Sunday, October 27, 2013

Jambatan Kanopi di Poring, Ranau.



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Petang Aidil Adha 15 Oktober 2013: Selepas daripada berjalan-jalan di Kundasang War Memorial, kami terus ke Ranau.

Ena di depan gerbang memorial
Perut sudah lapar. Jam sudah 1.30 tengah hari. Masuk ler ke restoran yang ada di pekan itu. Order je apa yang ada. Makngah perhatikan semua menu ada diberi kuah sup di dalam satu mangkuk kecil. Nasi gorengpun diberi kuah sup. Supnya macam dibubuh kiub perasa ayam sahaja.

Besarnya mata kerbau Ena. Di depannya kuah sup.
Peta kawasan  Air Panas Poring
Tiba di kawasan Air Panas Poring itu, hujan agak renyai-renyai. Orang agak ramai. Kami tak lama di kawasan kolam air panas itu.


Jambatan gantung dari jambatan konkrit jalan masuk ke Poring
Termenung la pulak
Kolam air panas berasap-asap
Kaunter ke "canopy walkway"
Laluan ke jambatan kanopi dah bermula
Semput juga Makngah mengatur langkah sebelum sampai ke platform pertama. Dalam 15 minit juga menyusuri laluan hutan. Cuaca pula redup semacam walaupun baru jam 3.00 petang.

Besaunya pokok balak ni. Nun pucuknya.
Tak sampai tanganku
Hai........kami di bawah
Alhamdulillah....jambatan dah nak mula
Hai.........tak takut...tak gayat...
Lil sedang posing di hujung jambatan
Bai bai......akan datang lagi
Puteri Gunung Kinabalu di kawasan perehatan.
Terjumpa siput Hutan Ranau yang besar ni. Ia sungguh mengkagumkan Makngah dan anak-anak.

Saiznya sebesar piring.
Berlatarkan bunga kebangsaan negara.

Bai Poring.............




Thursday, October 24, 2013

PELANGI, SENJA DAN PURNAMA DI PANTAI TANJUNG ARU



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

17 Oktober 2013 jam 6.40 petang, kami dalam perjalanan ke Pantai Tanjung Aru KK. Hujan sedang renyai-renyai. Tiba-tiba Ena dan Fiza yang sedang memandu terjerit-jerit gembira kerana ternampak pelangi yang amat terang di hadapan kami. Makngah tanpa membuang masa terus membuat rakaman gambar. Lihatlah lukisan alam ciptaan-Nya ini.......subhanallah.

ALLAHHUAKHBAR.........WOWW.......terpegun melihatnya
SUBHANALLAH............ENGKAULAH YANG MAHA MENCIPTA
Tiba-tiba datang melulu dua orang wanita pelancong dari Hong Kong ingin bergambar dengan kami.
Lil dengan pelancong Hong Kong
Cantik ler tu
Bulan purnama 14 pun turut malu-malu di sebalik pokok
Purnama 14 jelas di persada alam raya
Bai bai sang mentari, esok muncul lagi yaaa
Eh.......Ena dukung adik kecil?

Wednesday, October 23, 2013

Sehari Di Pulau Labuan



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Rabu 16 Oktober 2013 - pagi-pagi bertolak ke Jeti Jeselton Point. Dihantar oleh kawan Fiza untuk ke Pulau Labuan. UMS Kampus Antarabangsa Labuan merupakan tempat puteri Makngah belajar. Dah tahun ketiga kat situ..17 Oktober 2013 jam 7.00 pagi kami sudah check out daripada penginapan.

Di jeti Jesselton Point
Tambang feri ke Pulau Labuan
Turun dari feri
Banner di laluan keluar jeti
Bas mini masih ada di Pulau Labuan
Hiasan di persimpangan bandar Labuan
Koperasi di UMS Labuan tempat puteri Makngah berkhidmat
Bangunan utama UMS Kampus Labuan
Pantai indah berhadapan dengan jalan masuk kampus
Masjid Labuan tempat kami singgah solat jamak Asar/Zohor
Makan tengah hari di Ujana Kewangan
Fiza jadi model
Borong coklat di kedai bebas cukai
Ujian datang: kereta kehabisan minyak
Senja di Pulau Labuan
Lukisan alam di sebuah pulau
Ralit memotret
Ohhhh indahnya
Stress nampakk....
Rumah tumpangan kami-selesa
Pandangan luar rumah tumpangan kami
Sarapan dahulu sebelum bergerak keluar
1Malaysia? Besau bebenor mugo ni
Atas feri: bai bai Pulau Labuan