Friday, March 2, 2012

Jangan Minum Benda Ini Jika Sayangkan Islam

KISAH KOPI YAHUDI DAN UMAT ISLAM!!!

Howard Schultz, Pengasas, Pengerusi, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Starbuck 
BOIKOT STARBUCK COFFEE!!!
Howard Schultz, Pengasas, Pengerusi, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Starbuck yang memiliki 31.6juta saham Starbuck yang bernilai $1.4 bilion pada Nov 2011 adalah seorang zionis yang aktif.
Pada 1998, dia telah dianugerahkan "The Israel 50th Anniversary Friend of Zion Tribute Award" oleh Jerusalem Fund of Aish HaTorah di atas khidmat dan sumbangnya kepada pergerakan Zionis yang memainkan peranan penting dalam memastikan hubungan rapat di antara Amerika Syarikat dan Israel.
Jerusalem Fund of Aish HaTorah, gerakan sayap paling kanan untuk penubuhan negera Israel, telah menaja senjata api kepada Penyembelihan Jenin yang diketuai oleh General Shaul Mofaz.
Mereka juga menaja media Zionist, yang terkenal sebagai kumpulan pendesak iaitu honestreporting.com, menerbitkan dan mengeluarkan satu filem propaganda berkaitan Islamophobic yang berjudul “Obessession”.
Starbuck dengan bangganya mempamerkan anugerah "The Israel 50th Anniversary Friend of Zion Tribute Award" di laman web mereka, namun apabila gerakan boikot produk Yahudi bermula, anugerah tersebut telah hilang dan tidak dipamerkan lagi.
Howard Shultz yang juga bekerja sebagai seorang propagandist untuk Israel sering mendapat pujian dari Kementerian Luar Israel kerana menjadi kunci utama kejayaan hubungan baik Amerika Israel.
Pada 4 April 2002, ketika tentera Israel menyembelih dan membunuh penduduk Palestin di Jenin, Howard Shultz membuat satu ucapan proaktif yang menyalahkan Palestin di atas Intifada yang berlaku adalah Anti Semitic dan menyeru dunia untuk terus menyokong dan bersama Israel.
Starbuck juga menaja pengumpulan dana untuk pembentukan negara haram Israel. Pada masa di mana semua perniagaan menarik balik dan keluar dari Israel, Starbuck menegaskan dan meneruskan bantuan kepada Israel untuk terus mengukuhkan ekonomi Negara haram tersebut. Walaupun usaha Howard membuka lebih banyak cawangan Starbuck di Israel gagal, dia bersumpah Starbuck akan terus bagi memastikan negara Israel akan tertubuh dengan jayanya.
Starbuck telah membuka cawangannya di Markas Tentera Amerika di Afghanistan dan Iraq juga satu cawangan di pusat penyeksaan di Telok Guantanamo. Seorang pegawai perhubungan awam Starbuck berkata, “Starbuck sangat hormat dan kagum kepada pasukan Tentera Amerika yang telah menggadaikan nyawa bagi keamanan, kebebasan, demokrasi dan keselamatan rakyatnya serta dunia seluruhnya.”
Pada umat Islam yang merasakan minum kopi Starbuck sebagai satu cara hidup yang terkini, ketahuilah bahawa wang yang anda bayar untuk secawam kopi itu adalah dana bagi membunuh saudara anda di Palestin.

Sebarkanlah hal ini dan jangan jadi antara penyumbang kepada penubuhan negara haram Israel.

Dan ingatlah, Yahudi adalah musuh Islam yang nyata!!!!

Thursday, March 1, 2012

Orang Luar Kagumi Jawi; Orang Kita?

Jawi bawa Kyoung Seok ke Malaysia dalami jawi





SEJAK bertugas sebagai pensyarah di Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) empat tahun lalu, Prof. Dr. Kang Kyoung Seok mengakui beliau begitu berminat untuk mempelajari tulisan jawi.

Menurut Kyoung Seok, 57, beliau banyak mendengar pelbagai cerita tentang keunikan tulisan jawi daripada salah salah seorang pensyarahnya di Universiti Hankook, Korea Selatan.
Pada masa itu, beliau mengikuti pengajian peringkat ijazah dalam bidang bahasa Melayu dan Indonesia di universiti berkenaan pada tahun 1974.

Namun, apa yang meruntun jiwanya apabila pensyarah terbabit tidak mengetahui mengenai tulisan jawi secara mendalam.
Malah pada masa itu, beliau juga tidak boleh mencari maklumat mengenai tulisan tersebut memandangkan di negaranya tiada bahan rujukan mengenai tulisan jawi.
Namun, rasa ingin tahu itu tidak terhenti di situ sahaja. Pada tahun 1982 beliau bertemu seorang pendakwah, Abdul Ghani dari Thailand di Pusan.

Anak jati Seoul, Korea ini mula mengenali huruf-huruf jawi dengan bantuan Abdul Ghani. Pada tahun 1984 beliau membuat keputusan berhijrah ke Malaysia untuk menyambung pengajian ke peringkat sarjana dalam bidang Pengajian Melayu di Universiti Malaya. Bahkan Kyoung Seok tahu, tulisan jawi merupakan seni penulisan yang berakar umbi di negara ini.

Surat tulisan jawi
"Bukan mudah untuk saya masuk ke sini (Malaysia) kerana saya telah memohon beberapa kali untuk melanjutkan pengajian sehinggalah suatu hari itu saya menggunakan tulisan jawi untuk membuat permohonan itu.
"Seingat saya, sebelum ini semua surat permohonan ditulis dalam bahasa Melayu dan Inggeris, tetapi saya kecewa kerana tidak menerima sebarang jawapan sehinggalah suatu hari itu terlintas di fikiran untuk menulisnya menggunakan tulisan jawi," katanya yang fasih berbahasa Melayu.


TULISAN jawi merupakan sebahagian daripada khazanah yang perlu dipelihara.



Tanpa diduga, dalam beberapa hari sahaja beliau menerima jawapan daripada kerajaan Malaysia. Bapa kepada dua anak ini memberitahu, beliau terkejut apabila membaca isi kandungan surat terbabit kerana kerajaan negara ini memberinya peluang untuk ke sini.

Sepanjang pertemuan dengan lelaki separuh abad yang beruban dan berkaca mata itu, semangatnya tentang tulisan jawi cukup membara. Buktinya, di atas meja beliau penuh dengan bahan-bahan kajian mengenai tulisan jawi. Penampilannya juga sedikit berbeza. Kemeja putih lengan panjang yang dipakainya dipadankan dengan skaf di leher seakan-akan tali leher.

Temu bual yang berlangsung selama hampir dua jam di UPSI itu, jelas mempamerkan keramahan dan kepakarannya dalam tulisan jawi.
Kyoung Seok menyambung pengajian ke peringkat sarjana dan memperoleh Ijazah Sarjana yang kedua dari Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya pada tahun 1987. Lima tahun kemudian, beliau memperoleh doktor falsafah dari universiti yang sama.

Terbitkan buku
Menyentuh mengenai kajiannya, Kyoung Seok memberitahu, beliau pernah menjalankan beberapa kajian mengenai sistem tulisan jawi, transliterasi manuskrip jawi, seni khat Jawi, pengajaran bahasa Korea dengan tulisan jawi, pola ayat bahasa Melayu-Indonesia, dan Batu Bersurat Terengganu.

Setakat ini, beliau juga telah menerbitkan beberapa buah buku yang bertajuk, Perkembangan Tulisan Jawi Dalam Masyarakat Melayu, Bahasa Melayu Dalam Empat Minggu, Malay Tulisan Jawi, Bahasa Indonesia-Malaysia patternzip, dan Gaya Bahasa Sejarah Melayu.

Ghairah berbicara mengenai kajian dan buku tulisan jawi, beliau mengakui tulisan tersebut mempunyai satu tarikan dan keunikan istimewa terutama dalam al-Quran.


MANUSKRIP kamus tulisan jawi yang kini dalam pembikinan Kyoung Seok.



"Saya acap kali tertanya-tanya bagaimana tulisan jawi dalam al-Quran boleh menghasilkan kaedah bacaan dalam pelbagai intonasi yang berbeza,"akuinya setiap kali mendengar bacaan al-Quran beliau berasa tenang.
Dalam keghairahan beliau menceritakan keunikan tulisan estetik itu, secara tiba-tiba nada percakapannya bertukar sayu ketika dilemparkan soalan nasib tulisan itu di negara ini.

Beliau menyuarakan kekesalan terhadap sikap golongan muda yang tidak endah dengan tulisan jawi.
Kyoung Seok berpendapat, jika keadaan itu berterusan, tulisan jawi bermungkinan terkubur suatu hari nanti. Lagipun, ramai pakar jawi yang dikenalinya telah bersara.

Justeru, beliau berharap pihak media, kerajaan termasuk Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) memainkan peranan penting dalam memastikan tulisan jawi terus terpelihara.

Menurut Kyoung Seok, sejak kebelakangan ini nilai tulisan jawi yang berteraskan al-Quran tidak dijulang dan usaha-usaha yang dilakukan dilihat kurang berjaya.

Memartabat khazanah
Menurutnya, di Korea, bahasa dan tulisan Korea adalah jati diri mereka. Beliau berharap rakyat di negara ini mempelajari tulisan jawi agar khazanah kebudayaan nasional itu tidak terus ditelan arus pemodenan.





"Khazanah ini perlu diangkat semula kerana ia sebahagian daripada warisan sejarah Melayu. Sudah tiba masanya, pelbagai langkah perlu diambil supaya generasi muda tidak melupakan asal usul yang membentuk jati diri orang Melayu,"ujarnya.

Sehubungan itu, Kyoung Seok mencadangkan supaya sistem ejaan jawi yang digunakan sekarang perlu diganti kepada sistem ejaan jawi Za'ba kerana ia ringkas dan mudah dipelajari.

Malah, jika rakyat Malaysia mempelajari ejaan jawi Za'ba, mereka lebih mudah memahami sistem ejaan jawi yang lebih kuno sekali gus boleh memahami manuskrip jawi berusia ratusan tahun memandangkan ejaan jawi Za'ba menggunakan asas yang sama dengan tulisan jawi kuno yang berasal daripada tulisan al-Quran," ujarnya yang kini sibuk menyiapkan sebuah kamus mengenai langkah perkembangan tulisan jawi. Kamus itu dijangka siap dalam tempoh lima tahun lagi.

*Pendapat Makngah: Orang Melayu khasnya dan seluruh orang Malaysia amnya memandang remeh sahaja kepada nasib tulisan jawi. Pejuang bahasa wajib melakukan sesuatu agar keadaan seperti yang digambarkan oleh tokoh di atas tidak berlaku kepada bahasa Melayu. Puncanya bahasa Melayu bertulisan rumi itu sendiri tidak dipedulikan, apa lagi bahasa Melayu bertulisan jawi yang amat kurang dipelajari.

Tuesday, February 28, 2012

Nasib Sang Buku

Belanja RM3 juta untuk satu kontena buku

BEBERAPA tahun lalu, seorang lelaki kaya di Malaysia membina rumah percutian besar di sebuah tanah tinggi di Pahang.

Bagaimanapun, kerana kesibukan dan bagi memastikan kemewahan hidupnya tidak menjadi satu skandal, dia jarang sekali bercuti di rumah itu yang kawasannya disaliri jeram yang cantik. Rumah itu kini agak terbiar.




Ada seorang lelaki terkenal lain pula memilih menggunakan kekayaannya untuk jalan yang lebih bermanfaat.

Dia gemar mengumpul buku, terutama judul-judul yang berkaitan dengan sejarah negara. Tidak lama dulu, dia dikatakan membelanjakan RM3 juta untuk membeli satu kontena buku yang kemudian dimuatkan dalam perpustakaannya.

Industri buku sebenarnya sedang berdepan dengan cabaran yang amat hebat. Lelaki terkenal yang membelanjakan RM3 juta untuk membeli buku itu mungkin seorang dalam 100 juta manusia. Yang ramai ialah kategori orang kaya pertama, yang mungkin mengutamakan rumah besar lebih daripada kekayaan ilmu dan mindanya.

Ada ramai rakyat Malaysia, misalnya, sanggup membeli telefon bimbit berharga RM3,000 sebuah, tetapi mereka tidak akan sekali-kali berbelanja RM1,000 setahun untuk buku-buku walaupun ia diberi pengecualian cukai oleh kerajaan. Itulah nasib buku. Malahan ada pelajar sekolah sanggup mengikat perut menyimpan duit poket demi memiliki telefon bimbit berharga ratusan ringgit tetapi amat kedekut untuk membeli sebuah majalah pengetahuan am yang hanya berharga RM3.00 sebulan.

Di Amerika Syarikat beberapa hari lalu, industri buku yang suram, yang margin keuntungannya kian kecil, akhirnya memasuki terowong bisnes yang semakin malap dan gelap.

Borders, sebuah rangkaian kedai buku global yang mempunyai 642 buah kedai di Amerika Syarikat sahaja, telah memfailkan notis perlindungan kebankrapan kerana tidak sanggup lagi menanggung hutangnya yang dilaporkan berjumlah AS$1.29 bilion (RM3.87 bilion).

Pada tahun 2009, bisnes Borders yang menjual buku-buku bahasa Inggeris sudah pun menghadapi masalah di United Kingdom, dan selepas dua tahun, krisis itu kini berjangkit ke Amerika Syarikat dan rangkaian Borders di seluruh dunia.

Sebagai sebahagian daripada cara untuk memperoleh dana bagi membayar hutangnya, kedai-kedai buku Borders mulai semalam mula mengadakan jualan menghabiskan stok yang menawarkan diskaun sehingga 40 peratus.

Hutang syarikat itu kepada para pengedar dan penerbit buku yang belum berbayar dianggarkan AS$180 juta (RM540 juta). Jika hutang itu tidak dilangsaikan, para pengedar dan penerbit pula mungkin gulung tikar.

Dunia ilmu dan penyebaran pemikiran sedang berhadapan dengan tekanan hebat daripada keruntuhan bisnes buku seperti yang sedang dilalui oleh Borders. Bisnes ilmu berada dalam krisis. Perlakuan pengguna sudah berubah. Tidak lagi seperti masa lalu, membaca bukan lagi dianggap perlakuan insan-insan yang berjaya.

Antara membeli satu kontena buku berharga RM3 juta dan membina rumah percutian bernilai RM3 juta di tanah tinggi, banyak orang akan memilih simbol kekayaan yang kedua.
Memburukkan lagi keadaan ialah trend baru berkaitan teknologi. Mengikut indeks kajian kesetiaan pengguna antarabangsa, divisyen buku elektronik Kindle yang dipelopori oleh Amazon.com kini memasarkan enam judul buku elektronik bagi setiap sepuluh buah buku fizikal yang dijual oleh gedung beli-belah Internet itu.

Ingatkah kita kepada apa yang berlaku dalam bisnes muzik apabila YouTube dan MP4 menewaskan CD, kaset dan katrij yang suatu ketika dulu pernah menghancurkan era piring hitam?
Tanpa sedar, buku yang menjadi sumber ilmu juga menjadi mangsa kepada pembaharuan teknologi. Lakulah sesuatu sebelum ia dikuburkan. Nilaikan kembali kempen demi kempen membaca buku itu.

Thursday, February 23, 2012

Nasib BM di Sebuah Kota Raya







 PENGABAIAN BAHASA MELAYU TERUS BERLELUASA DI KL

THE Peak, Tivoli Villa, Atmosfera, Vista Millennium, Casa Prima dan Park Avenue bukan di New York, London atau Toronto. Ia sebahagian daripada taman perumahan dan kondominium di Kuala Lumpur yang menyambut ulang tahun ke-38 sebagai Wilayah Persekutuan pada 1 Februari.

Jangan hairan jika ayah dan ibu dari kampung susah nak sebut nama sesetengah kawasan perumahan kerana sebutannya terlalu aneh dan tidak mencerminkan identiti Melayu. Barangkali kerana takdir sejarah yang meletakkan Yap Ah Loy sebagai peneroka Kuala Lumpur, maka nama Melayu semakin bersaing dengan nama asing untuk taman perumahan dan bangunan awam.

Kalau ada pun nama Melayu mungkin di kawasan separa tradisional seperti di Kampung Baru, Kampung Abdullah Hukum, Kampung Pandan, Kampung Kerinchi dan Kampung Datuk Keramat.

Kawasan urban dan elit lebih mesra menggunakan nama aneh, mungkin kerana keanehan cara berfikir penghuninya sendiri. Mimpi juga berbeza kerana Wilayah Persekutuan tonggak pembangunan negara menjelang 2020.

Jangan salahkan pemaju perumahan yang ghairah menggunakan nama asing untuk taman perumahan. Mereka tidak membuat kesalahan kerana tiada peruntukan daripada Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur atau mana-mana pihak berkuasa tempatan (PBT) yang melarang penggunaan nama asing untuk kawasan kediaman. Pemaju hanya menjalankan tugas membina kediaman, sekali gus mengaut keuntungan.

Mereka tidak terikat mendaulatkan bahasa Melayu kerana tiada peruntukan berbuat demikian. PBT pula lebih selesa meluluskan projek, hatta di kawasan berisiko di lereng bukit dan tadahan air semata-mata atas nama pembangunan Wilayah Persekutuan. Tidak kisah premis nama Melayu atau tidak, asalkan pembangunan diteruskan.

Sama ada Kuala Lumpur, Putrajaya atau Labuan yang semuanya dikelompokkan sebagai Wilayah Persekutuan, tiada peruntukan undang-undang atau akta yang boleh mensabitkan kesalahan terhadap ‘pelanggar’ bahasa Melayu. Sesiapa saja boleh berucap, menulis papan tanda dan memperkenalkan nama jalan dengan nama yang aneh.

Pada 2000, ada segelintir pejuang bahasa Melayu yang melatah penggunaan perkataan ‘presint’ yang diubah daripada ‘precint’ di Putrajaya. Mereka mencadangkan penggunaan nama yang lebih sesuai dengan budaya setempat. Namun apalah yang ada pada budayawan dan ahli bahasa, termasuk juga pegawai Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), ahli PENA dan GAPENA, kerana suara mereka tenggelam di sebalik keghairahan politik nasional yang lebih mencaturkan kerakusan kuasa dan agihan ekonomi. Pencinta bahasa Melayu sentiasa di belakang dan perkataan ‘presint’ dikekalkan walaupun mengikut mykamus.com bermaksud ‘kawasan terkepung terutama di sekeliling gereja, larangan bagi lalu lintas dalam sesebuah pekan’.

Kamus Dwibahasa terbitan DBP pula menjelaskan ‘precint’ bermaksud ‘ruang yang berpagar (di gereja), batasan sesuatu daerah’.

Pedulikan maksud dalam kamus kerana kehidupan sekarang jarang merujuk kamus, apatah lagi bagi sebuah Wilayah Persekutuan yang menyambut perayaan pada 28 Januari lalu bertemakan ‘Rakyat Bersatu, Wilayah Persekutuan Maju.’

Barangkali demi memenuhi impian kemajuan, penggunaan ungkapan aneh semakin berleluasa. Terbaru laluan pejalan kaki berhawa dingin yang menghubungkan Kuala Lumpur City Centre (KLCC) dengan Bukit Bintang sepanjang 1.173 kilometer dikaitkan dari aras concourse Pusat Konvensyen Kuala lumpur. Tiada ungkapan lain selain concourse?

Sebelum ini kita tidak kisah menyebut nama ‘Jalan Pekeliling’ yang sepatutnya Jalan Berkeliling mengambil ungkapan asalnya ‘Circular Road!’ Sekali lagi, kita tak kisah menggunakan ungkapan salah, seperti juga kita tidak rasa janggal menyebut Kuala Lumpur Sentral, Putra World Trade Centre (PWTC), The Mall, Lot 10 (baca Lot Ten), Ampang Point, Central Market dan bermacam lagi.

Tidak jauh dari Jalan Pekeliling tertera papan tanda di sebuah premis; Ah Fatt tukang jahit wanita. Kita tidak pasti berapa ramai wanita yang sudah dijahit oleh Ah Fatt!

Yang kita pasti nasib bahasa Melayu semakin celaru di buminya sendiri. Ketika kita ghairah mencapai negara maju dan Wilayah Persekutuan sebagai daerah selamat dihuni, kita kekal celaru dan hilang jati diri. Bahasa dan budaya dipersenda, nilai murni sekadar sandiwara dan kita pun kekal dengan prasangka pembangunan, keliru antara angka ekonomi dan nasib marhaen di lorong belakang Chow Kit. Barangkali inilah wajah kita yang terkini!

Sumber : Berita Harian Online

Kata Makngah: Bahasa akan mati apabila kehilangan penuturnya. Mahukah kita menyaksikannya? Tanyalah kepada para pemimpin kita juga yang begitu menonjol menunjukkan contoh mendaulatkan bahasa orang lain.

Thursday, February 16, 2012

Akhirnya DBP Bersuara- Tahniah

DBP audit bahasa Melayu
Oleh Matzidi Dris
mzidi@bharian.com.my
2012/02/16

pix_gal0
Garis panduan hampir siap, kemuka kepada kerajaan Jun

PETRA JAYA: Masih ada kementerian, jabatan dan agensi kerajaan tidak menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya dalam dokumen urusan rasmi masing-masing, sebaliknya menggunakan bahasa Inggeris, termasuk dalam surat pekeliling dan minit mesyuarat bulanan.

Sehubungan itu, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menubuhkan jawatankuasa khas untuk mengaudit penggunaan bahasa Melayu dalam semua dokumen rasmi kerajaan bagi mengenal pasti tahap penggunaan bahasa kebangsaan itu setakat ini.

Ketua Pengarah DBP, Dr Awang Sariyan, berkata ia berlaku kerana ada pegawai atasan dan penjawat awam tidak memahami atau terlepas pandang Dasar Bahasa Kebangsaan yang turut disokong Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Dasar Kebudayaan Kebangsaan.

Katanya, setakat ini ada beberapa kementerian, jabatan dan agensi kerajaan mencapai tahap 80 hingga 90 peratus penggunaan bahasa Melayu dalam semua dokumen rasmi.

"Pada masa sama, masih ada kementerian, jabatan dan agensi kerajaan tidak menggunakan bahasa Melayu dalam beberapa dokumennya, iaitu surat pekeliling dan laporan tahunan.

"Cara terbaik meningkatkan penggunaan bahasa Melayu dalam sektor awam adalah mengadakan audit bahasa dari semasa ke semasa," katanya selepas menyampaikan ucaptama Dasar Bahasa Kebangsaan: Tuntutan Iltizam Kepada Seluruh Warga Negara, di DBP Cawangan Sarawak, di sini semalam.

Ia dianjurkan DBP Cawangan Sarawak dan Persatuan Karyawan Sastera Sarawak (PEKASA) sempena Hari Pejuang Bahasa 152 Peringkat Negeri Sarawak 2012.

Awang berkata, mungkin ada pihak yang ketawa dengan langkah itu, tetapi DBP beriltizam melaksanakannya kerana ia bukan satu kesalahan, malah dapat meningkatkan penggunaan bahasa Melayu di kalangan penjawat awam di negara ini.

Katanya, cara kerajaan memperbaiki pencapaian dalam pengurusan dan pentadbiran adalah menerusi proses audit, termasuk aspek kewangan.

“Jadi, dalam penggunaan bahasa Melayu, wajar juga dilaksanakan audit. DBP kini dalam peringkat akhir menyediakan garis panduan untuk digunakan dalam audit berkenaan dan jika semua berjalan lancar, garis panduan itu akan dikemukakan kepada kerajaan Jun ini,” katanya.
Komen Anda









Senarai komen

kedai
sanggat bagus ..kalau boleh masukan dalam KPI setiap jabatan dan kementerian . Maklumat audit juga perlu di dedahkan kepada umun seperti laporan jabatan audit supaya rakyat tahu .
 
ikhlas
media juga perlu mainkan peranan, di tv baik pemimpin atau orang biasa perlu berbahasa melayu, mengaku orangg malaysia tapibila wartawan tanya dlm bm mrk dengan bangga jawab dalam english, kalau memang orang luar tidak apalah, baik ceo, orang biasa, bila perlu disiarkanperlulah berbahasa melayu. Malah iklan2 billboard sekarang tulisan bahasa lain lagi besar dari bahasa melayu malah tiada bahasa melayu pun ada. Pokok pangkalnya penguatkuasaan, zaman menteri penerangan Tok Mat dulu saya tabik kerana benar2 buatkerja, papan tanda dimestikan menggunakan bahasa kebangsaan........yang sekarang ni sibuk buat apa agaknya kat pejabat tu ya?
 
Semut Biru
Memang patut pun disemak semula. Buat pengetahuan umum, agensi kerajaan yang dimaksudkan tu adalah dari pihak atasan. Jangan kerana tinggi ilmu seseorang tu dah cukup hebat dimata umum. Perlu banyak belajar. Bukankah ilmu itu ada dimana-mana...
 
Tayyar Sikarap
syabas DBP. Masih belum terlambat untuk brtindak. Sepatutnya perkara ini dilakukan 12 tahun yang lalu sebelum penggunaan bahasa dalam kalangan penjawat jawatan awam dan swasta menjadi rojak. Dalam kalangan penjawat awam, mungkin penggunaan bahasa Melayu masih pada tahap 60-70 peratus. Tetapi dalam kaangan penjawat swasta, terlalu sukar untuk kita mendengar dan melihat penggunaan Bahasa Kebangsaan. Keadaan ini bertambah parah apabila Kementerian Pelajaran Malaysia mengisytiharkan penggunaan BI dalam pengajaran dan pembelajaran subjek Matematik dan Sains di peringkat sekolah. Akibatnya, bahasa Melayu menjadi kelas kedua atau kelas ketiga bagi organisasi swasta. .... bersambung.... kemudian.
 
HJ SHARI
Sedarnya kita bahawa bahasa melayu seakan dipingirkan oleh warga negara sendiri. Apakah kita tidak mampu menaiktaraf bahasa melayu. Sudah lebih 50 tahun merdeka bahasa masih belum merdeka?.
 
Hassan Markoli
Syabas DBP!
 
Zaninov
Salam sejahtera, pada pendapat saya DBP perlu memperluaskan lagi penguatkuasaan atau audit di sektor perbankan. Sebagai contoh borong yang diisi ditulis Bahasa Melayu diatas dan bahasa Inggeris dibawah. Ini keterbalikan dimana bahasa Inggeris atas bahasa Melayu dibawah sangat menyayangkan. Buku-buku ilmiah bagi kegunaan Universiti perlu diterjemahkan sepenuhnya kedalam Bahasa Melayu secara berperingkatkan dan diwajibkan penggunaannya. DBP usulkan di Parlimen bahawa untuk melayakkan menjadi warganegara Malaysia mewajibkan warga Malaysia fasih bertutur kata dalam bahasa Melayu. 
 
Adi
Akhirnya, DBP bertindak dengan tegas. Kalau tidak, sampai bila? Syabas DBP.
Saya juga cadangkan bagi semua iklan dan poster perlu diaudit DBP sebelum boleh mendapat kelulusan Majlis Perbandaran.