Sunday, June 8, 2014

TURKI: Bumi Tanaman Ganja



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”

Dalam perjalanan dari Istanbul ke bandar Busra, pemandu pelancong kami memberhentikan bas di tepi jalan. Kami diberi peluang melihat tanaman opium, popi atau ganja yang melaut mata memandang. Itulah pertama kali kami melihat pokok, bunga dan buah ganja. Riuh rendah kami dibuatnya sambil mengambil peluang bergambar dengan bunyanya yang memutih walaupun ada diselang seli dengan warna ungu.

Keputihan warna bunganya
Ada bunganya yang berwarna ungu
Rasa teruja

Bas berhenti menurunkan penumpang yang amat teruja pertama kali melihat bunga popi
Ladang popi boleh dilihat di sepanjang perjalanan di negara Turki
"Popi ni dah matang," kata makngah.....hahaha
Nama ilmiah : Papaver somniferum
Panggilan umum : Opium/ Poppy
Dalam Bahasa Melayu : Ganja
Warna bunga : Pink, ungu, merah, putih
Jenis tanaman : untuk perubatan, bermusim
Tinggi : tumbuh antara 13-91 cm
Catatan : Beracun.

 Pemandu kami mencadangkan kami minum teh yang dicampur serbuk popi di perhentian kami nanti. Makngah bercadang juga mencubanya.

Cara membuat teh opium
Biji opium yang disediakan penjual untuk dipilih oleh pengunjung
Makngah akhirnya tak sanggup mencubanya.............tak larat aiiihhh..........dadah tu...........hahaha

PESANAN DARIPADA PENAJA:

TANAMAN INI BANYAK DISALAHGUNAKAN HINGGA BANYAK MEROSAKKAN GENERASI MUDA NEGARA KITA SENDIRI.

Saturday, June 7, 2014

Turki: Negara Darul Masjid



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”

Alhamdulillah..........selamat kembali daripada pengembaraan selama 7 malam 8 hari di bumi Anatolia. Perkara pertama yang makngah nak kongsikan ialah seperti yang ditajukkan. 

Takjub dengan pemandangan menara-menara masjid yang menjulang tinggi melatari setiap pandangan kiri dan kanan jalan di seluruh bumi Turki. Khabarnya ada 80,000 buah masijid di seluruh Turki...........banyak tuuuu. Di setiap kawasan perkampungan atau penempatan penduduk, pasti akan dapat dilihat dari kejauhan lagi  menara masjid mereka. Identiti masjid di Turki sama sahaja iaitu wajib mempunyai satu atau dua menara dan satu kubah besar atau dikelilingi oleh kubah-kubah kecil sekelilingnya.

Masjid Biru yang terkenal dengan kesenian hiasannya sahaja yang ada 4 menara
Masjid dengan kubah besar dan satu menara


Dari kejauhan menjulang tinggi menara masjid di kawasan penempatan penduduk
Masjid di kawasan ladang. Nampak tak menaranya?
Menaranya melepasi ketinggian lebuh raya
Masjid dalam kawasan perumahan di bandar
Dalam menjelajah hampir separuh bumi Turki ini, mata makngah tak nampak sebuahpun menara gereja. Betapa meriahnya bumi negara Mustapha Kamal ini dengan bangunan masjid. Namun dengan anutan mazhab Hanafi penduduknya, anjing merupakan haiwan peliharaan dan mainan mereka. Hal ini pastinya bertentangan dengan fahaman makngah dan semua penduduk Malaysia yang sangat menjauhi binatang itu.

Satu peristiwa yang boleh Makngah kisahkan ialah pilot belon panas udara yang kami naiki bernama Ibrahim sempoi sahaja pergi mendapatkan anjing peliharaannya sebaik sahaja belon kami mendarat. Anjingnya itu dibuat main dan bergurau. Selepas itu dia sempoi je datang menghidangkan jus oren kepada kami sebagai tanda bersyukur kerana berjaya terbang di udara selama sejam...... Ouuhhhhh tak minum ler makngah.


Thursday, May 22, 2014

Lantai laminat "Floor Depot" Bermasalah?




بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”


Makngah nak kongsi sedikit perkara tentang lantai laminat yang sudah semakin banyak digunakan sebagai kemasan lantai di negara kita ini. Rumah baru makngah juga menggunakan lantai itu. 

bahagian lantai inilah yang menggelembong walaupun baru 3 minggu siap dipasang

pekerja floor depot sedang memasang papan lantai
Makngah memilih jenama Floor Depot memandangkan jenama tersebut yang sudah lama berlegar di telinga kita. Maksudnya jenama yang sudah gah di Malaysia. Tidaklah sekali-kali makngah menyangka lantai itu membuat masalah. Sebaik siap dipasang, apabila kita berjalan atau memijak di atasnya, ada keluar bunyi yang menakutkan. Juga ada banyak kawasan yang terasa macam jerlus. Mula-mula makngah tak menyangka langsung bunyi itu keluar daripada hasil pijakan lantai itu. Makngah terus mengadu dengan kedai yang makngah berurusan. Tetapi mereka menjamin hal itu sementara sahaja.

         
            Tiga minggu selepas itu, hal yang lebih teruk berlaku. Lantai di bahagian depan pintu bilik utama kelihatan menggelembung dan bila dipijak jelas terasa lompangnya. Maksudnya lantai itu ada masalah seperti tidak dipasang dengan sempurna. Lima hari lepas, bahagian lantai yang menggelembung itu sudah merebak ke ruangan sekelilingnya pula.

           
             Sekali lagi makngah menelefon taukenya. Dia datang memeriksa dan mendakwa lantai itu dicurahkan air atau dimop dengan menggunakan air yang banyak sehingga merosakkannya. Dia mahu mengenakan caj jika mahu dibaiki. Hal itu menimbulkan protes dari makngah. Makngah tetap mempertahankan lantai itu tak pernah dimoppun lagi. Macam mana nak kena air? RUMAH ITU BELUM DIDUDUKIPUN LAGI.





            Jika sesiapa ada cerita pasal floor depot ini, tolong kongsikan dengan makngah di ruangan komen ya...... terima kasih.

Saturday, April 12, 2014

CABAR DIRI BINA RUMAH SENDIRI



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”

Salam mesra salam ukhuwah...........lama bebenor makngah tidak menulis ya...........inilah perangai manusia...........hangat-hangat tahi ayam.

Sebenarnya makngah sibuk......menyibuk kerana dok urus rumah baru.Semua urusan makngah sendiri yang urus. Lukis pelan, cari tukang, beli barang, keluarkan wang dsb. Rumah untuk penempatan baru bonda tercinta. Projek dah mula hujung tahun 2012. Sepanjang tahun 2013 projek asyik kejap jalan, kejap tak jalan.....masalah perbelanjaan. Biasalahkan gitu.

Kini dah tinggal boleh dikatakan 90% sebelum dapat diduduki. Tinggal kerja memasang kabinet dapur dan tempat letak kereta sahaja lagi.

Semoga Allah terus melimpahkan rezeki harta dan redanya kepada kita....ameeen.

INILAH GAMBAR TERKINI RUMAH MAKNGAH UNTUK MEK.....

Sebahagian rumah mek di sebelah kanan termasuk garaj terpaksa menjadi korban.









Baru selesai kerja memasang lantai laminat



PERSINGGAHAN SEMENTARAKU YANG DALAM PEMBIKINAN..........