Apa yang ingin Makngah utarakan ialah mengenai madu. Penjual madu persendirian selalu menjaja madu mereka di kawasan sekolah. Tengah hari tadi seorang penjual madu masuk ke bilik guru. Makngah cam wajahnya kerana dia selalu datang menjaja walaupun Makngah tidak pernah membelinya. Sebelum itu Makngah menggunakan madu jenama HPA tetapi sudah dua bulan stok madu itu tiada di stokis-stokis HPA kawasan Makngah. Teruk juga bekalan HPA kerana ia selalu berlaku kehabisan stok termasuk kopi Radixnya. Berikutan dengan itu, Makngah dan seorang guru lagi melayanlah penjual madu itu yang menyatakan namanya Azan berasal dari N.Sembilan.
Encik Azan si penjual madu- tangan kiri madu lebah peliharaan, tangan kanan madu tualan |
Madu........madu.....pilih pilih |
Madu yang dijualnya ini dakwanya diambil dari hutan Rompin bersama kawan-kawannya. Beliau juga membawa madu dari lebah peliharaan yang warnanya lebih cerah berbanding madu tualang yang berwarna lebih gelap. Harga madu tualang juga dijual lebih mahal iaitu RM 30.00 untuk botol yang isiannya lebih kurang 400 ml. Penjual itu memberi harga diskaun apabila ramai guru ingin membelinya.
Cikgu Norasyikin sedang menyalin petua berkaitan dengan madu |
Petua Daripada Penjual Madu Tualang untuk beberapa jenis masalah kesihatan, insyaallah mujarab katanya.
1. Batuk
- Ambil limau nipis, asam jawa dan satu sudu madu, minum pada waktu pagi dan malam.
2. Lelah / Asma
- 5 sudu aiskrim soda dicampur satu sudu madu, minumlah seperlunya.
3. Lemah tenaga / sakit pinggang
- Tumbuk 3 biji lada hitam bersama 1 ulas bawang merah ,1 ulas bawang putih, halia dan kunyit. Campur air hingga sebati dan ditapis untuk ambil airnya sahaja. Campur pula satu biji telur ayam kampung diminum sekali seminggu.
4.Cerdaskan minda
- Minum campuran lima sudu jus kismis dan satu sudu madu.
5. Sakit jantung
- 5 sudu air rebusan sawi hijau bersama satu sudu madu, minum pagi dan petang.
6. Kencing manis
- Campuran satu sudu madu dan satu sudu cuka nipah diminum satu kali sehari.
7. Darah tinggi
- Rebus batang saderi dan ambil 5 sudu airnya, campurkan dengan satu sudu madu dan minum.
8. Awet muda
- Jadikan masker kuning telur, limau nipis, air mentimun dan satu sudu madu dipakai waktu malam dan bersihkan setelah bangun tidur waktu padi.
9. Sakit mata / luka
- sapukan sahaja madu secukupnya.
Sesungguh khasiat madu AMAT BANYAK. Disebabkan itu ada disebut oleh Allah SWT di dalam al Quran dengan satu nama surahnya 'An Nahl' yang tersendiri dan menjadi minuman amalan Rasulullah SAW.
No comments:
Post a Comment