Thursday, November 6, 2014

Lamanku Bhgn 1 ~ Kenangan Mengusik Jiwa



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Assalamualaikum semua..................Makngah  berhasrat mengabadikan gambar-gambar yang dirasakan menarik untuk dikongsikan di sini. 

Gambar-gambar apa ya??? Gambar-gambar di taman kecil rumah lama makngah. Kini makngah dalam proses menyiapkan taman baru (juga kecil aja kawasannya) di rumah baru. Insya Allah akan siap juga walaupun dalam keadaan beransur-ansur.

Kenangan ketika saat-saat bersantai di taman itu tetap segar dalam ingatan.







Jumpa di bahagian kedua.

Friday, September 26, 2014

RUMAH TETAMU EFDI ~ iklan sikit


https://www.facebook.com/pages/Rumah-Tetamu-EFDI/1465395360390677?notif_t=page_new_likes

Rumah Berkembar Setingkat tiga bilik tidur (1 hawa dingin, 2 kipas)
Dua bilik air (satu di dalam bilik utama dan satu di dapur)
Dapur yang selesa (kemudahan memasak yang lengkap)
Peti sejuk
Ruang membasuh (mesin basuh)
Ruang tamu yang luas dan santai
Seterika
Taman kecil
Tv Astro, radio
Ruang letak kereta (muat 4 buah)
Kemudahan ibadat ;solat (sejadah dan telekung) kitab al quran dan arah kiblat.
Satu km drp Masjid Kasar dan Masjid Tal Tujuh.
Tidak jauh daripada bandar-bandar utama di Kelantan (Pasir Mas, Bandar Baru Tunjung, Wakaf Che Yeh, Tumpat, Wakaf Bharu, Kota Bharu, R.Panjang dll)
Kemudahan gerai makan, restoran dan kedai ada berdekatan.

Hubungi: 0122454584 (Izzah), 0123134974 (Hisyam), 0199053516 (Makngah)


Saturday, June 14, 2014

TURKI: Kisah Pemusnah Islam




بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

KISAH MUSTAFA KAMAL ATATURK

Ramai yang tidak tahu sebenarnya tentang siapa Mustafa Kamal Ataturk dan kisah ngeri kematiannya. Kita sama-sama baca dan ambil iktibar dengan kisah beliau.

Tentu anda semua pernah mendengar nama dan kisah Mustafa Kamal Atatürk bukan? Bagi yang kurang mengetahui tentang kisah beliau, mari kita menyelongkar kehidupan Mustafa Kamal Atatürk yang telah banyak merosakkan agama Islam.

Mustafa Kamal Atatürk 1881-10 November 1938 adalah pengasas Republik Turki . Beliau merupakan pegawai tentera, pemimpin revolusi, negarawan dan presiden Turki yang pertama.

Beliau ialah komander tentera yang berjaya dan berkhidmat sebagai panglima tentera semasa Pertempuran Gallipoli iaitu ketika Perang Dunia I. Angkatan tentera pimpinan beliau berjaya merampas kembali wilayah Anatolia dan Palestin . Ketika itu Empayar Ottoman / Uthmaniyah sedang dikoyak-koyak oleh Tentera Bersekutu. Mujurlah Mustafa Kamal telah memimpin pergerakan kebangsaan Turki menghadapi Perang Kemerdekaan Turki.

Beliau telah memindahkan ibu negara Turki dari Istanbul ke Angora yang kini dikenali sebagai Ankara.

Mustafa Kamal telah membentuk semula aspek kehidupan rakyat Turki agar sesuai dengan tuntutan semasa yang kemudian dipanggil ideologi Kemalist. Ideologi ini bertujuan menyediakan Turki ke arah negara moden, demokratik dan negara sekular , positif dan bertindak rasional.

Beliau memerintah dari tahun 1918 hingga 1934. Beliau adalah seorang negarawan yang berkebolehan dalam bidang politik. Memperkenalkan sistem politik sekularisme, beliau ‘berjaya’ meruntuhkan empayar Turki Uthmaniyyah. Mustafa Kamal Ataturk meninggal dunia pada tahun 1938 dan telah dikebumikan di sebuah makam di Ankara iaitu ibu negaranya.

Kematian Mustafa Kamal Atatürk

Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia.

Antaranya ialah:
1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki di mana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.

2. Sakit jantung

3. Penyakit darah tinggi

4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24jam. Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau.

Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang. Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggungjawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk.

Allah itu Maha Besar, panasnya tak juga hilang. Pada 26 september 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas lalu dia sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.

Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan sembahyangkan mayat beliau. Mayat ini diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan sembahyangkannya.

Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya (susah jenazahnya hendak masuk ke liang lahad). Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke alam muzium yang diberi nama Etna Grafi di Ankara selama 15 tahun (sehingga tahun 1953).

Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tetapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit  dan ditanam dalam satu binaan marmar yang beratnya 44 ton. Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar.
http://akuislam.com/blog/wp-content/uploads/2011/03/Anitkabir.HB_-560x398.jpg

http://akuislam.com/blog/wp-content/uploads/2011/03/374919910_a611ad1c10.jpg

http://akuislam.com/blog/wp-content/uploads/2011/03/mustafa-kamal-tomb-560x420.jpg

http://akuislam.com/blog/wp-content/uploads/2011/03/kamal3.jpg

Inilah binaan marmar yang menepatkan mayat Kamal Ataturk selepas bumi tidak menerima jasadnya.

Kerosakan Yang Telah Dibuat Atarturk

Disebalik kematian beliau yang sungguh tragis itu, sebenarnya semasa hayatnya beliau telah melakukan pelbagai kerosakan terhadap agama Islam di Turki khususnya.

1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt

2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi (sesuai dengan kehendak Barat)

3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di sebuah parti umum yang pertama di Ankara.
http://akuislam.com/blog/wp-content/uploads/2011/03/4.gif

4. Beliau pernah menegaskan bahawa “negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden”

5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.

6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki
http://akuislam.com/blog/wp-content/uploads/2011/03/Elmal%C4%B1_35_bask%C4%B1s%C4%B1-560x444.jpg

7. Menukar laungan azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.

8. Mengambil arkitek-arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh bandar Turki.
http://akuislam.com/blog/wp-content/uploads/2011/03/429px-Ac_ataturk2.jpg

9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.

10. Agama Islam juga dibuang sebagai Agama Rasmi negara.

11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan

12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang Barat.

13. Menukar Masjid Aya Sophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.

14. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.

15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.

16. Membatalkan undang-undang waris, faraid secara Islam

17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.

18. Mengganggap dirinya Tuhan sama seperti Firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya “siapa tuhan dan di mana tuhan tinggal?” oleh kerana takut, askar tersebut menjawab ‘Kamal Atartuk adalah tuhan” beliau tersenyum bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.

http://akuislam.com/blog/wp-content/uploads/2011/03/PerginyaKhalifah.jpg
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi8SICHr9htnlLCPltneHASnTc_-xP4C9MdhGrKY-VDlSi4dxKYBeh19aZyA3SG-h2eick12hdithm-OCX3QFL564gqM86CGrphnv2F8t39d4VeNiZ4RgKxzGDyt_eL93FyLgHWkskc6Jlb/s320/kamal+ataturk.jpg
Perginya Khalifah Uthmaniyah terakhir yang tidak menjual walau seinci pun bumi Palestin walaupun telah ditawarkan berbilion dolar oleh pertubuhan Yahudi sedunia.

Begitulah hayat hidup seorang pengkhianat agama, telah ditunjukkan kekuasan oleh Allah dan diberi pembalasan sebelum hari akhirat lagi. Semoga kita dilindungi dari dari segala dugaan dan dilindungi di bawah rahmat dan perlindungan Allah SWT.

Sumber maklumat untuk artikel ini diambil di
Ruzanah Blog

~~~ Nampak sama macam wadah siapa? LGBT? Pluralisme? Kesamarataan?
  Gambar kami semasa mengunjungi Muzium Attaturk yang sangat diherokan oleh rakyat Turki sekarang. Agenda Attaturk (Bapa Turki) amat berjaya kerana rakyat Turki sedang mengamalkan apa yang ditinggalkannya. Nauzubillah....



Tuesday, June 10, 2014

TURKI: Bumi Bunga Mawar



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Bunga mawar atau ros merupakan bunga sepanjang tahun di negara Turki. Ia ditanam di serata tempat di sini. Hidup subur menebarkan warna-warninya serta keharumannya tidak mengira musim. Selama lapan hari mengelilingi sebahagian negara Turki, bunga mawar dapat dilihat ada di mana-mana.
Mawar merupakan tanaman bunga hiasan dengan batang berduri. Mawar yang juga dikenal sebagai Ratu Bunga merupakan simbol atau lambang kehidupan beragama dalam peradaban manusia. Mawar berasal dari dataran Cina, Timur Tengah dan Eropah Timur. Dalam perkembangannya, menyebar luas di daerah-daerah beriklim dingin (sub-tropikal) dan panas (tropikal). Mawar liar yang terdiri lebih dari 100 spesies kebanyakan tumbuh di bahagian utara dunia yang beriklim sejuk.

Dalam kebudayaan Barat, mawar adalah bunga lambang cinta dan kecantikan. Bunga mawar dianggap suci untuk beberapa dewa dalam mitos Yunani seperti Isis dan Aprodite.

Bunga mawar ialah bunga nasional Inggeris dan digunakan sebagai lambang pasukan ragbi Inggeris.
Kutipan daripada Wikipedia:
Bunga Mawar adalah salah satu tumbuhan berbunga tumbuhan saka, tergolong dalam kumpulan Angiosperm. Bunga mawar adalah salah satu jenis pokok bunga yang telah lama dikenali oleh masyarakat Melayu. Ia disebut dalam Hikayat Bayan Budiman yang ditulis sekitar 1370-an. Bunga mawar mempunyai bau harum, biasanya mawar kampung (damask rose) mempunyai bau yang paling kuat. Dalam kebudayaan Barat, dan dalam kebudayaan Melayu, bunga mawar melambangkan bunga cinta.

Jejaka muda remajapun nak bergambar dengan si mawar ni...

Gambar-gambar mawar yang dikongsikan di sini hanyalah sebahagian daripada koleksi rakaman mawar di negara Turki yang ada pada makngah.

 Bravoooooooo untuk SI MAWAR BERDURI....OOUUUUAHHH