KELEBIHAN ZIKIR DAN SELAWAT KE ATAS NABI,
Salamun alaik…Sekadar ingin berkongsi…Insya-Allah, sama-samalah kita mendapat manfaat darinya…Wallah hu a’lam.
- Sesiapa yang berwuduk saat ingin tidur dan meminta supaya ALLAH berikan kebaikan dunia dan akhirat pasti akan dikabulkan – Tirmizi. Sunat tidur dalam keadaan berwuduk.
- Sesiapa yang berselawat tidak kiralah banyak mana hitunganya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua perkara dengan syarat ia berusaha mencari keredaan-Nya.
- Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, insyaALLAH, akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, riak dsbnya dalam dirinya.
- Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.
- ALLAH akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu.
- Sewaktu menghadapi hidangan, Nabi SAW membiasakan diri dengan mengambil makanan yang terdekat, kemudian baru diambil hidangan yang lainnya sebagai simbolik kesopanan.
- Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insyaALLAH akan dikurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.
- Sesiapa yang berniat mandi(untuk solat jumaat) kemudian pakai pakaian terbaik & wangian lalu solat Jumaat, dosanya akan diampun hingga Jumaat berikutnya-Ahmad.
- Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali tiap hari, dengan izin ALLAH dirinya akan lebih dihargai oleh orang lain.
- Uthman bin Affan riwayatkan bahawa Nabi SAW apabila berwuduk, baginda membasahkan janggut baginda-Tirmizi.
- Nabi SAW tidak pernah mencela makanan. Jika baginda suka, baginda makan dan sebaliknya baginda tinggalkan- Bukhari. Apatah lagi jika makanan itu pemberian orang lain.
- Sahabat meriwayatkan: Aku lihat Nabi SAW makandengan 3 jari(ibu jari telunjuk & tengah)-Muslim. Jarang sekali beliau makan dengan 4 @ 5 jari kecuali ada keperluan
- Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, sesiapa berselawat walau sekali pada malam Jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan ALLAH seperti yang dihadapi oleh para nabi.
- Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat tujuh kali pada air dan minum. InsyaALLAH, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.
- Perbaharui wuduk tiap kali bersolat kerana padanya terdapat banyak fadhlat. Hadits Sesiapa yang berwuduk dalam keadaan suci, ALLAH catatkan 10 kebaikan baginya- .Abu Dawud.
- Sesiapa yang mengamalkan membaca selawat tiga kali setiap selepas solat lima waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah
- Nabi SAW sering menghadap ke kanan sedikit setelah solat berjemaah supaya makmum dapat melihat wajahnya. Sebaiknya imam berzikir dan doa seketika bersama makmum.
- Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu.
- Nabi tak makan sambil bersandar-Bukhari. Ertinya, baginda makan dengan duduk condong sedikit ke hadapan bagi elakkan dirinya terlalu kenyang dan mudahkan penghadaman.
- Menurut Syihab Ahmad, sesiapa berselawat tiga kali tiap selesai solat Subuh, Maghrib dan Isyak, ALLAH akan menghindarkannya daripada sebarang bencana.
- Nabi SAW sering beristinsyaq air ke dalam hidung dan menghembuskannya. Selain membersihkan, ia juga mengelakkan sebarang penyakit yang berkaitan dengan hidung.
- Setelah bersolat Nabi memohon ampun ( astaghfirullahalaziim) tiga kali- Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 kali sehari.
- Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali tiap hari, ALLAH akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah.
- Apabila Nabi tidur, ia dahulukan mengiring sebelah kanan – Bukhari. Dari segi kesihatan, cara berkenaan baik untuk jantung (yang berada di kiri badan) mengepam darah.
- Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan ALLAH segala urusan dan mendapat keampunan daripada-NYA.
- Ketika Nabi SAW tidur, ia membaca surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas lalu meniup telapak tangan serta menyapu keseluruh tubuh (mohon perlindungan-NYA) – Bukhari.
- Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan ALLAH.
- Wuduk dahulu jika ingin tidur sekalipun dalam keadaan junub. Nabi menyarankan, cukup dengan bersihkan kemaluan dan berwuduk tanpa perlu mandi wajib jika ingin tidur.
- Munurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipu daya syaitan yang melalaikan.
- Silangkan kaki jika tidur di masjid. Hadis: Sahabat melihat Nabi SAW berbaring di masjid dengan satu kakinya atas kaki yang lain (kerana bimbang terdedah aurat) – Bukhari.
- Sesiapa yang membaca selawat sebanyak tujuh kali selama tujuh Jumaat berturut-turut, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW.
- Adakalanya Nabi SAW amat menyukai doa-doa yang ringkas (mudah) – Abu Dawud. Baginda mementingkan kualiti doa itu sendiri dengan sedikit tetapi maknanya yang menyeluruh.
- Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari.
- Setelah bersolat Nabi SAW mohon ampun (astagfirullahalaziim) tiga kali – Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 kali sehari
- Nabi SAW seorang yang berpsikologi dalam memberi nasihat. Nabi SAW memilih waktu yang sesuai untuk menasihati sahabat supaya mereka tidak bosan (atau tersinggung) – Bukhari
- Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat asar pada hari Jumaat, insyaALLAH akan dihapuskan dosa-dosa kecil seseorang.
- Menutup mulut dan rendahkan suara ketika bersin. Hadis: Apabila Nabi bersin, baginda meletakkan tangan atau pakaian baginda di mulut (kerana dibimbangi terpercik) – Abu Dawud
- Jiwa yang gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana ALLAH itu Maha Luas Rahmat-Nya
- Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali pada hari Jumaat, maka ia akan datang pada hari Kiamat dengan keadaan bercahaya – Abu Naim
- Nabi tidak pernah menolak hadiah. Hadis: nabi selalu terima hadiah & amat menghargainya – Bukhari
- Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, ALLAH akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya
- Selalu memilih yang lebih mudah. Hadis: Mudahkan sesuatu & jangan kamu sukarkannya – Muttafaq Alaih
- Berdiri apabila melihat iringan jenazah. Hadis: Apabila kamu sekalian melihat jenazah ( yang diusung), maka berdirilah (sbg tanda penghormatan) - Muttafaq Alaih
- Ulamak berpendapat, sesiapa yang amalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, InsyaALLAH dihindarkan daripada taun & wabak penyakit berbahaya yang lain
- Bersujud syukur jika dapat khabar gembira. Nabi sering melakukannya ketika beroleh khabar yang menyenangkan sebagai tanda syukur hamba terhadap ALLAH – Abu Dawud
- Membaca selawat 1000 kali selepas Solat Hajat dua rakaat mampu menghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan ALLAH akan hajatnya
- Beri salam hingga tiga kali sahaja. Bahawasanya Nabi (apabila mendatangi rumah sahabat) beri salam hingga 3 kali – Bukhari. Jika salamnya tak berjawab, beliau beredar
- Menurut para ulamak, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai solat Maghrib.
- Melakukan pekerjaan rumah. Hadis: Bantuan terhadap isterimu itu ialah sedekah-Ad-Dailami
- Para ulamak berpendapat, ALLAH sempurnakan hajat yang baik dengan senitasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, diikuti dengan usaha yang berterusan.
No comments:
Post a Comment