Ahad 30012011
Pertama kali dapat merasa RFC kepunyaan HPA. Terletak di KBTC. Kedudukan dan kemudahan restoran tidak kalah dengan restoran makanan segera lain namun layanan dan kecekapan perlu dipertingkatkan. Begitu juga dengan rasanya yang secara peribadi Makngah kurang selesa kerana rasa dan bau rempah ratus yang terlalu kuat.
|
Menu di kaunter tempahan |
|
Hanya ini sahaja yang ada |
|
Gadis manis ini sahaja di kaunter untuk banyak tugasan |
|
Model sambilan |
Selasa 01022011
Jam 2.20 minit petang tiba di Sungai Petani. Berhenti di Jalan Legenda kawasan perkedaian baru, tempat terletaknya Village Mall. Perut lapar, masuk ke dalam Restoran Resepi Organik. Semasa menunggu tempahan mihun sup, perut Makngah meragam. Staf restoran menyuruh menggunakan tandas di hotel bersebelahan. Boleh ke? "Tak pa" katanya. Masuk sahaja ke kawasan lobi, terpukau Makngah melihat hiasannya yang ala Timur Tengah. Tandaspun dijaga bersih.
Selesai menunaikan hajat, Makngah terus ke kaunter bertanyakan jika ada bilik dan ada tak cawangannya di Alor Setar. El Zahraa Inn hanya ada di Sungai Petani. Rupanya sekarang mereka sedang membuat harga promosi, wow.........boleh merasalah "Hotel Berkonsepkan Islamik" ini. Banyak kemudahnnya berdasarkan keperluan orang Islam iaitu kain pelikat dan batik disediakan, telekung solat, sejadah, selipar wuduk, al Quran dan rehal, tempat solat bersebelahan bilik dengan tempat berwuduknya dan barangan kebersihan serta minuman keluaran HPA. Pendek kata amat berbaloi.........
|
Anakanda sedang menunggu tempahan |
|
Hiasan lampu di lorong bilik |
|
Bangunan hotel |
|
Hiasan dalam bilik |
Setelah diamati, banyak unit kedai di situ kepunyaan rangkaian niaga HPA. Tahniahlah daripada Makngah untuk tuan punya HPA anak jati Kedah yang begitu sukses dalam perniagaan ini. Makngahpun ahli HPA....pagi-pagi minum Radix dulu.
No comments:
Post a Comment