"Kita umpama pengembara. Singgah di mana sempat untuk melepaskan kelelahan. Rebut apa jua peluang untuk bekalan ke tempat tujuan."
Sunday, August 7, 2011
Makna Ramadan
Bulan Ramadan kita berpuasa
Pakat akui ia bulan mulia.
Buat baik satu dapat balasan berganda-ganda
Buat jahatpun demikian juga.
Janganlah kita berkata-kata sahaja
Buktikanlah ia dengan amalannya.
Apa yang zahir persiapan raya yang beria-ria
Heboh jual dan beli 'segala mokniko'.
Wahai rakan taulan saudara mara
Marilah kita mengubahnya bersama.
Demi diri, keluarga dan negara
Biasakan yang baik dan baikkan yang biasa.
Ameeen.............
Monday, August 1, 2011
1 R 1 O
1 Ramadan kita berpuasa
1 Ogos terima ketua pentadbir baru,
Semoga diberi rahmat dan keberkatan oleh-NYA.
Ameeen...
Wednesday, July 20, 2011
Sihat, Cantik, Terdidik............Kenshido......HEBAT.
- Score A Programme™ adalah satu kaedah pembelajaran output yang interaktif berpandukan sukatan pelajaran kerajaan yang mana telah terbukti berkesan untuk membantu pelajar bersedia menghadapi peperiksaan dan mencapai kecemerlangan A.
- Pembelajaran Output ialah suatu kaedah pembelajaran yang melatih pelajar mengeluar dan menggunakan segala ilmu yang telah dipelajari di sekolah melalui latihan-latihan yang disediakan di Score A Programme™.
- Kaedah Pembelajaran Output Tradisional i.e. Buku
- Kena periksa jawapan sendiri
- Tidak boleh mengulang soalan
- Tiada pemantauan masa
- Terlalu banyak buku latihan akan membebankan pelajar, dan
- Tidak Interaktif
- Pembelajaran Input adalah proses memasukkan maklumat ke dalam sel-sel otak anda. Pembelajaran sekolah sama ada dengan menghadiri kelas di sekolah mahupun mengikuti kelas-kelas tambahan di pusat-pusat tuisyen, membaca, mengulang kaji dan menghafal merupakan Pembelajaran Input. Terlalu ramai pelajar menggunakan hanya Pembelajaran Input, dan inilah punca utama mengapa mereka hanya mendapat pencapaian yang sederhana di dalam peperiksaan mereka. Untuk menyerlah di dalam peperiksaan, pelajar perlu Pembelajaran Output.
- Score A Programme™ telah direka khas secara terperinci bagi menyediakan pelajar suatu kaedah pembelajaran yang sempurna untuk membantu mereka menghadapi peperiksaan. Dengan mengikuti Score A Programme™, pelajar boleh menilai kemajuan dan prestasi akademik mereka sendiri dengan mudah dan lebih berkesan. Dengan ini, mereka boleh menilai sendiri tahap keupayaan, kesediaan dan kefahaman mereka tentang apa yang mereka telah pelajari di sekolah. Score A Programme™ memberi peluang kepada pelajar untuk membina keyakinan diri dan sikap positif.
- Tidak. Score A Programme™ bukan satu pengulangan kaedah Pembelajaran Input, dan dengan itu tidak akan membebankan anak anda.
- Perlu, kerana tuisyen adalah satu lagi kaedah Pembelajaran Input. Sebenarnya, Score A Programme™ merupakan pelengkap yang baik bagi kelas tuisyen anak anda.
Ciri-Ciri Unik Score A
eTopic™
|
eAssessment™
|
eTrial Exam™
|
eNational Trial Exam™
|
ePast Year Exam™
|
eTopic™ & eAssessment™
| eTrial Exam™ & ePast Year Exam™
|
eProgress™
|
eNotes™
|
eDictionary™
|
eReport Card™ (Online dan sms)
TERCANGGIH, TERBAIK.....TERHEBAT..... |
Friday, July 8, 2011
Bondaku Yang Satu
Umur sudah 78. Anak ada 7 orang tetapi yang sulung lelaki sudah pergi menemui Allah. Cucu seramai 41 orang. Cucu bongsu baru berumur sebulan. Walaupun sudah berusia namun insyaallah bondaku yang satu ini yang kami panggil "mek" masih sihat walafiat tanpa ada penyakit kronik yang ditakuti ramai zaman ini. Mek setakat sakit-sakit urat dan lutut adalah sesekali.
Mek masih mampu memasak, bertanam di sekeliling rumah, melayan anak cucu yang bertandang ke rumahnya dll pekerjaan yang biasa dilakukan. Maklumlah semasa muda mek seorang ibu dan isteri yang tidak pernah kenal lelah bekerja mencari duit untuk menyara anak-anak yang seramai 7 orang. Membantu ayah kami yang hanya bekerja di bendang dan mengayuh beca.
Sebab itu kami adik-beradik masih mampu ke sekolah berbanding dengan sesetengah anak-anak orang lain di kampung itu. Ramai yang kandas separuh jalan kerana ketidakmampuan ibu ayah menyara belanja persekolahan. Cuma kakak sulung kami sahaja yang dipanggil 'Kaknik' menjadi mangsa diberhentikan kerana berkorban untuk menjaga adik-adik yang masih kecil. Kaknik, pengorbananmu juga kami sanjung tinggi.
Mek pernah menjadi peraih ke Golok, bekerja di bendang, berkedai runcit, kedai makan dan pelbagai lagi asal sahaja mendatangkan wang. Mek pandai memasak. Nasi kerabu mek amat special sebab itu Makngah hanya makan ala kadar sahaja nasi kerabu orang lain tetapi kalau nasi kerabu hasil air tangan mek, dua tiga hari masih dimakan. Nasi kerabu dan berlauk mek terkenal di kedai makan kami suatu ketika dahulu.
Tidur satu atau dua jam sahaja sehari sudah menjadi kebiasaan kepada mek. Beliau tidak akan tidur selagi bahan-bahan jualannya belum siap. Tidur jam 4 pagi dan bangun jam 5 tidak menyusahkan dirinya. Apa lagi untuk tidur di siang hari, sesuatu yang tidak pernah dilakukannya.
Mek pandai mengaji al Quran dan boleh mengajarkannya. Suara mek lunak ketika mengalunkan ayat-ayat suci itu. Mek ada ramai anak murid cuma sejak setahun ini mek berhenti mengajar al Quran kerana kerap tidak ada di rumah. Mek selalu bertandang ke rumah anak-anaknya menyebabkan jadual mengajarnya sentiasa terganggu dan dibatalkan yang pastinya menyusahkan mereka. Akhirnya keputusan diambil kelas mengaji percuma itu dihentikan.
Mek tidak pernah mengenakan bayaran kerana memang begitu stail kami di kampung. Cuma ada juga seorang dua ibu bapa anak-anak itu yang dermawan akan menghulurkan sepuluh dua rm sebagai tanda terima kasih setiap kali hari raya. Kekadang kain sepasang. Itulah sahaja habuan dunia yang mek dapat hasil mengajar al Quran. Ramai yang buat tidak tahu sahaja namun tidak menjadi hal kepada mek kerana mek ikhlas mengajar ayat-ayat suci itu kepada anak-anak mereka.
Setelah kematian ayahanda pada tahun 2000, hajat mek untuk menunaikan haji seperti ada halangan besar. Makngah berusaha mencari jalan untuk menjadi muhrim mek walaupun belum lagi mendaftar di Tabung Haji. Alhamdulillah, hajat murni kami diterima Allah kerana awal tahun 2002 berangkatlah kami berdua ke Tanah Haram itu dengan penuh kesyukuran.
Mek, tersangat banyak memori suka duka kehidupan kita yang anakmu ini ingin coretkan. Namun, tidak semua mampu dititipkan di sini. Keikhlasan, kegigihan, kesungguhan, kefokusan dalam perjuangan menjadi ibu istimewa amat kami hargai. Semoga mek terus diberi Allah dengan kesihatan dan usia yang diberkati lagi dirahmati, terus menjadi sumber inspirasi kami anak cucumu ini. Puan Hajah Som bt Haji Jusoh, dikaulah bondaku yang satu........
| Wajah terbaru mek |
| Mek pandai menggunakan hp |
![]() |
| Setiap kali hari raya inilah kuih utama mek, ketupat pulut berkacang |
| Bersama sesuku daripada anak cucu mek |
![]() |
| Tekun menjaga 'chek' selama hampir dua tahun terlantar kerana strok. |

Tuesday, July 5, 2011
Berawaslah Kita Dengan Unsur Munafik
Catatan di bawah Makngah ambil daripada sebuah blog (mohon izin untuk sebaran ) yang telah tidak diingati namanya. Makngah mengambilnya untuk peringatan kita bersama terutama diri Makngah sendiri kerana masyarakat Islam di Malaysia pada hari ini kian terserlah unsur kemunafikan itu. Malahan golongan yang mengaku pejuang Islam di kalangan kita sendiri yang dahulunya kelihatan begitu ikhlas sudah semakin bertukar baju perjuangan mereka. Apakah termasuk kita? Sama-samalah kita menghisabnya............nauzubillah..
1. Golongan munafiqin adalah musuh Islam dan musuh kepada orang - orang yang beriman . Malah ia juga musuh kepada Gerakan Islam dan ia dikenali sebagai musuh dalam selimut .
2. Ia menjadi musuh kerana sifatnya menjadi gunting dalam lipatan , api dalam sekam , duri dalam daging , talam dua muka , gergaji dua mata dan lidah bercabang dua . Sikapnya penuh kepura - puraan . Ia juga tergolong dari golongan opurtunis yang licik mengambil kesempatan untuk menikam dari arah belakang dan mencetus propaganda dari dalam .
3. Golongan ini menjadi ancaman kepada Gerakan Islam di sepanjang zaman . Nabi SAW. pernah bersabda :2. Ia menjadi musuh kerana sifatnya menjadi gunting dalam lipatan , api dalam sekam , duri dalam daging , talam dua muka , gergaji dua mata dan lidah bercabang dua . Sikapnya penuh kepura - puraan . Ia juga tergolong dari golongan opurtunis yang licik mengambil kesempatan untuk menikam dari arah belakang dan mencetus propaganda dari dalam .
"
إن أخوف ما أخاف على أمتي كل مناقق عليم اللسان
Sesungguhnya suatu yang paling ditakuti terhadap apa yang aku takut menimpa ummatku ialah semua munafiqin yang petah lidahnya .
Munafiqin petah menatah bicara dan mengemukakan alasan guna mewajarkan apa jua tindakan mereka . Sesekali mereka menampilkan diri melalui perwatakan yang meyakinkan bahawa mereka adalah pejuang yang tulen dan berhak dihormati serta disanjungi . Sedang segalanya adalah palsu dan hipokrit .
Firman Allah swt :
إن المنافقين يخادعون الله وهو خادعهم و إذا قاموا إلى الصلاة قاموا كسالى يراءون الناس و لا يذكرون الله إلا قليلا
Sesungguhnya golongan munafiqin , mereka mahu menipu Allah swt sedang Allah yang memperdayakan mereka dan apabila mereka mendirikan solat , mereka dirikan dalam keadaan malas , mereka menunjuk - nunjuk dan tidaklah mereka mengingati Allah kecuali sedikit .
4. Memang sukar untuk mengenali identiti golongan munafiq terutama mereka yang telah duduk sebaris dalam satu saff . Hanya Allah swt yang mengetahui siapakah mereka di tengah - tengah kelompok para pejuang di sebalik kibaran panji perjuangan . Secara zahir , tidak siapa yang dapat membezakannya . Bahasa harakinya sama seperti kita , mereka turut memakai uniform seorang pejuang . Bahkan mereka jua mampu membaca kitab perjuangan kita . Tiada perbedaan antara kita dengan mereka tetapi juga tiada persamaan . Hanya Allah swt jua Tuhan yang Maha Mengetahui di manakah perkara yang tidak sama antara pejuang Ansoorullah dengan petualang Munafiqin .
5. Secara asasnya , Al Quran dan sunnah telah manggariskan ciri - ciri atau kriteria untuk mengenali golongan munafiq ini . Antaranya :
a ] Berpaling dari melaksanakan hukum Allah [ an Nisa' : 60 - 61 ]
b ] Jahat adabnya terhadap Allah dan Rasul saw [ al Munafiqun : 5 / at Taubah : 61 ]
c ] Wala' [ kesetiaan ] mereka kepada musuh Allah swt [ al Hasyar : 11 ] d ] Negatif terhadap jihad [ Aali Imran : 167 ]
e ] Melakukan Mungkar dan menghalang perkara makruf [ at Taubah 67 ]
f ] Matlamat mereka ialah kepentingan mereka bukan redha Allah swt. [ al Hajj 11 ]
g ] Buruk akhlaknya terhadap anggota Gerakan Islam . [ al Ahzab 57 - 58 ]
6. Kepura - puraan mereka telah dijelaskan oleh Al Quran . Nyata mereka bijak bersandiwara , petah berkata - kata , tajam berhujjah dan pintar membuat helah .
a ] Mereka melafazkan 2 kalimah syahadah [ al Munafiqun 1 ]
b ] Isytihar keiltizaman mereka terhadap Quran dan sunnah [ an Nisa' 81 ]
c ] Mereka juga mengerjakan solat [ an Nisa' 142 ]
d ] Mereka membaca alQuran [ al Bukhari bab Fadhail al Quran ]
e ] Bersedekah dan memberi derma [ at Taubah 54 ]
f ] Turut menghadhiri majlis Ilmu [ Muhammad 16 ]
g ] Membina masjid [ at Taubah 107 ]
7. Menyedari situasi ini , kita tidak boleh memandang ringan akan kehadhiran golongan munafiq . Mereka pada bila - bila masa akan memberi ancaman besar kepada perjuangan yang kita dokongan ini lantaran mereka berkeupayaan menyerang dari dalam secara halus tanpa disedari oleh sesiapa . Langkah berwaspada mesti diambil dan bertindak secara berpasukan adalah kewajipan . Pelihara segala adab berjamaah dan senantiasa bermunajat serta melazimi doa rabitah insyaallah , kita dan jamaah kita akan selamat .
8. Menghalang kewujudan golongan munafiqin ini terlalu sukar sebab terkadang ia lahir dari kalangan kita sendiri yang mewarisi sifat dan sikap mereka . Langkah yang perlu ialah mempertingkatkan proses pembinaan aqidah, fikrah dan sahsiah di samping mengawal jamaah dari anasir munafiqin ini melalui pemerkasaan amal tarbawi.
9. Perjuangan Islam ini suci dan ia tetap akan dipelihara oleh Allah SWT namun perlu ada kesungguhan dari setiap pimpinan dan anggota agar memastikan jamaah ini tidak menjadi sarang golongan munafiqin untuk mereka bermaharajalela melaksanakan agenda mereka .
10. Sudah cukup kejayaan mereka tatkala mereka berjaya menuetralkan semangat perjuangan Islam di kalangan anggotanya . Apa yang mereka mahu ialah melunturkan semangat jihad , mencetus kekeliruan dikalangan pimpinan jamaah , beriman dengan demokrasi dan membunuh konsep syura . Meleraikan roh kepimpinan ulama' dan mengadu domba agar wujud pertelingkahan dan persengketaan yang panjang dari kalangan anggota dan pimpinan jamaah .
Subscribe to:
Posts (Atom)