Berita hari ini seperti di bawah menyebabkan hati menjadi gundah, apakah disebabkan orang Melayu lemah bertindak, maka semua perkara yang berkait dengan kemelayuan termasuk bahasanya diambil mudah dan diremehkan?
Bahasa kebangsaan terus dipinggirkan
KUALA LUMPUR 4 Mei - Tidak sensitif dan membelakangkan kedudukan bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan negara ini.Itulah kesimpulan yang dapat dibuat berikutan tindakan beberapa pemilik premis di sekitar ibu kota menggunakan sepenuhnya bahasa Inggeris pada papan tanda perniagaan dan papan iklan mereka.
Tinjauan Utusan Malaysia di sekitar Jalan Sultan Ismail, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Dang Wangi, Jalan Alor dan Jalan Bukit Bintang mendapati perkara itu berleluasa dan seolah-olah dihalalkan.
Tindakan pemilik premis menggunakan seratus peratus bahasa Inggeris pada papan tanda perniagaan dan papan iklan mereka sangat dikesali dan seolah-olah menggambarkan lokasi tersebut bukannya berada di Malaysia.
Pada masa sama, pihak berkuasa tempatan harus bertegas dalam perkara ini kerana jika dibiarkan, ia memberi gambaran bahawa rakyat Malaysia sebagai bangsa yang tidak berbangga dengan bahasa sendiri.
No comments:
Post a Comment