Sunday, April 29, 2012

Dua Tanah Suci - Bahagian 5


Assalamualaikum kepada yang terus setia mengunjungi laman tak seindah mana ini. Terima kasih berbanyak kasih daripada Makngah.

Pada 27 Okbtober 2011 Makngah ada membeli dua buah buku karangan Dr. Abdul Basit Abd.Rahman dari Pondok Sungai Durian, Kuala Krai. Buku beliau itu ialah:

1. Makkah al. Mukarramah, Kelebihan dan Sejarah
2. Madinah Munawwarah, Kelebihan dan Sejarah.

Membaca kedua-dua buku itu menambahkan lagi rindu Makngah kepada dua tempat suci itu. Pada tahun ini genaplah sepuluh tahun daripada kunjungan haji Makngah dahulu.

Banyak-banyak makluman yang terdapat di dalam buku itu, yang amat menarik perhatian Makngah ialah untuk buku Makkah. Pada muka surat 88 Dr. Abdul Basit mencatatkan, 'Kemusnahan Kaabah pada akhir zaman'. Woww.......terpukau pandangan mata hati Makngah membacanya.

Dr.Abdul Basit mencatatkan empat buah hadis yang membuktikan kejadian itu akan berlaku. Antaranya hadis yang diriwayatkan oleh al Bukhari yang bermaksud:


 "Kaabah akan dimusnahkan oleh 
Zu al-Suwaiqatain 
(lelaki yang berkaki kurus) 
dari Habsyah (Ethiopia)"

Makngah ada berkongsi hal itu dengan ustaz di sekolah bernama Muhamad Zaki yang akan menjadi mutawif kumpulan umrah Makngah musim cuti Mei nanti. Beliau berkata tak pernah jumpa lagi hadis itu kerana dalam buku mengenai Mekah dalam bahasa Arab yang beliau baca dan rujuk tiada menyebutnya.

Itulah istimewanya dua buah buku karangan Dr.Abdul Basit dalam bahasa Melayu itu kerana ia merupakan kumpulan fakta yang terkini dikumpulkan oleh beliau sebagai orang yang berpuluh tahun bermastautin di dua Tanah Suci itu.

Jadi pesanan peribadi Makngah, selagi ada waktu dan keamanan, cepat-cepatlah berziarah ke Kaabah yang merupakan pusat planet Bumi ini sebelum ia dimusnahkan sebagai tanda akhirnya hayat Bumi dalam dunia ini.

Wallahhua'lam.........



Thursday, April 26, 2012

Tok Tok Tok...........Bertukang


Assalamualaikum kepada yang masih sudi berbahasa dengan Makngah.

Kali ini Makngah ingin berkongsi kisah yang berlaku sebelum Subuh semalam dan pagi selepas Subuh tadi dalam suasana hari sudah semakin cerah. Ketika membersihkan diri lebih kurang jam 4.30 pagi semalam itu, Makngah tiba-tiba terdengar satu bunyi yang sudah terlalu lama tidak Makngah dengar. Ya........suara itu ialah suara ketukan si burung tukang. Suara yang sudah bertahun-tahun tidak Makngah dengari di kawasan perumahan Makngah.

Maka teringatlah Makngah akan senikata lagu kanak-kanak ini yang dahulunya sering didendangkan ketika waktu malam ketika mendengar suaranya.

Si Burung Tukang 

Suatu malam bulan terang,

Terdengar bunyi burung tukang,

Di atas pokok berbunyi riang,

Macam orang bertukang.



Tok tok tok....................rajinnya,

Apa yang diketuknya,

Tok tok tok.................bertukang,

Kerja sepanjang malam.



Ketukannya tak jemu-jemu,

Apa yang diketuknya ku tak tahu,

Hatiku hairan kutanya ibu,

Bunyinya yang begitu.

Mungkin disebabkan banyaknya pencemaran alam menjadikan spesis burung tukang ini semakin pupus. Sama juga kunang-kunang yang sudah bertahun-tahun tidak dapat Makngah lihat. Ketika mula-mula bertempat tinggal di kawasan ini sepuluh tahun dahulu Makngah masih sesekali dapat melihat kunang-kunang berterbangan waktu malam. Kini ia hanya menjadi serangga rinduan.

Makngah sendiri tidak pernah kenal akan wajah burung ini. Hasil pertanyaan dengan Encik Google maka inilah fotonya yang dapat disalin. Anda kenal?

burung tukang




Thursday, April 19, 2012

Dua Tanah Suci - Bahagian 4



Rindu serindu rindunya,
Sepuluh tahun ia ditanggung;
Kini menjadi debaran rasa,
Menunggu akhir Mei tiba berkunjung.


Misteri Hajarul Aswad

Neil Amstrong telah membuktikan bahawa kota Mekah ialah pusat dari planet Bumi. Fakta ini telah  diteliti melalui sebuah penelitian ilmiah.

Ketika Neil Amstrong untuk pertama kalinya melakukan perjalanan ke luar angkasa dan mengambil gambar planet Bumi, dia berkata : “Planet Bumi ternyata tergantung di kawasan yang sangat gelap, siapa yang menggantungnya ?.”

Para ahli astronomi telah menemui bahawa planet Bumi mengeluarkan seakan  radiasi. Mereka mengumumkannya melalui internet, tetapi sayangnya 21 hari kemudian website tersebut hilang seperti ada yang tersembunyi di sebalik penghapusan website tersebut.


Setelah melakukan penelitian dengan lebih lanjut, ternyata radiasi tersebut berpusat di kota Mekah, tepatnya berasal dari Kaabah. Yang mengejutkan ialah radiasi tersebut bersifat infinite ( tidak ada penghujung ). Hal ini terbukti  semasa mereka mengambil gambar  planet Mars, radiasi tersebut masih terus berlanjutan. Para peneliti muslim mempercayai bahawa radiasi ini menghubungkan antara Kaabah di planet Bumi dengan Kaabah di alam akhirat.

Di tengah-tengah antara kutub utara dan kutub selatan, ada satu kawasan  yang bernama ‘Zero Magnetism Area’. Apabila kita mengeluarkan kompas di kawasan tersebut, maka jarum kompas tersebut tidak akan bergerak sama sekali kerana daya tarikan yang sama besarnya antara kedua-dua kutub.

Itulah sebabnya jika seseorang tinggal di Mekah, maka ia akan hidup lebih lama, lebih sehat, dan tidak banyak dipengaruhi oleh kekuatan gravitii. Oleh sebab itu ketika kita mengelilingi Kaabah, maka seakan-akan diri kita dicas semula  oleh satu tenaga  misteri dan ini ialah fakta yang telah dibuktikan secara ilmiah.


Penelitian lain mengungkap bahawa batu Hajaril Aswad merupakan batu tertua di dunia dan juga boleh mengembang di dalam air. Di sebuah muzium di negara Inggeris, ada tiga ketul potongan batu tersebut (dari Kaabah ) dan pihak muzium juga mengatakan bahawa bongkahan batu-batu tersebut bukan berasal dari sistem solar kita.


Dalam salah satu sabda, Rasulullah SAW baginda bersabda, “Hajar Aswad itu diturunkan dari syurga, warnanya lebih putih daripada susu, dan dosa-dosa anak cucu Adamlah yang menjadikannya hitam. ( Jami al-Tirmidzi al-Hajj (877) ).




Sunday, April 15, 2012

Dua Tanah Suci - Bahagian 2



Rindukan Kaabah tiada ubatnya
Hanya terubat setelah melihatnya
Mengapa sedemikian kiranya manusia
Disebabkan makbulnya doa nabi kita.


Kisah Ka'abah yang tidak diketahui ramai

1. Mekah adalah kawasan yang

mempunyai graviti paling stabil.

2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di

situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang
membina yang tidak boleh didengar oleh
telinga.

3. Tekanan graviti yang tinggi memberi

kesan langsung kepada sistem imun
badan untuk bertindak sebagai
pertahanan daripada segala serangan
penyakit.

4. graviti tinggi = elektron ion negatif

yang berkumpul di situ tinggi=doa akan
termakbul kerana di situ adalah tempat
gema atau ruang dan masa serentak.

5. Apa yang diniatkan di hati adalah

gema yang tidak boleh didengar tetapi
boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh
elektron menyebabkan kekuatan dalaman
kembali tinggi, penuh bersemangat untuk
melakukan ibadat, tidak ada sifat putus
asa, mahu terus hidup, penyerahan diri
sepenuhnya kepada Allah.

6. Gelombang radio tidak boleh

mengesan kedudukan Kaabah.

7. Malah teknologi satelit pun tidak boleh

meneropong apa yang ada di dalam
Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin
dapat membaca apa-apa yang ada di
dalam Kaabah kerana tekanan graviti
yang tinggi.

8. Tempat yang paling tinggi tekanan

gravitinya, mempunyai kandungan
garam dan aliran anak sungai di bawah
tanah yang banyak. Sebab itu lah jika
bersembahyang di Masjidilharam
walaupun di tempat yang terbuka tanpa
bumbung masih terasa sejuk.

9. Kaabah bukan sekadar bangunan

hitam empat persegi tetapi satu tempat
yang ajaib kerana di situ pemusatan
tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan
tempat yang paling dirahmati.

10. Tidur dengan posisi menghadap

Kaabah secara automatik otak tengah
akan terangsang sangat aktif hingga
tulang belakang dan menghasilkan sel
darah.

11. Pergerakan mengelilingi Kaabah arah

lawan jam memberikan tenaga hayat
secara semula jadi daripada alam
semesta. semua yang ada di alam ini
bergerak mengikut lawan jam, Allah
telah tentukan hukumnya begitu.

12. Peredaran darah atau apa saja di

dalam tubuh manusia mengikut lawan
jam. Justeru dengan mengelilingi Ka abah
mengikut lawan jam, bermakna
peredaran darah di dalam badan
meningkat dan sudah tentunya akan
menambahkan tenaga. Sebab itulah
orang yang berada di Mekah sentiasa
bertenaga, sihat dan panjang umur.

13. Manakala bilangan tujuh itu adalah

simbolik kepada tidak terhingga
banyaknya. Angka tujuh itu membawa
maksud tidak terhad atau terlalu
banyak. Dengan melakukan tujuh kali
pusingan sebenarnya kita mendapat
ibadat yang tidak terhad jumlahnya.

14. Larangan memakai topi, songkok

atau menutup kepala kerana rambut dan
bulu roma(lelaki) adalah ibarat antena
untuk menerima gelombang yang baik
yang dipancarkan terus dari Kaabah.
Sebab itu lah selepas melakukan haji kita
seperti dilahirkan semula sebagai manusia
baru kerana segala yang buruk telah
ditarik keluar dan digantikan dengan nur
atau cahaya yang baru.

15. Selepas selesai semua itu baru lah

bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk
melepaskan diri daripada pantang larang
dalam ihram. Namun rahsia di
sebaliknya adalah untuk membersihkan
antena atau reseptor kita dari segala
kekotoran supaya hanya gelombang yang
baik saja akan diterima oleh tubuh.


Tuesday, April 10, 2012

Dua Tanah Suci - Bahagian 1

Gambar lama Kaabah

2002 tahun minda dan hati,
dua tanah suci menjejak kaki
untuk amalan rukun umrah haji.
.

Melihat Kaabah pertama kali
jiwa dan nadi macam terhenti
rasa takjub menguasai diri
kelu kata untuk diperi.

 http://bahasajiwabangsaku.blogspot.com/2010/11/masjid-nabi-dan-kenanganku_08.html