Sunday, March 25, 2012

Rombongan Cik Nikdah ke Perth - Bahagian 2

Perjalanan hari pertama di Perth bertarikh 10 Mac 2012 diteruskan lagi selepas singgah di kilang coklat Margaret. Dalam perjalanan ke Kings Park, bas berhenti di tepi jalan yang ada gerai jualan buah-buahan. Maka berduyun-duyunlah ahli rombongan kami bersemangat turun untuk membelinya. Almaklumlah perutpun sebenarnya sudah lapar.

Bermacam jenis buah ada dijual. Terutama yang tidak ada ditanam di Malaysia seperti buah kiwi, plum dan avokado. Selepas memilih buah anggur dan membayarnya sebanyak AUD2.50, Makngah keluar berjalan-jalan di luar gerai kepunyaan seorang pendatang yang berasal daripada Kemboja itu. Pelayan di depan gerai tadi tidak pandai berbahasa Melayu apa bila ditanya walaupun paras wajahnya macam Melayu. Rupa-rupanya ladang mereka di belakang gerai itu sahaja. Apa lagi beraksilah kami di situ. Masalahnya bukan beraksi sahaja, kami turut memetiknya sekali.




Beraksi bersama Yasmin Milson pelakon Atas Nama Cinta

Wah......banyaknya petik anggur













Selesai di situ, kami dibawa ke Kings Park yang terletak di tengah bandaraya Perth. Di situ kami berkelah makan tengah hari yang dibekalkan oleh Datuk Burn sambil menikmati keindahan pemandangan bandaraya terbesar di Australia Barat itu dari tebing sungai.  Apa yang menggeramkan Makngah, Nikon pula habis bateri. Kecewanya bukan main. Terpaksa mengendeng kamera orang lain.
Berkelah





Tree top di sepanjang jalan, kulitnya berwarna putih




Selesai makan dan minum serta bergambar di Kings Park, kami menaiki bas untuk pulang ke tempat penginapan yang berupa sebuah lodge. Tiba di situ dalam jam 3.30 petang. Terpaksa berkongsi bilik air dengan semua penghuni, tetapi boleh dikira masih selesa. Begitupun timbul insiden dengan pekerja lodge kerana lantai bilik tandas basah. Maklumlah kami mencebuk hadas dengan air jadi ada air yang tumpah menyebabkan lantai tandas basah. Ada penghuni lain dari keturunan mereka mengadu kepada pihak lodge. Maka kami dimarahi. "Lantak depa je lah....." kami buat tak tahu.

Selesai mandi dan berihat, malamnya kami keluar melihat kawasan sekeliling. Tujuan asal mencari makanan. Namun walaupun terjumpa restoran Malaysian Foods, pengusahanya bukan Islam dan mengakui tidak halal. Maka kebablah juga yang kami makan.

Makngah dan Kak Mariani memilih laluan perumahan untuk ke lodge. Laluan kami itu bertentangan dengan bulan yang sedang mengambang. Indah kelihatan cahaya bulan mengambang di bumi kanggaru ini. Cahayanya menyimbah bumbung rumah-rumah di situ yang kebanyakannya dibina rendah sahaja. Apa yang mengagumkan, dalam cahaya bulan itu dapat dilihat rumah mereka amat tersusun, bersih dan terjaga rapi dengan pelbagai gaya pokok-pokok hiasan taman.

Suasana malam amat tenang. Kami hanya terserempak dengan hanya dua orang lelaki berjalan kaki sahaja. Penghuninya sedang tenang berihat di dalam rumah bersama keluarga. Makngah teringatkan gaya keluar malam, pasar malam dan hiburan malam orang-orang kita di Malaysia. Sebenarnya budaya manakah yang menepati ajaran Islam? Allah mencipta malam untuk kita berihat. Jadi, sama-samalah kita fikirkan.



Cahaya bulat di bawah itu warna bulan sedang mengambang di Perth


Tunggu bahagian ketiga ya..........











2 comments:

  1. Bilalah nak dapat peluang ke sini.

    ReplyDelete
  2. Insyaallah kakmah, kalau dah kaki jalan (org kelantan kata derak) peluang tetap ada...hehehe

    ReplyDelete