Saturday, November 24, 2012

Musim Luruh Di Seoul - Siri 1

10 November 2012 -

Kami sudah diingatkan bersedia dengan pakaian musim sejuk kerana Korea dalam fasa musim luruh ke musim sejuk dengan suhu 0 - 10 darjah Celsius. Makngah pakai mana yang ada sahaja. Cuma ke KB Mall mencari sarung tangan kerana yang ada berwarna putih itu sangat nipis. Pesanan rakan-rakan seeloknya pakai yang diperbuat daripada kulit. Kalau kulit pastinya mahal tetapi masalahnya nak belipun tak ada jumpa. Maka yang ini sahajalah yang Makngah jumpa...

Warna biru lagi.......... hahahah

Cik Na tolong tulis borang kemasukan ke Korea
Penerbangan dari LCCT jam 1.00 pagi 10 November 2012 selama 6 jam ke Seoul tidak memboringkan sangat kerana asyik terlelap. Maklumlah itu masa tidur. Borang kemasukan ke Koreapun Cik Na yang duduk di sebelah yang tolong isikan......terima kasih Na kerana sedia memahami kakakmu ini....
 
Lenanya tidur PKKO dan PK Mah
Jam 2.30 pramugari menghidangkan Nasi Lemak Pak Nasser kepada kumpulan kami yang sudah ditempah secara online. Makngah segera makan semasa ia masih panas. Apabila dah sejuk takut terus tak makan. Rasa Nasi Lemak Pak Nasser kali ini kurang kawwwlah, lain daripada biasa. Rasa daun kunyit pada rendang ayamnya kuat sangat hingga mengganggu deria rasa dan selera Makngah. Tak habispun makan walaupun bukan banyak sangat. Ramai yang tak makan dan apabila Makngah selidiki, esoknya ia terbuang begitu aja............membazir.

Lebih kurang jam 7.15 pagi  kapal selamat mendarat di Lapangan Terbang Incheon Seoul. Berekor-ekor kami bergerak dalam kumpulan untuk menaiki tren ke pusat pemeriksaan imigresen Incheon. Di dalam tren berdirilah kami lebih kurang 7 minit kerana orang sangat ramai.
Sempat lagi bergambar depan gambar cantik di laluan ke tren
Pegang kuat-kuat, nanti tumbang


Selepas pemeriksaan imigresen dan mengambil bagasi, dua orang wakil Al Quds iaitu pemandu kami nanti sudah sedia menunggu. Kami diarah ke bas dan keluar dari kawasan lapangan terbang. Masya Allah, udara dan angin sejuk segera menyerang kami. Kami dinasihatkan bersedia dengan sarung tangan, baju tebal dsbnya.

Kumpulan kami berpecah kepada dua buah bas iaitu 40 orang bagi sebuah bas. Makngah dan geng menaiki bas A dengan pemandunya wanita Korea yang mahu dipanggil Gina.

Bersiap pakai baju tebal
 Di dalam bas udara sejuk agak berkurangan. Pemandu kami terus memberi taklimat tentang perjalanan kami pada hari itu. Gina seorang yang fasih berbahasa Inggeris (kekadang pelat Korea) kerana pernah belajar di Australia. Dia juga jenis mesra alam dan kuat ketawa sampai berdekah-dekah. Dia sering menyebut ayat Melayu "sek kito jange peccoh, abang, kakak, makan, telekung, golek-golek tidur" yang telah dihafalnya. Dia sering menjadi pemandu pelancong kepada kumpulan "Muslim Tours" Al Quds dan banyak belajar adap dan halal haram dalam agama Islam. Dia sendiri mengaku beragama Kristian.

Gaya Gina selaku pemandu pelancong
Peraturan di Korea sama dengan di China iaitu pelancong wajib mematuhi tempat-tempat pelancongan yang mesti kami kunjungi. Maka jadilah acara hari itu merupakan hari dari muzium ke muzium. Maka ada yang berkata, "muzium di tempat kitapun kita tak pergi, datang jauh-jauh  nak tengok muzium aja???" Namun pada Makngah apa-apa ajalah kerana dah peraturan negara dia.

a. Di Muzium Perang Seoul
Pokok menarik yang daunnya sedang luruh di laluan muzium

b. Makan tengah hari dan solat di Masjid Seoul (satu-satunya masjid yang ada di bandaraya ini)

Restoran kami makan tengah hari

Hidangan bufet yang ini aja menjadi pilihan Makngah

Masjid Seoul tempat solat tengah hari
c. Gyeongbokgung Palace, Predential Blue House dan National  Folk Museum


Ahli rombongan Makngah pada kali ini agak unik kerana kami terdiri daripada semua peringkat umur. Daripada bayi, kanak-kanak tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, kolej, universiti, baru bekerja, baru kahwin, single trang tang tang, pasangan ideal, veteran, sudah pencen dsb. Haah susunan umur yang lengkapkan.....



Banyak gambar menarik yang Makngah rakam tetapi tak dapat diletak di sini kerana masalah penstoran blog. Maklumlah blog free tak berbayar. Hari pertama ini dihabiskan dengan lawatan dari muzium ke muzium sahajalah. Selepas ke National  Folk Museum  kami dibawa ke Marakech Night Restaurant . Nama restoran itu sahaja sudah dapat membayangkan apa jenis menu makan malam kami pada malam itu. Ya, bufetnya makanan ala Arab. Yang dihidangkan termasuklah kari kambing. Makanlah kami sepuasnya dalam keadaan badan dah penat sebenarnya kerana sudah 36 jam belum mandi dan berehat. Mata minda hanya terbayangkan bilik air dan bantal.....

Jam 9.00 malam waktu Seoul (cepat satu jam daripada Malaysia) kami sampai di Theme Park Hotel. Hotel ini agak selesa kerana di dalam bilik airnya ada kemudahan bersauna. Makngah perhatikan peralatan di dalam hotel ini kebanyakannya "Made In Korea". Itulah kelebihan bangsa ini. Termasuklah semua papan tanda dan label produk mereka dalam bahasa Korea. Maka terbayanglah di dalam kepala Makngah "berbezanya dengan apa nasib bahasa Melayu dan nasib produk Malaysia di tangan orang Melayu dan orang Malaysia.

Makngah dan rakan sebilik terus tidur kerana penat dan ingin berehat untuk perjalanan lebih indah pada hari esok ke Pulau Nami.

Jumpa di siri kedua.............