Wednesday, October 23, 2013

Sehari Di Pulau Labuan



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”

Rabu 16 Oktober 2013 - pagi-pagi bertolak ke Jeti Jeselton Point. Dihantar oleh kawan Fiza untuk ke Pulau Labuan. UMS Kampus Antarabangsa Labuan merupakan tempat puteri Makngah belajar. Dah tahun ketiga kat situ..17 Oktober 2013 jam 7.00 pagi kami sudah check out daripada penginapan.

Di jeti Jesselton Point
Tambang feri ke Pulau Labuan
Turun dari feri
Banner di laluan keluar jeti
Bas mini masih ada di Pulau Labuan
Hiasan di persimpangan bandar Labuan
Koperasi di UMS Labuan tempat puteri Makngah berkhidmat
Bangunan utama UMS Kampus Labuan
Pantai indah berhadapan dengan jalan masuk kampus
Masjid Labuan tempat kami singgah solat jamak Asar/Zohor
Makan tengah hari di Ujana Kewangan
Fiza jadi model
Borong coklat di kedai bebas cukai
Ujian datang: kereta kehabisan minyak
Senja di Pulau Labuan
Lukisan alam di sebuah pulau
Ralit memotret
Ohhhh indahnya
Stress nampakk....
Rumah tumpangan kami-selesa
Pandangan luar rumah tumpangan kami
Sarapan dahulu sebelum bergerak keluar
1Malaysia? Besau bebenor mugo ni
Atas feri: bai bai Pulau Labuan


Tuesday, October 22, 2013

NASIB BAHASAKU

  Kemelut Bahasa Melayu

LEBIH separuh abad bebas daripada belenggu penjajahan, polemik bahasa Melayu bagai air laut. Sekejap pasang sekejap surut. Terpinggir atau dipinggir? Apakah akan tinggal sekadar bahasa percakapan, bahasa basahan atau bahasa pasar? Rencana tujuh siri ini merungkai beberapa isu mengenai Bahasa Melayu.
Jika diambil kira senario ratusan tahun lampau, malah hampir dua alaf lalu, nasib bahasa Melayu tidaklah seburuk itu. Bahasa Melayu diiktiraf bahasa lingua franca atau bahasa perantaraan umum dan bahasa antarabangsa.

Begitu tingginya martabat bahasa ibunda tetapi mungkin ramai yang sudah lupa dan alpa.
Di samping menjadi bahasa ilmu, falsafah, pemikiran, undang-undang, ketatanegaraan, seni sastera dan pensejarahan, bahasa Melayu dalam zaman Kesultanan Melayu lebih 700 tahun dahulu juga unggul sebagai bahasa penting perhubungan diplomatik.

Justeru apabila kemampuan tinggi Bahasa Melayu kembali dipersoal selepas lebih setengah abad negara merdeka dan dasar penggunaannya seperti air laut yang pasang surut, sudah tentu isu itu meruntun hati, terutamanya pejuang bahasa seperti Prof. Dr. Awang Sariyan, Penyandang Pertama Kursi Pengajian Melayu Kerajaan Malaysia di China, berpangkalan di Universiti Pengajian Asing Beijing.

Terdapat andaian bahawa pada akhir abad ini, antara 50 peratus hingga 90 peratus daripada kira-kira 6,000 bahasa yang ada di dunia akan pupus kerana tidak lagi dipelajari.

Dr. Awang bagaimanapun optimis Bahasa Melayu tidak termasuk dalam andaian tersebut kerana terdapat hampir 300 juta pengguna bahasa Melayu di mayapada ini.

"Namun yang paling merisaukan, kalau pun tidak pupus, Bahasa Melayu tidak berfungsi sebaik atau sewajarnya sebagai bahasa tamaddun, terutama sebagai bahasa ilmu.

"Bahasa Melayu wujud lebih sebagai bahasa pasar untuk keperluan perhubungan yang asas atau sehari-hari. Kalau jadi bahasa pasar, sedangkan Bahasa Melayu ialah bahasa negara," keluhnya.
Sejak abad ketujuh pada zaman Sriwijaya (di Sumatera), Bahasa Melayu sudah menjadi bahasa yang bukan kecil peranannya.

Bahasa Melayu telah diangkat dan dinobatkan sebagai bahasa pentadbiran bagi Sriwijaya dan seluruh jajahan takluknya, wilayah kerajaan kuasa kelautan yang sangat besar pada waktu itu.
Begitu tinggi kedudukan Bahasa Melayu ketika itu boleh disimpulkan melalui pelbagai dokumen dan penulisan jika mahu digarap dari sudut sejarah.

Antaranya catatan pengembara Cina, I-Ching yang juga seorang pendita Buddha mengenai pusat pengajian agama Buddha di Sumatera yang menggunakan bahasa Melayu.

I-Ching dalam misi penjelajahannya telah bermastautin selama enam bulan di Sriwijaya pada sekitar abad ketujuh.

Dr. Awang turut berkongsi pengamatan yang dibuat oleh Van Linschotten, seorang pegawai Belanda yang bertugas di Indonesia antara 1586 hingga 1592 tentang kebesaran Bahasa Melayu sebagai teras bahasa tamaddun tinggi.

"Van Linschottenmenyatakan mereka yang tidak tahu akan bahasa Melayu di Kepulauan Melayu boleh dibandingkan dengan orang yang tidak tahu akan bahasa Perancis di negeri Belanda pada zaman itu," jelasnya.

Menurut Dr. Awang, seorang ahli sejarah Belanda Francois Valentijn menulis pada awal abad ke-18 bahawa Bahasa Melayu difahami di mana-mana sahaja oleh setiap orang di seluruh Kepulauan Melayu seperti bahasa Perancis atau bahasa Latin di Eropah.

"Kesimpulan menarik yang ditulis Valentijn ialah orang yang datang ke alam Melayu mahu tidak mahu perlu mempelajari Bahasa Melayu.

"Sesiapa yang tidak dapat berkomunikasi dalam Bahasa Melayu dianggap sebagai golongan tidak terpelajar.
"Jadi ertinya nilai orang asing, termasuk orang Barat kepada Bahasa Melayu cukup tinggi, sedang ada dalam kalangan orang Melayu sendiri yang memandang rendah," kata Dr. Awang.

Zaman kesultanan Melayu (meliputi antaranya Melaka, Acheh, Sumatera, Pasai) sekitar abad ke-13 hingga ke-19 sesudah kedatangan agama Islam menyaksikan bahasa Melayu menjangkau puncak kegemilangan sebagai bahasa tamaddun Melayu.

Seperti kata Dr. Awang, peranan Bahasa Melayu meliputi pelbagai ranah atau bidang tamadun, baik dari segi ilmu, pentadbiran, perdagangan, undang-undang dan juga sebagai bahasa hubungan diplomatik.
"Jadi Bahasa Melayu sudah merentas semua bidang tamaddun ketika itu, apa sahaja termasuk undang-undang, sudah ada hukum kanun dari kurun ke-15 ke atas, seperti Hukum Kanun Melaka yang amat terkenal itu, di samping Undang-undang 99 Perak, Undang-undang Johor, Undang-undang Siak dan sebagainya," kata Dr. Awang.

Beliau merujuk kepada seorang ulama besar dari Gujerat, Nuruddin al-Raniri yang datang ke alam Melayu sekitar abad ke-16 dan dilantik sebagai mufti oleh Sultan Acheh.

"Yang menariknya Nuruddin al-Ranini ini menulis kitab-kitab agama dalam Bahasa Melayu walaupun dia bukan orang Melayu.

"Ini menunjukkan kekuatan Bahasa Melayu. Sesiapa sahaja yang datang ke alam Melayu perlu belajar dan menguasai Bahasa Melayu, hendak mentadbir pun dalam Bahasa Melayu, hendak berhubung dalam perdagangan pun dalam Bahasa Melayu dan hendak menjadi ulama pun dalam Bahasa Melayu," kata Dr. Awang yang pernah menyandang Pengarah Jabatan Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka (1999-2004).
Kegemilangan Bahasa Melayu beransur pudar dengan penjajahan kuasa-kuasa Barat ke atas Tanah Melayu dan wilayah lain di alam Melayu.

Soal peminggiran Bahasa Melayu ini semakin ketara ketika penjajahan Inggeris dan nilainya diturunkan ke darjat yang rendah.

"Kalau dulu Bahasa Melayu merentas semua bidang tetapi dalam kes pendidikan, misalnya, Bahasa Melayu disamatarafkan dengan bahasa vernakular Cina dan India.

"Kurikulum untuk sekolah Melayu pun sangat terbatas dan matlamat pendidikan Inggeris untuk sekolah Melayu tidak lebih daripada menjadikan anak-anak Melayu itu lebih pandai sedikit daripada ibu bapanya sebagai petani dan nelayan. Hal ini disuratkan dalam dokumen penjajah Inggeris.

"Ada juga catatan lain yang mengatakan paling tinggi anak-anak Melayu ini cukup jika dapat menjadi kerani atau peon, itu sahaja. Tidak ada satu rancangan penjajah Inggeris hendak menjadikan sekolah Melayu sebagai batu loncatan untuk peningkatan masyarakat atau mobiliti sosial orang Melayu," kata Dr. Awang.
Jadi katanya, fasa pertama peminggiran Bahasa Melayu ialah kerana penjajahan.

Sebelum negara mencapai kemerdekaan, Bahasa Melayu melalui Jawatankuasa Pelajaran Razak 1956 (Tun Abdul Razak, Perdana Menteri kedua) menetapkan Bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar utama sistem pendidikan negara. Jawatankuasa Penyemak Pelajaran Abdul Rahman Talib 1960 kemudian memperkukuh dasar itu.

Itulah dasar negara terawal yang memartabatkan Bahasa Melayu.
Dasar itu sebenarnya menjadi satu daripada asas penggubalan Akta Pendidikan 1961 dan kemudian akta itu dipinda dan diperkukuh pada tahun 1996.

Menurut Dr. Awang, Bahasa Melayu juga dinobatkan sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi di bawah Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan.

"Bahasa Kebangsaan bermakna bahasa untuk semua rakyat. Ini cukup jelas dalam perlembagaan, iaitu bahasa yang digunakan bagi semua maksud rasmi, maksudnya segala urusan seperti mesyuarat, perhimpunan, surat rasmi, pekeliling, penggunaan bahasa di tempat awam dan juga dalam sistem pendidikan.
"Urusan negara meliputi pentadbiran persekutuan (kementerian, jabatan dan semua agensi kerajaan), kerajaan negeri serta pihak penguasa awam seperti Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan juga badan-badan berkanun," katanya.

Jika sudah jelas kedudukan tinggi Bahasa Melayu dalam perlembagaan, lalu mengapa masih ada yang memperlekehnya?

Bagi Dr. Awang, ibu kepada masalah ini ialah apabila perlembagaan tidak dihormati atau mungkin tidak difahami, tidak dihayati dan natijahnya tidak dilaksanakan seperti sewajarnya.

"Ia tinggal sebagai dokumen bertulis sahaja sedangkan salah satu prinsip Rukun Negara ialah Keluhuran Perlembagaan.

"Jadi apa ertinya Keluhuran Perlembagaan apabila pelaksanaan itu tidak menepati peruntukan perlembagaan," katanya sinis.

Jika Bahasa Melayu masih menjadi isu debat dan bahas, senario di negara-negara seperti Jerman, Jepun, China, Rusia mahu pun negara jiran terdekat Indonesia dan Thailand ternyata jauh berbeza.
Pengamatan yang dibuat pejuang bahasa ini menunjukkan mana-mana bahasa ternyata mempunya potensi untuk maju dengan syarat ada usaha untuk memajukannya.

Cuma seperti kata Dr. Awang, untuk membudayakan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, perlu dipastikan tidak ada gangguan dan dasar yang sering berubah.

"Kadang-kadang ada aspek Bahasa Melayu tinggi yang sudah mula terbudaya melalui sistem pendidikan dan penyiaran, tetapi dicantas. Contohnya sebutan bahasa baku yang dimansuhkan pada 2000, sedangkan semua bahasa yang maju memiliki satu bentuk sistem sebutan rasmi yang merentas pelbagai dialek dan ragam bahasa. Salah satu tugas DBP sendiri, seperti dalam Akta DBP ialah membakukan ejaan, istilah dan sebutannya.

"Jadi Bahasa Melayu yang digunakan, malangnya dalam sebahagian sektor rasmi seperti dalam mesyuarat dan beberapa program penyiaran (seperti wawancara) adalah Bahasa Melayu pasar untuk hubungan komunikasi biasa sahaja.

"Usaha membudayakan Bahasa Melayu tinggi atau Bahasa Melayu yang rasmi masih memerlukan lonjakan yang bersungguh-sungguh oleh semua sektor, baik pentadbiran, penyiaran, media cetak, pendidikan dan yang lain," katanya.

Dr. Awang melihat bidang pendidikan sebagai teras untuk pemajuan bahasa dan Bahasa Melayu perlu dikembalikan peranannya sebagai bahasa penghantar utama bukan sahaja di sekolah tetapi juga di institusi pengajian tinggi.

Sehingga ini, hanya Universiti Kebangsaan Malaysia yang cukup jelas dasar bahasanya, sehingga tesis peringkat doktor falsafah pun kebanyakannya ditulis dalam Bahasa Melayu.

Bahkan, katanya, menurut Akta Pendidikan 1996, institusi pengajian tinggi swasta juga masih tetap tertakluk kepada penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.

Beliau turut menekankan supaya pengajaran mata pelajaran sains dan matematik dalam Bahasa Melayu kembali dilaksanakan seperti yang diuar-uarkan tanpa sebarang penangguhan.

Adakah Bahasa Melayu akan hanya layak dikenal sebagai bahasa pasar? Adakah kegemilangan bahasa tamadun Melayu dan negara ini akan tinggal sekadar kenang-kenangan? Setakat gah di atas lembaran dokumen dasar atau gemilang dalam lipatan sejarah? - BERNAMA

Indah dan Sejuknya Berguling di Guilin dalam Hujan -Siri 2



                                       بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ          
“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”


Hari kedua di sini. Alhamdulillah tidurnya lena walaupun kedinginan menggigit fizikal. Kami sudah bersiap barangan kerana akan ke Yangshao dan menginap hotel di sana. Nasib kami agak 'kureng' hari ini kerana hujan pula turun sejak awal tadi.  Janji Andy jam 9.00 pagi 11 Januari kami kena siap berkumpul di lobi. Tetapi sampai jam 9.45 pagi baru Andy dan teman wanitanya (katanya dah bertunang) Sofi turun untuk sarapan di kafe....hmmmmmm.

Sarapan di kafe hotel yang tidak halal untuk kami
Ariesya dan Iman sedang bermain di lobi







Selepas makan kami akan menyaksikan persembahan teater terbuka di dalam air yang dinamakan 'Impression Sanjie Liu'. Jam 7 malam kami sudah tiba di tempat persembahan air itu. Orang sangat ramai. Cuaca sangat sejuk mujur belum beku. Kak Nah menyewa baju tebal tentera yang disediakan di situ dengan harga RM15.00 sebagai persediaan kut kut lelahnya datang. Yang lain rasa-rasanya boleh tahan dengan baju yang dipakai. Hujan turun sejak petang lagi. Grup kami yang datang menontonpun tinggal separuh. Mereka tak mahu bersejukan dan berhujanan. Lagipun tiketnya mahal......220 yuan atau.RM110 wehhh.... Kami diberi baju hujan di tempat pemeriksaan tiket. Bila dah pakai baju hujan, masing-masing kelihatan macam penguin.

Liu Sanjie ini mengisahkan tentang seorang wanita bernama Liu Sanjie, yang mempunyai suara  sangat merdu. Lagendanya bermula apabila seorang warlord jatuh cinta padanya tetapi pada masa yang sama Liu Sanjie telah jatuh cinta pada seorang pemuda biasa di kampungnya. Warlord tidak dapat terima dan menculiknya sebelum diselamatkan oleh kekasihnya dan penduduk kampung.

Sunday, September 1, 2013

HAKIKAT MELAYU DI SINI




بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”

Majoriti di Malaysia ialah Melayu Islam yang semua orang bersetuju sejak dulu lagi. Malaysia dikenali sbg negara umat Islam kerana Melayu yang majoriti itu agamanya Islam. Budaya dan adat resam orang Melayu sudah agak sebati dengan ajaran dan amalan budaya Islam walaupun tidak dinafikan masih ada yang wajib diperbetulkan. Namun keseluruhannya Islamlah yang telah menukar corak hidup /budaya penduduk asal tanah bertuah ini.

Pendakwah Kristian sudah cuba mengkristiankan orang Melayu sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi namun gagal. Pelbagai taktik mereka sudah lakukan tetapi belum berhasil. Hal ini kerana kuatnya pegangan orang Melayu dengan Islam berbanding dengan agama orang Melayu sebelum diislamkan (Hindu). Hal ini salah satunya boleh dikaitkan dengan faktor "agama raja ialah agama rakyat".

Musuh Islam itu tetap tidak berpuas hati dan bijak mencari jalan. Mereka mendapat idea iaitu jika Islam gagal dirobohkan drp orang Melayu secara terus, maka mereka bertindak merobohkan jati diri Melayu itu dahulu. Apabila jati diri Melayu sudah terkulai, layu dan beku, maka amat senanglah untuk mereka memporakperandakan agama Islam di tanah nan subur lagi bertuah ini. Hanya dengan meruntuhkan Melayu daripada Islam dan ketuanan Melayu, maka mereka akan/sudah berjaya 3 Dalam 1. 

Akhir-akhir ini seperti menjadi satu kesalahan besar apabila menyebut perkataan "Melayu". Kalau orang bukan Melayu yang menunjukkan kejengkelan mereka dengan nama Melayu itu kita masih boleh terima (walaupun hakikatnya tetap tidak patut). Persoalannya orang Melayu sendiri yang jengkel dengan nama Melayu itu. Asalkan disebut sahaja nama Melayu, mereka terus menyindir "apa ada pada bangsa?", "agama yang lebih utama"  "di akhirat Allah tak tanya bangsa apa" dsb.

Apakah fikiran bijaksana lagi  waras kita ini masih belum dapat memahami permainan musuh Islam itu? Sedarlah wahai saudara-saudari semelayu dan seislamku. Berhentilah daripada mengutuk bangsa kita sendiri. Kutukan kita kepada bangsa kita sendiri itu bermakna kita  sedang menjalankan jarum musuh Islam ke atas ketuanan dan kedaulatan Islam di Malaysia ini khasnya dan Nusantara ini amnya.



Monday, May 13, 2013

YANG MANA SATU RUMAH KITA ?



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”



INIKAH RUMAH KITA?
ATAU YANG INI?
APAKAH MAHU YANG INI?
YANG PASTI, INILAH RUMAH BAHAGIA DAN SELAMAT YANG SEJATI
Rumah Kita

Mari kita cari titik persamaan,
Jangan dibesarkan titik perbezaan,
Di situ bermula perpaduan kita,
Di situ bermula perpecahan kita.

Mari kita cari titik persamaan,
Jangan dibesarkan titik perbezaan,
Di situ bermula perpaduan kita,
Di situ bermula perpecahan kita.

Benarkah ini rumah kita,
Jika benar dek oi,
Jika benar duduk di kerusi,
Jangan di lantai,
Jangan duduk di lantai saja.

Benarkah ini rumah kita,
Jika benar dek oi,
Jika benar makan la isi,
Jangan menghirup,
Jangan hanya hirup kuahnya,
Jangan hanya hirup kuahnya.

Baru tentu hala tujunya,
Anak cucu terpelihara,
Berbaik berpada-pada,
Jangan cacing naik ke mata.
Oooo...Ohhhhh.

(Music)

Baru tentu hala tujunya,
Anak cucu terpelihara,
Berbaik berpada-pada,
Jangan cacing naik ke mata.
Oooo...Ohhhhh.

Mari kita cari titik persamaan,
Jangan dibesarkan titik perbezaan,
Di situ bermula perpaduan kita,
Di situ bermula perpecahan kita.

Mari kita cari titik persamaan,
Jangan dibesarkan titik perbezaan,
Di situ bermula perpaduan kita,
Di situ bermula perpecahan kita.

Rumah ini rumah kita,
Memang benar dek oi,
Sudah terang lagilah nyata,
Jangan sengketa,
Sesama kita jangan sengketa.

Rumah ini rumah kita,
Memang benar dek oi,
Jangan biarkan orang yang jaga,
Di tangan kita,
Buruk baik di tangan kita,
Buruk baik di tangan kita.

Baru tentu hala tujunya,
Anak cucu terpelihara,
Berbaik berpada-pada,
Jangan cacing naik ke mata,
Oooo...Ohhhhh.

Mari kita cari titik persamaan,
Jangan dibesarkan titik perbezaan,
Di situ bermula perpaduan kita,
Di situ bermula perpecahan kita.

Rumah ini rumah kita,
Memang benar dek oi,

Rumah ini rumah kita,
Memang benar dek oi,
~ jagalah rumah kita