Friday, March 23, 2012

Rombongan Cik Nikdah ke Perth -Bahagian 1


Kali ini rombongan melancong Cik Nikdah agak ramai iaitu lebih kurang 60 orang. 45 orang dari Kelantan berlepas dari LTSIP Pengkalan Chepa pada jam 6.30 petang pada 9 Mac 2011. Bergabung  di LCCT dengan rombongan dari Perak yang selebihnya.

Lima jam lima belas minit lebih kurang dalam penerbangan, kami selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Perth lebih kurang jam 5.10 pagi. Jam Perth dengan jam Malaysia sama walaupun suasana waktu dan cuaca berbeza. Maksudnya waktu Subuh di Perth pada hari itu lebih kurang jam 4.50 pagi berbanding dengan di Malaysia lebih kurang jam 6 pagi. Jadi Cik Nikdah yang duduk di sebelah Makngah yang sudah berwuduk di dalam tandas flight bersolat di kerusi. Urusan dia banyak bila tiba nanti sebab itu dia mengambil keputusan untuk tidak melengahkan solat. Ahli lain masih sempat bersolat di airport nanti.

Apa yang lucu, ketika Nikdah sedang tunduk untuk gerakan sujud, seorang pramugari datang menyuruh menaikkan meja sorong di depannya sebagai persediaan untuk mendarat. Hal ini menyebabkan Nikdah terpaksa memberhentikan solatnya dan memulakannya semula dengan nasihat daripada Makngah agar tidak sujud di mejapun tak apa.



Datuk Burn selaku pemandu pelancong menyambut ketibaan kami.

Datuk Burn sedang memberi taklimat. Berkaca mata itu pemandu bas.

Selepas selesai urusan di imigresen, kastam dan bersolat, kami keluar di ruangan menunggu dan Cik Nikdah berjumpa dengan Datuk Burn atau Datuk Haji Abu Bakar yang akan mengurus perjalanan kami di sini. Beliau merupakan rakyat Malaysia yang sudah lama bermastautin di Perth. Banyak latar belakang dirinya diceritakan. Termasuk dia ada berlakun dalam drama "Atas nama cinta" yang sedang disiarkan oleh TV3 dengan seorang lagi wanita bernama Yasmin Milson yang selepas itu juga hadir bersama kami.

Kami dibawa ke Whiteman Park yang merupakan satu taman perlindungan untuk hidupan liar, untuk bersarapan di taman terbuka sebelum ke lain-lain tempat. Seronok rasanya makan dan minum yang dibekalkan oleh Datuk Burn dalam suasana segar dan tenang itu.



Bergambar dengan Datuk Burn dan Yasmin


Bermain dengan kanggaru di Caversham Wildlife Park


Bergambar dengan dua orang sukarelawan di tempat itu






Membeli cenderamata di situ, mahal harganya wooiii. 

 Selesai di situ termasuk melihat pertunjukan di ladang ternakan kambing, kami dibawa ke kilang coklat  Margaret. Ramai yang ragu dengan kehalalannya almaklumlah dibuat oleh orang bukan Islam.
Maka tak adalah yang membelinya. Tambahan lagi dengan harganya yang jika ditukar kepada RM, ia amat tidak berbaloi pada perkiraan kami. Bai bai coklat Margaret, ramai yang segera keluar dan lebih senang bersantai di kebun anggur hijau yang terdapat berdekatan tempat bas parking.

Cerita di bahagian kedua lagi hangat, sabar deh.........


3 comments:

  1. cepat2 sambung...xsabar nak baca cerita seterusnya...;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sabar Na deh.......ada peluang akn diteruskan...

      Delete
  2. Bestnya...dah gi bumi kanggaro.

    ReplyDelete