Saturday, October 30, 2010

Mendaki Gunung Stong Bagai Terapi Hindar Kekusutan Minda

# Di bawah satu rencana daripada sebuah akhbar yang Makngah salin. Mohon pengunjung bandingkan isi tulisan penulis ini dengan catatan Makngah sendiri dalam arkib blog tulisan Makngah yang terdahulu bertajuk "Gunung Stong Yang Kukenali".

Jumaat Oktober 29, 2010


Mendaki Gunung Stong Bagai Terapi Hindar Kekusutan Minda



CANTIK... Air terjun Gunung Stong ialah antara tarikan utama pelancong
 ke daerah Gua Musang. Air terjun tujuh tingkat setinggi 457 meter dari paras laut itu
 juga dikatakan tertinggi di Asia Tenggara. - Foto BERNAMA

 

KUALA KRAI: Gunung Stong, dikenali juga sebagai Gunung Setong, di Dabong dalam jajahan Gua Musang, Kelantan mempunyai ketinggian 1,433 meter.

Pendakian ke puncak gunung itu sememangnya menjadi satu pengalaman yang amat bermakna dan sukar untuk dilupakan.
Penulis berpeluang merasai pengalaman itu selepas menerima jemputan mengikuti Ekspedisi Cabaran Stong 2010 anjuran Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) sempena sambutan ulangtahun ke-125 organisasi pengangkutan awam tersebut pada 1 Jun lepas.
Seramai 51 peserta terdiri dari wakil media dan agen pelancongan menyertai ekspedisi tiga hari itu yang bertujuan untuk mengeratkan hubungan KTM dan media menerusi aktiviti riadah di samping menghayati keindahan alam semulajadi.
Ekspedisi ini adalah yang kedua selepas kumpulan yang pertama berjaya menawan puncak Gunung Ledang dalam satu pendakian serupa yang diadakan sebelum ini, kata Pengurus Kanan Komunikasi Korporat KTMB, Mohd Fazil Ismail.
EKSPEDISI BERMULA

Pada permulaan ekspedisi, peserta bertolak dari Stesen Sentral Kuala Lumpur tepat pukul 8.30 malam menaiki tren dan tiba di stesen Dabong, terletak kira-kira 155km dari Kota Baharu pada pukul 8.30 pagi keesokan hari.

Perjalanan kemudian diteruskan dengan menaiki van dan kereta menuju ke Stong Hill Resort yang mengambil masa 15 minit dari Stesen Dabong, iaitu sebuah pusat rekreasi yang menyediakan kemudahan chalet yang terletak di kaki Gunung Stong.
Kesemua peserta kemudian berkumpul dan diberi taklimat ringkas mengenai taman negeri itu serta laluan pendakian oleh jurupandu pendakian sebelum melakukan senaman regangan.
Tepat pukul 10 pagi ekspedisi bermula dengan cabaran pertama yang harus ditempoh ialah dua jam mendaki menuju ke Kem Baha, di mana peserta mendirikan khemah untuk bermalam sebelum meneruskan pendakian ke puncak gunung.

Sepanjang perjalanan mendaki ke Kem Baha itu, kami disajikan dengan pemandangan indah dan menarik hutan Taman Negeri Gunung Stong yang kaya dengan hidupan flora dan fauna, serta gunung batu kapur yang berusia berjuta-juta tahun lamanya.
Taman negeri tersebut juga tersenarai sebagai antara lima destinasi ekosistem terbaik di Malaysia. Paling memukau adalah keindahan air terjun Jelawang, yang mempunyai ketinggian 303 meter dari paras laut dan mempunyai tujuh peringkat yang boleh ditemui semasa pendakian.

Di sini, pendaki tidak akan melepaskan peluang untuk menikmati pemandangan cantik air terjun tersebut selain merakamkan gambar kenangan.

Sepanjang perjalanan itu juga, peserta ekspedisi diuji dengan pelbagai rintangan, termasuk terpaksa melalui jalan yang sempit dan curam selain terpaksa memanjat batu yang tinggi serta berbahaya.

Namun semua itu tidak menjadi penghalang dan semua peserta selamat tiba diKem Baha pada pukul 12 tengah hari.
MENUJU KE PUNCAK STONG
Selepas mendirikan khemah dan menikmati makan tengah hari, peserta kemudian bersiap untuk meneruskan cabaran pendakian selama empat jam lagi bagi menuju ke puncak Gunung Stong.
Kali ini hanya 36 peserta menyahut cabaran tersebut manakala selebihnya mahu beristirehat dan menikmati air terjun Jelawang serta pemandangan indah di Kem Baha.

Pendakian kali ini adalah lebih sukar dan mencabar. Peserta terpaksa melalui jalan sempit dan licin yang menyukarkan pendakian sehingga menyebabkan beberapa peserta tergelincir dan terseliuh kaki.
Ada juga yang mengalami kekejangan otot kaki sehingga terpaksa mengalah dan berpatah balik ke Kem Baha.
Sesekali kedengaran juga suara serangga hutan yang seolah-olah 'mengejek' kami yang keletihan. Selepas hampir dua jam mendaki, keletihan semakin dirasai, namun keindahan hutan Gunung Stong dan suasana nyamannya seolah-olah memberi semangat kepada peserta untuk meneruskan pendakian.
Pemandangan memang menarik bagi siapa saja yang mencintai alam dan aktiviti luar. Taman negeri ini tidak hanya memiliki nilai-nilai eko-pelancongan tetapi juga berfungsi sebagai kawasan pemuliharaan yang signifikan bagi flora dan fauna.
Taman negeri itu juga merupakan 'tempat tinggal' bagi beberapa jenis haiwan liar termasuk Gajah Asia, seladang, burung merak Argus, harimau Malaya dan tapir.

Selepas lebih empat jam mendaki, akhirnya puncak Stong berjaya ditawan.

Walaupun keletihan, rasa puas dan gembira jelas terpancar di wajah setiap peserta yang berjaya menawan puncak gunung tersebut.

Dari puncak Gunung Stong, peserta ekspedisi dapat melihat pemandangan cantik dan mengujakan Taman Negeri Gunung Stong itu. Dari situ kami juga boleh nampak puncak Gunung Ayam dan Baha yang begitu cantik diselaputi kabus tebal.
Suasana di puncak gunung itu juga sangat nyaman dan menenangkan dengan suhu antara 15 dan 18 darjah selsius.

Seketika menikmati pemandangan cantik dan suasana nyaman itu, memang sesuai dijadikan terapi untuk melupakan sementara kekusutan minda dan kesibukan kota. - BERNAMA



Thursday, October 28, 2010

Melayu Itu Agamanya Islam


Melayu itu Islam

Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya.
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Aceh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mualaf bertakrif Melayu
oleh : Allahyarham Usman Awang




 
Itulah takrif Melayu mengikut perlembagaan seperti mana yang dimaksudkan oleh pemimpin Melayu bahawa Melayu itu Islam.
Satu perjuangan tidak berlandaskan perkauman, bahkan merangkumi semua ; asal menerima Islam sebagai agama.
Bahkan jelas didasarkan kepada anutan kepercayaan kerana di dalam perlembagaan disebut ; Melayu itu Islam.
Sekaligus menutup mulut pencacai dan pengkeji yang riuh mencemuh orang yang memelihara kepentingan Melayu walhal tidak bertentangan dengan perlembagaan.
Melayu Islam inilah yang menjadi ketua memerintah Malaysia sejak separuh abad yang lalu. Bermula dari usaha mendapatkan kemerdekaan hinggalah kepada mengisi apa yang kosong dalam Malaya ketika itu.
Semua yang hadir turut bergembira menyambutnya samada Cina, India, Inggeris, Arab dan semua bangsa yang berada di Malaya ketika itu.
Inilah permulaan pemerintahan kerajaan Melayu Islam yang merdeka di negara ini.
Ia melambangkan sikap Melayu Islam yang turut membuka peluang kepada mereka bersama- sama membina negara ini. Meskipun ketika itu sudah ada isu Malaya untuk Malaysian. Yang mahu bangsa lain diberi kerakyatan penuh sebagai warga negara baru merdeka iaitu Malaya.
Itu 53 tahun dahulu..
Ketika itu tiada siapa kenal bangsa dan tanah air kita.
Ketika itu tiada siapa peduli apakah yang ada di negara kita.
Hinggalah usaha berterusan dan bersama - sama semua bangsa dan kaum di sini, kita telah berada di puncak kejayaan.
Namun, kejayaan itu tidak beerti jika ada suara sumbang mahukan kesaksamaan hingga mahu MENGORBANKAN keistimewaaan dan ketuanan Melayu itu sendiri.
Ia sangat bahaya.  Hal ini akan menyebabkan ramai orang akan marah dan bergaduh. Bukan sahaja Melayu, tetapi bangsa Cina dan India juga akan terhasut dengan sentimen sebegini sedangkan kita semua sudah maklum keistimewaan Melayu itu adalah kontrak sosial yang digubah ketika perjanjian kemerdekaan satu ketika dahulu.
Malangnya ada juga anak Melayu sendiri yang turut menyokong aspirasi sumbang dan bercanggah dengan perlembagaan ini..
Apatah lagi pak lebai dan pak ustaz di merata rata ceruk juga suka dengan pernyataan bahawa Melayu itu bangsa dan perjuangan bangsa tidak akan ke mana.
Sedangkan bangsa Melayu itu ialah Islam yang diletakkan dengan terang dan jelas dalam perlembagaan negara kita.
Ia memang bertujuan menjaga Islam dan Raja-raja Melayu hingga Islam di bawah naungan para Raja dan Sultan akan sentiasa aman dan stabil di tanah air tercinta ini.
Ia juga menjaga hak hak bukan Islam, seperti yang digariskan oleh Islam sendiri agar menjaga hak mereka seperti hak penganut Islam juga.
Lainlah jika mereka memerangi Islam, maka peperangan tentu tidak dapat dielakkan kerana sebab mereka sendiri, yakni memerangi Islam dari diamalkan oleh kita semua...
Inilah baru dikatakan JIHAD ; iaitu mempertahankan agama.
Bukan MENYERANG agama lain. Apatah lagi menghalang upacara adat istiadat agama anutan dan kepercayaan mereka.
Firman Allah Taala :
Lakum Dinukum Waliya Diin :  ' bagi kamu agama kamu, bagiku agama Islam'
Namun pak pak ustaz dan pak pak lebai ni tak reti atau buat buat tak reti tentang perkara ini.
Mereka tentu memalingkan muka dari mengakui kesilapan mereka dalam memahami isu Melayu Islam ini. Mereka tahu ia boleh merosakkan sokongan dan undian rakyat..
Mereka juga tahu adalah salah menidakkan kerajaan Melayu Islam yang sangat jelas membela dan memperjuangkan Islam mengikut kemampuan mereka sebagai khalifah Allah di muka bumi ini. Jadi, ikhlaskah kita?

# Apa yang dikemukakan itu ialah pendapat ramai tetapi apa yang Makngah  minta untuk difikirkan bersama-sama ialah adakah jaminan Melayu Islam akan mendapat yang lebih baik jika kerajaan Melayu Islam (walaupun kelihatan sudah tidak seberapa warna Melayu dan Islamnya) yang ada pada hari ini ditumbangkan?
Sejarah sepanjang zaman membuktikan orang Islam apa lagi jika Melayu tidak akan dapat hidup sejahtera yang sepatutnya di bawah pemerintahan bukan Islam.
Oleh sebab itu wahai saudara-saudaraku, fikirkanlah.

Wednesday, October 27, 2010

Sistem Pendidikan Kita Sudah Ketinggalan

Oleh Ruhaiza Rusmi

AKHIRNYA persoalan sama ada Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dimansuh atau dikekalkan terjawab apabila kerajaan mengumumkan kedua-dua peperiksaan itu menggunakan format baru mulai 2016. Ia melegakan masyarakat yang mahukan pendekatan baru serta telus dalam menilai prestasi pelajar berbanding sistem akademik dan peperiksaan yang dilihat lebih membebankan.

Bagaimanapun, ada yang tidak setuju dan berpendapat sistem peperiksaan masih relevan selain mempersoalkan persediaan pihak terbabit mencorak pembaharuan pendidikan.

Kini, wujud perbahasan, sama ada format baru itu bakal memberi impak dan mampu melonjakkan prestasi ke tahap membanggakan.

Dekan Fakulti Pendidikan Universiti Malaya (UM), Prof Dr Saedah Siraj, berkata sudah tiba masanya negara melangkah ke era pendidikan baru lebih fleksibel.

Beliau berkata cita rasa dunia kini berubah dan memerlukan suntikan baru dalam proses penyampaian, penerimaan serta pemahaman maklumat supaya masyarakat lebih bersedia berdepan arus permodenan.
"Meskipun pendidikan ditakrif sebagai elemen sejagat, perubahan perlu ada sebagai mengimbangi kehendak global yang pantas berubah dan semakin berteraskan kemajuan serta kepelbagaian.

"Pemansuhan itu mencerminkan keberanian dan anjakan paradigma baru dalam sistem pendidikan negara, jangan jadikannya kontroversi atau disalah anggap kerana ia memang diperlukan, " katanya.

Menurutnya, meskipun negara memiliki sistem pendidikan antara terbaik di dunia, ia dianggap ketinggalan kerana menggunakan kaedah peperiksaan sebagai penilaian tahap kecemerlangan pelajar.

"Semua tahu tahap pencapaian setiap pelajar berbeza, tidak boleh dinilai melalui satu sistem semata-mata, malangnya itulah yang diguna pakai sejak sekian lama.


"Ini menyebabkan pelajar bosan dan tertekan, sekali gus mencetuskan insiden tidak dijangka, misalnya bunuh diri hanya kerana gagal dalam peperiksaan. "Sekolah patut jadi tempat menyeronokkan bukan membosankan.

"Justeru apabila kedua-dua peperiksaan itu dimansuhkan, ia wajar mendapat sokongan kerana membantu meringankan 'penderitaan' pelajar," katanya.

Meskipun format baru masih belum diputuskan, ia bagai menamatkan dilema pelajar, institusi sekolah, ibu bapa dan masyarakat yang mahukan kongkongan peperiksaan ditamatkan.

Cadangan format boleh disarankan ialah menyediakan aliran pengajian bersesuaian di tingkatan satu mengikut kehendak dan kapasiti pencapaian pelajar.

Aliran itu, katanya, boleh dijadikan asas menilai dan mencorakkan pencapaian pelajar dalam tempoh lima tahun hingga tamat pengajian tingkatan lima.

"Pelajar boleh memilih aliran diingini berdasarkan minat, kehendak, cita-cita dan diberi kelonggaran tidak terikat dengan kehendak pencapaian akademik semata-mata.

"Ia umpama saringan penilaian sebelum memasuki pengajian tinggi. Kaedah ini boleh mengelak tekanan belajar, sekali gus memudahkan proses penyampaian ilmu," katanya.

Beliau menegaskan konsep pendidikan bukan hanya terhad kepada akademik dan peperiksaan semata-mata, malah boleh menggunakan pendekatan deria seperti mendengar, melihat dan merasa.

"Ramai beranggapan hanya akademik dan peperiksaan penting menentukan kecemerlangan pelajar manakala proses pembelajaran berlangsung di bilik darjah.

"Anggapan itu perlu diperbetulkan kerana ilmu boleh diperoleh menerusi pelbagai cara, bergantung bagaimana guru mengaplikasi kaedah itu supaya boleh diterima dan difahami pelajar.

"Realitinya kebanyakan pelajar negara ini bersifat pasif dan enggan bertanya, dengan pemansuhan, skop pembelajaran lebih luas, sekali gus menggalakkan pengembangan budaya ilmu dengan kaedah bersesuaian," katanya.

Dr Saedah turut mencadangkan pelajar kurang cemerlang dimasukkan ke kelas pemulihan agar dapat memperbaiki kelemahan.

"Dalam sistem pendidikan, pelajar lemah kurang mampu menguasai 3M (membaca, mengira, menulis). Kelemahan ini boleh diatasi dengan kelas pemulihan.

"Sistem sedia ada kurang mempraktikkan SQ menyebabkan mereka terus ketinggalan, justeru, aliran kelas berbeza ditambah kelas pemulihan dapat membantu memperbaiki kekurangan itu," katanya.

Sebagai sokongan dan persiapan negara menuju perubahan global, beliau berpendapat sudah tiba masanya kerajaan menubuhkan Pusat Pengembangan Pendidikan Masa Depan yang dapat menyediakan pelbagai hasil kajian.

"Di negara maju, peranan pusat ini diiktiraf membantu pelbagai sektor merangka persediaan masa depan," katanya.
INFO:  UPSR diperkenalkan pada 1988 sebagai ganti kepada peperiksaan Penilaian Darjah Lima yang diperkenalkan sejak 1967 manakala PMR pada 1993 menggantikan Sijil Rendah Pelajaran ( SRP) yang digunakan sejak 1960.

* Pendapat Makngah, sistem boleh berubah, tetapi konsep dan isi kandungan hakiki pendidikan tidak boleh diubah kerana jika diubah maka hapuslah roh keimanan kepada yang satu.

Tuesday, October 26, 2010

10 Amalan Kita Yang Terbalik

jalan untuk berubah insyaallah dipermudahkan-Nya
Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan di bawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-

1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga si mati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah kerana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga si mati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan tetapi terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh si mati atau harta peninggalan si mati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam? Payah juga nak ubah ya...............

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam / ngele). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri.

Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang sahaja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik?

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan diberi jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa malu dianggap pelahap, sedangkan yang sepatutnya makanlah dan dihabiskanlah apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tetapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuatkanlah kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain ?

8. Semua ibu bapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam peperiksaan. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tetapi kalau anak tak boleh membaca Al Quran atau solat, tidak bimbang pun bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Al Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu mata pelajaran 8 kali hadir tetapi kepada Tok Guru Al Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan dan berfikir rugi macam macam. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih bimbang jika anak tidak dapat membaca Al Quran atau bersolat daripada tidak lulus periksa.


9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tidak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tetapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumah-Nya segan dan malas.

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, astaghfirullah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia.

Cukup dengan contoh-contoh di atas, marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaraan agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita. Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita. Berubahlah setakat yang kita termampu.



Sabda Rasullullah SAW: "Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat." (Riwayat Bukhari)

Sunday, October 24, 2010

Durian Selat / Belanda Paling Ampuh Untuk Barah

 Zaman kecil-kecil dulu di depan rumah keluarga Makngah ada pokok durian selat ini yang sering berbuah dan inilah buah yang selalu menjadi hidangan. Sekarang ini pokok ini sudah tidak pernah kelihatan ada ditanam di mana-mana. Rupa-rupanya pokok kurniaan Allah ini maha hebat penawarnya untuk menyembuhkan penyakit  zaman moden ini yang dikenali sebagai "pembunuh senyap" iaitu barah atau kanser. Hayatilah tulisan di bawah dan marilah kita mulai menanam pokok hebat ini.

Selama ini kita tahu bahawa kanser hanya dapat diubati dengan terapi kemo. Namun persepsi ini perlu dibuang sejauh-jauh. Kenapa?  Sebenarnya ada ubat alami untuk membunuh sel kanser yang kekuatannya SEPULUH RIBU KALI LIPAT lebih ampuh dibanding terapi kemo. Ubat alami ini ialah buah yang familiar dengan kita (gambar).

Kenapa kita tidak tahu ?

Jawapannya kerana salah satu syarikat gergasi dunia merahsiakan penemuan R&D mengenai hal ini serapat-rapatnya. Mereka ingin agar dana R&D yang dikeluarkan dengan kos sangat besar selama bertahun-tahun, dapat dikembalikan terlebih dulu dengan keuntungan berlimpah dengan cara membuat pohon Graviola sintetis sebagai bahan utama ubat dan ubatnya dijual ke pasaran dunia…

Menyedihkan, beberapa orang meninggal dunia tanpa dapat dibantu dengan penawar sepatutnya kerana kejahilan kita, kerana keganasan kanser, sedangkan syarikat raksasa, pembuat ubat dengan turnover bilion dollar menutup rapat rapat rahsia keajaiban pokok graviola ini.

Pokoknya rendah, di Brazil dinamakan“Graviola”, di Sepanyol “Guanabana” bahasa Inggerisnya “soursop”. Di Malaysia, ya buah durian belanda /selat (Kelantan). Buahnya berduri lembut, ada biji-biji berwarna hitam, isi buahnya berwarna putih, rasanya manis manis masam, dimakan dengan cara membuka kulitnya atau dibuat jus.

Khasiat dari buah ini memberikan efek anti tumor/kanser yang sangat kuat, dan terbukti secara medik menyembuhkan segala jenis kanser. Selain menyembuhkan kanser, buah durian belanda juga berfungsi sebagai anti bakteria, anti cendawan (fungi), efektif melawan pelbagai jenis parasit/cacing, menurunkan tekanan darah tinggi, depresi, stress, dan menormalkan kembali sistem saraf yang kurang baik.

Salah satu contoh betapa pentingnya keberadaan Health Science Institute bagi orang orang Amerika adalah institut ini membuka tabir rahsia buah ajaib ini. Fakta yang mencengangkan adalah : jauh di pedalaman hutan Amazon, tumbuh “pohon ajaib”, yang akan mengubah cara berfikir kita, doktor anda, dan masyarakat dunia mengenai proses penyembuhan kanser dan harapan untuk bertahan hidup. Tidak ada yang boleh menjanjikan lebih daripada hasil penemuan ini, untuk masa-masa yang akan datang.

R&D membuktikan “pokok ajaib” dan buahnya ini boleh :

• Menyerang sel kanser dengan aman dan efektif secara alami, tanpa rasa mual, berat badan turun, rambut tidak gugur, seperti yang terjadi pada terapi kemo.

• Melindungi sistem kekebalan tubuh dan mencegah dari infeksi yang mematikan.

• Pesakit merasakan lebih kuat, lebih sihat selama proses perawatan / penyembuhan.

• Energi meningkat dan penampilan fizikal menjadi lebih baik.

• Secara efektif memilih target dan membunuh sel jahat dari 12 jenis kanser yang berbeza, di antaranya kanser : Usus Besar, Payu Dara, Prostat, Paru-paru, dan Pankreas.

• Daya kerjanya 10,000 kali lebih kuat dalam memperlambat pertumbuhan sel kanser dibandingkan dengan Adriamicin dan Terapi Kemo yang biasa digunakan.

• Tidak seperti terapi kemo, sari buah ini secara selektif hanya memburu dan membunuh sel sel jahat dan TIDAK membahayakan/ membunuh sel sel sihat.

R&D telah dilakukan secara ekstensif pada pokok “ajaib” ini  selama bertahun-tahun tetapi kenapa kita tidak tahu apa-apa mengenai hal ini ? jawabnya adalah : begitu mudah kesihatan kita, kehidupan kita, dikendalikan oleh yang memiliki wang dan kekuasaan.

Salah satu syarikat ubat terbesar di Amerika dengan turnover bilion dollar melakukan R&D luar biasa pada pohon Graviola yang tumbuh dihutan Amazon ini. Ternyata beberapa bahagian dari pokok ini : Kulit kayu, akar, daun, daging buah dan bijinya, selama berabad-abad menjadi ubat bagi suku Indian di Amerika selatan untuk menyembuhkan : sakit jantung, asma, masalah liver (hati) dan reumatik. Dengan bukti-bukti ilmiah yang minima, syarikat Amerika itu memberikan dana dan sumber daya manusia yang sangat besar guna melakukan R&D dan beraneka pengujian. Hasilnya sangat menakjubkan. Graviola secara ilmiah terbukti sebagai enjin pembunuh sel kanser.

Buah durian Belanda mempunyai manfaat yang sangat besar dalam pencegahan dan penyembuhan penyakit kanser.

Untuk pencegahan:

disarankan makan atau minum jus buah durian belanda.

Untuk penyembuhan:

- 10 helai daun durian belanda yang sudah tua (warna hijau tua) dicampur ke dalam 3 gelas air dan direbus terus hingga menguap dan air tinggal 1 gelas saja.

- Air yang tinggal 1 gelas diminumkan ke penderita setiap hari 2 kali.

- Setelah minum, efeknya katanya badan terasa panas, mirip dengan efek kemoterapi.

Dalam masa 2 minggu, hasilnya boleh dicek ke doktor, yang hasilnya boleh mengejutkan.

Daunnya  seperti kemoterapi, bahkan lebih hebat lagi kerana daun buah ini hanya membunuh sel sel yang tumbuh abnormal dan membiarkan sel sel yang tumbuh normal. Sedangkan kemoterapi ada efek membunuh  sebahagian sel sel yang normal.

Sekarang anda tahu manfaat buah durian belanda yang luar biasa ini. Rasanya manis-manis kecut menyegarkan. Buah alami 100% tanpa efek samping apapun. Sebar luaskan khabar baik ini kepada keluarga, saudara, sahabat,dan teman yang anda kasihi.

Kisah lengkap tentang Graviola, di mana memperolehnya  dan bagaimana cara memanfaatkannya, dapat dijumpai dalam Beyond Chemotherapy : New Cancer Killers, Safe as Mother’s Milk, sebagai free special bonus terbitan Health Science Institute.

Buat yang masih ragu, apa salahnya kita mencuba, makan buah bukannya membahayakan.

Saturday, October 23, 2010

Kita Dan Mimpi

ada orang mimpi naik ke bulan bintang- saudagar mimpilah agaknya tu
Hari ini berhajat memperkatakan tentang mimpi kerana Makngah ada bermimpi beberapa malam lepas setelah tidak bermimpi beberapa ketika. Catatan ini diambil daripada blog "Tafsiran Mimpi"(MOHON IZIN). Sesekali bermimpi enak juga kerana Makngah pernah berjumpa dengan kawan yang mengaku bahawa dia tidak tahu apa itu mimpi kerana tidurnya tidak pernah bermimpi. Itulah bukti Allah Maha Berkuasa.............

Terdapat tiga mimpi yang tidak ditakbir atau ditafsir iaitu :
1. Perkara yang dicita-cita pada siang hari maka terbawa-bawa ke dalam mimpi pada malam harinya atau seseorang yang sakit tenat.
2. Seseorang yang belum lagi mandi junub kerana ketika itu syaitan bersama-sama pada anggotanya.
3. Raja yang zalim atau menteri yang zalim.

“Apabila seseorang darimu melihat mimpi yang menggembirakannya maka hendaklah ia mengucapkan Alhamdulillah dan ceritakannya kepada orang yang lain, dan sebaliknya apabila ia melihat mimpi yang mendukacitakannya, maka mimpi itu daripada syaitan. Oleh sebab itu hendaklah ia mengucapkan Isti’azah dan jangan menceritakannya kepada orang lain kerana mimpi itu tidak mendatangkan mudarat kepada nya.”Diriwayatkan oleh al-Bukhari dari Abi Sa’id.
Mimpi
Mimpi yang dimimpikan di antara masa seseorang hampir lena hingga dia tidur lena adalah benar dan berfaedah. Mimpi-mimpi ini selalunya merupakan pembawa pembukaan dan perantaraan kepada yang luar biasa. Bukti kebenaran mimpi dinyatakan oleh Allah dengan firman-Nya : “Sesungguhnya Allah akan buktikan mimpi itu benar kepada Rasul-Nya, kamu akan masuk Masjidil Haram jika dikehendaki Allah dengan aman”, maksud Surah al-Fath, ayat 27.Secara umumnya, mimpi berlaku apabila seseorang itu sedang tidur. Boleh juga berlaku dalam situasi lain, seperti ketika pengsan, mabuk, nazak dan sebagainya, dengan syarat physically unconscious or semi-conscious.
Dikatakan mimpi berlaku apabila roh seseorang itu keluar dari jasadnya, cuma yang berbeza dengan kematian ialah roh orang mati keluar terus kesemua sekali dari jasad. Bagi orang yang bermimpi, rohnya hanya keluar dalam erti kata ‘menjenguk’ (extending), masih ada yang tinggal dalam jasad. Sebab itulah orang tidur masih bernafas. Ibarat seseorang yang kakinya berada dalam air tetapi dari kepala sampai ke pinggang berada atas permukaan air. Atau, ibarat kaki kanan di dalam air tetapi kaki kiri memijak daratan. Begitulah juga orang yang bermimpi, sebahagian rohnya berada dalam jasadnya manakala sebahagian lagi berada di luar tubuhnya.
Menarik Minat
Mimpi merupakan suatu aktiviti rohani atau rahsia kejiwaan yang amat menarik minat manusia dari semenjak kewujudan manusia di muka bumi ini. Ia telah menjadi tema perbualan dan juga renungan, baik kepada golongan muda mahupun kepada golongan yang telah berusia, di sepanjang zaman.
Manusia keseluruhanya bermimpi, hatta makhluk Allah S.W.T. yang lain pun bermimpi, kucing dan sebagainya. Kadangkala mimpi itu menggembirakan dan kadangkala tidak, kadangkala mimpi itu tidak dapat difahami dan ditafsirkan, kadangkala mimpi itu juga penuh misteri dan simbolik sehinggakan agak sukar bagi kita sebagai umat manusia untuk menafsirkan makna di sebalik setiap kejadiaan mimpi tersebut.
Pada umumnya setiap daripada kita ingin mengetahui rahsia mimpinya, dan kerana itu juga, sejak zaman dahulu lagi muncul berbagai-bagai percubaan mentafsirkan mimpi telah dilakukan, yang akhirnya mewujudkan tukang-tukang takbir mimpi yang menjadikan pentadbiran mimpi sebagai kerjaya. Sejak itu orang ramai semakin memberi perhatian yang berat kepada mimpi-mimpi mereka terutama dalam kalangan golongan  istana-istana dan pembesar-pembesar mereka.
Setiap mimpi yang aneh dicari akan tafsirannya kepada pentadbir tafsiran mimpi. Oleh sebab itu kisah-kisah dan hikayat-hikayat lama penuh dengan cerita-cerita pengembaraan yang bermula daripada mimpi-mimpi yang aneh.
Campur Aduk
Kemudian tafsiran mimpi berubah menjadi tradisi-tradisi yang dicampur aduk di antara dongeng dengan yang sebenar hingga menimbulkan kegelisahan dan kekeliruan kepada khalayak ramai. Oleh itu untuk menghindarkan manusia dari kesesatan, Allah S.W.T. telah mengajar ilmu-ilmu tadbir mimpi sebenar kepada sesetengah para anbia’Nya seperti Nabi Yusof as. yang meramalkan bencana kemarau tujuh tahun dan Nabi Armia yang meramalkan kehancuran Bani Israil. Walau apapun ramalan para anbia’ bukanlah ramalan-ramalan malah ramalan itu adalah pemberitaan yang tetap benar dari Allah S.W.T. dalam bentuk yang simbolik .Berdasarkan qias dengan takbir-takbir mimpi anbia’ dan dengan tamsil-tamsil yang dipakai dalam al-Quran dan hadis,  beberapa ulama Islam pada zaman dahulu telah cuba melahirkan kaedah tadbir mimpi yang baik dan terkawal. Antara mereka yang terkenal sebagai tokoh dalam bidang pengkajian ini ialah Muhammad bin Sirin (Ibnu Sirin).
Allah S.W.Tt. menghendaki agar tadbir mimpi itu terkawal, terutama mimpi-mimpi yang bersifat meramalkan kejadian masa depan (prophectic) kerana ilmu seperti itu dikurniakan kepada anbia’ Nya dan hamba-hamba yang soleh supaya jangan ada tukang-tukang tadbir mimpi yang mendabik dada mengetahui urusan ghaib selain dari Allah S.W.T. Ahli-ahli psikologi moden telah mengemukakan berbagai-bagai teori tentang mimpi. Kebanyakkan mereka memandang rendah kepada mimpi-mimpi itu. Menurut mereka tugas mimpi tidak lebih dari pernyataan angan-angan atau pemuasan angan-angan yang terpendam yang tidak dapat dilaksanakan dalam alam keyataan, atau dengan lain perkataan tugas mimpi adalah menyelesaikan masalah-masalah yang tidak dapat dipecahkan dalam alam kenyataan; kerana itu mimpi dipandang sebagai gelanggang pelarian dari masalah-masalah hidup. Mereka menolak mimpi mempunyai tugas meramalkan kejadian-kejadian masa mendatang. Mereka juga memutuskan hubungan mimpi dengan Allah S.W.T.
Tetapi walau bagaimana pun mereka mengaku bahawa tadbir mimpi itu merupakan suatu kerja yang sukar, kerana mimpi menggunakan bahasa simbol dan lambang-lambang yang sulit, sedangkan bahasa dan lambang-lambang itu pula tidak bersifat standard dan universal. Mereka juga mengaku tadbir mimpi itu telah diselubungi oleh berbagai-bagai kekarutan dan tahyul akibat dieksploitasikan oleh bomoh-bomoh sihir dan penipu-penipu yang berhasrat memerah kelompok dungu.

Adab Selepas Mimpi
Oleh kerana gelanggang tadbir mimpi itu mempunyai banyak tempat-tempat gelincir, menyesat dan merunsingkan fikiran, maka dalam hadis ini Rasulullah S.A.W. memberi satu garis bimbingan yang tegas untuk menghadapi mimpi, iaitu jika kita bermimpi baik dan menggembirakan maka bersyukurlah kepada Allah S.W.T. dengan ucapan Alhamdulillah dan ceritakanlah kepada orang lain dan kepada mereka yang kita sayang dengan dengan harapan bahawa mimpi tersebut akan betul-betul berlaku dan sebaliknya jika kita bermimpi buruk dan merunsingkan maka pintalah perlindungan Allah S.W.T. dari kejahatan syaitan yang mengaturkan mimpi-mimpi yang karut untuk menyiksakan manusia.
Seterusnya jangan panjangkan perkara mimpi itu kepada orang lain, kerana mimpi itu tidak mempunyai kuasa sendiri yang boleh mendatangkan mudharat dan bencana kepada kita. Selepas bermimpi buruk juga kita disunatkan melakukan perkara-perkara berikut :
1. Membaca ta’awwuz (A’uuzubillahi minasysyaitoonir roojiim)
2. Meludah kesebelah kiri kita sebanyak 3 kali.
3. Mengubah cara tidur ke sebelah yang lain
4. Bangun sembahyang 2 rakaat (kalau termampu)

Kalau diamalkan perkara di atas, insyaallah, mimpi yang buruk itu tidak ada apa-apa kesan ke atas kita.

Mimpi Benar
Bagi mimpi yang benar, roh tersebut memang keluar (sambil sebahagiannya lagi berada dalam jasad) ke tempat-tempat yang tertentu. Ada yang bermimpi keluar dari bilik tidurnya dan melihat ayahnya sedang membaca suratkhabar di ruang tamu. Bila terjaga, didapatinya memang ayahnya sedang berada di ruang tamu, membaca suratkhabar. Mimpi sebegini digelar ‘mimpi semasa’, kita bermimpi berkenaan apa yang sedang berlaku pada waktu itu (in the current time, but not necessarily space). Ada juga mimpi benar yang menunjukkan perkara yang akan berlaku. Ini terjadi apabila roh seseorang itu ‘menjenguk’ ke masa hadapan.
Disebabkan itulah para pemikir Islam meyakini bahawa kelajuan roh mengatasi kelajuan masa.
Mimpi benar yang satu lagi ialah mimpi yang ‘kelihatan’ ganjil, atau mimpi qiasan, yang dalam keadaan ini roh tersebut memasuki alam yang lain, digelar alam ghaib. Alam ghaib ini ada banyak, antaranya alam barzakh (bila bermimpi bertemu orang yang telah meninggal dunia), alam jin dan sebagainya. Dalam mimpi jenis ini, seseorang itu mungkin bermimpi melihat tempat atau makhluk yang ganjil. Mimpi rambut menjadi panjang, mimpi dipatuk ular atau mimpi tercabut gigi adalah termasuk jenis mimpi qiasan. Mimpi yang disebut dalam Surah Yusuf, juga adalah dari jenis qiasan.

Mimpi Lagha
Mimpi akibat mainan syaitan dipanggil mimpi palsu, atau mimpi lagha atau lalai. Maksudnya lalai dari menyebut nama Allah S.W.T. sebelum tidur (Is_haque). Biasanya mimpi jenis ini tiada sebarang makna, ataupun dusta.
Dipercayai sewaktu mengalami mimpi jenis ini, hakikatnya adalah salah satu daripada dua keadaan :
1. Roh yang keluar ‘berjalan-jalan’ telah dikelirukan /ditipu oleh syaitan.
2. Roh tidak ke mana-mana, cuma di dalam otak atau fikiran sendiri (contohnya seorang yang terlalu ingin nak jumpa Siti Nurhaliza mungkin akan bermimpi sedemikian (Is_haque). Juga termasuk mainan syaitan.
Bimbingan
Inilah satu bimbingan yang amat praktis untuk menghindarkan manusia dari diganggu oleh mimpi-mimpi yang menyusahkannya. Apa yang perlu kepada mereka ialah hadapi kenyataan hidup sehari-hari dan serahkan masa depan itu kepada Allah S.W.T. Jangan biarkan diri mereka dirunsingkan oleh mimpi-mimpi karut atau dipermainkan oleh tukang-tukang tadbir mimpi yang cuba meraba-raba dalam alam ghaib.Rujukan adalah dari pelbagai sumber yang sahih dan nyata.

Mimpi Melihat Kematian
Mimpi mendapat tahu yang umurnya tidak panjang atau akan mati tidak lama lagi selalunya dipanggil mimpi kematian. Mimpi kematian terpecah kepada banyak jenis dan bahagiannya. Renungkanlah agar kita sama-sama dapat menjadikannya satu iktibar pada masa hadapan, insyaallah.
Umar bin Subaih al-Sa’id berkata: “Saya bermimpi melihat Abdul Aziz bin Sulaiman memakai pakaian hijau dan di atas kepalanya ada mahkota yang diperbuat daripada berlian. Lalu saya bertanya: “Abu Muhammad, bagaimana perasaanmu tentang kematian itu? Dan bagaimana keadaan di sana? “Dia berkata: “Ada pun maut itu, jangan tanya tentang kepedihan dan kesusahannya. Tetapi saya tidak merasakannya kerana kurnia Allah S.W.T. kepadaku.”

1. Penafsiran dan Penyesuaian
Al-Ustaz Abu Sa’id berkata: “Melihat mati dalam mimpi adalah penyesalan daripada perkara yang sangat besar. Sesiapa yang melihat seolah-olah dia mati, kemudian dia hidup lagi, bererti dia mempunyai dosa kemudian dia bertaubat, berdasarkan firman Allah S.W.T.yang bermaksud: Mereka berkata: “Ya Tuhan kami, Engkau telah mematikan kami dua kali dan menghidupkan kami dua kali, lalu kami mengakui dosa-dosa kami.” (al-Mukmin -11)
Sesiapa yang melihat seolah-olah dia mati tanpa didahului sesuatu penyakit dan hal-hal yang menyebabkan kematian, bererti umurnya masih panjang. Sesiapa yang melihat seolah-olah dia belum mati bererti sudah dekat ajalnya. Jika orang yang bermimpi itu seolah-olah menyangka bahawa dia tidak mati untuk selamanya, maka dia akan mati dalam perang sabilillah.
Sesiapa yang bermimpi, lalu dia dimandikan dan dikafani, bererti selamatlah masalah keduniaannya tetapi rosak agamanya. Sesiapa yang melihat imam (pemimpin negeri) mati, bererti akan terjadi bencana di negeri itu, sebagaimana juga bermimpi melihat terjadi bencana di satu negeri menunjukkan matinya imam negeri itu.
Sesiapa yang bermimpi melihat mayat seseorang (yang sudah mati), seolah-olah dia mati lagi, lalu orang-orang menangis, yakni tidak sampai berteriak dan meratap, maka ini menunjukkan akan berkahwin salah seorang zuriatnya. Bemimpi melihat tangisan mereka itu menunjukkan terjadinya sesuatu yang menggembirakan bagi mereka. Menurut satu pendapat bemimpi melihat matinya lagi orang yang sebenarnya sudah mati menunjukkan akan matinya salah seorang keluarganya.
Sesiapa yang bermimpi menjumpai mayat, maka dia akan mendapat harta. Jika datang kepadanya khabar kematian seseorang, bererti akan sampai kepadanya khabar kerosakan agamanya dan meningkatnya masalah keduniaannya. Jika dia melihat seolah-olah anaknya mati, maka dia lepas dari musuhnya.
Jika dia melihat seolah-olah seseorang berkata depada seseorang: “Si Polan meninggal dunia “, maka terjadi kesusahan bagi yang memberitahukan itu. Jika orang hamil bermimpi mati dan orang lain menangisinya tanpa meratap, maka dia akan mendapat anak lelaki dan dia akan bergembira.
Menurut satu pendapat orang bujang yang bermimpi mati menunjukkan dia akan berkahwin, sedangkan orang berkahwin yang bermimpi mati menandakan dia akan bercerai. Ini kerana jika terjadinya kematian akan terjadilah perpisahan. Begitu juga orang yang berkawan intim bemimpi mati menandakan mereka akan berpisah.Sedangkan mimpi meratap, sesiapa yang melihat seolah-olah satu tempat di tempat dijadikan tempat meratap, maka akan terjadi pentadbiran yang tidak baik di tempat itu yang menyebabkan ahlinya bercerai-berai.
Sedangkan mimpi menangis, ada dihikayatkan dari Ibnu Sirin bahawa beliau berkata: “Tangisan yang dilihat dalam tidur ialah sesuatu yang menggembirakan. Tetapi kalau tangisan atau ratapan itu disertai dengan tarian tidak baik mimpinya. Jika seseorang melihat ada orang yang mati, yakni orang yang dikenalnya, dan dia meratapnya dan membunyikan terompet, bererti terjadi musibah atau dukacita bagi orang yang dilihat itu atau bagi keluarganya.
Jika seseorang melihat pemimpin mati dan mereka menangis di belakang jenazahnya tanpa disertai dengan ratapan, maka mereka akan melihat sesuatu yang menggembirakan berlaku ke atas pemimpin itu. Sesiapa yang melihat seolah-olah pemimpin mati dan orang ramai menyebut-nyebutnya orang yang baik, bererti ada kebaikan dalam kepemimpinannya.
Sesiapa yang melihat seolah-olah dia berada di tengah-tengah kumpulan orang-orang yang sudah mati, bermakna dia berada di tengah-tengah orang munafik, ertinya dia menyuruh mereka mengerjakan kebaikan tetapi mereka tidak mengendahkan suruhannya itu.
Sesiapa yang melihat dia pun mati dan tinggal bersama mereka bererti dia mati dalam bid’ah atau pergi merantau dan tidak kembali lagi.
Dan hikayat dan sebahagian mereka (ahli mimpi), sesiapa yang melihat seolah-olah dia bersahabat dengan orang mati akan pergi merantau jauh dan di sana dia mendapat kebaikan yang banyak. Jika dia bemimpi makan bersama orang-orang mati bererti panjang umurnya. Dan melihat matinya pemimpin menunjukkan dia akan digulingkan atau diberhentikan. Sedangkan melihat sakaratulmaut juga tidak baik mimpinya.
2. Memandikan mayat
Adapun mimpi memandikan mayat, sesiapa yang melihat mayat memandikan dirinya sendiri, bermakna keluarga atau anak-anak mayat itu lepas dari dukacita dan bertambah hartanya. Jika mayat itu dimandikan oleh seseorang, bermakna ada orang yang bertaubat di tangan orang yang memandikan itu.
Orang yang memandikan menurut asal mimpinya ialah peniaga yang banyak mendatangkan manfaat dan banyak membantu orang susah, atau juga dimimpikan sebagai orang mulia yang bertaubat di tangannya orang-orang yang berbuat dosa.
Sesiapa yang melihat bersama-sama orang yang memandikan, maka dia akan naik dan lepas dari kesusahan. Jika melihat orang-orang mati mencari orang yang membasuh pakaiannya, bererti orang mati, itu sangat berhajat kepada doa, sedekah dan orang yang akan membayar hutangnya dan melaksanakan wasiatnya. Jika orang yang bemimpi itu melihat seseorang membasuh pakaian orang yang sudah mati, bererti ada kebaikan dari yang memandikan itu yang sudah sampai bagi si mayat.
3. Melihat kafan
Manurut satu pendapat kafan dimimpikan dengan suka melakukan zina. Sesiapa yang melihat tidak sempuma pakaiannya, maka dia diajak melakukan zina tetapi tidak mengendahkannya. Sesiapa yang melihat seolah-olah dia dibungkus dengan kain kafan seperti orang mati, menandakan dia akan mati. Jika dia lihat tidak tertutup kepala dan kakinya bererti ada yang kurang baik dalam agamanya.
Namun demikian terkadang kain kafan yang kurang bagi mayat diertikan sebagai dekatnya kepada taubat sedangkan kain kafan yang berlebihan diertikan sebagai jauhnya daripada taubat.
Sesiapa yang melihat seolah-olah kaum yang tidak dikenal menghiasnya dan memakaikan pakaian kemegahan kepadanya tanpa adanya sesuatu sebab seperti hari raya atau pengantin lalu mereka meninggalkannya bersendirian di satu rumah maka itu menunjukkan akan matinya.
4. Melihat keranda mayat
Sesiapa yang bermimpi seolah-olah dia diusung di dalam keranda, maka akan naik martabatnya dan banyak hartanya. Sesiapa yang bermimpi dimasukkan ke dalam keranda dan tidak ada orang yang mengangkat atau membawanya, bererti dia akan dipenjara.
Sesiapa yang melihat seolah-olah orang yang menghantarnya menangis di belakang kerandanya, maka baik mimpinya, begitu juga kalau dia melihat mereka memuji dan mendoakannya. Kalau dia melihat mereka tidak menangis dan tidak memujinya tidak baik.
Mimpi Sesama Manusia
Adakala kita sering bermimpi yang adakalanya kita berada dalam keadaan bahaya di mana ada orang yang memburu kita dan cuba membunuh kita serta sering berada dalam pelarian dan ketakutan. Baiklah, mimpi sebegini boleh dihuraikan kepada mimpi berjumpa dan melihat orang yang mana terdiri kepada empat golongan iaitu orang tua, kanak, orang yang dikenali dan juga orang yang tidak dikenali. Diharap penerangan di bawah ini boleh dijadikan panduan, wallahuallam.
1. Mimpi melihat lelaki yang dikenali
Al-Ustaz Abu Sa’id berkata; “Bermimpi melihat lelaki yang dikenal menunjukkan akan mendapatkan sesuatu daripadanya, dari orang yang mirip dengannya atau yang satu nama dengannya.”
Maksud bemimpi menerima barang-barang berharga daripadanya bererti mendapatkan sesuatu yang dicita-citakan daripadanya. Kalau yang bermimpi itu orang yang layak menjadi pemimpin dan dia melihat menerima kemeja baru daripadanya, maka dia akan memimpin orang itu. Bermimpi menerima tali dari seseorang bererti ada berjanji denganya.
2. Melihat orang tua
Melihat orang tua yang tidak dikenal atau yang berumur 35 tahun ke atas menunjukkan terbatasnya umur orang yang bermimpi itu. Sesiapa yang melihat seolah-olah dia mengikuti orang tua, bererti dia mengikut kebaikan. Sesiapa yang melihat orang tua Rasytaq, bererti dia mendapat kawan yang luas atau ganas dan melihat orang tua Turki bererti dia mendapat kawan yang baik.
3. Melihat pemuda / tidak dikenali
Mimpi pemuda adalah musuh. Bermimpi melihat pemuda putih merupakan musuh yang tersembunyi, pemuda hitam adalah musuh yang kaya, pemuda berkulit kemerah-merahan merupakan musuh yang tua.
Jika orang yang bermimpi itu melihat diikuti oleh pemuda bererti dia akan berjumpa dengan musuh. Jika dia melihat bertembung melihat orang tua berubah menjadi anak muda, maka bermacam-macam mimpinya. Ada yang mengatakan dia akan mendapat kesenangan. Ada yang mengatakan dia akan mendapat kemerosotan, sama ada masalah dunia atau agamanya, ada yang mengatakan dia akan mati.
Jika dia melihat pemuda yang tidak dikenal dan sangat marah melihatnya, maka dia akan berjumpa dengan musuh yang sangat dibenci orang. Jika dia senang melihatnya, maka dia akan bertemu musuh yang disukainya.Perempuan yang melihat perempuan muda dalam tidurnya bererti itu adalah musuh baginya dalam keadaan apa pun. Tetapi bermimpi melihat perempuan tua, bererti itu dunianya. Jika dia melihat wanita itu berhias mendedahkan auratnya, maka dia akan mendapatkan kesenangan dunianya. Jika dia melihat wanita tua itu berpaling muka, maka hilanglah kemegahannya.
Jika dia melihat orang tua masuk ke dalam rumahnya bererti dia akan mendapat kesenangan dunia dan jika dia melihatnya keluar dari rumahnya bererti hilang kesenangan dunianya. Kalau dia melihat wanita tua itu bukan Islam bererti kesenangan yang itu kesenangan yang haram, tetapi kalau Islam bererti kesenangannya itu kesenangan yang halal.
Jika dia melihat seolah-olah wanita muda bertukar menjadi wanita tua menunjukkan baiknya dunianya. Jika ada lelaki melihat wanita tua yang tidak suka kepadanya sedangkan dia suka melihatnya bererti dia susah mendapat kesenangan dunia. Jika wanita itu nampaknya suka kepadanya, maka dia mendapat kesenangan dunia sekadar kesukaan wanita tua itu.
4. Melihat kanak-kanak
Mimpi kanak-kanak ialah musuh yang lemah. Jika ada lelaki yang bermimpi seolah-olah dia berubah menjadi kanak-kanak bererti hilang maruahnya. Namun demikian mimpinya itu menunjukkan akan hilangnya kesusahannya. Jika dia melihat seolah-olah mendukung kanak-kanak, bererti dia akan mentadbir kerajaan.
Sesiapa yang melihat seolah-olah dia belajar Quran atau adab bererti dia lepas dari dosa. Sesiapa yang melihat seolah-olah dia mempunyai anak yang ramai bererti akan menghadapi kesusahan kerana mengurus kanak-kanak pun banyak kesusahannya.Menurut hikayat, ada seorang lelaki mendatangi Ibnu Sirin dan berkata: “Saya bermimpi seolah-olah di bilik saya ada kanak-kanak menjerit” Maka Ibnu Sirin berkata: “Takutlah kepada Allah dan janganlah memukul orang dengan kayu.”
Melihat kanak-kanak perempuan dalam tidur bererti mendapat keringanan dan kemudahan setelah, menghadapi kesusahan. Sesiapa yang bermimpi membeli hamba abdi bererti dia mendapat kesusahan dan sesiapa yang bermimpi membeli hamba sahaya akan mendapat kebaikan.
Jika ada hamba abdi, yang belum akil baligh, bemimpi seolah-olah dia sudah baligh bererti dia akan merdeka. Jika dia melihat seolah-olah sudah baligh, lalu diberikan kepadanya kain putih, maka dia akan mengahwini perempuan merdeka. Jika dia melihat diberikan kepadanya pakaian hitam bererti dia menikahi perempuan bekas hamba sahaya. Jika dia melihat diberikan pakaian merah bererti dia akan mengahwini perempuan mulia. Tetapi jika orang yang sudah tua bermimpi seperti ini maka dia akan mati. Jika orang yang mengerjakan maksiat tersembunyi melihatnya, maka akan ketahuan perbuatannya.
Sesiapa yang bermimpi mempunyai anak lelaki yang sudah akil baligh, bererti itu merupakan kemegahan dan kekuatan baginya. Tetapi kemegahan dan kekuatan itu lebih besar kemungkinan berlaku pada ibu anak itu. Perempuan yang bermimpi mempunyai anak lelaki yang sudah dewasa, bererti satu kebaikan yang akan datang kepadanya. Nainun demikian kata satu pendapat orang yang mempunyai anak kecil, kemudian dia melihat seolah-olah sudah dewasa, bererti menunjukkan akan matinya. Kata yang lain lagi melihat kanak-kanak seolah-olah sudah menjadi dewasa menunjukkan kepada kekuatan dan pertolongan.
Ada orang yang isterinya sedang hamil bermimpi seakan-akan lahirnya anak lelaki tetapi rupanya isterinya melahirkan anak perempuan. Ada juga yang bemimpi mendapat anak perempuan tetapi dia mendapat anak lelaki. Bahkan ada juga yang tepat seperti yang dilihatnya dalam mimpinya itu.
Ada seorang wanita di Makkah bermimpi seakan-akan di sekeliling Ka’bah ada bidadari-bidadari yang sedang memegang wangi-wangian. Tiba-tiba ada orang berkata kepada wanita itu: “Tahukah engkau bahawa Abdul Aziz bin Abu Daud berkahwin malam ini?” Setelah terbangun rupanya Abdul Aziz sudah mati.
KesimpulanSeperti yang telah katakan pada email saya yang lalu, semua kejadian dan takdir serta ajal maut adalah rahsia Allah swt. Kita boleh berdoa sebagai satu alat perhubungan atau permintaan kita kepada-Nya. Berdoalah dan mintalah dari-Nya. Minta yang baik, maka baiklah datangnya tetapi meminta yang buruk, buruklah jadinya, wallahuallam.
Kita juga boleh mengamalkan adab-adab ketika lepas bermimpi seperti mimpi tersebut amat menghantui kita, disunatkan melakukan perkara-perkara berikut :
1. Membaca ta’awwuz (A’uuzubillahi minasysyaitoonir roojiim)
2. Meludah kesebelah kiri kita sebanyak 3 kali.
3. Mengubah cara tidur ke sebelah yang lain.
4. Bangun sembahyang 2 rakaat (kalau termampu) dan berdoalah agar kita dijauhkan dari musibah dan bencana serta mintalah yang baik-baik serta perlindungan dari-Nya.
Kalau diamalkan perkara di atas Insya-Allah mimpi yang buruk itu tidak ada apa-apa kesan ke atas kita, wallahualam.
Dipetik dan disusun semula dari kitab-kitab karangan Ibnu Sirin, Imam Ad-dahlawi, Imam An-Nawawi dan Imam Ibnu Hajar.

Tuesday, October 19, 2010

KAJIAN UPM: PENGARUH RAKAN PUNCA UTAMA SALAH LAKU SEKSUAL REMAJA

KUALA LUMPUR: Kajian terbaru Universiti Putra Malaysia (UPM) mendedahkan lebih 300 remaja Melayu di bandar dan luar bandar berusia antara 13 hingga 25 tahun mengakui terbabit dengan salah laku seksual dan gejala seks bebas, sehingga ada yang menggugurkan janin.

Lebih mengejutkan, kira-kira 85 peratus daripada mereka yang melakukan perbuatan itu, bukan saja tidak kesal, malu atau takut dari segi dosa malah menyifatkan pengalaman berkenaan sebagai menyeronokkan.

Menurut kajian itu, mereka yang terjebak dengan gejala terbabit bukan disebabkan faktor tekanan akibat kegagalan institusi keluarga termasuk rumah tangga porak-peranda, sebaliknya tertarik dengan pengaruh rakan sebaya. Sebahagian besar mereka juga mengakui menerima pendidikan agama mencukupi.

Dapatan itu diperoleh daripada kajian enam bulan bertajuk ‘Keterlibatan Remaja Dalam Salah Laku Seksual’ dengan 400 responden ditumpukan kepada dua kumpulan sasaran di Lembah Klang dan juga kawasan luar bandar, iaitu pelajar sekolah menengah daripada Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima serta remaja di bawah usia 25 tahun. Kajian itu siap sepenuhnya Disember lalu.

Pengarah Pusat Kokurikulum UPM yang mengetuai kajian itu, Prof Madya Dr Mohammad Shatar Sabran, berkata ada responden mengakui terdedah kepada ‘dunia seksual’ seawal sekolah rendah, termasuk muat turun gambar lucah melalui telefon bimbit, menonton video lucah dan melayari laman web pornografi.

Beliau yang memfokus kepada pembinaan modal insan, pembangunan sahsiah dan kemahiran insaniah dalam bidang tugasannya berkata, penggunaan bahasa serta isyarat lucah dalam komunikasi dan pergaulan harian bersama rakan sebaya pada usia begitu mentah juga menjadi amalan mereka.
“Lebih menyedihkan apabila yang menjadi keutamaan remaja terbabit dengan seks bebas itu ialah ‘buat selagi tidak mengandung’. Mereka langsung tidak mementingkan soal dosa seolah-olah agenda ketuhanan tiada dalam hidup.

“Ada responden yang menjawab mereka tahu perbuatan itu berdosa tetapi berkata ‘enjoy dulu, nanti taubatlah’. Ini bermakna remaja berkenaan ada pengetahuan dan kesedaran agama, tetapi ia tidak menyentuh jiwa mereka.

“Walaupun dapatan kajian di luar bandar dan Lembah Klang menunjukkan hasil lebih kurang sama, senario di luar bandar itu boleh dianggap lebih mengejutkan apabila ramai remajanya turut terjebak dengan gejala ini sedangkan kawasan berkenaan tidak mendapat pendedahan seperti di bandar raya,” katanya kepada Berita Harian.

Mohammad Shatar berkata, kajian membabitkan jumlah seimbang dari segi responden lelaki dan perempuan itu dilakukan sebagai projek tahun akhir pelajarnya dengan menyenaraikan 25 aktiviti salah laku seksual daripada peringkat ‘ringan-ringan’ seperti meraba, bercium dan berpeluk hingga peringkat kes berat meliputi seks bebas serta menggugurkan janin.

Beliau berkata, hasil kajian juga mendapati ada beberapa faktor yang umpama ‘mencurah minyak ke dalam api’ yang menambah kepada gejala itu, termasuk kebebasan dan kepercayaan terlalu tinggi diberikan oleh ibu bapa kepada anak.

“Memang amat penting untuk memberi pendidikan agama secukupnya kepada anak, tetapi itu bukanlah jaminan kerana ia mesti dilengkapi pengawasan berterusan daripada ibu bapa. Jangan terlalu bersangka baik atau menjadikan penampilan luaran anak seperti dari segi cara berpakaian dan tingkah laku sebagai ukuran mutlak bahawa mereka selamat atau terhindar daripada pengaruh gejala seks ini.

“ Pengaruh luar amat berkuasa terhadap remaja, lazimnya bukan daripada keluarga sendiri. Justeru, ibu bapa tetap perlu berhati-hati dengan menyimpan 50 peratus ketidakpercayaan terhadap anak, termasuk membuat pemeriksaan mengejut dari semasa ke semasa.

“Selain itu, disyorkan ibu dan bapa melakukan ‘pemeriksaan fizikal’ yang sewajarnya dan secara berhemah terhadap anak perempuan dan juga anak lelaki dari semasa ke semasa demi memastikan mereka tidak menyembunyikan sebarang ‘tanda’ berkaitan.

“Dalam konteks ini, jangan mudah terpedaya dengan ideologi kebebasan peribadi dari Barat kerana ada ibu bapa harus mengetepikan elemen privasi demi menyelamatkan anak selagi tindakan yang diambil tidak melampaui batasan,” katanya.


  * Apa yang Makngah ingin luahkan juga ialah faktor sampingan kepada perkara ini ialah mengenai peranan guru-guru di sekolah. Ada segelintir guru yang kebiasaannya guru lelaki di sekolah menengah (terutama ting.6) suka bercakap kotor, lucah dan "double meaning". Guru-guru yang dimaksudkan itu mungkin menganggap itu sebagai berseloroh padahal hakikatnya hal itu sudah dikategorikan sebagai "gangguan seksual" kerana menimbulkan rasa terganggu dan tidak selesa kepada kebanyakan pelajar perempuan dan segelintir pelajar lelaki yang tahu batas-batas ajaran agama. Oleh itu sedar-sedarlah wahai para pendidik. Ingatlah bahawasanya setiap tutur katamu itu ialah kata-kata keramat kepada para pelajarmu.

Sunday, October 17, 2010

HARI TANPA PLASTIK

Hari Tanpa Plastik: 30,000 Tan Sisa Pepejal Menjelang 2020 Dapat Dikurangkan

PETALING JAYA: Pelaksanaan kempen Hari Tanpa Plastik di seluruh negara bermula Januari tahun depan disifatkan dapat membantu mengurangkan jumlah sisa pepejal yang dijangka mencecah sebanyak 30,000 tan menjelang 2020.
Ketua Pengarah Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara, Datuk Nadzri Yahaya berkata, rakyat Malaysia menghasilkan lebih 19,000 tan sisa pepejal setiap tahun dan 24 peratus daripada jumlah itu adalah pastik.
“Pelaksanaan kempen itu melibatkan pengurangan iaitu salah satu daripada konsep 3R (kurangkan, guna semula dan kitar semula).
“Secara tidak langsung, ini dapat mengurangkan lebih banyak plastik digunakan sehingga mengakibatkan pembaziran,” katanya ketika dihubungi mStar Online, Ahad.
Beliau mengulas mengenai pengumuman kempen Hari Tanpa Plastik yang dibuat oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Sabtu.
Langkah pelaksanaan kempen itu bertujuan menyelaraskan dan memperluaskan gerakan kempen berkenaan yang kini dilaksanakan di pasar raya besar.
Bagaimanapun Nadzri berkata, sukar untuk mengenal pasti kadar pengurangan penggunaan plastik pada masa ini berikutan kempen itu hanya akan dilaksanakan pada tahun depan.
"Kita akan membuat kajian mengenainya bagi meneliti sejauh mana penggunaan plastik dalam sehari dapat dikurangkan.
“Pada masa sama, usaha 3R dipergiatkan bagi memastikan sistem pengurusan sisa pepejal lebih cekap agar 30,000 tan sisa pepejal menjelang 2020 dapat dikurangkan,” katanya mengenai peranan Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara sebagai agensi di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Pelaksanaan kempen Hari Tanpa Plastik itu bukan satu percubaan tetapi memperlihatkan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dalam usaha memelihara alam sekitar.
Nadzri berkata, selain KPDNKK, terdapat beberapa kementerian lain turut memberikan kerjasama dalam usaha memelihara alam sekitar melibatkan konsep 3R.
“Seperti Kementerian Pelajaran yang memberi kesedaran kepada pelajar agar mengurangkan penggunaan beg plastik dan membuat kitar semula,” katanya.
Beliau menambah, pengurangan atau reduce adalah penting bagi mengatasi kandungan sisa pepejal yang diuruskan sebelum ia terlepas ke tapak pelupusan.
“Plastik adalah bahan yang tidak mudah dilupuskan mengambil masa berpuluh-puluh atau ratusan tahun untuk dilupuskan.
“Oleh itu, lebih baik penggunaannya dioptimumkan daripada membiarkannya terus menjadi sampah. Ini semua melibatkan kerjasama dan kesedaran semua,” katanya.

* Hal penggunaan plastik ini perlu diberi perhatian berat khasnya oleh pihak berkuasa dan amnya oleh orang ramai sebagai pengguna kerana kesan buruk yang didatangkannya.

Saturday, October 16, 2010

SISTEM PENDIDIKAN DIROMBAK LAGI

KUALA LUMPUR 15 Okt. – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, sistem pendidikan negara akan dirombak dengan penekanan diberi kepada daya pemikiran, sahsiah diri, kreativiti, inovasi serta daya saing yang tinggi.
Bagi tujuan itu Perdana Menteri menjelaskan, kerajaan sudah meluluskan dana sebanyak RM6.4 bilion bagi membina dan menaik taraf sekolah, asrama, peralatan serta memartabatkan profesion guru.
Pada masa yang sama beliau memberitahu, tambahan sejumlah RM213 juta turut disediakan bagi memberi ganjaran kepada sekolah berprestasi tinggi, pengetua, guru besar serta guru yang cemerlang.
“Kerajaan tidak akan berdikit dalam soal pendidikan dan kita juga tidak akan berkompromi dengan kualiti sistemnya. Mereka (anak-anak) akan disediakan dengan segala kelebihan untuk bersaing,” katanya semasa membentang Bajet 2011, di Dewan Rakyat, hari ini.
Dalam pada itu, Najib menegaskan, bidang pendidikan harus bersifat melangkaui fahaman politik kerana setiap anak Malaysia tanpa mengira latar belakang kaum, adalah aset dan warisan masa depan negara.
Sehubungan itu katanya, kerajaan menyediakan dana pembangunan RM250 juta kepada sekolah bantuan modal agama, Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina, SJK Tamil, sekolah bantuan modal Mubaligh dan sekolah bantuan di seluruh negara.
“Bagi mengiktiraf Pendidikan Islam pula, kerajaan bersetuju bagi membiayai bantuan per kapita untuk sekolah-sekolah agama rakyat sama ada rendah dan menengah dengan peruntukan RM95 juta.
“Manakala, bagi menyediakan guru dan tenaga pengajar kompeten serta berkualiti agar dapat membimbing dan mendidik pelajar dengan baik, RM576 juta diperuntukan dalam bentuk biasiswa untuk mereka melanjutkan pengajian,” katanya.
Mengenai usaha untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar pula, Perdana Menteri memberitahu, kerajaan bersetuju untuk mengambil 375 guru asing dari United Kingdom dan Australia.
Sementara itu, Najib menambah, pembangunan modal insan di peringkat kanak-kanak juga tidak dilupakan apabila sebanyak RM111 juta disalurkan untuk Program Asuhan dan Didikan Kanak-Kanak (Permata).
“Peruntukan ini antaranya bagi pembinaan Fasa Kedua Kompleks Sekolah Permata Pintar, membina 32 Pusat Anak Permata Negara (PAPN), membiayai operasi 52 PAPN serta meneruskan program Permata Pintar,” katanya.

Friday, October 15, 2010

HENTI GUNA BAHASA MELAYU ROJAK

2010/10/15

BEBERAPA pihak menulis baru-baru ini mengenai pentingnya memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan sempena Bulan Bahasa Kebangsaan 2010.

Adalah wajar Bulan Bahasa Kebangsaan dianjurkan setiap tahun sebagai suatu peringatan kepada semua warga Malaysia untuk memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan kita, selain daripada usaha membolehkan kita menguasai bahasa Melayu dengan tepat.

Tidak dapat dinafikan bahawa sejak kemerdekaan sehingga kini, bahasa Melayu sudah memainkan peranannya sebagai bahasa komunikasi antara kaum dan dapat menyumbangkan kepada integrasi kaum. Sempena Bulan Bahasa Kebangsaan, saya ingin mengemukakan mengenai isu pencemaran bahasa Melayu yang berleluasa seperti pada dialog filem dan dalam perbualan seharian sama ada dalam program televisyen atau percakapan seharian yang mencerminkan fenomena bahasa rojak.

Saya dan ramai yang lain khuatir dengan aliran pertuturan bahasa rojak iaitu campuran bahasa Melayu dan Inggeris yang mencerminkan tidak yakinnya terhadap bahasa Melayu dan penggunaan bahasa kebangsaan dengan betul.

Bukan saya menentang penggunaan bahasa Inggeris tetapi apa yang saya bangkitkan ialah mengapa kita tidak bertutur bahasa Melayu sepenuhnya jika ingin menggunakan bahasa itu.

Begitu juga jika ingin menggunakan bahasa Inggeris, gunakan sepenuhnya tanpa perlu dicampurkan dengan bahasa Melayu. Sungguhpun saya bukan pakar linguistik atau pejuang bahasa Melayu, saya berpendapat masa sudah tiba bagi semua pihak untuk memperbetulkan fenomena bahasa rojak ini dan jangan menjadikannya satu budaya atau cara hidup di negara kita.

Mesej yang saya ingin sampaikan ialah kita tidak dapat memartabatkan bahasa Melayu kalau kita cenderung mencampur-adukkan percakapan dalam bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris atau kita tidak dapat memperkukuhkan bahasa Inggeris dengan mencampur-adukkan percakapan bahasa Inggeris dengan bahasa Melayu.

TAN SRI LEE LAM THYE,
Kuala Lumpur.

* Makngah setuju sangatlah dengan pendapat personaliti ini. Ini gambaran warganegara yang prihatin dengan perlembagaan negara dan ikhlas menyumbang idea dan tenaga untuk kesejahteraan hidup bersama di negara Malaysia yang tercinta ini BUKAN SEPERTI SESETENGAH PERSONALITI ITU HATTA ORANG MELAYU SENDIRI......fikir-fikirkan.

Wednesday, October 13, 2010

TUBUH SURUHANJAYA BAHASA KEBANGSAAN

KUALA LUMPUR 12 Okt. - Pergerakan Pemuda UMNO menyarankan kerajaan agar menubuhkan Suruhanjaya Bahasa Kebangsaan (SBK) supaya kedaulatan bahasa Melayu akan terus terjamin seperti yang termaktub dalam Perlembagaan negara.
Exconya, Jamawi Jaafar berkata, suruhanjaya ini akan berperanan sebagai penguat kuasa yang boleh mengambil tindakan mengikut undang-undang supaya bahasa Melayu digunakan secara menyeluruh dalam semua urusan.
"Sudah tiba masanya, tindakan tegas ini diambil bagi memastikan bahasa Melayu tidak dipinggirkan secara halus dan sistematik oleh sesetengah pihak yang tidak patriotik," katanya kepada Utusan Malaysia, di sini semalam.
Pengerusi Biro Kebudayaan dan Kesenian pergerakan itu berkata demikian ketika diminta mengulas saranan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk memperkasakan bahasa Melayu ketika pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan di Ipoh, Perak, baru-baru ini.
Seterusnya, beliau menjelaskan, SBK boleh diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri atau melapor terus kepada Parlimen.
Oleh sebab itu, ujarnya, bidang kuasa SBK seharusnya tidak terbatas kepada Undang-Undang Kecil Iklan dan Garis Panduan Papan Iklan yang kini dikuatkuasakan oleh kesemua 146 pihak berkuasa tempatan (PBT) di negara ini.
"Undang-undang sedia ada perlu diperkemaskan agar bahasa Melayu diutamakan dalam dokumen rasmi urusan pentadbiran, perundangan dan bahan terbitan bercetak atau secara elektronik," cadang Jamawi.
Melalui SBK juga, sikap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang menggunakan tulisan Cina untuk papan tanda nama jalan boleh disekat dan dikenakan tindakan undang-undang.
"Bentuk kesalahan dan tindakan yang akan dikenakan kepada pesalah bahasa ini biarlah dibincang oleh ahli suruhanjaya yang dilantik sebelum dibentang kepada parlimen untuk dibahas dan diluluskan," katanya.
Pada dasarnya, SBK mesti diberi kuasa untuk mengambil tindakan segera tanpa perlu menunggu perbicaraan di mahkamah, kata Jamawi.
Dalam pada itu, beliau menegaskan, SBK ini bukan bertujuan mengambil alih peranan atau fungsi Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).
"Suruhanjaya ini sebagai pelengkap dan jika menjadi kenyataan, DBP boleh fokus kepada usaha pengembangan dan pengukuhan bahasa Melayu tanpa perlu memikirkan soal penguatkuasaan dan pemantauan," katanya.
Menurut beliau, DBP boleh terus berfungsi untuk menerbitkan lebih banyak karya agung, mencipta istilah dan terma baru serta menganjurkan wacana atau forum peringkat dunia.

* Makngah Setuju Sangat, ....sangatlah setuju dengan cadangan itu.

FAKTA PENGGUNA BAHASA DI DUNIA

Berikut adalah bahasa pertuturan utama di dunia beserta bilangan penuturnya.

Bahasa...................................Bilangan Penutur (Orang)


1. Bahasa Cina........................1000 juta orang


2. Bahasa Inggeris....................450 juta orang


3. Bahasa Hindi........................310 juta orang


4. Bahasa Sepanyol..................300 juta orang


5. Bahasa Arab........................180 juta orang


6. Bahasa Melayu...................130 juta orang


7. Bahasa Perancis....................115 Juta orang


Berbanggalah kita kerana bahasa Melayu ternyata mempunyai bilangan penutur sehingga 130 juta

orang. Antara negara yang menggunakan bahasa Melayu ialah Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura. Walau bagaimanapun fakta ini akan berubah jika situasi orang Melayu di Malaysia berasa MALU bertutur bahasa Melayu. Asal terpelajar sedikit, sudah malu bercakap bahasa Melayu. Maka tidak mustahil akan pupuslah bahasa Melayu itu.

Akhir kata:

Tingkap papan kayu bersegi,
Sampan sakat di Pulau Angsa,
Indah tampang kerana budi,
Tinggi darjat kerana bahasa.

Sumber: December Books Publication

Friday, October 8, 2010

BAHASA IDENTITI NEGARA

Sekumpulan pakar, pencinta dan aktivis bahasa yang mewakili agensi kerajaan dan swasta, persatuan dan individu pada perbincangan "Meja Bulat Memartabatkan Bahasa Melayu" April lalu mencadangkan supaya Jawatankuasa Khas Kabinet ditubuhkan khusus untuk memperjuang hal berkaitan Bahasa Melayu.
Jawatankuasa itu diharap akan membolehkan sebarang perkara berhubung bahasa kebangsaan mendapat perhatian kerajaan dan diselaraskan antara kementerian dan agensi yang berkaitan, khususnya Kementerian Pelajaran, Kementerian Pengajian Tinggi dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
Pada pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan 5 Oktober lepas, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin turut menggesa PBT memainkan peranan dalam membantu kerajaan memperkasa penggunaan bahasa kebangsaan di tempat awam.
Mereka boleh menguatkuasakan Undang-undang Kecil Iklan dan Garis Panduan Papan Iklan bagai memastikan tiada lagi paparan iklan dan penamaan bangunan serta premis yang tidak menggunakan bahasa kebangsaan.
Dalam urusan seharian, beliau mahu semua pemimpin korporat supaya tidak meminggirkan bahasa kebangsaan.
“Penggunaan bahasa kebangsaan dalam kalangan syarikat berkaitan kerajaan, institusi perbankan, kewangan dan insurans seperti penggunaan dokumen rasmi, papan tanda dan borang yang digunakan, perlulah diberi penegasan,” katanya.
Selepas 53 tahun Malaysia merdeka dan sematang usianya, gesaan Timbalan Perdana Menteri itu bukan remeh tetapi penting untuk memastikan bahasa kebangsaan kekal relevan dalam dunia perniagaan dan perdagangan hari ini.
Penegasan semula penggunaan Bahasa Melayu ini dalam urusan rasmi seperti mesyuarat dan urusan kerajaan turut diungkap oleh persidangaan meja bulat itu dalam memorandum yang dicadang dihantar kepada Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran.
Kata mereka, penggunaan ayat/istilah /perkataan dalam bahasa lain hanya patut dibenarkan dengan izin seperti yang dipraktis di Parlimen.
PENEKANAN BAHASA DI SEKOLAH
Kebanyakan mereka memberi penekanan kepada usaha ini di peringkat sekolah – “melentur buluh biarlan dari rebungnya”,. Kebetulan penganjur ialah Kementerian Pelajaran dengan kerjasama Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM).
Yang ditekankan ialah usaha memberikan nilai dan kepentingan bahasa kebangsaan. Antaranya syarat lulus Bahasa Melayu dalam pensijilan terbuka, hendaklah ditingkatkan daripada lulus (Gred E) kepada kepujian gred C.
Pelajar tingkatan enam sepatutnya diwajibkan mengambil mata pelajaran Bahasa Melayu dan syarat kelulusan Bahasa Melayu untuk kemasukan ke tingkatan enam, IPTA dan IPTS perlu ditingkatkan.
Dengan meluasnya pendedahan anak muda kepada bahasa SMS, berbual di Internet, twitter dan facebook misalnya, dibimbangi tahap pengungkapan Bahasa Melayu mereka semakin merosot.
Seorang aktivis mencadangkan supaya ujian lisan diwajibkan di sekolah-sekolah dan dijadikan syarat kelayakan menyambung pengajian di universiti.
Antara usaha menggalakkan penuturan Bahasa Melayu yang betul juga ialah dengan menganjurkan aktiviti untuk pelajar. Umpamanya jika sekolah-sekolah sering mengadakan aktivti sehari berbahasa Inggeris, sepatutnya aktiviti yang sama boleh dibuat untuk Bahasa Melayu.
Kenapa harus malu atau dianggap tidak sepatutnya Bahasa Melayu direndahkan martabat melalui penghidupan aktiviti sebegini kerana hari istimewa itu boleh diisi dengan program bertutur dalam Bahasa Melayu yang betul melalui perbualan, pembacaan puisi, peraduan dan kuiz, pementasan drama dan sebagainya.
SYARAT WAJIB
Ketua Dua Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena), Prof Datuk Dr Abdul Latif berkata kurikulum Bahasa Melayu bukan sahaja perlu mengutamakan ujian lisan dengan keputusannya diambil kira dalam peperiksaan, bahkan mata pelajaran itu mesti dijadikan syarat wajib lulus dengan kepujian untuk mendapat sijil.
Keputusan Bahasa Melayu juga perlu diambil kira dalam syarat masuk ke IPT dan sebagai syarat mendapatkan pekerjaan dalam sektor kerajaan mahupun swasta, katanya.
Felo Penyeldidik Utama di Institut Alam dan Tamadun Melayau (Atma) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Dr Teo Kok Seong berkata tindakan menjadikan mata pelajaran Bahasa Melayu lulus sahaja dalam peperiksaan ialah satu kerugian kerana untuk syarat lulus sahaja menyebabkan pelajar, khususnya bukan Melayu sudah mencuba menguasai bahasa itu sebaik-baiknya.
Justeru jika syarat lulus itu diubah kepada kredit, sudah tentu keupayaan dan kebolehan berbahasa kebangsaan dengan betul dan tepat akan menjadi keutamaan mereka, katanya.
Bagi menjadikan usaha ini selari dengan gagasan 1Malaysia, nama sekolah jenis kebangsaan dicadang ditukar kepada sekolah kebangsaan dan menjadikan Bahasa Melayu bahasa pengantar di sekolah dan universiti.
Pelajar antarabangsa di IPT juga hendaklah diwajibkan mengikuti kursus Bahasa Melayu seperti amalan lazim bagi pelajar antarabangsa di universiti luar negara.
Turut dicadangkan ialah komponen kesusasteraan Melayu dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dikeluarkan dan dijadikan mata pelajaran teras, menggunakan karya bermutu untuk kajian dan apresiasi pelajar.
KELAYAKAN GURU
Dalam memberikan penekanan terhadap pelajar, turut diberi perhatian ialah cadangan untuk memastikan guru-guru menguasai Bahasa Melayu dengan baik supaya ilmu yang diperturun betul.
Maka itu dicadangkan syarat pencapaian yang baik ini juga harus diwajibkan sebagai syarat dalam mengikuti kursus perguruan.
Guru mata pelajaran Bahasa Melayu mestilah berpengkhususan Bahasa Melayu, harus mempunyai keterampilan Bahasa Melayu yang tinggi serta menguasai nilai estetik dan budaya Melayu yang mencirikannya. Dalam hal ini mereka harus diberi keistimewaan sama seperti guru yang mengajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris sebelum ini.
Tahap penguasaan ilmu Bahasa Melayu guru-guru ini perlu ditingkatkan melalui program latihan yang lebih berkesan sementara guru mata pelajaran lain juga dimestikan menggunakan bahasa kebangsaan yang baik serta mengambil kira aspek bahasa dalam memberi markah kertas peperiksaan pelajar.
DEFINISI MARTABATKAN BAHASA MELAYU
ITNM dalam kenyataannya mengenai perbincangan meja bulat itu menjelaskan bahawa umumnya frasa “memartabatkan Bahasa Melayu” didefinisikan sebagai memberi kedudukan tinggi lagi bermaruah serta berprestij kepada Bahasa Melayu dalam kalangan penutur aslinya dan masyarakat lain pada peringkat nasional, serantau dan global.
Bahasa Melayu yang bermartabat ialah bahasa yang mempunyai kedudukan ekonomi yang tinggi sebagaimana dibuktikan oleh bahasa utama dunia khsusnya bahasa Inggeris, Perancis dan Jepun.
Bagi memartabatkan Bahasa Melayu, ia tentu sekali perlu menjadi bahasa yang mendukung pelbagai disiplin ilmu dan digunakan sepenuhnya dalam pentadbiran negara, penggubalan dan perumusan undang-undang, perbicaraan kes di mahkamah dan sektor kehakiman, sektor perdagangan, ekonomi korporat, pasaran saham, kedoktoran, kejuruteraan, teknologi maklumat dan pelbagai bidang penting serta utama yang menunjangi kemajuan bangsa serta negara di pentas global.
Bulan Bahasa Kebangsaan tahun ini yang bertemakam 1Bahasa 1Bangsa 1Negara mempunyai matlamat yang sama iaitu penggunaannya harus diteguhkan dengan sikap masyarakat sendiri dalam mengamalkannya.
Muhyiddin menegaskan bahawa penguatkuasaan undang-undang tanpa ada kerelaan diri untuk menghormati bahasa kebangsaan tidak akan mampu menjayakan matlamat yang dihasratkan.
Penguasaan Bahasa Melayu juga berupaya menjadi komponen penting dalam menzahirkan perasaan cintakan negara, sekaligus memperkukuh perpaduan melalui satu bahasa yang menyerlahkan identiti masyarakat dan negara. - BERNAMA

BOLEH BAWA MAUT JIKA TERLALU LAMA MENGHADAP KOMPUTER


Sejak akhir-akhir terdengar beberapa webmaster diserang dengan pelbagai jenis penyakit sehingga ada di antaranya begitu kritikal sehingga terpaksa dimasukkan ke wad hospital untuk pemantauan kesihatan. Malah ada telah sampai ke tahap kritikal sehingga diserang penyakit angin ahmar.

Ramai yang masih tidak sedar bahawa duduk terlalu lama di depan komputer atau bekerja selama berjam-jam secara pasif di atas kerusi akan membuat otot-otot tubuh kita terasa kaku, keras dan mata menjadi pedih. Malah selain keluhan ringan tersebut tersembunyi juga ancaman lain yang berisiko bagi kesihatan.


New Zealand Medical Journal dalam edisi terbaru, melaporkan kajian dari Institut Penyelidikan Perubatan New Zealand menunjukkan bahawa pekerja pejabat yang menghabiskan masa terlalu lama duduk di meja masing-masing berisiko tinggi menghadapi masalah darah beku. Penyelidik mendapati, satu pertiga daripada pesakit yang dimasukkan ke hospital kerana mengidap -trombosis pembuluh darah vena (DVT) atau darah beku, adalah mereka yang menghabiskan masa berjam-jam mengadap komputer.

Penyakit Deep Vein Thrombosis (DVT) ini adalah disebabkan darah beku yang menyebabkan salur pembuluh darah terutamanya di bahagian peha dan betis tersumbat.
Keadaan ini berlaku kerana aliran darah yang tidak baik hasil dari aktiviti yang pasif dan rehat yang berlebihan.

Hal ini akan diperburukkan apabila bilik yang diduduki berhawa dingin iaitu udara yang sejuk itu mempercepatkan kadar pembekuan darah terutama di bahagian kaki.

Ketua penyelidik, Profesor Richard Beasley berkata sebahagian pekerja pejabat yang mengidap masalah itu duduk di depan skrin komputer selama lebih 10 jam sehari. Masalah ini biasanya dihadapi oleh pekerja dalam industri teknologi maklumat dan pusat panggilan.

Sekitar 34 peratus dari 62 sampel yang mengalami gumpalan darah ialah mereka yang dalam jangka waktu lama bekerja dengan duduk di kerusi, sementara 21 peratus penderita lainnya terdiri daripada mereka yang melakukan perjalanan jarak jauh menaiki kapal terbang, seperti disiarkan oleh AFP.

DVT itu sendiri merupakan menurut pakar kesihatan ialah pembentukan gumpalan darah nadi bahagian dalam, paling sering dijumpai di kaki. Gumpalan tersebut boleh berpindah ke jantung, paru-paru atau otak dan boleh menyebabkan rasa sakit di dada, sesak nafas, bahkan membawa kematian akibat serangan jantung atau angin ahmar.

Pakar Perunding Paru-Paru, Institut Perubatan Respiratori, Dr Ashari Yunus berkata darah beku ini datang dari kaki, tetapi juga boleh berpunca daripada pembuluh darah di lengan, bahagian kanan jantung malah hujung kateter yang ditempatkan dalam pembuluh darah. Dalam kes yang sangat jarang berlaku, lemak atau tisu dari tumor atau kelompok bakteria mungkin boleh berkumpul di arteri paru-paru.


Mengapa pulmonari embolisme terjadi?
Manusia memiliki sepasang paru-paru. Darah secara konsisten dipam dari kanan jantung ke paru-paru dan kembali ke sebelah kiri jantung.
Dalam paru-paru, darah mengambil oksigen dan mengeluarkan karbon dioksida, sisa metabolisme.
Arteri membawa darah yang kaya oksigen ke seluruh tubuh. Pembuluh darah pula membawa darah kurang oksigen kembali ke jantung. Darah beku yang terjadi dalam pembuluh darah boleh mengalir ke salur darah di kanan jantung sebelum masuk ke arteri paru-paru, di situ sekatan mungkin boleh berlaku.

Sekatan itu boleh terjadi pada arteri yang kecil tetapi paru-paru sangat ‘rapuh’ kerana semua darah dalam tubuh melalui paru-paru setiap kali diedarkan. Kerap kali, darah beku berisiko untuk terbentuk dan tersebar ke seluruh bahagian paru-paru.
Simptom:

1. Cepat penat.
2. Mengah.
3. Sakit dada.
4. Denyutan nadi laju.
5. Lemah di bahagian kaki.
6. Kurang selera makan.
7. Batuk.
8. Nafas pendek sama ada dalam keadaan rehat atau aktif.




Cegahan:


1. Stokin untuk mengelakkan berlakunya darah beku dalam saluran darah (deep vein thrombosis). Ia berfungsi untuk mencengkam kulit dan mengempiskan vena supaya darah tidak bertakung.
2. Perbanyakkan gerakan terutama di bahagian kaki.
3. Elakkan meminum airbatu.
4. Elakkan membuka hawa dingin terlalu sejuk.
5. Sentiasa meminum air panas.
6. Amalkan bersenam.


Rawatan:

Biasanya pesakit dirawat dengan ubat yang menghentikan dan memperlahankan darah beku seperti heparin dan warfarin. Kedua-duanya membantu mencegah darah beku sedia ada daripada menjadi besar dan menghentikan pembentukan darah beku yang baru.

Jika pulmonari embolisme yang dialami mengancam nyawa, biasanya doktor akan menyarankan terapi thrombolitik (mengeluarkan darah beku dari sistem tubuh dengan enzim yang bertindak memecahkannya).


* Marilah kita bersama-sama mengelakkan perkara buruk itu akibat gaya hidup kini.

Saturday, October 2, 2010

GUNUNG STONG YANG KUKENALI


Selasa 28 Sept.2010  

10.00 pagi- Peserta ekspedisi sudah mula berkumpul di stesen keretapi Wakaf Bharu. Pelajar-pelajar daripada tingkatan 6 rendah yang seramai 86 orang itu berjalan kaki sahaja dari SMKWB kerana jaraknya yang dekat sahaja. Sebelum itu mereka mengambil barang-barang perkhemahan mereka daripada  guru peralatan yang dipertanggungjawabkan.  Ramai guru datang menghantar kami untuk mengucapkan selamat berangkat termasuklah Puan Pengetua sendiri. Sambil  menunggu ketibaan keretapi kami berbual-bual tentang gunung tertinggi di Kelantan yang akan kami tawani nanti. Terutamanya pengalaman pelajar-pelajar dan guru-guru SMKWB yang pernah mendakinya pada tahun lepas.
                Program yang bermula hari ini merupakan satu program motivasi untuk pelajar-pelajar tingkatan enam rendah atau prauniversiti semester pertama SMKWB 2010. Program yang diberi nama “Kenali Gunung Stong” ini dikendalikan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama Unit Pengurusan Tingkatan Enam SMKWB 2010.
                Secara peribadi, aku telah mengetahui tentang Gunung Stong (GS) sejak tahun 1996. Pada tahun itu aku telah membawa rombongan pelajar  sekolah rendah dari  Tendong untuk satu program alam sekitar bersama CAP Pulau Pinang. Namun program kami di sekitar Gunung Stong Resort sahaja. Menurut staf Gunung Stong Resort yang ketika itu diurus oleh Perdana Resort, akulah guru pertama yang mengadakan program bersama pelajar di situ. Gembira juga kerana menjadi orang pertama mencatat rekod beraktiviti di tempat yang begitu menarik . 
10.30 pagi – Keretapi tiba dari stesen Tumpat. Kami beratur menaikinya dengan pelbagai beg yang digalas dan dibimbit bagai tidak cukup anggota. Alhamdulillah semua peserta mendapat tempat duduk di dalam keretapi yang agak selesa kocnya dan berhawa dingin. Aku duduk bersebelahan dengan Cikgu Amanina yang merupakan guru muda MUET tingkatan enam dan baru dua bulan sahaja selesai pengajian di UPM. Muda remaja lagi dia berbanding dengan aku yang sudah 22 tahun mengajar. Sebenarnya kami berdua sahaja guru pengiring perempuan berbanding dengan 10 orang guru lelaki termasuk PKHem kami Sir Lokman. Tidak ramai penumpang lain jadi riuhlah koc kami itu dengan pelbagai gelagat para peserta bergelak ketawa dan bergurau senda. Ada yang terlelap dan ada yang makan nasi bungkus yang telah disediakan oleh guru bertugas.
                Keretapi terus bergerak dan berhenti di beberapa buah stesen bagi menurun dan menaikkan penumpang.

12.45 pagi – Kami turun di stesen Dabong. Guru pengelola iaitu Cikgu Mohd Zawawi mengarahkan kami berkumpul di tempat menunggu van “Jelawang Jungle” yang akan membawa kami ke Kg.Jelawang  iaitu kaki Gunung Stong yang juga tempat terletaknya Gunong Stong State Park Resort (GSSPR) yang kini diurus oleh KPK Stong Hill Resort. Beberapa orang guru yang datang dengan kereta datang menemui kami termasuklah Cikgu Norhayati dan Cikgu Oi. Mereka tidak mengikuti ekspedisi  hanya sekadar memberi sokongan moral.
                Empat buah van berulang kali memunggah peserta kerana rombongan kami yang ramai. Aku, Cikgu Amanina dan 10 orang pelajar perempuan menaiki van yang sama. Tidak lama di dalam van, dari jauh kami sudah nampak jaluran putih Air Terjun Jelawang. Pemandu memberhentikan van  seketika bagi memberi peluang kami merakam gambar air terjun setinggi 303 meter yang merupakan air terjun tertinggi di Asia Tenggara itu. Rasa kagum yang teramat bagi pelajar yang pertama kali memandangnya dan memikirkan pula esoknya air terjun itulah yang akan kami dekati dan redahi......hai...................tinggi tu...... . 

1.15 tengah hari – Semua peserta sudah tiba di GSSPR yang merupakan transit untuk peserta ekspedisi ke GS. Kami membuat persiapan untuk memulakan pendakian. Solat Zohor,makan minum, mengambil peralatan perkhemahan, barangan makanan daripada van Cikgu Fakhrul Razi dan sebagainya. Setiap pelajar diletak di dalam 10 kumpulan dan wajib bertanggungjawab ke atas keperluan kumpulan mereka sendiri. Kerjasama dan kepatuhan  antara mereka akan dinilai di akhir program dan akan diberi penghargaan.
Ketua jurupandu yang dilantik memberi taklimat mengenai perjalanan kami nanti. Menurut beliau, kami akan mendaki selama lebih kurang dua jam sebelum sampai ke Kem Baha tempat kami akan berkhemah nanti. Mungkin perjalanan kami akan mengambil masa lebih sedikit kerana kami ramai manakala trek yang akan dilalui sempit sahaja. Dalam perjalanan kami akan berehat di sebuah sebuah gua berair terjun.
 “ Lebih dua jam? Jauh tu...dengan memikul beg peralatan lagi !” kata hatiku. 

3.30 petang- Selepas Cikgu Hanafi membacakan doa selamat, kami memulakan langkah dengan begitu bersemangat sekali. Dua kumpulan dilepaskan dahulu dengan didahului seorang jurupandu. Selepas itu dua kumpulan lagi akan bergerak mengikutinya dan begitulah seterusnya. Aku membawa sebuah beg sandang kecil sahaja kerana ada pelajar lelaki sudi menolong membawa dua lagi beg peralatanku. Sebenarnya baranganku sedikit sahaja tetapi sengaja kuletakkan di dalam tiga beg sandang kecil agar senang meminta tolong untuk dibawakan berbanding satu beg besar yang akan membebankan pembawanya. Itulah taktik aku.
                Laluan pendakian kami  berupa laluan air  yang tanahnya jadi bertingkat-tingkat kerana disekat oleh akar-akar pokok hutan dan balak. Ada tempat yang disediakan tali dan rantai sebagai tempat berpaut. Dapat aku bayang jikalau hujan turun maka langkahan kami akan berlawan dengan aliran air hujan, pasti lebih mencabar.
                Kami merentasi satu kawasan air terjun untuk mendaki ke puncak. Di situlah bermulanya “thrill” ekspedisi kami. Kasut penoreh getah RM6.00 amat berguna kepadaku kerana tapaknya yang macam gergaji kuat mencengkam. Begitu juga sarung tanganku  sangat melindungi tanganku daripada sentuhan duri-duri daun pokok dan aurat jika terpaksa berpegangan tangan meminta bantuan.

4.15 petang – Kumpulan kami berehat lega di laluan air terjun airnya amat jernih dan sejuk. Ada pelajar yang membasahkan muka dan tekak dan mengisi air ke dalam botol untuk bekalan dalam perjalanan nanti. Aku merakamkan keindahan panorama yang menarik itu dengan kamera digitalku. Hilang separuh kepenatan kami.
                Tidak lama kami di situ, perjalanan diteruskan. Hujan renyai-renyai. Aku terus berdoa agar hujan tidak turun bagi mencepatkan perjalanan kami. 

5.10 petang- Kami berehat seketika di sebuah wakaf yang disediakan sambil makan minum bekalan yang dibawa sebelum meneruskan lagi pendakian.

5.45 petang – Tiba di Kem Baha. Alhamdulillah.....aku, Cikgu Amanina dan lima orang pelajar merupakan kumpulan pertama tiba.  Wow.....menarik betul pemandangan di situ, tanpa berlengah kami terus meninjau kawasan tersebut sambil bergambar. Kami berehat di kawasan air terjun kem yang menampakkan pemandangan GSSPR dan Kg.Jelawang sementara menunggu ketibaan kumpulan lain. Pihak kem ada menyediakan pondok-pondok rehat untuk disewa yang pada pemandangan aku amat menarik dan klasik berupa pondok kampung orang Melayu.
                Teruja melihat kejernihan air di situ, aku terus terjun berendam ke dalamnya. Dingin segar betul airnya menghilangkan peluh hangit badan. Rasa airnya sangat segar, lebih sedap daripada air botol yang didakwa air mineral itu.
                Semua peserta sudah tiba. Pelbagai gelagat pelajar dan guru dapat dilihat bagi menunjukkan kelegaan mereka setelah menempuh perjalanan selama lebih kurang 2 jam. Ada yang mengalami keregangan saraf kaki dan terpaksa dibantu.
 Jurupandu memberi sedikit taklimat tentang tapak perkhemahan kami yang terletak di bahagian atas kem dan perlu melepasi laluan air terjun. Wow.....cabaran belum selesai untuk hari itu. Aku terasa tercabar juga untuk ke situ kerana perlu menuruni satu batu besar dan memijak batu-batu  lalui air terjun yang jatuh dari satu batu besar. Aku membayangkan jika hujan lebat pasti paras air menjadi tinggi dan deras yang pasti akan menghalang laluan ke seberang.
Jurupandu dan beberapa orang pelajar lelaki terpaksa membantu pelajar-pelajar perempuan bagi menuruni batu besar tersebut dan melepasi sungai serta naik semula ke tapak perkhemahan kami.


6.10 petang – Tiba di tapak perkhemahan yang hanya tersedia satu bangsal beratap kanvas tanpa dinding yang dinamakan surau. Kawasannya bersih yang cukuplah untuk didirikan 12 buah khemah peserta kami untuk tidur secara berkongsi. Peserta-peserta mula mendirikan khemah mereka. Timbul pertanyaan mana khemah untuk aku dan cikgu Amanina. Cikgu Amanina selaku guru persiapan peralatan lupa menandakan khemah untuk urus setia kerana barang-barang dibawa secara berkongsi oleh para peserta. Guru-guru lelaki tidak memerlukan khemah kerana mereka boleh tidur di surau. Sir Lokman membawa khemah sendiri berkongsi dengan anak perempuannya yang ikut serta.
Akhirnya setelah masuk waktu Isyak sebuah khemah diangkut ke tempat aku dan barang-barangku menunggu. Selesai masalah. Masing-masing dengan tugas sendiri. Ada yang ke sungai mengambil air, mandi, memasak, solat dan sebagainya.
Ketika hendak memasak untuk guru-guru, aku dan Amanina mencari beras di khemah urus setia pula tidak ada. Geger juga mencari dan bertanya siapakah yang tolong membawakannya tetapi tiada yang mengaku. Terpaksalah seorang pelajar pergi mengumpulkannya sedikit sedikit daripada semua kumpulan.
Aku cuba membuat unggun tetapi kayu dan daun-daun gugur agak basah kerana siang tadi hujan renyai-renyai. Mujurlah malam ini cuaca baik.
9.30 malam- Dapatlahlah kami nikmati makan malam berlaukkan sardin dan ada yang memasak mi segera sahaja sebagai hidangan pada malam itu. Selesai makan barulah aku dan Amanina turun ke sungai dengan bersuluhkan lampu suluh untuk membersihkan badan dan mengambil wuduk. Curam juga laluan turun ke sungai ditambah kerana terpaksa melangkahi batang balak tumbang yang merentangi tebing. Dingin malam ditambah dengan sejuknya deruan air terjun membuatkan aku menggeletar tidak dapat berendam lama.
                Pertama kali sejak 40 tahun dahulu aku menggunakan tandas semulajadi......hahahahah....harap ada yang faham.
                Giliran bertugas peserta mengikut jam telah ditetapkan oleh Komandon Kem iaitu Cikgu Nik Kamarul. Sebelum itu peserta diminta berkumpul di depan surau untuk  taklimat ringkas apa yang akan berlaku esok sebagai persiapan untuk pendakian ke Gunung Stong. Cikgu Syukri GPK Tingkatan Enam mengucapkan tahniah kepada semua peserta kerana  berjaya mengikut peraturan dan menepati jadual perjalanan dan diharap berterusan.  Para peserta juga ditegur oleh Cikgu Hasbullah supaya jangan cuba berkelakuan tidak senonoh dalam keadaan kami berada di tengah hutan rimba bergunung ganang. Banyakkan membaca ayat-ayat Al Quran dan doa-doa sebelum tidur. Peserta perempuan juga diingatkan supaya menjaga aurat.

11.00 malam – Malam begitu baik sekali. Wajah bulan 20 Syawal baru malu malu muncul di celah celah pokok. Cahaya suramnya sesekali sahaja dapat kutatap.Tiada dengungan nyamukpun. Nyamuk tidak membiak di tanah tinggi walaupun berhutan rimba. Aku membentangkan “sleeping bag” dan baring, tanpa sedar bila terlelapnya. Amanina pun sama. Aku memang pantang merebahkan badan, mudah tertidur walau di mana pun lebih lebih lagi jika badan penat. Alhamdulillah..........nikmat Allah juga itu.

29 September 2010
4.30 pagi – Aku tersedar dari tidur. Itulah masa bangun aku jika di rumah pun. Amanina terus kukejutkan. Kami keluar khemah dengan membawa lampu suluh dan terus ke sungai untuk membersihkan diri. Peserta lain masih tidur barangkali kerana tiada suara pun yang kami dengar. Ketika mendongak ke langit, bulan sudah tegak di pucuk pokok-pokok hutan menyimbahkan cahayanya. Kami mandi di bawah simbahan cahaya bulan dan didendangkan oleh deruan aliran air sungai yang terjun daripada batuan yang lebih tinggi. Indah sungguh pemandangan di kala hampir Subuh ini. Dingin air dan cuaca gunung usah diceritakanlah, menggigil daguku dibuatnya .
5.30 pagi- Semua peserta sudah bangun. Masing-masing dengan persiapan sendiri. Aku dan Amanina menjerang air dan menanak nasi serta membuat lauk apa yang patut. Kami perlu bersiap awal kerana jam lapan pagi kami mesti bersedia untuk taklimat sebelum mendaki.
8.00 pagi – Siren pembesar suara dibunyikan tanda perlu berkumpul. Beberapa pesanan bergilir-gilir diberikan oleh guru-guru lelaki. Antaranya supaya menjaga tutur kata agar jangan bermulut lepas atau celupar. Peserta yang rasa tidak mampu mendaki Gunung Stong yang memakan masa lebih empat jam diminta berkumpul di satu bahagian. Mereka akan dibawa ke Air Terjun Tujuh yang perjalanannya hanya lebih kurang sejam sahaja.
                Semua peserta lelaki akan membuat pendakian manakala sebahagian kecil sahaja pelajar perempuan yang tidak mahu. Guru-guru yang akan mendaki termasuklah aku, Cikgu Amanina, Sir Lokman dan anaknya, Cikgu Syukri dan Cikgu Hanafi.
9.30 pagi – Pendakian bermula setelah mendengar taklimat ringkas daripada ketua jurupandu tentang laluan pendakian kami nanti iaitu yang akan melalui empat “check point” antaranya Gua Bonggo. Di belakang masing-masing ada beg sandang berisi bekalan makan minum untuk pendakian yang panjang itu.
                Sepanjang perjalanan pelbagai flora kami nikmati. Seekor pacat kekenyangan di atas stokinku tanpa aku sedari. Nasiblah disedari oleh seorang pelajar dan tolong membuangnya.
11.10 pagi – Berihat sekejap di Gua Bonggo yang ada air terjun dan aliran sungainya sangat jernih. Ada yang membasahkan tekak, mengisi air ke dalam botol untuk bekalan perjalanan seterusnya, bergambar dan yang mandi pun ada.
                Perjalanan semakin mencabar kerana keletihan semakin terasa sedangkan jarak masih jauh. Laluan pula semakin sukar kerana perlu memanjat tebing-tebing tinggi yang hanya dengan berpaut pada akar-akar pokok sahaja. Tanah dan batu juga agak licin kerana laluan kami itu sebenarnya laluan air hujan. Pelbagai formasi akar pokok dapat disaksikan dan ada antaranya menakjubkan jika diteliti. Jika tiada pokok dan tiada akar-akar tersebut, maknanya tiadalah Gunung Stong kerana flora itulah penentu kepada kelestarian sesebuah puncak tanah tinggi di Malaysia ini.
                Mujurlah tiada suara penghuni rimba ganas yang didengar. Sekadar suara ungka dan unggas sahaja itu pun daripada jauh. Badan sudah berpuluh kali berpeluh dan kering. Semangat masih membara untuk menawan gunung tertinggi di Kelantan itu. Adakalanya kami meniti batang balak  tumbang sebesar dua pemeluk, yang di bawahnya jurang segayat  mata memandang.
                Beberapa kali kami dalam keliru arah laluan kerana tertinggal daripada kumpulan di depan sedangkan jurupandu tidak ada. Mujurlah ada seorang pelajar bernama Mak Yo agak mahir dalam hutan dan dapatlah diiktiraf sebagai penolong jurupandu.
                Pergerakan aku semakin mencabar kerana dengan tiba-tiba “sifat bulanan kewanitaanku”  muncul. Mungkin kerana aktiviti lasak yang sedang dijalani ini. Nasib baik ada persediaan walaupun sedikit sebanyak agak mengganggu, namun semuanya dapat dihadapi.

1.45 petang – Segala puja puji bagi Allah Tuhan Seru Sekalian Alam, akhirnya aku dan beberapa orang lagi yang sekumpulan dengan aku menjadi kumpulan kedua tiba di puncak itu. Ketibaan kami disambut dengan suara sorakan dan tepukan oleh kumpulan yang lebih awal sampai. Hilang segala rasa letih kami. Puncak Gunung Stong berupa batu sebesar lebih kurang luasnya 10 x 12 kaki dan tingginya 8 kaki. Kami memanjat dengan bergantung kepada akar-akarnya yang berselirat.
                Di atasnya ada papan tanda yang sudah rosak tetapi masih dapat dibaca yang dibuat oleh Kumpulan Pengakap Jeli tertulis “Congratulations” 1399 meter. Akupun mula memberi saranan kepada budak jurupandu itu agar menukar papan tanda yang sudah daif itu. Dia menyatakan usaha sedang dilakukan untuk perkara itu. Pemandangan kawasan pergunungan Hutan Simpan Dabong amat menenang dan menyamankan jiwa raga. Jurupandu menunjukkan kepada kami arah puncak-puncak gunung lain yang ada di sekitarnya termasuklah Gunung Ayam dan Tebu.
2.30 petang – Sambil berehat ada yang memasak mi segera dan berborak-borak yang tidak keterlaluan kerana mereka sudah ditegur oleh jurupandu agar tidak terlepas cakap. Tiga orang jurupandu membuat keputusan untuk berjalan turun semula walaupun masih ada satu kumpulan pendakian belum sampai, memandangkan cuaca tiba-tiba suram. Kumpulan itu termasuklah GPK kami, Cikgu Hanafi dan beberapa orang pelajar perempuan yang sebelum itu kami tinggalkan kerana ada masalah kekejangan kaki dan sakit perut.
                Tidak lama memulakan perjalanan, cuaca semakin mendung. Kami bertembung dengan kumpulan terakhir itu dan mereka tidak berputus asa untuk terus mendaki. Syabas kepada mereka kerana tidak berputus asa.
4.30 petang – Hujan mulai turun. Kami mulai risau. Walau apapun kami tetapkan hati tawakkal kepada-Nya. Mulutku tidak henti membaca ayat-ayat doa. Hujan semakin lebat disertai dengan beberapa kali dentuman petir dan kilat. Nasib aku baik kerana seorang pelajar memberikan baju hujannya kepada aku yang memudahkanku menjadi pemandu tak bertauliah. Sebelumnya seorang pelajar lelaki berada di hadapan aku tetapi kerana tidak mampu memandang jauh dia beralih ke belakang lalu mempersilakan aku di hadapan. Jurupandu entah ke mana bersama kumpulan di hadapan.
                Seperti yang diduga, pergerakan kami sangat-sangat mencabar kerana aliran air berterjunan bersama hujan lebat yang membawa daun-daun kering itu menghalang langkahan menurun kami. Lopak-lopak dalam memerlukan kami memberi perhatian 200 peratus. Dalam pada itu ada yang jatuh terduduk dan tergelincir.
 Perjalanan turun yang sepatutnya lebih cepat menjadi semakin lambat.
5.45 petang – Kami tiba di Sungai Cincin yang perlu diseberangi. Kegusaran membenak di hatiku kerana jelas sekali air sungai sudah naik ke paras tinggi dan alirannya yang lebih laju berwarna keruh boleh membahayakan penyeberangan kami . Seorang jurupandu baru tiba dari arah belakang. Dia risaukan kami kalau-kalau kami terus menyeberang tanpa mendapat bantuan mereka.
                Hujan masih turun. Seorang jurupandu bantuan tiba untuk memantau penyeberangan kami. Akhirnya  alhamdulillah semua kumpulan aku berjaya menyeberang sungai itu dan naik ke tebing dengan bantuan tali.
6.45 petang – Tiba di Kem Baha. Hari sudah gelap. Berita kami terima, kumpulan yang tiba lebih awal walaupun berjaya menyeberang Sungai Cincin dengan mudah tetapi mereka tersekat ke tapak perkhemahan kerana satu lagi sungai yang perlu kami seberangi sudah dinaiki air. Khemah-khemah kami juga banyak yang dibawa air dan membasahkan semua yang ada. Berehatlah kami di kawasan sekitar sementara menunggu satu lagi kumpulan yang terakhir. Tentu mereka menghadapi lebih banyak kesukaran.
                Aku sudah tidak tahan berdiri terus baring di satu banir pokok dalam cuaca yang semakin menggelap. Pelajar-pelajar yang lapar ada yang membeli mi segera dengan harga RM2.00 sebungkus di sebuah gerai kecil yang satu satunya ada di situ.
                Cikgu Zawawi datang bertanya khabar kepada kami dan bercerita hal di tapak perkhemahan yang dilanda banjir. Dia tidak mengikuti pendakian ke puncak. Ketika itu pelbagai cerita terkeluarlah. Ada yang kasut mereka tercabut tapak lalu terpaksalah mencari tali untuk diikat.
9.00 malam- Barulah kami dibenarkan bergerak ke tapak khemah kami kerana dikatakan air sungai sudah kurang membahayakan kederasannya walaupun pada pandangan aku masih menggerunkan. Sudah ada satu kumpulan baru sedang  membuat persiapan perkhemahan di laluan kami. Apabila disapa mereka daripada Pulapol Negeri Sembilan.  Mereka tertanya-tanyakan hal kami yang malam gelap baru tiba itu.
 Para jurupandu membuat pagar manusia bagi menyambut tangan-tangan kami semasa menyeberang. Itulah buktinya keadaan masih membahayakan.
Ketika makan malam, Zulfikar yang berada dalam kumpulan terakhir petang tadi datang ke tempat aku duduk. Dia bercerita pasal pengalaman dia tadi bersama beberapa orang yang lain nyaris-nyaris dihentam “kepala air” yang katanya bagai ombak tsunami. Jika terlewat melompat ke batu seberang sesaat sahaja, pasti ada yang akan menjadi mangsa hanyutan air sungai deras. Terkejut aku mendengarnya. Kami tidak boleh berbual lama kerana ada tanda hujan rintik-rintik mulai turun.
                Semua beg dan pakaian dalam khemah basah. “Sleeping bag” aku pun lencun dek air hujan. Kami tidak dapat mengambil air di sungai untuk minum kerana sudah keruh airnya. Juga tidak dibenar ke sungai kerana masih membahayakan. Ramai yang tidur dengan tidak membersihkan diri termasuklah aku.
                Aku dan Amanina tidur dalam basah. Kami terlelap entah jam berapa setelah menjamah  nasi yang diberikan oleh pelajar berlaukkan sambal ikan bilis.

30 September 2010

4.30 pagi – Aku terjaga lalu mengejutkan Amanina tetapi dia agak liat hendak bangun. Aku bangun membersihkan diri ala kadar  di tepi khemah dengan air botol yang disimpan malam tadi walaupun agak keruh tetapi masih boleh menyucikan. Bersiap ala kadar, aku keluar semula memeriksa keadaan dengan berlampu suluh walaupun cahaya bulan masih samar-samar. Surau penuh menjadi tempat tidur guru-guru lelaki. Beberapa orang pelajar yang berkawal tadi sudah masuk khemah mereka semula. Tidak tahu hendak buat apa, aku masuk ke khemah dan terlelap semula kerana badan mulai sengal-sengal.

5.30 pagi – Dikejutkan oleh suara garau Cikgu Zamani membangunkan para peserta. Amanina terus bangkit. Kami diberi masa dua jam sahaja untuk bersiap termasuk membuka khemah dan bersarapan. Aku mulai berkemas beg. Beg menjadi sekali ganda lebih berat kerana semuanya kain basah. Buku catatan aku hancur terkena air hujan.
                Kabus tebal menyelubungi suasana pagi di tapak perkhemahan itu. Lebih tebal daripada pagi semalam mungkin kerana hujan lebat yang turun petang semalam. Ketika matahari sedang naik, aku berkesempatan merakam gambar di air terjun.

7.30 pagi – Siren dibunyikan minta berkumpul. Arahan terperinci cara-cara membersihkan kawasan diulang sekali lagi. Kami tidak dibenarkan meninggalkan sebarang sampah di situ. Semuanya wajib dibawa balik kecuali sampah basah yang boleh dilupuskan.
 
9.10 pagi – Aku sebagai jurugambar meminta agar semua berkumpul untuk rakaman gambar terakhir,  bersama peralatan pulang berlatarkan suasana berkabus di hadapan surau dan sinaran mentari sedang meninggi. Kami perlu segera kerana keretapi yang akan kami naiki ialah jam 2.00 petang.

10.10 pagi- Kata jurupandu, perjalanan turun lebih cepat berbanding pendakian, alhamdulillah..... bersyukur sangat dalam keadaan urat geramat mulai kejang itu. Selepas taklimat terakhir daripada jurupandu itu dan bacaan doa selamat, kami memulakan langkah. Tiba-tiba telefonku berbunyi,  panggilan daripada Puan pengetua. Beliau menyampaikan tugasan terbaru aku apabila pulang nanti.....hai.................... .
                Perjalanan lebih lancar walaupun laluan lecak dan licin. Masing-masing mengakui cara pergerakan mereka macam itik nila. Ada yang kata macam robot dan ada yang merasa berjalan macam penguin......hahahahahh.

11.45 pagi – Semua peserta tiba di GSSPR. Ketika menuruni laluan resort, seorang pakcik yang aku agak pekerja di situ menegurku tentang ada tengokkah tapak kaki besar kepunyaan penjaga Gunung Stong zaman dulu di atas gunung itu semalam. Ternganga aku dibuatnya. “ Guide tak royak ko?” tanya pakcik itu.
 Selepas membersihkan diri, van terus mengangkut kami ke Stesen Keretapi Dabong. Hari Khamis, penumpang ramai  memenuhi stesen terutama bagi pelajar sekolah Dabong yang tinggal di asrama ingin pulang di hujung minggu.

2.40 petang-  Keretapi tiba juga. Hampir dua jam kami menunggu hingga ada yang tertidur bergelimpangan di lantai stesen kerana keletihan. Bai bai Air Terjun Jelawang....oh Gunung Stong.

* Maaf: Gambar banyak tetapi tak dapat dimasukkan kerana masalah server  amat perlahan.