Saturday, December 18, 2010

Malaysia Kaya Raya

Alhamdulillah.....beban dah kurang sedikit, dapatlah menyambung sedikit lagi kisah di "Benua Keling" itu. Jika hendak dihikayatkan secara terperinci memang memakan masa dan ruangan yang panjang jadi, Makngah berhasrat meringkaskannya sahaja.

Makngah amat bersimpati dengan corak dan ragam hidup penduduknya yang kami akui rakyat Malaysia 50 kali lebih baik daripada mereka. Pemandu pelancong kami sudah berpesan supaya tidak melayan penjaja-penjaja kecil dan pengemis yang berkeliaran di kawasan pelancongan itu. Terutama apabila mereka dapat meneka kami orang Malaysia. Mereka kenal Malaysia sebagai orangnya kaya-raya. Ada antara kami menyebut Indonesia sahaja apabila disapa "Malaysia?" oleh penjaja-penjaja itu. Tentu anda dapat meneka apa maksudnya itu.

Ketika keluar daripada Kompleks Taj Mahal, sekali lagi kami diserbu dan diekori oleh puak penjaja itu yang terdiri daripada lelaki perempuan, remaja lelaki dan perempuan juga kanak-kanak. Kami menaiki tren bagi mempercepatkan perjalanan ke tempat bas menunggu, Terkejut besar Makngah apabila melihat seorang kanak-kanak perempuan sedang bergayut di belakang tren sambil menjelirkan lidah ...." laaahaulawalah...... budak tu...." itu sahaja yang mampu Makngah sebut.

Heeeiihhhh....jelir budak itu sambil bergayut dihujung tren dan di tangan barang jualannya.

Sementara bas bergerak, puak penjaja itu ramai berkerumun sambil berteriak memujuk  kami membeli barangan mereka dengan begitu agresif sekali. Rasa kasihan tetap ada tetapi kami tidak memerlukannya walaupun ada juga yang membeli.  Penjaja lain menawarkan 12 penyangkut kunci untuk 200 rupee jadi dia menawarkan 13, maka bersetujulah rakan kami itu. Bas sudah berjalan dan apabila diteliti, satu daripada kotak bungkusannya "kosong", "belitan india" dah dapat........ hehehheeh.

Wajah serius bengis seorang penjual jalanan di pintu bas

Seorang OKU bersungguh-sungguh mengejar kami untuk mengemis
Kami sudah diingatkan supaya jangan memberi apa-apa kepada puak pengemis tersebut kerana nanti kami juga yang akan susah kerana semakin ramai yang akan datang berkerumun. Disebabkan kerana rasa kasihan yang amat sangat, salah seorang ahli kami mencampakkan wang 10 rupee yang dilipat kepada seorang budak perempuan comot yang setia menagih simpati di depan pintu bas. Budak tersebut segera mengambilnya tetapi baju, rambut, bahu, tangan dan kainnya diheret-heret oleh rakan-rakan di sekelilingnya termasuk perempuan dewasa sendiri kerana berebutkan wang yang hanya 10 rupee (RM0.75) itu. Tidak tahulah apa jadinya dengan wang 10 rupee tersebut, entah-entah hancur terkoyak kerana direbut.

Hari akhir di New Delhi kami dibawa melawat ke Taman Makam Humayun (Humayun Tomb) iaitu dikenal sebagai Raja Mughal Kedua dalam sejarah India. Beliau wafat pada tahun 1556M. Makam tersebut dibina oleh isterinya bernama Hamida Begum yang berasal dari Persia.

Apa yang menarik hati Makngah ialah makam ini merupakan makam asal yang ditiru oleh Shah Jahan untuk isterinya Mumtaz Mahal. Sebenarnya perkara itu Makngah baru tahu....heheheheheh, terlewat dengan sejarah India ini..

Di hadapan Makam Humayun-perhatikan sama bentuk dengan Taj Mahal

Makam Humayun dalam proses pemuliharaan

PersekitaranTaman Makam Humayun dari tingkat atas
Bangunan ini dirancang oleh seorang arkitek Persia bernama Mirak Mirza Giyath dan dikatakan bentuk arkitek taman makam pertama di Tanah India. Keseluruhan monumennya dibuat daripada bata merah, bata putih dan marmar dengan dihiasi taman-taman dan air pancur yang sangat indah dengan di kelilingi tembok-tembok kukuh dan tinggi. Rekabentuk  bangunan inilah yang menjadi ilham kepada Raja Shah Jahan di Agra, denganTaj Mahalnya.

Setelah diisytiharkan sebagai salah satu Warisan Budaya Dunia atau The World Cultural Heritage oleh UNESCO pada tahun 1993, pemeliharaan kawasan makam ini sangat diambilberat oleh pemerintah India dan berjalan sehingga sekarang.

2 comments:

  1. Malaysia mmg kaya raya.. di India, sapu batu pun satu kerjaya.. kat malaysia, saper nak buat?

    ReplyDelete
  2. Betul..........ibu2 sambil mengendung anak kecil bekerja membersihkan batu2 kecil jln sebelum jln diturap dgn tar.

    ReplyDelete