Friday, April 26, 2013

Taman Dapur



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Pagi tadi baru berkesempatan singgah di kawasan jualan anak-anak pokok / nurseri dan landskap di RTC Kota Bharu. Rupanya banyak buah tempat singgahan di situ kepunyaan syarikat atau individu. Seperti biasalah orang kita berniaga, pokok-pokok mereka kurang terjaga. Ia amat berbeza jika kita mengunjungi kedai sedemikian kepunyaan bangsa lain. Entah apa sebabnyapun Makngah kurang pasti. Jadi ketenangan kita untuk menghayatinyapun menurun grafnya.

Makngah hanya tertarik untuk memasuki satu kawasan pameran yang kelihatan rapi terjaga. Inilah gambarnya.
Foto diambil senget sebab ada kereta parkir di depannya
Ia diurus oleh Mardi. Makngah tak setuju dengan pemilihan nama 'edibel' itu. Apa salahnya dinamakan "Taman Dapur" aja.

Banyak ilmu yang Makngah dapat di sini hari ini. Antaranya daun pandan rupanya boleh dibuat ubat darah tinggi. Selama ini Makngah hanya guna pandan untuk dimasukkan dalam campuran kuih untuk baunya yang wangi.


Pokok belalai gajah ini begitu menarik ditanam di dalam bekas seperti di bawah. Makngah teruja dengan pokok ini kerana baru seminggu Makngah mendapat rantingnya daripada rakan dan disemai. Ia banyak diguna dan amat berkesan untuk penyakit kronik dalaman seperti darah tinggi dan buang kolestrol.

Belalai gajah
Makngah terlihat pegaga di sudut pagar tempat itu. Tertarik kerana daunnya lebar dan hidup subur. Makngahpun tanpa rasa malu terus bertanya itu ini dan akhirnya minta sedikit anak benihnya. Baik sangat penjaganya lalu terus diberi...hehe. Kemudian nampak satu lagi pokok, minta lagi anak pokoknya.


Makngah nampak pula pokok pagaran yang bunganya berwarna biji kundang, cantik sekali. Penjaga itu terus beritahu anak pokoknya ada dijual, RM6.00 aja sepasu. Dia takut Makngah minta free ler tu...hahaha. Makngahpun beli je lar sebab dah berkenan.
Ruellia
Inilah ruellia yang dibeli
Sampai je di rumah, Makngah terus semai di dalam pasu-pasu kecil anak-anak pokok 'derma' tadi...hihi.
Ini pula Taman Dapur Makngah.....besar tak?
Ada pandan, serai, kesum, cili api dll
Makngah boleh dikirakan bertuah pada hari ini kerana ketika mata sedang melilau mencari sayur-sayuran yang hendak dibeli, terpandanglah seseorang yang sudah lama tidak dilihat. Raut wajah masih ingat tapi nama dah lupa. Makngah tersenyum sambil mata tepat memandang ke arahnya. Dia sedang sibuk melayan pembeli. Tiba-tiba dia memandang Makngah dan menegur dengan nada tinggi "cikgu.........hahaahaha". Sejak selesai STPM 2006, Mastura terus jadi tauke sayur-sayuran dan kini menyewa gerai di RTC.Tahniah kerana pandai berdikari tak suka menjadi kuli..

Maka pagi tadi, beli satu barang dapat bermacam-macam barang dengan harga RM2.00 aja....rejeki jange tolok dop.....

Beli kubis seketul, dapatnya satu beg plastik.......huuuu