Semuanya banyak berpunca daripada amalan makan yang tidak mengikut sunnah Nabi Kita itu. Tambahan lagi dengan kemewahan hidup rakyat Malaysia pada hari ini menjadikan kita hidup selalu dalam kekenyangan iaitu MATI KERANA KENYANG. Hal ini berbeza dengan sesetengah tempat di dunia ini yang MATI KERANA LAPAR, berbezakan ...........................
Ketika minum Baginda tidak bersuara dan mengangkat gelas tiga kali dari bibirnya . Setiap kali gelas diangkat ia mengucapkan syukur kepada Allah. Selepas makan Nabi S.A.W akan membersihkan tangannya dengan membasuh (bukan mengelapnya).
Nabi S.A.W pernah bersabda ; “Barang siapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepadaku, maka akan masuk syurga bersamaku.” Sesiapa mengamal sunnah Baginda ini, maka akan mendapat dua keuntungan. Apakah keuntungan itu? a.Pahala yang berlipat ganda b.Keberkatan. 1. Cara duduk ialah seperti duduk tahiyat awal tapi lutut kanan dinaikkan. Posisi duduknya ialah peha/lutut kanan dinaikkan manakala kita duduk pada bahagian kaki kiri. Cara duduk sebegini banyak kebaikannya. Posisi ini dapat memberikan keselesaan pada perut dan ia menjaga keseimbangan komposisi ruang dalam perut kepada 3 bahagian. Iaitu 1/3 ruang adalah untuk makanan, 1/3 untuk udara dan 1/3 lagi adalah untuk air. 2.Makan menggunakan tangan. Bukan guna sudu / garfu, bukan guna chopstick. Tetapi guna tangan kanan. Ada kajian membuktikan bahawa, pada tangan / jari kita ni, ada enzim yang 10 kali ganda lebih banyak dari enzim yang ada dalam air liur. Enzim ini berguna untuk mencerna makanan. 3.Makan dengan menggunakan 3 jari. Ada orang kata, macammana nak makan dengan 3 jari saja. Susah la kalau nak makan nasi. Nabi dulu tak apa, Baginda banyak makan roti dan buah-buah kurma saja. Saya sarankan kepada mereka yang nak mula amal sunnah ini, gunakan 3 jari pada suapan pertama tu dulu. Lepas-lepas tu, boleh lah makan macam biasa. 4.Apabila nampak makanan, disunatkan baca doa “Allahumma baariklana………” 5.Sebelum makan, disunnahkan untuk basuh kedua belah tangan dan juga berkumur-kumur. Ada banyak kelebihan bagi mereka yang mengamalkan perbuatan membasuh tangan dan berkumur ni. 6.Sebelum menyuapkan makanan ke dalam mulut, sila baca doa “Bismillahiwa’ala barokatillah“ 7.Lepas makan, kita disunnahkan untuk menjilati jari-jari kita yang digunakan untuk mengambil makanan tadi. Hikmah kepada perbuatan ini, kandungan enzim yang ada pada tangan / jari kita tadi akan makin cepat bercampur dengan makanan dan seterusnya memudahkan proses pencernaan. 8.Makan dalam satu dulang yang sama secara berjemaah. Sebenarnya cara ini akan meningkatkan rasa sayang terhadap sesama kita. 9.Makan ketika lapar, berhenti sebelum kenyang. Biasanya kita makan ikut nafsu. Selagi tak kenyang, selagi itu lah kita ‘melantak’. 10. Baginda makan buah dahulu sebelum menjamah makanan lain. Hadis ada menceritakan penghuni syurga makan buah dahulu sebelum makan makanan lain. Hal ini dibuktikan oleh ahli sains pada hari ini bahawa enzim di dalam buah akan membantu mencerna makanan kita. Amalan makan buah tamar / kurma dahulu oleh orang kita dalam bulan Ramadan itu ialah buktinya. Maka teruskanlah untuk setiap masa.Jangan diikut budaya barat yang menyajikan buah-buahan selepas makan dengan istilah "pencuci mulut". |
Buah yang boleh digelar buah ajaib kerana khasiatnya |
Nasi ayam kegemaran ramai |
Hidangan biasa di restoran.....mana buahnya? |
Sampai tinggal tulang baru berhenti.......... |
No comments:
Post a Comment