibatnya ada lampu merah yang dirempuh kerana tidak sempat membrek. Terjerit Chik Inn dibuatnya......hehehe.

Ann mencadangkan kami ke warung sup belut di Kubang Krian. Malangnya warung itu ditutup. Kami akhirnya berlabuh di Warung Nasi Kerabu Golok.

Sedang nak masukkan gambar keluar pula benda ini:
Oop! Anda kehabisan ruang. Anda sedang menggunakan 100% kuota 1 GB anda untuk foto. Beli lebih banyak storan
Foto disimpan dalam akaun Album Web Picasa anda dan disertakan dalam kuota percuma 1 GB untuk foto anda. Storan tambahan yang anda beli dikongsi antara beberapa produk Google dan adalah tambahan kepada kuota percuma anda. Ketahui lebih lanjut
Malas layanlah, En.Google mahu berniaga apa pula?


Sambil-sambil makan itu macam-macamlah kami berbincang, bertukar-tukar pendapat dalam pelbagai hal.
Termasuklah hal melancong kerana pada minggu lepas aje Makngah baru balik dari Perth, berderak. Maka terkeluarlah cerita akan kekecewaan Makngah dan rakan-rakan yang tidak dapat ke Pinnacles. Menurut Chik Inn, dia dah banyak kali ke tempat itu dan tak adapun peraturan kena mohon seminggu sebelum pergi. Hal ini bertentangan dengan kenyataan pemandu pelancong kami. Hai Datuk Burn............apa cerita itu macam?

Hampir jam 10.30 malam, Chik Inn pun nampak dah penat, Makngah membawa kembali mereka berdua ke hotel dan berpisah di situ dengan janji akan jumpa lagi........bai bai Chik Inn, malam yang istimewa bertemu teman maya yang akhirnya jadi realiti.


Chik Inn dah masukkan cerita ini di blognya.

 http://mazlinnordin.blogspot.com/2012/03/gi-kelatemakan-sokmolah.html

1 comment: