Monday, February 4, 2013

Indah dan Sejuknya Berguling di Guilin dalam Hujan - Siri 1



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”


Alhamdulillah, selepas berada di Seoul, Korea pada awal November 2012 pada musim luruh, kini 10 - 14 Januari 2013 'gu derak' Makngah ke Guilin, Guangsi, China pada musim sejuk pula. Kali ini gu kami tinggal 25 orang sahaja kerana lima orang lagi menarik diri sebab pelbagai urusan dan hal yang tidak dapat dielakkan. Maklumlah tahun 2013 masih awalkan. Rombongan Cik Nik Dah dah buat hal......haha.

Pertengahan 2011 Makngah ke Beijing ibu negara China yang rakyatnya berjumlah lebih kurang 1300 juta nyawa itu. Keluasan negaranya pula 3.7 juta kaki persegi (9.6 juta kilometer) merupakan negara yang ketiga terluas di dunia, Inilah kali kedua Makngah menjejakkan kaki ke Tiongkok ke sebuah wilayah autonomi negara China. Guangxi merupakan salah sebuah daripada lima buah wilayah yang diberi taraf autonomi selain Monggolia Dalam, Ningxia, Tibet dan Xinjiang Uyghur.

Penerbangan selama tiga jam setengah daripada LCCT tidak memenatkan kerana pagi masih awal. Pesawat mendarat di Lapangan Terbang Guilin jam 10.45 pagi Khamis 10 Januari 2013. Insiden kecil berlaku ketika dalam pesawat tadi, nama Makngah tercicir daripada senarai "prebook" Nasi Lemak Pak Naser". Nik Dah punya kerjalah ni..................... . Takpa, mujur ada Nasi Ayam Uncle Chin yang masih boleh dibeli. Makngah dapat seat di bahagian agak ke hadapan maka masih ada baki yang boleh dibeli. Biasanya kalau penumpang di belakang, jangan haraplah. Air Asia tidak menyediakan banyak jualan makanan berat untuk penumpang. Takut rugilah tu kalau tak dibeli.

Keluar je daripada kawasan pemeriksaan imigresen dan kastam, Andy pemandu kami sudah siap menunggu. Cuaca sejuk usah ceritalah. Kami sudah bersedia dengan jaket, baju sejuk dan sarung tangan.
Mangga nama agen kami, lihat ejaan 'trvel' dia hihi
Pemandangan bergunung-ganang sudah kelihatan
Sesi berguling dengan debu di Guilin dah nampak dah.
Satu jam setengah di dalam bas kami dibawa Andy ke sebuah restoran halal di Jalan Chongshan / Chongshan Lu. Di dalam restoran itu ramai pengunjung tempatan sedang menjamu selera. kebanyakan mereka makan mi yang dihidang panas-panas. Mereka hanya makan hingga habis dan terus keluar tanpa minum. Berbeza dengan kita di Malaysia, setiap kali makan mesti ada air minuman manis yang pelbagai rasa. Sebenarnya tidak terus minum air selepas makan itulah yang diajar oleh Nabi kita, namun kita tidak mengamalkannya. Kami  makan mi wantan. Terpaksa menunggu lama kerana bersaing dengan pengunjung tempatan.
Mi sup yang 'lecah leweh' pada tekak Makngah
"Rumah Orang Islam" terpampang di dinding restoran
Anda berani makan 'benda' ini?????
Terbaiknya tempat solat hanya terletak di belakang restoran itu sahaja. Ia berupa sebuah masjid lama yang agak menarik binaannya. Makngah rasa macam nak pengsan kerana kesejukan ketika berwuduk dengan air dingin di situ. Kakipun macam terluka kerana tidak berselipar.

Ruang solat belum dibuka...tunggu
Jadual waktu solat di Masjid Guilin
Pintu depan Masjid Guilin
Selepas solat Andy membawa kami ke Taman Awam Bandar Guilin yang terletak tidak jauh daripada masjid dan restoran itu. Kami hanya berjalan kaki. Jambatan pelbagai bentuk dibina merentasi tasik itu berasaskan seni bina Eropah.
Selesai mengambil gambar-gambar di situ, kami menaiki bas untuk ke tempat lawatan wajib iaitu kilang teh bernama "Dr.Tea". Makngah dah rasa malas kerana sudah dapat membayangkan bentuk acaranya nanti. Kena dengar celoteh pekerjanya tentang teh Cina yang berbelas jenis, warna, rasa dan khasiatnya itu. Penerangannya dalam bahasa Inggeris yang amat lemah bercampur dengan bahasa ibunda. Menariknya ia tetap bersungguh-sungguh ingin menyampaikannya dengan bantuan aksi badan dan tangan. Apa yang lucu, antara kami yang buat-buat faham pula cuba menterjemahkan apa yang dimaksudkan. Paling tak selesa ialah harganya yang beratus-ratus mencekik pelancong......nasib ko le labu, Makngah sekadar ambil hati je berada di situ sambil men'snap' gambar.

Amoi ini tekun membancuh teh
Cuba cuba........
Jam empat petang kami keluar daripada Dr.Tea untuk daftar masuk Hotel Starway lebih kurang jam 4.15 petang.  Selepas solat jamak dan qosar Zohor Asar, jam 5 petang kami berkumpul semula di lobi hotel untuk makan malam dan terus ke restoran.
Makan malam kami dengan masakan ala Malaysia (dimasak chef berasal dari Malaysia)
Selepas makan malam kami terus dibawa ke bangunan teater bertajuk 'Dream Like Lijiang' . Ia merupakan satu persembahan ala akrobatik atau 'new ballet circus'. Kami tak faham apapun cerita dia. Namun gerak tari akrobatik mereka amat memukau dan begitu profesional.



9 malam teaterpun selesai. Kami segera berkumpul di bas dan bergerak ke hotel. Badanpun dah terhoyong-hayang kepenatan. Semasa menonton tadipun ramai yang terlentok di penyandar kerusi. Siapa yang tertidur rugi sebenarnya.
Bandar Guilin pada waktu malam
(
Sampai di dalam bangunan hotel, ingatkan akan dapat hawa panas macam di Seoul hari itu, rupa-rupanya tidak. Malahan di dalam bilikpun sejuk membeku. Ribut Makngah mencari butang pemanas tetapi tak ada. Lantai dipijak dingin bagai dihiris sembilu. Hanya penghawa dingin dengan 32 darjah sahaja sedikit membantu. Tidur bergulinglah kami di dalam timbunan kain, berjaket, stokin, sarung tangan dan seluar jeans lengkap macam mahu berkerpergian.........hiiiii seksa.

Friday, January 18, 2013

Hak BM Masih Diperlekeh

Malaysia destinasi paling mesra


LOKASI Jalan Bukit Bintang di bandar raya Kuala Lumpur merupakan satu daripada tumpuan pelancong asing yang berkunjung ke Malaysia. - GAMBAR HIASAN
SINGAPURA 16 Jan. - Malaysia dipilih sebagai destinasi percutian paling mesra di dunia bagi penganut Islam, mengatasi Mesir, Turki, Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Singapura, menurut satu tinjauan.
Tinjauan tersebut turut menyenaraikan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan Lapangan Terbang Suvarnabhumi, Thailand sebagai lapangan terbang yang mesra pelancong Islam.
Tinjauan oleh perunding percutian Crescentrating itu membuat pemilihan berdasarkan bagaimana sesebuah negara tersebut mampu menampung pertambahan pelancong Islam dalam memenuhi beberapa kriteria termasuk tahap keselamatan dalam negara, penyediaan makanan halal, kemudahan mengerjakan solat dan memenuhi keperluan yang berkaitan dengan pelancong Islam.
Malaysia mendapat 8.3 mata daripada 10 mata penuh, antara 50 buah negara yang disenaraikan.
Mesir berada di tempat kedua dengan 6.7 mata, diikuti UAE dan Turki yang berkongsi 6.6 mata, Arab Saudi 6.4 mata dan Singapura 6.3 mata.
Indonesia, Maghribi dan Jordan turut berkongsi 6.1 mata untuk berada di tangga keenam, diikuti Brunei, Qatar, Tunisia dan Oman di tangga ketujuh dengan 6.0 mata.
Ketua Eksekutif Crescentrating, Fazal Bahardeen berkata, Malaysia merupakan antara negara yang mudah bagi pelancong Islam menunaikan solat tidak kira di mana mereka berada, termasuk di kompleks membeli-belah dan juga di lapangan terbang.
"Malaysia juga berbeza dengan Indonesia yang tidak memberi penekanan kepada penyediaan makanan halal, walaupun ia merupakan negara yang mempunyai paling ramai penganut Islam di dunia," katanya.
Daripada segi destinasi membeli-belah pula, Dubai mengatasi Kuala Lumpur sebagai destinasi tumpuan bagi penganut Islam, diikuti Istanbul, Jeddah, Kaherah, Abu Dhabi, New Delhi, London dan Doha. - AFP

Membaca berita di atas, Makngah mengakuinya kerana setelah berjalan ke beberapa buah negara di dunia ini, hal kelebihan di negara sendiri ini memang terserlah. Namun satu sahaja yang amat mendukacitakan Makngah termasuk orang lain yang mencintai bahasa ibunda kita ini iaitu penggunaan bahasa ibunda amat diperlekehkan.

 Jika kita berada di negara lain, hanya bahasa mereka sahaja yang digunakan. Malahan bahasa Inggeris yang dianggap bahasa dunia itupun amat minima penggunaannya hatta di tempat-tempat pelancongan mereka. Sedangkan kita di Malaysia ini semua bahasa hendak ditonjolkan, jadi mana hak eksklusif  kepada bahasa Melayu sebagaimana yang termaktub di dalam Pelrlembagaan Negara Malaysia?

Paling mengecewakan ialah syarikat penerbangan Air Asia yang dimiliki oleh rakyat Malaysia dan  terbang ke seluruh dunia tidak langsung mengiktiraf bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara. Di dalam pesawat bahasa lain yang didahului ketika membuat pengumuman walaupun kebanyakan penumpangnya orang Malaysia. Hal ini cukup menyedihkan. Menteri Kebudayaan malahan Perdana Menteri Malaysia sendiri tolonglah prihatin akan hal ini.

Terasa sangat memalukan kerana Air Asia kelihatan macam dimiliki oleh warga asing yang tidak mempunyai identiti atau kecelaruan identiti ditambah lagi dengan pakaian peramugarinya yang sudahlah berwarna merah darah, ketat dan sendat pula. Pergerakan mereka ketika bertugas juga kelihatan menyusahkan dengan berpakaian sedemikian. Pakaian peramugaranya pula boleh dikira bagus kerana berkot dan seluar hitam.

Tuesday, December 25, 2012

Urutan Peristiwa Akhir Zaman




بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”




·         0dig
·   
·   
EmailS
Sebagai umat Nabi Muhammad (SAW) kita harus bersedia untuk mengkaji, memahami dan menghadapi peristiwa - peristiwa ini . Bangsa lain sudah terkehadapan dan bersedia terutamanya pengikut Dajjal. Tetapi kita masih berselisih faham. Walhal pada hakikatnya kita hanya mahu menjadi insan yang bertaqwa tanpa sifat takbur, riak, sombong, kedekut, kikir, hasad dan lain lain sifat yang merosakkan amal kita untuk mencapai taraf taqwa. Peristiwa Akhir Zaman yang berlaku adalah untuk peringatan kepada umat Islam bahawa kiamat itu hampir dan akan tiba.
 
Nabi Muhammad SAW dilahirkan
1.1 – Islam ditegakkan semula
1.2 – Hijrah Rasulullah ke Madinah
1.3 – Dakwah Rasullulah
1.4 – Peperangan Rasullulah menentang kafir

Kebangkitan Khalifah
2.1 – Wafatnya Rasullullah
2.2 – Khalifah Islam menjadi pemerintah di mukabumi (Othmaniah, Nusantara, Andalusia, Benua Arab, India, Cina)

Kejatuhan Khalifah
3.1 – Kebangkitan Revolusi di seluruh dunia
3.2 – Perang Dunia 1 dan 2
3.2 – Kebangkitan pengaruh dan agenda Dajjal
3.3 – Umat Islam berpecah-belah.
3.4 – Agama Islam dan agama yang lain dirosakkan secara halus melalui pelbagai fahaman.
3.5 – Kekerapan Gempa Bumi meningkat.
3.6 – Umat Islam mengikut telunjuk Yahudi Nasrani hingga ke lubang biawak
3.6 – Penzinaan berleluasa
3.7 – Ramai anak Derhaka kepada Ibu Bapa
3.8 – Agama bergerak secara individual dan bukannya kesatuan
 ~(Yang di atas itu sudah dan sedang berlaku)

Perang Dunia Ketiga
4.1 – Semua agama bergabung menentang Islam secara peperangan
4.2 – Agama Islam dirosakkan – memisahkan syariat dan hakikat(roh Islam)
4.3 – Kemarau panjang
4.4 – Umat Islam ditindas dengan kejam kecuali mereka yang kafir/munafik
4.5 – Pergilah menemui panji-panji hitam di kawasan bersalji dan bergunung ganang
Di saat ini Dajjal dan pengikutnya masih menyembunyi kerja tangan mereka di dalam semua peperangan.Manusia berperang kerana nafsu dan saling tuduh menuduh. Manusia berperang dengan sebab musabab yang tak munasabah dan motifnya.

Bala Bencana
5.1 – Bumi bertukar wajahnya akibat bencana
5.2 – Puak mukmin membawa diri ke gunung-gunung.
5.3 – Umat Islam mukmin yang hidup hanya 12000 lelaki, 7000 wanita..wallahualam
5.4 – Makanan berkurangan. Makanan muslim hanyalah zikrullah
5.5 – Berdoa supaya mati dari hidup yang teramat sengsara.
5.6 – Bencana melalui 4 unsur. Tanah / Air / Api / Angin. 2/3 penduduk dunia mati.

Khalifah Islam Dilantik
6.1 – Dilantik oleh ulama-ulama muktabar di Mekah ketika musim haji
6.2 – Umat Islam huru-hara tanpa ketua – perasaan keluh kesah
6.3 – Puak Bani Hashim, Bani Tamim, Haris Al Harasth, Al Kalb(Golongan yang membantu Khalifah Islam memerangi kafir) Al Sufyani ialah golongan Islam Munafik

Peperangan Armegeddon (Al Mujjidun – sebuah padang rumput yang luas)
7.1 – (Islam + Kristian) vs Yahudi. Pakatan Islam + Kristian menang

Peperangan Islam Dan Kristian
8.1 – Berlaku apabila tentera salib mengatakan kemenangan Kristian di dalam peperangan armegeddon dan mereka berhak memerintah bumi
8.2 – Islam menang di bawah Khalifah Islam
Di saat ini Dajjal dan pengikutnya masih menyembunyikan dirinya

Pemerintahan Khalifah Islam (7-9 tahun)
9.1 – Rezeki melimpah ruah
9.2 – Haiwan liar menjadi sahabat
9.3 – Tiada orang yangg sudi menerima zakat
9.4 – Bumi mempamirkan kecantikkannya

Bangkitnya Dajjal (tenteranya 70000 orang dari Isfahan/Iran)
10.1 – Turunnya Nabi Isa
10.2 – Nabi Isa bersolat berimamkan Khalifah Islam di Al Aqsa
10.3 – Cairnya wajah Dajjal tatkala melihat Nabi Isa
10.4 – Matinya Dajjal di tangan Nabi Isa
10.5 – Peperangan Khalifah dan Nabi Isa menentang Yahudi
10.6 – Pokok/batu bercakap jika Yahudi berselindung di belakang
10.7 – Kemenangan untuk Islam

Wafatnya Khalifah Islam (Nabi Isa menjadi Khalifah di muka bumi selama 40 tahun)
11.1 Semua manusia wajib menerima Islam.
11.2 Pembunuhan babi di muka bumi
11.3 Turunnya Yaajud Maajud dari ‘atas’- sukar difahami maksudnya
11.4 Nabi Isa membawa Umat Islam ke Bukit Tursina dan berdoa untuk selamatkan Ummah dari Yaajud Maajud
11.5 Kematian Yaajud dan Maajud melalui wabak penyakit. Bumi menjadi busuk
11.6 Hujan Lebat membawa mayat Yaajud Maajud ke laut membersihkan bumi.

Wafatnya Nabi Isa
12.1 – Makamnya di sebelah makam Nabi Muhammad SAW

Kiamat Bermula
* Al Quran diangkat
* Nama Allah tidak disebutkan lagi
* Gempa Bumi Tiga penjuru
* Keluarnya Binatang yang berbulu berkata-kata
* Penzinaan di tepi tepi jalan/pasaraya
* Asap dari bumi
* Musnahnya Makkah dan Baitullah
* Semua Umat Islam dimatikan
* Matahari Naik di sebelah Barat
* Api dari Barat. Manusia berbondong-bondong ke arahnya

Kiamat Kubra : Pengakhiran masa / Pengakhiran kehidupan makhluk
* Berkecainya alam semesta – bumi dan planet planet
* Mati sekalian manusia, jin, iblis, syaitan
* Mati sekalian Malaikat dan yang terakhir adalah Izrail
* Mahsyar
* Di manakah kita?
~Terima kasih kepada penyusun asal, Makngah tumpang menyebarkan ilmu, hanya Allah Yang Satu akan membalasimu.