Dari 5 Bintang Ke 0 Bintang
Katakanlah:
""""' Berjalanlah di bumi,
maka perhatikanlah bagaimana Allah memulai penciptaan makhluk, kemudian Allah menjadikan kejadian yang akhir (membangkitkan semula manusia setelah mati)."
Sesungguhnya Allah Mahakuasa atas segala sesuatu.
Ayat-ayat Allah atau tanda-tanda kebesaran-Nya boleh dihayati di mana-mana jua. Malahan tanda kebesarannya yang paling asas ialah udara yang kita sedut setiap hari. Bayangkan kita berada di tempat tinggi misalnya di Everest, jika tidak dibawa tabung oksigen bolehkah pendaki berada lama di puncaknya?
Jadi untuk kali ini Makngah nak ingati semula peristiwa yang berlaku pada bulan Disember 2008 ketika pergi berjalan-jalan di negeri jiran Makngah. Ada berlaku satu insiden yang biasa sahaja tetapi besar ertinya bagi menunjukkan apa yang berlaku ada hikmahnya. Ia berlaku di luar jangkaan kami.
Kisahnya, kami ingin berehat sambil berjalan-jalan di KT. Ada kawan lama Makngah di situ iaitu Abe Din dan Kak Moh. Mereka cadangkan kami cuba menginap di Felda Residence yang baru sahaja beroperasi dan bakal dirasmikan oleh Sultan Mizan. Hotel itu berbintang lima dan merupakan yang terbaru dan punya bangunan tertinggilah di bandar KT pada masa tu. Okeylah tu.
Berdasarkan petunjuk yang diberi Abe Din kami dapat mencari letak hotel itu di Jalan Hiliran tepi Sungai Terengganu iaitu tengah-tengah bandar KT. Anak-anak seronok kerana dapat bilik berpemandangankan sungai. Pengunjung hotel tidak ramai mungkin kerana masih belum dikenali dan akan dirasmikan lebih kurang dua minggu lagi. Kelihatanlah banyak persiapan sedang berjalan.
Hotel Felda Residence |
Katil dalam bilik |
Berehat, makan minum sambil menonton |
Bilik ayaq |
Berposing atas katil? |
Selepas daftar masuk, kami keluar ke Taman Tamadun Islam sambil makan-makan di tepi benteng. Juga meronda-ronda di kawasan masjid yang beruba replika pelbagai masjid dari seluruh dunia itu.
Santai tepi sungai |
Nampak orang sedang mengail di Sungai Terengganu |
Bas Warisan yang membawa pelancong mengelilingi Taman Tamadun Islam |
Keesokan paginya anak-anak mahu mandi di Cherating, iaitu antara pantai tercantik di Malaysia. Masuk sahaja di kawasan itu, suasana sudah bertukar lain. Pelancong mat saleh dah ramai duduk bersidai. Pakaian mereka biasalah sekadar ada sahaja.Kami datang masa cuti main redah sahaja dan tak buat tempahan awal pula. Maka jenuhlah mencari tempat penginapan. Ingatkan sampai awal pagi senang dapat penginapan rupanya tidak.
Penat mencari, Makngah hampir berputus asa dan ingin berpatah balik. Namun anak-anak berkeras mahu mencari lagi. Kami ternampak satu papan tanda di tepi jalan ,The Kampung Inn. Cubalah kata kami. Masuk je lorong tepi papan tanda itu, jelas kelihatan kawasan kampungnya. Bersih. Kelihatan deretan rumah-rumah kecil di celahan pokok kelapa. Tak nampak macam penginapan. Suasana sunyi. Kami cuba juga berhenti dan ingin bertanya. Terjenguk-jenguk mencari jika ada kaunter pertanyaan. Tiada langsung kelibat orang.
"Hello.......ada orang????"
Dua tiga kali diulang, tiba-tiba ada yang menjawab,
"Yop.......ada apa?" Terkejut kami dan tercari-cari sebab suara kedengaran dekat sahaja tetapi tak nampak.
Dua kali terkejut kerana seorang lelaki hanya berseluar pendek tak berbaju melurut turun dari sebatang pokok kelapa dekat situ. Lelaki Melayu separuh umur dengan badan berpeluh-peluh itu terus bertanya,
" Nak bilik ke?"
Si Intan dah ketawa tersengih,
" Laaaaa reception ker??" Begitu sempoinya tuan punya The Kampung Inn. Reception dia di atas pokok........kami ketawa sampai pecah perut dan Makngah sampai terkencing-kencing.
Inilah penginapan kami pada malam kedua, kelas tak ada bintang |
Bersyukur jugalah dapat penginapan. Ena memuncung aje kerana tak suka dengan bilik sempit itu namun kerana tak ada pilihan, terpaksalah juga. Inilah dinamakan daripada 5 Bintang Kepada 0 Bintang. Anak-anak kena dibiasakan tahan lasak dengan pelbagai suasana. Tidak boleh dimewahkan.
Pantainya tidak jauh, lagipun tidak ramai orang, privasilah katakan. Lebih kurang 200 meter sahaja pantainya. Deruan ombakpun kuat kedengaran. Selepas rehat, makan dan solat kami keluar ke pantai hingga ke malam.
Esoknya selepas solat Subuh kami ke situ lagi sambil mandi manda dan bermain di pepasir pantai. Melihat matahari di ufuk timur Pantai Cherating merupakan saat yang terindah.....subhanallah, alhamdulillah, allahuakhbar.
Akan ke Cherating lagi melihat orang Melayu kat situ sudah larut dengan gaya hidup pelancong asing......apa nak kata?
Selipar sapo dihanyut ombak ni? |
olos.... huhu.. comey sgt pic tu.. ^^, erm,, tringt plok.. meme klaka bebeno! hehe.. terutma kt kg inn.. pe2 pon mengembaraan sgh sonok.. :)
ReplyDelete